Resepi Aiskrim Homemade (Homemade Ice-cream)

Assalamualaikum & Hello.




Hari ni aku nak share satu resepi aiskrim homemade yang aku dah try beberapa kali. Yang kali ni paling latest aku try, aku buat aiskrim perisa chipsmore! Alhamdulillah menjadi n rasa dia pon boleh tahan lah sedap (bagi aku la, bagi orang lain tak tau lah) haha.

Sebelum ni banyak kali jugak aku try wat aiskrim homemade ni. Aku amek resepi ni dari orang yang dok pakat ramai² share kat fb. Aku pernah try wat perisa oreo, vanilla dgn milo. Waktu tu aku tgh praktikal kat PLK Pasir Mas. Aku wat projek aiskrim dengan kakyong n kaknita. Dorang lah tolong aku godek² aiskrim ni sampai gebu huahua.


Aiskrim Perisa Oreo. 

Ok, here we go! Resepi Aiskrim Homemade (Basic)

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bahan perisa, boleh ganti dengan perisa lain.
  • Perisa tambahan contoh: biskut chipsmore, oreo, coklat chip etc.

Cara-cara:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan perisa tambahan dalam bekas dan kacau bahan² tersebut. Kemudian pukul dengan mixer sehingga kembang dan gebu. Boleh jugak guna mixer atau blender. Tak kisah lah, yang penting sampai gebu tau.
  2. Hias topping aiskrim dgn biskut chispmore/oreo/chip coklat.
  3. Sejukkan dlm freezer peti sejuk. Dalam beberapa jam, keluarkan aiskrim tersebut dan pukul sampai kembang/gebu lagi tau. Sebab nak bagi aiskrim tu betul³ gebu. 
  4. Masukkan balik dalam peti sejuk semalaman untuk bagi aiskrim tu betul² dah keras.


Hari esoknya, boleh lah dah makan aiskrim homemade tu. Inshaallah sedap, kalau tak sedap tu try and error la lagi resepi ni. Sekali buat tak semestinya terus jadi. Aku pon buat banyak kali guna macam² bahan. Aku pernah guna susu segar n ovelette. Tapi latest experiment aku ni malas dah guna bahan tu sume.

Ok sori lah kalau ntah pape aku tulis resepi ni. Al-maklumlah lame dah tak menaip, berblogging, sampai rasa awkward sangat. Huhuhu. Aku akan improve style penulisan aku next entry.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment