Resepi Kek Batik ala-ala KakMah


Bahan-bahan:-
◆ 2 cawan milo
◆ 1 ketul buttercup (250g)
◆ 2 sudu serbuk koko
◆ 1/2 tin susu pekat manis
◆ 1/2 cawan air
◆ 2 bungkus biskut meri
◆ 1 biji telur

Cara-cara:-
1. Cairkan butter dgn gunakan api perlahan. Kacau sampai cair tapi jgn smpai pecah minyak.
2. Masukkan milo, susu dan air. Kacau sampai tak berketul dan mendidih sikit.
3. Kemudian masukkan telur yg telah dipukul dahulu dlm mangkuk. Kacau cepat2 sbb takut telur tu mengeras. Kacau sampai agak pekat.
4. Lepas tu masukkan biskut marie yg telah dipecah 4 bahagian. Kacau sampai sebati.
6. Tutup api dan masukkan dlm loyang. Tunggu sejuk baru masukkan dalam peti.

p/s: resepi ni diambil dari internet dan kakmah kemudian diolah semula mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba. =)

No comments:

Post a Comment