End of a sad story.

Assalamualaikum & Hello.


Haip dah lama aku tak update blog ni kan. Aku biar je blog ni terbengkalai dan bersawang. Malas betul nak update even banyak sangat benda nak share dalam blog ni sepanjang tahun 2013 nih. Takpe lah ni post kali terakhir untuk 2013 ye bukan selama²nya ye (inshaallah kalau aku masih hidup). Hahaa~

2013 - tahun yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan (cehh ayat poyo). Serious banyak gila benda berlaku sepanjang tahun ni. Daripada kisah aku mula² sambung belajar kat KSKB Sungai Buloh sampai lah hari ni dan kisah tu akan terus berjalan sehinggalah hembusan nafas terakhir aku (ayat tak boleh poyo lagi ker).

Awal tahun 2013 hari tu, aku daftarkan diri di KSKB Sungai Buloh untuk sambung belajar dalam bidang kesihatan persekitaran atau mungkin boleh panggil Diploma Kesihatan Persekitaran (ye diploma je). Aku masuk sini pon atas desakan keluarga (ayat yang sangat poyo). Takde lah actually waktu tu aku dok kat form 6 SMKT lepas kuar dari Matrik Selangor. Aku ingat nak stay form 6 dan mengejar cita² aku untuk sambung ijazah. Tapi hajat aku tak kesampaian, mungkin Allah dah tetapkan takdir aku untuk masuk ke KSKB ni. Nak tak nak aku kena terima, redha dan ikhlas.

Lagipon waktu tu aku rasa masa depan aku kelam sangat. Aku tak nampak apa yang aku nak buat, apa yang aku minat, apa nasib aku di masa depan. So, aku ikotlah cakap family aku yang beria² sangat suruh aku masuk KSKB ni. Duduk kat kolej ni sangat mencabar lah aku rasa. Nak² aku ni bukan budak background sains, takde basic sains yang bio kimia fizik sume tuh. Terkapai² jugaklah hidup aku nak struggle dan survive kat sini.

Sebenarnya aku duduk kat sana, aku bukan rajin sangat study. Aku macam lalai ke menda lain. Aku pon tak sure menda apa yang aku lalai sangat. Atau mungkin aku tak minat kot tu yang aku kureng sikit study. Result aku pon macam hampeh je, bapak menurun merundum merosot dramatically. haha~ Tapi aku tak mau lah terus-terusan hidup macam tu, aku nak jadi lebih peduli dan rajin study. Aku nak cuba untuk minat bidang aku ni. Tough jugak bidang ni, tau sebab apa. Sebab PPKP ni majaroti lelaki, pompuan ciput je. Ada masa lain kali aku cerita pasal KSKB dan PPKP ni okeh.

Actually aku dah kering idea nak taip apa lagi. Mungkin aku stop kat sini dulu, ada waktu aku sambung lagi post ni ok. Betul ni aku tak tipu, aku akan sambung lagi post ni. Tunggu yaww~ (bajet ada orang baca jeh wekkk)

Sekian, wassalam.

Hapy Bday 19th & Hapy Anniversary Blog 4th~

Assalamualaikum & Hello.

Happy birthday to me and happy 4th anniversary to my blog~ Yes, hari ni genap umur aku 19 tahun dan genap juga 4 tahun usia blog kesayangan aku nih. Takde apa yang aku nak share sangat actually and nothing special happen today even it is my big day, well I guess. hmmm~

Ok lah aku pon tak tau nak taip apa ni, seriouss. So, aku bagi link entri bday aku yang tahun² lepas punya. Kalau rajin baca ler, kalau tak rajin terserah, hehee~ btw, mengimbau kenangan betul entri² lepas kat blog ni. Rasa sebak pulak baca, rindu dengan kenangan lama.

2009 - http://hahazirah.blogspot.com/2009/10/today-is-my-birthday.html
2010 - http://hahazirah.blogspot.com/2010/10/it-is-my-birthday.html
2011 - http://hahazirah.blogspot.com/2011/10/saengil-chukha-hamnida-zirahh.html
2012 - http://hahazirah.blogspot.com/2012/10/happy-birthday-to-myself-my-blog.html

Semoga selepas 14 Oktober 2013 nih, aku lebih tabah menjalani hidup yang semakin mencabar ni. Harap aku jadi lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang wanita, bukan lagi kanak-kanak or remaja perempuan tetapi seorang pra-dewasa. Doakan aku berubah ke arah yang lebih lebih lebih baik. InshaAllah~

Sekian, wassalam.

Kehidupan~

Assalamualaikum & Hello.



Lama gila aku tak update blog ni kan, seriously lama yang teramat sangat. Nak dekat 9 bulan kot. Entah mana blogger Hahazirah ni menghilang, ingatkan dah arwah ke apa, huhu~ Takdelah actually i'm still alive & alhamdulillah sihat walafiat lagi. Aku just terlalu busy dengan 'dunia baru' aku. Tau la kan, life after spm or lebih tepat after school is really hard! really damn hard, banyak cubaan banyak dugaan banyak ujian banyak nikmat. Hmmmm~

Aku harap bermula dari post 'kehidupan' ni aku akan start life aku sebagai seorang blogger balik. Aku nak menulis balik macam dulu². Aku rindu life aku yang dulu, it was so perfect back then. Everything was so perfect. But now, i feel lost, i feel lifeless, i cant stand with my current life right now. Like I said, it's really damn hard. Banyak perkara yang berlaku kat aku dalam tempoh aku away ni. Terlalu banyak stories yang tak sempat aku share.



Cuma sekarang yang aku boleh bagitau, hidup aku tunggang-langgang, porak-peranda, kucar-kacir. Aku bukan sengaja nak cakap macam ni tapi inilah hakikatnya. Aku nak berubah, nak ubah life aku yang sangat pathetic ni. Hati aku sekarang kosong, aku nak penuhkan kembali hati aku dengan perkara yang sepatutnya. Dan aku nak buang segala benda yang pernah mencemari hati aku. Aku nak menyucikan kembali hati aku. Aku nak mendekati Dia. Jujur cakap, semakin lama aku rasa semakin jauh dengan Dia. Aku terlalu mementingkan kehidupan duniawi, aku lupa dengan kehidupan akhirat yang hakiki.

Teruk kan aku ni, teruk sangat aku rasa. Aku dah tak boleh tahan terus-terusan hidup macam ni. Aku nak re-plan life aku & hidup dalam keredaan-Nya. Yang penting sekarang aku nak belajar bersungguh-sungguh, make my parent proud with me & aku nak berusaha kembali mendekati-Nya. InshaAllah. Pray for me teman²~ :'((

Sekian, wassalam.

2013's life. Race start~

Assalamualaikum & Hello.

Ini adalah 1st post blog untuk tahun 2013. Seriously, aku takde masa nak update blog since aku sambung studi kat satu tempat ni. Takde cuti langsung sampai lah cuti Thaipusam ni~

Aku malas nak taip panjang², aku just nak share sikit-dikit picthas aku kat tempat blajaq aku. Takde apa yang menarik sangat untuk dikongsi cuma sejujurnya, since masuk sini aku rasa life aku dah rotate 360°. Banyak sangat benda baru yang aku belajar kat sini. Ada masa+rajin aku cerita lah pasal mende² tu sume~

KSKB Selangor; tempat baru untuk menentukan masa depan, inshaaAllah.

Orientasi kat sini tough giler kot! Lagi tough dari orientasi kat KMS dulu. 

Since orientasi sampai hari aku menulis entri baru blog ni, memang takde cuti langsung. Hari² ada aktiviti, layan je la~~

Kenangan hitam barang amanah: MPP (tisu), JPP (spaghetti & nametag yang perlu dibuat sendiri)

T-shirt, topi & bag orientasi. Aku suka theme orientasi kali ni, kaler purple gitu~ 

Kad matrik sementara, no.matrik pun tak dapet lagi~

Tempat dating kat Bukit Tension. Kah³~

Dalam lab; acik, iman, sofea, tila.

Selca with kakmas~ *sorry for the low quality image*

Sempat lagi grab SGP 4.2 kat midvalley. btw, trimas abah~

Hah, nampak tak, nampak tak pic last skali tu?? Haha, kalo guwa rajin akan ku buat satu entri khas pasal new sweetheart aku tu. hihii~ Ok lah, sampai sini dulu.

Sekian, wassalam.