Komik-mania.

Assalamualaikum & Hello.

Cinta itu seperti satu takdir yang tak dapat dielakkan.

Aku ni komik mania sangat ke sebenarnya? Yeap, aku memang suka baca komik tapi kadang² aku memilih sikit nak baca komik tu. Kalau boleh aku nak baca komik yang jalan cerita dia lain daripada yang lain. Kalau dulu, mungkin lah aku bedal je baca pape komik tapi skrg aku lebih suka baca komik yg mempunyai jalan cerita yg unik; bukan setakat kisah cinta yg biasa. Tak semestinya aku baca komik genre romantik je, apa² genre pun aku boleh hadap as long as kisah dalam komik tu menarik! *^_^*

Rapat Dalam Kejauhan by Xiao Bai.

Contohnya, semalam aku baru habis baca komik Rapat Dalam Kejauhan yang aku beli dgn anum kat book fair megamall Kuantan. Anum yang pujuk aku suruh beli satu buku/komik kat book fair tu. Aku pun layan je la eventho waktu tu aku rasa macam takde mood nak baca pape buku. Haha~ Seriously, i tell u, komik ni memang best yang teramat sangat³! Komik ni berkisar tentang kasih sayang antara ibu & anaknya, persahabatan & percintaan. Memang tak rugi satu sen langsung aku beli komik nih. *puas hati* :=)

Jin's expression yang bikin aku melting. HAHA~

Ekceli citer komik ni memang ada unsur tahayul sikit² tapi nvm la, ignore bad things, just enjoy the story rite?!. =) Aku kesian dgn watak Jin yang betul² mencintai gf dia, Xiaotian. Tapi sayang diorang takde jodoh & seperti kata Li Wei (anak Xiaotian); Jin tak kan pernah jadi suami ibunya baik masa sekarang mahupun di masa hadapan. T.T Menyedihkan betul kisah cinta mereka ni. Bab kata Jin, "bukan mudah untuk mencintai seseorang." How deep meaning~~

Li Wei, berusia 18-19 tahun, anak masa hdapan Xiaotian.

Li Wei pulak seorang anak yang sangat² kasihan. Sanggup memutarkan masa untuk kembali ke masa lalu semata² ingin bersama dengan ibunya yang pergi terlalu awal darinya. Pada mulanya, Xiaotian berasa kehadiran Li Wei telah mengundang banyak masalah kepadanya hinggalah suatu hari dia sedar bahawa anaknya itu sangat² berharga buatnya dan start menyayanginya sepenuh hati. ← apa yang aku membebel pepanjang nih? Heheks~

Sorrry la kalau tak paham apa yang aku menggarut nih. Cuma aku nak beritahu, setelah sekian lama barulah aku dapat baca komik yang betul² best, menarik, menghiburkan & mempunyai jalan cerita yang betul² bikin aku puas hati. Aku sangat merekomenkan kepada manga's lover, try baca komik ni, seriously best. Opss, bukan exaggerated eh tapi komik Rapat Dalam Kejauhan ni barulah taste aku. Hehhe~

Pertemuan Xiaotian dengan bakal suaminya, Li Zhongdao.

Sebelum ni aku pernah baca satu komik yang aku pinjam kat Safuhah, tak ingatlah apa tajuknya, Cinta Teh Hijau mungkin?? Serious lupa! tapi komik tu pun best jugak bagi aku. Aku suka sangat komik yang mempunyai unexpected ending. Kita tak dapat teka apa ending dia. hahaha~

Pengintip Bangsawan by Sakurakouji Kanoko

Lagi satu komik Safuhah yang aku pinjam ialah Pengintip Bangsawan. Memang aku nak giler baca komik ni then aku tanyalah Safuhah ada tak komik tajuk dia Putera Bangsawan? Safuhah kata ada, esoknya dia bagi aku pinjam tapi rupa²nya tajuk komik tu Pengintip Bangsawan lah, bukan Putera Bangsawan. Haha~ Komik ni termasuk dalam taste aku jugak lah, aku sangat puas hati dengan jalan citer komik nih. =)

Ok lah, itu saja yang dapat aku kongsikan tentang komik kegemaran aku nih. One more thing, im not so sure boleh ke aku letak gambar karakter² komik ni. Hurmmm, *fikir sejuta kali* I DONT KNOW tapi biarlah jadikan gambar² tersebut as perhiasan entri kali ni ok. Not such a big deal~

Sekian dulu, wassalam.

4 comments:

  1. wahhh!!! sugo0oiii!!! baca entry akak ni, mcm best jee k0mik Xiao Bai tu. haritu saya ada jumpa, rasa nak beli. last'last, duit tak cukup~
    Pengintip Bangsawan pun haritu saya ada jumpaa~
    saya pun suka baca k0mik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, nanti dah ckup duit jgn lupe beli tau~~
      srsly, komik tu sgt best! pengintip bngsawan pun best. =D
      wah, bgus², kite mpunyai mnat yg sme. ^^

      Delete
  2. Salam kenal owner , saya baru separuh buku dah baca..
    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jgk~ ^^ oouh, bace smpai hbis tau, best sgt citer tu~ =D

      Delete