Movie Time! Rise of the Guardians.

Assalamualaikum & Hello.

Rise of the Guardians at GSC Starmall.

Hoyeeeh, finally hasrat aku nak tengok citer Rise of the Guardians dengan cik Mirah tercapai jugak hari ni.Selepas beberapa bulan berjanji nak tengok citer ni sesama, then Mirah suggest tarikh 4hb utk tgk movie ni. =) Haha, aku happy sangat dapat tengok citer nih. Citer ni best okayy walaupun citer dia agak keanak²an sikit~


Tapi terkezut berouk jugak la tengok harga tiket dia. RM16?? too much tapi tak kisah ah, nama pun 3D kan kan. Then, kitorang beli pop corn regular satu sorang. Siryesli popcorn dia sedap woi~ Habis satu kotak tu aku makan sebelum sempat citer tu habis pon. =P Sampai gigi aku ni rasa sakit, maybe sebab manis sangat kot popcorn dia.

Set Combo A, B, C, D?? Aku lupa dah. =P Air mineral + Popcorn (R)

Sebab hari ni aku rasa cam nak batuk plak, aku ambik set combo yang ada air mineral je. Tak nak ar minum air batu, takut sakit melarat. Ngehee~ Lepastu, kotak popcorn dia aku rasa cam cantik n exclusive gitu. Walaupun aku dah makan sampai licin popcorn time tgk movie tu, aku still bawak balik kotak dia. Haha, saja nak simpan buat kenangan. =)

Popcorn regular box. Movie apa ntah ni, aku pun tak tau. ha ha

Bagi aku, jalan citer Rise of the Guardians ni, at first susah nak paham tapi bila dah sampai tengah² boleh tangkap citer dia pasal apa. Yang aku nak highlightkan kat sini, Jack Frost hengsem gilo woi. Kartun pun boleh jadi hengsem kan. Memang aku tabik spring toing toing lah kat pelukis Jack Frost nih. Aku suka gila rambut Jack yang putih kekelabuan tu. Smart sangat! =)

Dari kiri: Sandman, Easter Bunny, Santa Claus, Tooth Fairy & Jack Frost.

How handsome~~ o(*__*)o

Cool Jack Frost.

Then, Sandman/Sandy pun comel sangat. Sandy ni tak boleh cakap, dia just tunjuk apa² simbol kalau nak berhubung dgn org. Citer nih ada jugak part sedih dia yang bikin aku meleleh sikit lah, time Jamie boleh nampak Jack Frost sebab dia start percaya kewujudan Jack Frost. Time tuh aku rasa macam touching gila. Okei, aku memang seorang yang emosi. ha ha~

Sandyman a.k.a Sandy.

Jamie the little boy & Jack Frost.

Susah nak citer camne jalan citer movie ni coz citer dia macam ada pasal kisah dongeng omputih macam santa claus, tooth fairy & etc. Aku ingat lagi time tengok iklan/trailer movie nih, memang gempak gila & tak sangka aku dah pun tengok citer ni. Ingatkan citer ni kuar waktu krismas nanti sebab ada santa claus kan. tapi aku dah tertipu kat situ. HA³~

OREO ftw! Aku peminat setia oreo. =D

Lepas habis je movie ni, kitorang pegi makan. Mula² aku ingat nak try makan kenny tapi harga dia hurmmmmmm... mekdi memang dah boikot awal², last² kitorang makan KFC. Aku tak sure lah KFC ni kena boikot jugak ke tak tapi waktu tu kitorang dah kelaparan gila (lapaq nasik plak tu) then kitorang makan lah famous bowl kat kfc. Macam bese, mesti nak tukar air dengan krusher Oreo tapi krusher kali nih manis semacam je. Whateverlah kan~

"Why malu² kucing hahazirah?", kata pompan kat dinding tuh.

Sebenarnya kitorang ingat nak tangkap gambar poster movie tapi ramai orang, segan pulok~ patutnya kitorang snap² gambar waktu pagi time orang takde tu, tapi time tu tak terpikir plak. Siap makan, kitorang naik balik tingkat atas sebab nak laksanakan 'mission' tertangguh tu disamping aku nak pegi tandas. Time otw tu tau tak aku jumpa sape? Aku jumpa Ieya, kawan myspace, blog, twitter. HAHA~ Dah 2 kali kitorang jumpa tahun ni, berjodoh betul kitorang nih. Tapi tak sempat borak la dengan dia, just bertegur sapa sebab aku urgent. Hohoho~

Twilight Breaking Dawn. Tengok poster jeh, movie tak.

Lepas tu, aku ajak jugak mirah tangkap poster ke apa nama mende tuh. Sebab bagi aku, citer Rise of the Guardians ni cam spesyel gitu, nak wat kenangan lah kan. =P Alang² tu, snap skali pic twilight, bajet nak tengok la citer ni tapi tak pun. haha~

Sebelum nak balik, haruslah singgah Big Apple beli donut Oreo kegemaranku. hihi~ Tapi kan, ada insiden yang memalukan sikit bagi aku time kitorang nak keluarkan moto. Ciskek betul, skuter aku kena block dengan moto entah sape². Tapi nasib baik lah ada pekerja star mall tolong aku n mira alihkan motor tu. Aku memang berterimakasih gila lah kat orang tu. Tapi, aku segan campur sakit hati jugaklah. Segan sebab orang pandang, okei aku memang camni. -,-'

Hahaha, tu je lah kisah movie time aku nih. Siryes cakap, aku enjoy sgt keluar dgn mira hari ni. paling peting, dapat tengok movie yang aku craving sgt² iaitu Rise of the Guardians. tehee~

Sekian dulu, wassalam.

8 comments: