New look 2013.

Assalamualaikum & Hello.


Blog Througheart ni sudah bertukar wajah baru. sempena kemunculan tahun baru 2013 yang bakal menjelang dalam masa beberapa hari lagi~ Untuk design blog baru ni aku ingat nak wat theme ala-ala antique giteu, tapi tak nampak antique sangat kan. Sokei, sokei~


Biasanya header blog menjadi kunci kecantikan sesebuah blog. *ye-ye-e la teu~* Aku try lah buat header mix & match. Letih aku google macam² gambar untuk memenuhi konsep header kali ni. Hasilnya ummmmm not bad lah kot bagi aku. Aku ni pun bukannya pro buat header.

Insha'Allah sepanjang tahun 2013 nih, aku akan kekalkan design blog ini. Sebab aku bet tahun 2013 aku akan busy gila dengan study aku. Aku harap blog ini sentiasa meriah dengan kunjungan visitor & fellow blogger ok. =)

Sekian, wassalam.

WRECK-IT RALPH

Assalamualaikum & Hello.


Hari ni aku pegi tengok wayang lagi~~*jakun semacam je -,-* Kali ni tengok citer Wreck-It Ralph. Best jugak citer nih. Citer pasal game, pastu ada coklat yang sedap gila. Oreo kegemaranku pun ada, siap ada lagu Oreo lagi. Rasa nak download plak lagu Oreo tu. *sakai -,-*


Biasa tiket hari rabu murah eh~ aku baru tau. *slowpoke*Sebenarnya aku tak kisah sangat psl tgk wayang tu. Aku cuma nak makan popcorn kat GSC tu. Sedap gilau! Hari ni aku beli popcorn large, makan sorang tak kongsi pun dgn org lain. *dasar kedekut!* semangat bawak duit sendiri se-mata² nak beli popcorn. Sebabnya aku dah lama craving popcorn sampai terpikir nak beli mesin buat popcorn. wadehek!~



Pasal citer Wreck-It Ralph tu plak, sebelum citer tu start, dia tayang dulu citer Paperman. Citer Paperman tu cam bosan gak la tapi sweet kot...., kot~ Aku rasa sampai yang jenis kaki game/arcade tu sangat² patut tengok citerWreck-It Ralph ni sebab citer ni berkisahkan tentang watak dalam sesebuah game. Aku ni tak tau sangat pasal game² ni tapi aku kenal jugak SuperSonic ngan Pacman; dia macam cameo la dlm movie nih.


Lagi satu dlm movie nih, aku suka sgt Sugar Rush! Banyak manisan² mcm coklat, lollipop, coke, mentos n banyak lagi la. Cantik & nampak sedap sangat tempat dia. Kat sini lah Ralph jumpa Vanellope, si budak nakal (gangguan). 1st impression aku, tak suka tgk Vanellope ni sbb nampak cam jahat tapi rupa²nya dia lah princess sebenar dlm game Sugar Rush & bukannya Turbo. Turbo ni watak game yang jahat. Dengar name Turbo tetiba teringat ke Kim Jong Kook. *tibe je*


Btw, aku nak sho-op(show off) jap komik Lawak Kampus Jilid 16 cover depan dia ala-ala group kpop Big Bang. Komik ni bukan aku punya, adik sepupu punya dia bagi aku baca sebab aku ni pun minat baca Lawak Kampus. Ingat nak beli sebab cover Big Bang tuuu, tapi cari kat kedai tak jumpa. Dapat baca pun jadilah~ Kepada V.I.P especially Lala, korang haruslah beli komik ni ok sebagai salah satu simpanan koleksi barangan Big Bang korang. betul tak~ hahaha~

Sekian, wassalam.

Samsung Galaxy Player

Assalamualaikum & Hello.


Hari ni aku nak citer pasal Samsung Galaxy Player. Sebenarnya lama dah nak post pasal mende nih tapi beselah masa tak mengizinkan. huhuu~ Pernah dengar tak, atau tau tak apa itu Samsung Galaxy Player? Kalo nak tau Samsung Galaxy Player ni macam Apple iPod Touch tapi versi yang lebih baik sikit (orang cakap lah).

Aku rasalah Galaxy Player ni tak phemes sangat kat Malaysia. mungkin sebab kewujudan Galaxy Note, Galaxy S & Galaxy Tab kot. Yelah mendenya function lebih kurang je; ada camera, pictures, videos, apps (Android), game & etc. Cuma beza Galaxy Player dgn Galaxy² lain ialah Galaxy Player ni bukan henset tau, dia lebih kepada MP4, MP5. Alahh cam iPod lah jugak~


1st time aku kenal Galaxy Player ni, ofcoz lah dari INFINITE kesayangan-kuh huahaha~ Aku tertengok CF SGP yang dibintangi INFINITE cewahh~ Fyi, INFINITE jadi duta/model kepada Samsung Galaxy Player. Time tuh aku memang mati² lah ingat Galaxy Player ni henset jadi aku tak berapa minat lah nak beli eventho INFINITE ialah endorsement modelnya.


Tapi lepas aku tengok Lala punya iPod tetiba aku craving nak beli something like iPod malangnya iPod mahai sangat lah. So aku cari alternatif lain sampailah aku ketemu kembali dengan Galaxy Player. Menampilkan INFINITE sebagai model lagilah membuatkan aku nak beli Galaxy Player ni. HOHOHO~ *gelak Hoya*


Galaxy Player ni ada banyak model tapi model yang launch kat Malaysia cuma Samsung Galaxy Player 70 Plus & Samsung Galaxy Player 4.2 kalau tak silap aku leu~ Antara model² Samsung Galaxy Player ialah:

Samsung Galaxy Player 3.6


Samsung Galaxy Player 4.0


Samsung Galaxy Player 4.2


Samsung Galaxy Player 5.0


Samsung Galaxy Player 70 Plus


Samsung Galaxy Player 5.8


Lebih kurang je rupa paras dia kan tapi function & size beza sikit lah. 5.8 yang paling dae~bak buat masa nih. Baru² ni INFINITE sibuk duk mempromote Galaxy Player 5.8. Aku ingat nak sertakan sekali video CF INFINITE Samsung Galaxy Player (ENG SUB) tu tapi rasanya tak perlulah. Nanti kalau aku rajin aku buat satu entri khas untuk CF Samsung tu okei~


Kalau tak silap lagilah, model 3.6, 4.0 & 5.0 untuk pasaran US. Model 5.8 plak untuk pasaran Korea. Kat Malaysia ada 70 Plus & 4.2 je~ T.T Yang menjadi "FirstWorldProblemo" skang ni kekangan wang yang tidak mencukupi untuk aku grab Galaxy Player tersebut & juga model apakah yang aku harus grab?? Buntu betul memikirkan FirstWorldProb-lah sangat nih~~

Ikutkan hati nak beli 4.2 kot sebab model tu aje duk tercegat kat website samsung Malaysia, tapi camera dia just 2MP. Function lebih kurang macam 3.6 cuma 3.6 harga lebih murah & screen lebih kecik. Untuk 70 Plus plak, screen besaq, camera 5MP & harga sama dgn 4.2 tapi aku ni plak yang tak suka screen besaq²~ So yang mana patut ku beli yek? Lupakan dululah barang idaman terbaru aku ni. Fokus utama sekarang kumpoi duit. Duit takde ada hati nak beli Galaxy Player ark ark~~ Hahahaha~

Ok lah, sekian dulu, wassalam.

12.12.12

Assalamualaikum & Hello.


Yo finally, 12.12.12 atau 12 Disember 2012; tarikh keramat-lah sangat tiba jua~ Rasanya memang takde yang special pun berlaku hari ni, sama je macam hari² normal yang lain. Tapi sebab hari ni hari rabu, so malam ni ada Happy Together kat KBS World. TV show kegemaranku yang rajin ditonton. Haha~ Tu je la.

Kenapa tarikh 12.12.12 ni orang suka? Mungkin sebab nombor dia cantik kot dan paling penting 12.12.12 adalah tarikh cantik yang terakhir sebab tahun depan kan 2013. Mana ada bulan 13 yang boleh dijadikan tarikh cantik. Kalau nak jugak mungkin boleh amik tarikh 13.03.13 untuk gantikan tarikh cantik tu. Apa yang aku merepek cantik-cantik ni? Aku sendiri tak pahem. Hahaha~

Sekian dulu, wassalam.

Tutorial - Cara letak iklan Nuffnang bawah post entri blog.

Assalamaualaikum & Hello.

Lama dah tak buat tutorial blog ni. Nak dekat setahun kot? *ntah tak check* huaha~ Kali ni aku nak buat tutorial pasal camano nak letak iklan nuffnang saiz 336x280 kat bawah post. Aku buat tuto ni bukan sebab apa, sebabnya aku ni jenis rajin jugak tukar template blog sampai hilang code iklan nuffnang tu. So, tuto kali ni adalah untuk memudahkan aku jugak. =)

Cara letak iklan nuffnang bawah post entri blog.

1. Pergi ke Template > Edit HTML > Proceed.
2. Tick kotak Expand Widget Templates.
3. Tekan F3 di keyboard anda & cari code ni:

<div class='post-footer'>
atau
<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>

4. Paste code iklan nuffnang atas kod tersebut. Contoh:

<center><!-- nuffnang --> <script type='text/javascript'> nuffnang_bid = &quot;308a571025e37989669cb049a83579a2&quot;; document.write( &quot;<div id='nuffnang_lr'/>&quot; ); (function() { var nn = document.createElement(&#39;script&#39;); nn.type = &#39;text/javascript&#39;; nn.src = &#39;http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js&#39;; var s = document.getElementsByTagName(&#39;script&#39;)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script><!-- nuffnang--></center> <div class='post-footer'> <div class='post-footer-line post-footer-line-1'>


Ok, faham dah? Kalau tak faham atau ada pape soklan, boleh drop komen dibawah. Sekian dulu, wassalam.

p/s: tutorial credit to Google. =)

Movie Time! Rise of the Guardians.

Assalamualaikum & Hello.

Rise of the Guardians at GSC Starmall.

Hoyeeeh, finally hasrat aku nak tengok citer Rise of the Guardians dengan cik Mirah tercapai jugak hari ni.Selepas beberapa bulan berjanji nak tengok citer ni sesama, then Mirah suggest tarikh 4hb utk tgk movie ni. =) Haha, aku happy sangat dapat tengok citer nih. Citer ni best okayy walaupun citer dia agak keanak²an sikit~


Tapi terkezut berouk jugak la tengok harga tiket dia. RM16?? too much tapi tak kisah ah, nama pun 3D kan kan. Then, kitorang beli pop corn regular satu sorang. Siryesli popcorn dia sedap woi~ Habis satu kotak tu aku makan sebelum sempat citer tu habis pon. =P Sampai gigi aku ni rasa sakit, maybe sebab manis sangat kot popcorn dia.

Set Combo A, B, C, D?? Aku lupa dah. =P Air mineral + Popcorn (R)

Sebab hari ni aku rasa cam nak batuk plak, aku ambik set combo yang ada air mineral je. Tak nak ar minum air batu, takut sakit melarat. Ngehee~ Lepastu, kotak popcorn dia aku rasa cam cantik n exclusive gitu. Walaupun aku dah makan sampai licin popcorn time tgk movie tu, aku still bawak balik kotak dia. Haha, saja nak simpan buat kenangan. =)

Popcorn regular box. Movie apa ntah ni, aku pun tak tau. ha ha

Bagi aku, jalan citer Rise of the Guardians ni, at first susah nak paham tapi bila dah sampai tengah² boleh tangkap citer dia pasal apa. Yang aku nak highlightkan kat sini, Jack Frost hengsem gilo woi. Kartun pun boleh jadi hengsem kan. Memang aku tabik spring toing toing lah kat pelukis Jack Frost nih. Aku suka gila rambut Jack yang putih kekelabuan tu. Smart sangat! =)

Dari kiri: Sandman, Easter Bunny, Santa Claus, Tooth Fairy & Jack Frost.

How handsome~~ o(*__*)o

Cool Jack Frost.

Then, Sandman/Sandy pun comel sangat. Sandy ni tak boleh cakap, dia just tunjuk apa² simbol kalau nak berhubung dgn org. Citer nih ada jugak part sedih dia yang bikin aku meleleh sikit lah, time Jamie boleh nampak Jack Frost sebab dia start percaya kewujudan Jack Frost. Time tuh aku rasa macam touching gila. Okei, aku memang seorang yang emosi. ha ha~

Sandyman a.k.a Sandy.

Jamie the little boy & Jack Frost.

Susah nak citer camne jalan citer movie ni coz citer dia macam ada pasal kisah dongeng omputih macam santa claus, tooth fairy & etc. Aku ingat lagi time tengok iklan/trailer movie nih, memang gempak gila & tak sangka aku dah pun tengok citer ni. Ingatkan citer ni kuar waktu krismas nanti sebab ada santa claus kan. tapi aku dah tertipu kat situ. HA³~

OREO ftw! Aku peminat setia oreo. =D

Lepas habis je movie ni, kitorang pegi makan. Mula² aku ingat nak try makan kenny tapi harga dia hurmmmmmm... mekdi memang dah boikot awal², last² kitorang makan KFC. Aku tak sure lah KFC ni kena boikot jugak ke tak tapi waktu tu kitorang dah kelaparan gila (lapaq nasik plak tu) then kitorang makan lah famous bowl kat kfc. Macam bese, mesti nak tukar air dengan krusher Oreo tapi krusher kali nih manis semacam je. Whateverlah kan~

"Why malu² kucing hahazirah?", kata pompan kat dinding tuh.

Sebenarnya kitorang ingat nak tangkap gambar poster movie tapi ramai orang, segan pulok~ patutnya kitorang snap² gambar waktu pagi time orang takde tu, tapi time tu tak terpikir plak. Siap makan, kitorang naik balik tingkat atas sebab nak laksanakan 'mission' tertangguh tu disamping aku nak pegi tandas. Time otw tu tau tak aku jumpa sape? Aku jumpa Ieya, kawan myspace, blog, twitter. HAHA~ Dah 2 kali kitorang jumpa tahun ni, berjodoh betul kitorang nih. Tapi tak sempat borak la dengan dia, just bertegur sapa sebab aku urgent. Hohoho~

Twilight Breaking Dawn. Tengok poster jeh, movie tak.

Lepas tu, aku ajak jugak mirah tangkap poster ke apa nama mende tuh. Sebab bagi aku, citer Rise of the Guardians ni cam spesyel gitu, nak wat kenangan lah kan. =P Alang² tu, snap skali pic twilight, bajet nak tengok la citer ni tapi tak pun. haha~

Sebelum nak balik, haruslah singgah Big Apple beli donut Oreo kegemaranku. hihi~ Tapi kan, ada insiden yang memalukan sikit bagi aku time kitorang nak keluarkan moto. Ciskek betul, skuter aku kena block dengan moto entah sape². Tapi nasib baik lah ada pekerja star mall tolong aku n mira alihkan motor tu. Aku memang berterimakasih gila lah kat orang tu. Tapi, aku segan campur sakit hati jugaklah. Segan sebab orang pandang, okei aku memang camni. -,-'

Hahaha, tu je lah kisah movie time aku nih. Siryes cakap, aku enjoy sgt keluar dgn mira hari ni. paling peting, dapat tengok movie yang aku craving sgt² iaitu Rise of the Guardians. tehee~

Sekian dulu, wassalam.

eat. cook. revision. drive.

Assalamualaikum & Hello.

Dah masuk bulan 12 dah, cepat betul masa berlalu. Cuti nih aku banyak buang masa je. Aku pun jadi benci dengan diri sendiri. Dalam memo tulis nak bermalas-malasan seminggu je tapi ni dah melarat nak dekat sebulan apa citer woi?! *marah diri sendiri* Aku harap cuti yang tinggal lagi sebulan ni aku dapat manfaatkannya dengan baik.

So, aku decide aku nak jalankan 30 days challange tapi aku rasa tak cukup 30 hari kot. HAHA~ Biarlah, yang penting mission ni terlaksana jugak.~ Mission yang dimaksudkan itu dalam 'bahasa mudah'nya ialah eat, cook, revision & drive. Bahasa melayu tak kan tak tau menda kot. keke~

eat.
eat ni maksud dia makan (tak kan orang tak tau kot), tapi bukan makan biasa woi~ makan luar biasa yakni makan lebih daripada normal. sebenarnya dah lama aku nak buat benda ni. Aku dah penat la orang asyik komen aku dan komen² tu sume sangat hurtful! Sampaikan aku ditag sebagai penagih dadah. Aku?? tagih dadah?? wooowoo, sangat over dah tu woi. Yelahhhhh, ko tengok lah (kepada orang yang suka komen aku tu), aku akan makan banyak gila sampai aku jadi cam Big Show lepas tu aku nak smackdown seko². Padan muka korang. HAHAHAHA *evil laugh*
tapi aku taklah sekejam tu. =___=

cook.
kalau nak makan banyak tak kan harapkan makanan yang sedia ada kat dapur jeh. mesti la kena cooking lebih untuk makan lebih. so, aku boleh lah mempraktik skill masak guwa yang sangat tsk tsk. For your information, aku nih memang suka bab² buat kuih ke cake ke cookies ke, tetapi!, ada tetapinya kalau bab masak main menu tu really not-so-me lah. takpe, takpe, aku boleh start & praktis mulai sekarang kan. Aku nak msk & makan makanan yang mengandungi banyak kalori & lemak supaya impian aku untuk menjadi seperti Big Show tercapai. =D

revision.
kononnya lepas habis spm/second school hari tu nak buat azam baru iaitu walau apa pun yang aku belajar, kat mana, course apa etc etc, aku tak nak & tak kan study last minute! Aku dah penat study malam sebelum exam, serious sangat stress, sangat terbeban, sangat letih. Aku tak tahan okeh!! *Gary stress!!* Jadi, sebelum sekolah start nih, ada masa kurang dari 25 hari cuti nih, aku perlu start buat revision untuk next sem. Walaupun aku tak start langsung lagi sekarang tapi aku tetap akan start, as soon as possible bebeh!~

drive.
drive, yes drive. bukan drive-thru mekdi ye *boikot McD* *tetibe~ =P* sejak sambung belajaq hari tu, aku lama sangat tak drive. tak tau la aku ingat lagi ke tak camne nak bawak kete nih. haha~ aku ingat nak ajak Hana teman aku drive jengjalan round TJ ke tapi she's seem so busy. ah whatever. Mungkin aku tunggu patin habis exam atau anum balik cuti sem. Masalah aku sekarang untuk drive ialah aku nak someone yang terror drive duk sebelah aku time aku tengah drive. Paham kan kan?? hoho~ =P

Itulah saja kot benda yang aku patut buat sebelum cuti abes, sebelum sekolah menjelma. arghhh breakdown dengar nama 'sekolah'. =P Hahaha, simple dan dan, dan apa ye. whatever, janji aku buat menatang ni sume. huhu~

Sekian dulu, wassalam.

First Giveaway by Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum & Hello.

Hari ni berkesempatan jugak nak join giveaway encik meuz nih. Sepatutnya GA ni dah tutup tapi meuz dgn baik hatinya membuat keputusan untuk mengextend tarikh tutup penyertaan. Jadi, aku pun laju² lah join giveaway nih. Hahaks~ Nak cuba luck la kan, mana tau ada rezeki boleh menang hadiah. Amin amin amin. =)

Sape² nak join skali, silalah click link dibawah:



Senarai Sponsor(s):

nisakay.com || [facebook page]
aderakukeysah.blogspot.com || [twitter]
nurulnamasaya.blogspot.com

penmerah.com || [facebook page]
pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com

Ok lah, itu saja. Sekian, wassalam.