eat. cook. revision. drive.

Assalamualaikum & Hello.

Dah masuk bulan 12 dah, cepat betul masa berlalu. Cuti nih aku banyak buang masa je. Aku pun jadi benci dengan diri sendiri. Dalam memo tulis nak bermalas-malasan seminggu je tapi ni dah melarat nak dekat sebulan apa citer woi?! *marah diri sendiri* Aku harap cuti yang tinggal lagi sebulan ni aku dapat manfaatkannya dengan baik.

So, aku decide aku nak jalankan 30 days challange tapi aku rasa tak cukup 30 hari kot. HAHA~ Biarlah, yang penting mission ni terlaksana jugak.~ Mission yang dimaksudkan itu dalam 'bahasa mudah'nya ialah eat, cook, revision & drive. Bahasa melayu tak kan tak tau menda kot. keke~

eat.
eat ni maksud dia makan (tak kan orang tak tau kot), tapi bukan makan biasa woi~ makan luar biasa yakni makan lebih daripada normal. sebenarnya dah lama aku nak buat benda ni. Aku dah penat la orang asyik komen aku dan komen² tu sume sangat hurtful! Sampaikan aku ditag sebagai penagih dadah. Aku?? tagih dadah?? wooowoo, sangat over dah tu woi. Yelahhhhh, ko tengok lah (kepada orang yang suka komen aku tu), aku akan makan banyak gila sampai aku jadi cam Big Show lepas tu aku nak smackdown seko². Padan muka korang. HAHAHAHA *evil laugh*
tapi aku taklah sekejam tu. =___=

cook.
kalau nak makan banyak tak kan harapkan makanan yang sedia ada kat dapur jeh. mesti la kena cooking lebih untuk makan lebih. so, aku boleh lah mempraktik skill masak guwa yang sangat tsk tsk. For your information, aku nih memang suka bab² buat kuih ke cake ke cookies ke, tetapi!, ada tetapinya kalau bab masak main menu tu really not-so-me lah. takpe, takpe, aku boleh start & praktis mulai sekarang kan. Aku nak msk & makan makanan yang mengandungi banyak kalori & lemak supaya impian aku untuk menjadi seperti Big Show tercapai. =D

revision.
kononnya lepas habis spm/second school hari tu nak buat azam baru iaitu walau apa pun yang aku belajar, kat mana, course apa etc etc, aku tak nak & tak kan study last minute! Aku dah penat study malam sebelum exam, serious sangat stress, sangat terbeban, sangat letih. Aku tak tahan okeh!! *Gary stress!!* Jadi, sebelum sekolah start nih, ada masa kurang dari 25 hari cuti nih, aku perlu start buat revision untuk next sem. Walaupun aku tak start langsung lagi sekarang tapi aku tetap akan start, as soon as possible bebeh!~

drive.
drive, yes drive. bukan drive-thru mekdi ye *boikot McD* *tetibe~ =P* sejak sambung belajaq hari tu, aku lama sangat tak drive. tak tau la aku ingat lagi ke tak camne nak bawak kete nih. haha~ aku ingat nak ajak Hana teman aku drive jengjalan round TJ ke tapi she's seem so busy. ah whatever. Mungkin aku tunggu patin habis exam atau anum balik cuti sem. Masalah aku sekarang untuk drive ialah aku nak someone yang terror drive duk sebelah aku time aku tengah drive. Paham kan kan?? hoho~ =P

Itulah saja kot benda yang aku patut buat sebelum cuti abes, sebelum sekolah menjelma. arghhh breakdown dengar nama 'sekolah'. =P Hahaha, simple dan dan, dan apa ye. whatever, janji aku buat menatang ni sume. huhu~

Sekian dulu, wassalam.

No comments:

Post a Comment