Hangout with Lala & Hanisyaima.

Assalamualaikum & Hello.

Temerloh Bandar Ikan Patin. Hoyehh~

*tak tau lah nak letak title ape.* HUHUKS~ Yes! Alhamdulillah, akhirnya smlm berjaya jgk plan nak hangout ngan Lala & Cema. =D Lepas masing² sambung belajar, semalam lah baru first time kitorang hangout together. Seronok banget hari semalam.

Aku malas nak citer pepanjang. Macam bese, aku ngan cema pegi sesame naik skuter. Kitorang plan tunggu kat KFC n aku suggest makan kat HFC (Happy Fried Chicken). Yelah, sebab KFC tu kan produk yahudi, kirenye nak boikot la gitu.

Happy Fried Chicken.

Firstly, kitorang poie The Store dulu sebab aku nak cari kotak harta karun. HEHEHE~ Lepas tu baru pegi makan kat Hepi. Kat Hepi tuh, kononnya kitorang nak makan western food la then kitorang pun pakat order Chicken Steak yang berharga RM11.90. Tapi sedih betul nengok chicken steak tu. Lala kata, Chicken Steak macam ayam kunyit jeh. Dah la cinonet! kecik gilo steak nye tak berbaloi langsung dgn harganya yang super mahal tu. Cehh~

Cinonet Chicken Steak by Mad Fried Chicken!

Takpelah, kiranya tu first & last try kitorang order chicken steak tu. Lepas ni jangan harop! =P Aku pun ada order snake plate gn air strawberi ais krim float. Lala plak order kentang goreng, sotong goreng n jus oren. Cema order air strawberi.

Snake Plate. Apehal bagi guwa kepak ayam?? Memag guwa 'suka' pon~

Air Strawberi + Kentang Goreng + Sotong Goreng. Sorry leu, aku takleh makan sotong. Seafood allergic. HOHO~

Ekceli, Hepi ni sama sedap je dgn KFC. So, maybe tak perlu sgt kot craving kat KFC tu lagipun kate nak boikot produk yahudi ark. HEHE~

TFMERLOH instead of TEMERLOH. Ignore it. =P

Dah siap makan kat Hepi tu, kitorang pun meneruskan lah perjalanan pegi ke esplanade kat bandar bawah. Jauh jgk perjalanan kitorang sampai siap benti kat guardian jap sebab nak aircond. Lepas tu sambung balik perjalanan menuju ke esplanade untuk sesi 'photo shoot'. HUE³~

Lala, Ayma & DSLR.

Haa, aku nak promote sikit Esplanade Temerloh ni. Kat sini, best la jugak tempatnya sebab teduh n redup je. Kalau nak lepak² ke dating ke nak tengok air sungai pahang yang kaler koko tu ke boleh lah singgah kat sini. Kat sini pun ada Jambatan Gantung (jamban awam pun ada jugak. LOL!). Bagi aku, jambatan gantung dia takde lah tinggi n seram sangat. Seronok jugak la naik jambatan tuh~~ Try la kalau datang sini yep.

View of Esplanade Temerloh. =D Nice kan.

Jambatan Gantung Esplanade Temerloh.

Tak lengkap la rasonye kalo tak snap pic bersama sebagai kenangan. Aku ada suruh kakak garang kat jambatan gantung tolong tangkapkan gambar kitorang 3 org, tapi blur. Hampeh! Lepas tuh ade abang@pakcik yang pro DSLR katanya tolong snapkan pic kitorang tapi gelap pulak dah. Hampeh sekali lagi. Menyedihkan botui. T.T

Syaima & Lala @ Jambatan Gantung.

Hahazirah & Lala. Please ignore my awkward pose. HAHAHA!

Btw, aku sempat jugak beli headphone baru time singgah kat Bubble bandar atas. Hemm, nak kaler purple hoya kalau boleh tapi takdek! Breakdown kejap kat situ. Asyik dapat merah je setiap kali aku mau purple. Merah pun jadi leuu~~

Headphone Beats by Dr. Dre Monster Ferrari Red.

UPDATE 28/11/2012: Entri dari kawan saya, Syaima & Lala. =D

Sekian dulu, wassalam. =)

6 comments:

  1. haha syok wei lepak hari semalam :) XDXD :) ehh nak copy gamba ley? aku credit ( sorry sbb xsnap gamba sgt semlm) =,=

    ReplyDelete
  2. seronok , haih entah bila lah dapat peluang jumpa lagi cam ni hehe, btw thanks untuk entry ini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah peluang akan tiba lagi. wahaha~
      haruslah aku update hari² best dlm blog sbgai knangan~ =D

      Delete
  3. ada kawan org pahang time kt usim dulu, suka btol dgn patin...


    **berapa riban dslr awak tu & apa model? berangan nak beli...tapi tak tau nak bajet berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, nti kalo dtg tmerloh, jgn lupa mkn ikan patin tau.

      alamak, tu bkn dslr saya, kwn punya. sy xde duit beli dslr. T.T
      x sure lah model apa tp brand canon.
      rasanya boleh bajet rm800 ke ats kot. =)

      Delete