Istanbul Aku Datang!

Assalamualaikum & Hello.


Semalam aku berpeluang tengok movie citer Istanbul Aku Datang! dengan Cema. Ekceli tak plan langsung okie, peluang datang tiba² time aku ajak cema teman aku poie The Store, pastu dia terus ajak aku pegi Star Mall tengok wayang dgn adik² dia. Aku pun apa lagi rembat lah peluang tuh. Ngeh²~


Bagi aku citer Istanbul Aku Datang! ni boleh tahan lah. Citer dia sweet lah jugak kot, sesuai untuk para pasangan yang dah berkawen tengok citer ni, bolehlah dorang mengimbau saat² manis time dorang berjumpa dulu. Couple yang tak kawen plak mungkin boleh terdetik nak ajak psgn kawen pas tengok citer nih kot. ← apa yg aku merepeks nih?

Hahaks, well honestly citer komedi romantik memang bukan taste aku. Tapi, berbaloi jugaklah duit aku beli tiket tgk citer nih. Dalam citer nih kan, Dian (watak yang dilakonkan oleh Lisa Surihani) ada tulis blog pasal kehidupan dia dgn boyfie dia. Part tulis blog tu aku boleh relate lah sebab aku pun seorang blogger. Tapi aku tak rasa blogger macam Dian wujud dalam blogsphere ni. Maksud aku, dia tulis pasal relationship dia dgn pakwe dia je then ada beberapa anon sgt berminat dgn story dia n komen psl apa yg dia tulis tu.

Skinship.

So far, aku tak pernah jumpa lagi la blogger macam Dian tu. But!, kalau ada sesape yg jumpa blogger mcm Dian tu boleh lah share link blog kat aku. HEH²~ Bagi aku, Dian dalam citer tuh boleh tahan 'gedik' lah jugak. Sorry to say like that, tapi jgn expect semua perempuan will act like her. HAUHAU~ Dan dlm citer nih jugak bagi aku, TOO many skinship. Tau tak apa itu skinship? Go Google yourself. Yes, aku memang kurang selesa tgk skinship between boy & girl especially dlm citer melayu lah. Orang kata, tak manis gitu kan²..

Lepas habis tengok wayang, kitorang terjah KFC. Hurmm, ekceli ragu² jugak nak makan KFC sebab tak pasti KFC ada kaitan tak dengan boikot produk ISRAEL. Tapi, kitorang makan jugak. HUHU~ Kitorang share duit sikit sorang beli KFC bucket ayam goreng Hot & Spicy 15 ketul!. Aku makan 2 ketul ayam, 1 ketul tu kepak ayam. HAHA. Btw, krusher Oreo KFC makin sedap lah. Bravo²~ :=)

Syaima & Hahazirah @KFC StarMall

Habis makan KFC, haruslah aku singgah Big Apple beli donut Oreo kegemaranku. Hauhau~ Sorry la aku tak dapat nak belanja donut sebab duit aku pun tak bape banyak. Overall aku spent around doploh hengget utk ticket movie+makan KFC+donut Big Apple.

Snap² depan Big Apple sementara tunggu ayah Syaima.

Senyuman manis. kah³~

Dah siap beli Big Apple tuh, kitorang tunggu lah kat depan tangga² starmall tu. Sambil tu, ambik lah gambo gune tablet aku ni buat kenangan. Ngeh²~ Seriously, best jugak keluar hari semalam. Trimas sangat² kat syaima sbb ajak aku tgk wayang, tak lupa jgk kat ayah syaima yg sanggup hantar & jemput kitorang kat starmall serta rombongan tadika yang turut memeriahkan suasana hari semalam. Hahahaks~ Serious, korang memang best! =D

Rombongan Tadika tengok wayang. Hehhe~

Oklah, sampai sini dulu. Sekian, wassalam.

P/S: Lupa nak cakap, semalam aku jumpa Pekjah kat starmall! Dia pun tengok citer istanbul. =))

2 comments: