End of a sad story.

Assalamualaikum & Hello.


Haip dah lama aku tak update blog ni kan. Aku biar je blog ni terbengkalai dan bersawang. Malas betul nak update even banyak sangat benda nak share dalam blog ni sepanjang tahun 2013 nih. Takpe lah ni post kali terakhir untuk 2013 ye bukan selama²nya ye (inshaallah kalau aku masih hidup). Hahaa~

2013 - tahun yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan (cehh ayat poyo). Serious banyak gila benda berlaku sepanjang tahun ni. Daripada kisah aku mula² sambung belajar kat KSKB Sungai Buloh sampai lah hari ni dan kisah tu akan terus berjalan sehinggalah hembusan nafas terakhir aku (ayat tak boleh poyo lagi ker).

Awal tahun 2013 hari tu, aku daftarkan diri di KSKB Sungai Buloh untuk sambung belajar dalam bidang kesihatan persekitaran atau mungkin boleh panggil Diploma Kesihatan Persekitaran (ye diploma je). Aku masuk sini pon atas desakan keluarga (ayat yang sangat poyo). Takde lah actually waktu tu aku dok kat form 6 SMKT lepas kuar dari Matrik Selangor. Aku ingat nak stay form 6 dan mengejar cita² aku untuk sambung ijazah. Tapi hajat aku tak kesampaian, mungkin Allah dah tetapkan takdir aku untuk masuk ke KSKB ni. Nak tak nak aku kena terima, redha dan ikhlas.

Lagipon waktu tu aku rasa masa depan aku kelam sangat. Aku tak nampak apa yang aku nak buat, apa yang aku minat, apa nasib aku di masa depan. So, aku ikotlah cakap family aku yang beria² sangat suruh aku masuk KSKB ni. Duduk kat kolej ni sangat mencabar lah aku rasa. Nak² aku ni bukan budak background sains, takde basic sains yang bio kimia fizik sume tuh. Terkapai² jugaklah hidup aku nak struggle dan survive kat sini.

Sebenarnya aku duduk kat sana, aku bukan rajin sangat study. Aku macam lalai ke menda lain. Aku pon tak sure menda apa yang aku lalai sangat. Atau mungkin aku tak minat kot tu yang aku kureng sikit study. Result aku pon macam hampeh je, bapak menurun merundum merosot dramatically. haha~ Tapi aku tak mau lah terus-terusan hidup macam tu, aku nak jadi lebih peduli dan rajin study. Aku nak cuba untuk minat bidang aku ni. Tough jugak bidang ni, tau sebab apa. Sebab PPKP ni majaroti lelaki, pompuan ciput je. Ada masa lain kali aku cerita pasal KSKB dan PPKP ni okeh.

Actually aku dah kering idea nak taip apa lagi. Mungkin aku stop kat sini dulu, ada waktu aku sambung lagi post ni ok. Betul ni aku tak tipu, aku akan sambung lagi post ni. Tunggu yaww~ (bajet ada orang baca jeh wekkk)

Sekian, wassalam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum n selamat sejahtera.

    Jia ada berita gembira niy, for those siapa2 la yang nak income lebih sikit or memang dah tak ada sen, bole la ikut cara ni. Jia act pun baru jer join.

    Ada satu laman web ni, macam nuffnang la, tapi nuffnang untuk siapa yang ada blog saje, but this untuk semua. Bila kita register, korang dah dapat $25 , serius, ta caye bole try dulu, bila da register tu korang bole la ambil link promotion kat bawah, paste jer kat mana2 sama ada siapa ada facebook ke, malah blog ini juga..

    Setiap membe korang klik link n register, korang bole dapat $5. Best kan ? So jom lah try, mana tahu rezeki korang ke

    Register free jer, tak kena bayar pun
    Link : http://cashjite.com/index.php?share=21417

    ReplyDelete