Hangout with Lala & Hanisyaima.

Assalamualaikum & Hello.

Temerloh Bandar Ikan Patin. Hoyehh~

*tak tau lah nak letak title ape.* HUHUKS~ Yes! Alhamdulillah, akhirnya smlm berjaya jgk plan nak hangout ngan Lala & Cema. =D Lepas masing² sambung belajar, semalam lah baru first time kitorang hangout together. Seronok banget hari semalam.

Aku malas nak citer pepanjang. Macam bese, aku ngan cema pegi sesame naik skuter. Kitorang plan tunggu kat KFC n aku suggest makan kat HFC (Happy Fried Chicken). Yelah, sebab KFC tu kan produk yahudi, kirenye nak boikot la gitu.

Happy Fried Chicken.

Firstly, kitorang poie The Store dulu sebab aku nak cari kotak harta karun. HEHEHE~ Lepas tu baru pegi makan kat Hepi. Kat Hepi tuh, kononnya kitorang nak makan western food la then kitorang pun pakat order Chicken Steak yang berharga RM11.90. Tapi sedih betul nengok chicken steak tu. Lala kata, Chicken Steak macam ayam kunyit jeh. Dah la cinonet! kecik gilo steak nye tak berbaloi langsung dgn harganya yang super mahal tu. Cehh~

Cinonet Chicken Steak by Mad Fried Chicken!

Takpelah, kiranya tu first & last try kitorang order chicken steak tu. Lepas ni jangan harop! =P Aku pun ada order snake plate gn air strawberi ais krim float. Lala plak order kentang goreng, sotong goreng n jus oren. Cema order air strawberi.

Snake Plate. Apehal bagi guwa kepak ayam?? Memag guwa 'suka' pon~

Air Strawberi + Kentang Goreng + Sotong Goreng. Sorry leu, aku takleh makan sotong. Seafood allergic. HOHO~

Ekceli, Hepi ni sama sedap je dgn KFC. So, maybe tak perlu sgt kot craving kat KFC tu lagipun kate nak boikot produk yahudi ark. HEHE~

TFMERLOH instead of TEMERLOH. Ignore it. =P

Dah siap makan kat Hepi tu, kitorang pun meneruskan lah perjalanan pegi ke esplanade kat bandar bawah. Jauh jgk perjalanan kitorang sampai siap benti kat guardian jap sebab nak aircond. Lepas tu sambung balik perjalanan menuju ke esplanade untuk sesi 'photo shoot'. HUE³~

Lala, Ayma & DSLR.

Haa, aku nak promote sikit Esplanade Temerloh ni. Kat sini, best la jugak tempatnya sebab teduh n redup je. Kalau nak lepak² ke dating ke nak tengok air sungai pahang yang kaler koko tu ke boleh lah singgah kat sini. Kat sini pun ada Jambatan Gantung (jamban awam pun ada jugak. LOL!). Bagi aku, jambatan gantung dia takde lah tinggi n seram sangat. Seronok jugak la naik jambatan tuh~~ Try la kalau datang sini yep.

View of Esplanade Temerloh. =D Nice kan.

Jambatan Gantung Esplanade Temerloh.

Tak lengkap la rasonye kalo tak snap pic bersama sebagai kenangan. Aku ada suruh kakak garang kat jambatan gantung tolong tangkapkan gambar kitorang 3 org, tapi blur. Hampeh! Lepas tuh ade abang@pakcik yang pro DSLR katanya tolong snapkan pic kitorang tapi gelap pulak dah. Hampeh sekali lagi. Menyedihkan botui. T.T

Syaima & Lala @ Jambatan Gantung.

Hahazirah & Lala. Please ignore my awkward pose. HAHAHA!

Btw, aku sempat jugak beli headphone baru time singgah kat Bubble bandar atas. Hemm, nak kaler purple hoya kalau boleh tapi takdek! Breakdown kejap kat situ. Asyik dapat merah je setiap kali aku mau purple. Merah pun jadi leuu~~

Headphone Beats by Dr. Dre Monster Ferrari Red.

UPDATE 28/11/2012: Entri dari kawan saya, Syaima & Lala. =D

Sekian dulu, wassalam. =)

Komik-mania.

Assalamualaikum & Hello.

Cinta itu seperti satu takdir yang tak dapat dielakkan.

Aku ni komik mania sangat ke sebenarnya? Yeap, aku memang suka baca komik tapi kadang² aku memilih sikit nak baca komik tu. Kalau boleh aku nak baca komik yang jalan cerita dia lain daripada yang lain. Kalau dulu, mungkin lah aku bedal je baca pape komik tapi skrg aku lebih suka baca komik yg mempunyai jalan cerita yg unik; bukan setakat kisah cinta yg biasa. Tak semestinya aku baca komik genre romantik je, apa² genre pun aku boleh hadap as long as kisah dalam komik tu menarik! *^_^*

Rapat Dalam Kejauhan by Xiao Bai.

Contohnya, semalam aku baru habis baca komik Rapat Dalam Kejauhan yang aku beli dgn anum kat book fair megamall Kuantan. Anum yang pujuk aku suruh beli satu buku/komik kat book fair tu. Aku pun layan je la eventho waktu tu aku rasa macam takde mood nak baca pape buku. Haha~ Seriously, i tell u, komik ni memang best yang teramat sangat³! Komik ni berkisar tentang kasih sayang antara ibu & anaknya, persahabatan & percintaan. Memang tak rugi satu sen langsung aku beli komik nih. *puas hati* :=)

Jin's expression yang bikin aku melting. HAHA~

Ekceli citer komik ni memang ada unsur tahayul sikit² tapi nvm la, ignore bad things, just enjoy the story rite?!. =) Aku kesian dgn watak Jin yang betul² mencintai gf dia, Xiaotian. Tapi sayang diorang takde jodoh & seperti kata Li Wei (anak Xiaotian); Jin tak kan pernah jadi suami ibunya baik masa sekarang mahupun di masa hadapan. T.T Menyedihkan betul kisah cinta mereka ni. Bab kata Jin, "bukan mudah untuk mencintai seseorang." How deep meaning~~

Li Wei, berusia 18-19 tahun, anak masa hdapan Xiaotian.

Li Wei pulak seorang anak yang sangat² kasihan. Sanggup memutarkan masa untuk kembali ke masa lalu semata² ingin bersama dengan ibunya yang pergi terlalu awal darinya. Pada mulanya, Xiaotian berasa kehadiran Li Wei telah mengundang banyak masalah kepadanya hinggalah suatu hari dia sedar bahawa anaknya itu sangat² berharga buatnya dan start menyayanginya sepenuh hati. ← apa yang aku membebel pepanjang nih? Heheks~

Sorrry la kalau tak paham apa yang aku menggarut nih. Cuma aku nak beritahu, setelah sekian lama barulah aku dapat baca komik yang betul² best, menarik, menghiburkan & mempunyai jalan cerita yang betul² bikin aku puas hati. Aku sangat merekomenkan kepada manga's lover, try baca komik ni, seriously best. Opss, bukan exaggerated eh tapi komik Rapat Dalam Kejauhan ni barulah taste aku. Hehhe~

Pertemuan Xiaotian dengan bakal suaminya, Li Zhongdao.

Sebelum ni aku pernah baca satu komik yang aku pinjam kat Safuhah, tak ingatlah apa tajuknya, Cinta Teh Hijau mungkin?? Serious lupa! tapi komik tu pun best jugak bagi aku. Aku suka sangat komik yang mempunyai unexpected ending. Kita tak dapat teka apa ending dia. hahaha~

Pengintip Bangsawan by Sakurakouji Kanoko

Lagi satu komik Safuhah yang aku pinjam ialah Pengintip Bangsawan. Memang aku nak giler baca komik ni then aku tanyalah Safuhah ada tak komik tajuk dia Putera Bangsawan? Safuhah kata ada, esoknya dia bagi aku pinjam tapi rupa²nya tajuk komik tu Pengintip Bangsawan lah, bukan Putera Bangsawan. Haha~ Komik ni termasuk dalam taste aku jugak lah, aku sangat puas hati dengan jalan citer komik nih. =)

Ok lah, itu saja yang dapat aku kongsikan tentang komik kegemaran aku nih. One more thing, im not so sure boleh ke aku letak gambar karakter² komik ni. Hurmmm, *fikir sejuta kali* I DONT KNOW tapi biarlah jadikan gambar² tersebut as perhiasan entri kali ni ok. Not such a big deal~

Sekian dulu, wassalam.

Istanbul Aku Datang!

Assalamualaikum & Hello.


Semalam aku berpeluang tengok movie citer Istanbul Aku Datang! dengan Cema. Ekceli tak plan langsung okie, peluang datang tiba² time aku ajak cema teman aku poie The Store, pastu dia terus ajak aku pegi Star Mall tengok wayang dgn adik² dia. Aku pun apa lagi rembat lah peluang tuh. Ngeh²~


Bagi aku citer Istanbul Aku Datang! ni boleh tahan lah. Citer dia sweet lah jugak kot, sesuai untuk para pasangan yang dah berkawen tengok citer ni, bolehlah dorang mengimbau saat² manis time dorang berjumpa dulu. Couple yang tak kawen plak mungkin boleh terdetik nak ajak psgn kawen pas tengok citer nih kot. ← apa yg aku merepeks nih?

Hahaks, well honestly citer komedi romantik memang bukan taste aku. Tapi, berbaloi jugaklah duit aku beli tiket tgk citer nih. Dalam citer nih kan, Dian (watak yang dilakonkan oleh Lisa Surihani) ada tulis blog pasal kehidupan dia dgn boyfie dia. Part tulis blog tu aku boleh relate lah sebab aku pun seorang blogger. Tapi aku tak rasa blogger macam Dian wujud dalam blogsphere ni. Maksud aku, dia tulis pasal relationship dia dgn pakwe dia je then ada beberapa anon sgt berminat dgn story dia n komen psl apa yg dia tulis tu.

Skinship.

So far, aku tak pernah jumpa lagi la blogger macam Dian tu. But!, kalau ada sesape yg jumpa blogger mcm Dian tu boleh lah share link blog kat aku. HEH²~ Bagi aku, Dian dalam citer tuh boleh tahan 'gedik' lah jugak. Sorry to say like that, tapi jgn expect semua perempuan will act like her. HAUHAU~ Dan dlm citer nih jugak bagi aku, TOO many skinship. Tau tak apa itu skinship? Go Google yourself. Yes, aku memang kurang selesa tgk skinship between boy & girl especially dlm citer melayu lah. Orang kata, tak manis gitu kan²..

Lepas habis tengok wayang, kitorang terjah KFC. Hurmm, ekceli ragu² jugak nak makan KFC sebab tak pasti KFC ada kaitan tak dengan boikot produk ISRAEL. Tapi, kitorang makan jugak. HUHU~ Kitorang share duit sikit sorang beli KFC bucket ayam goreng Hot & Spicy 15 ketul!. Aku makan 2 ketul ayam, 1 ketul tu kepak ayam. HAHA. Btw, krusher Oreo KFC makin sedap lah. Bravo²~ :=)

Syaima & Hahazirah @KFC StarMall

Habis makan KFC, haruslah aku singgah Big Apple beli donut Oreo kegemaranku. Hauhau~ Sorry la aku tak dapat nak belanja donut sebab duit aku pun tak bape banyak. Overall aku spent around doploh hengget utk ticket movie+makan KFC+donut Big Apple.

Snap² depan Big Apple sementara tunggu ayah Syaima.

Senyuman manis. kah³~

Dah siap beli Big Apple tuh, kitorang tunggu lah kat depan tangga² starmall tu. Sambil tu, ambik lah gambo gune tablet aku ni buat kenangan. Ngeh²~ Seriously, best jugak keluar hari semalam. Trimas sangat² kat syaima sbb ajak aku tgk wayang, tak lupa jgk kat ayah syaima yg sanggup hantar & jemput kitorang kat starmall serta rombongan tadika yang turut memeriahkan suasana hari semalam. Hahahaks~ Serious, korang memang best! =D

Rombongan Tadika tengok wayang. Hehhe~

Oklah, sampai sini dulu. Sekian, wassalam.

P/S: Lupa nak cakap, semalam aku jumpa Pekjah kat starmall! Dia pun tengok citer istanbul. =))

Tablet Android 7" ✓

Assalamualaikum & Hello.

Tablet Android yang akhirnya berada dalam genggaman. cewahh~

Finally, salah satu wishlist aku iaitu Tablet Android 7" dah tercapai hari semalam; 10/11/2012. HOHOHO~~ =D Dah la lama aku 'mengidam' nak tablet PC android OS lepas aku jual dua² smartphones kesayangan aku. Yelah, aku rindu nak tengok video kat youtube guna smartphone/tablet. :=)

So, aku sudah plan; habis je exam STPM sem 1 iaitu pada 9/11/2012 aku nak order tablet ni. Banyak kali aku cakap n ingatkan kat abah dan tak sangka akhirnya impian tu jadi kenyataan. HAHAHA~ Aku cari kat internet je tablet yang murah² tapi kualitinya no doubt!

So, bila dah jumpa tempat untuk beli tablet ni iaitu kat website lelong n aku sangat yakin dengan penjualnya, aku pun ajaklah abah order tablet ni pada hari jumaat (9/11/2012) hari tu. Tup tup pada keesokan harinya plak tengok², eh dah sampai dah tablet yang baru je order pada hari semalam. Pantas & efisien betol seller ni, memang repect habis lah. =D

POS LAJU memang terbaik! =D

Ni kotak tablet. Okie, jangan gelak dgn nama brand dia. Ibu cakap jonix adik-beradik dengan joyah gn jongos. kemerepekan ape ntah. HAHA!

Siap berbalut dgn kemas lagi. respect.

Full set: tablet sebijik, charger, usb, user manual and etc. =)

Yeah, i got white tablet. So happy mah~~ =D

Thanks sangat² lah kat abah sebab 'belanja' aku tablet nih. Aku plan nak guna duit aku, tapi sayang lah pulok! (padahal kedekut HAHA) Lepas ni boleh la tgk video INFINITE kat dlm tablet pulak. wee~

Ok lah, sampai sini dulu. Sekian, wassalam. [^____________^]

Jonas Rivanno ♥

Assalamualaikum & Hello.


Ganteng nggak gambar pria diatas nih? Ganteng kan kan kan. HAHA. Kalau ada yang tak kenal, cowok di atas ni ialah Jonas Rivanno, aktor yang sedang meningkat naik di Indonesia. *kok kenapa guwa lagi speaking indon berterabur segala sih.. hahak~*

Aku memang dah lama la minat kak Vanno (panggilan manja Jonas Rivanno) ni since dia berlakon dalam sinetron Kemilau Cinta Kamila. Waktu tu aku macam "wauu hengsemnye Doktor Fadil (watak yg dimainkan Vanno dlm KCK)!" Macho gilalah Vanno dalam KCK sebab dia pakai spec. Memang hati aku melting habis lah~

Kemilau Cinta Kamila (KCK)

Lagi satu aku suka beliau ni sebab 'kisah pacarannya' dgn Andah(Asmirandah). Sweet gila k diorang 2 org ni. Memang bagai pinang dibelah dua lah! Si cowoknya ganteng sama si gadisnya pula cantik gitu. Vandah (Vanno+Andah) couple shipping forever! Hahaha~

Kak Vanno ni bagi aku la seorang yang agak friendly & jenis yang layan fansnya. Bukti hidupnya!!; semalam kak Vanno mengetweet aku sih!! Dia balas tweet yang aku bagi kat dia. Aku try la wish "Good Mindnight" (tak pernah hayat wujud kata sapaan good 'mid'night. hahaha), then, he replied me wowwww!

please mind my current tweethandle (@zeohahazirah) tu. I'll change the new one later. =)

Ok sorry aku agak excited plus jakun tapi sape tak hepi weh seleb yang kita minat balas tweet kita, siap retweet lagi tu kot. *wink wink* And tak tau lah kenapa hati aku berdegup-degap menunggu balasan tweet darinya sebab aku malas nak berharap sangat lah kan takut nanti keciwa. Hahahaks~

But, fortunately kak Vanno perasan kewujudan mention aku & dia pun mengreplynya. HAHAHA. HAPPY K!!! Park Jae-min (Let's Go Dream Team 2) pun pernah reply jgk tweet aku tapi aku tak sempat buat post pasal tu. Nanti lah ada masa aku akan buat post pasal Jae-min oppa reply tweet aku. HAHAHA~

Aku macam over gitu artis reply tweet aku kan. ah whatever ah janji aku happy. =D

Sekian dulu, wassalam. [#^_____^#]