Cinta sekelip mata.

Assalamualaikum & Hello.

Aku pegi kuantan lagi minggu ni; sampai tak jadi study dgn mira (mianhae mira~). Baru 2 minggu lepas pegi, tapi pegi kali ni sebab abah ada kelas. Sambil tunggu abah, ibu kata nak pegi jalan kat mall tapi tak pegi pun. Nasib baik aku ikut tengok wayang dengan ina, piya, ipah n iyad. Aku jadi 'babysitter' dorang la, amanat dari makcik. hehe~


Mula tu ingat nak tengok Hantu Kapcai (padahal aku tak tau pun nak tengok movie apa), tapi malangnya citer tu 18+, ambik ko~ aku sendiri pun tak sampai 18tahun lagi (tinggal lagi 2 minggu lebih). So, ina cepat² kata tengok Hotel Transylvania la *terbelit lidah aku nak menyebut, banyak kali aku berlatih sebut* ;P Siryes best citer nih, aku tak tipu. Lawak sangat & sweet jugak. <3 Love story between dracula and human.

Movie start pukul 12:15 pm, kitorang kena tunggu hall bukak dulu, memang lambat lagi lah. So kitorang jalan² la, pegi toilet & beli popcorn. Time tu, aku 'terjumpa' dengan seorang guy ni, sorang² je, aku agak tertarik dengan dia. Bukan sebab apa, tapi dia dah menangkap pandangan mata aku. Dia pun tunggu sama² macam kitorang. Curious jugak dia tengok movie apa sebab dia sorang² je waktu tu.

Time bagi ticket, time masuk hall, ommai!! dia pun tengok movie Hotel Transylvania la tapi dia sorang² je. Curious sangat camne dia bleh terpikir nak tengok kartun eh, at least ajak awek or family or chingu(s) dia kan. huhuks~ Dah macam takdir, seat dia sebaris dengan kitorang eventho dia duduk tepi skali. Kiranya seat aku dengan dia jarak beberapa kerusi je. =] but,, tetiba iyad duk sebelah aku. cheese betul~

Selena Gomez is Mavis. =)

Kitorang memang cukup enjoy lah tengok movie tu, joke sangat². Btw, Selena Gomez jadi watak Mavis. Sambil tu popcorn habis kena makan tak sampai separuh jalan citer pun. Sedap sangat popcorn dia! Habis je movie tu tak tau kenapa aku macam nak lambat²kan keluar dari hall. Aku nampak dia tadi terus je keluar habis citer tu. Aku n budak² ni pun keluar hall tapi malangnya aku dah tak nampak lagi kelibat guy tu. Sampai situ je 'pertemuan' aku dengan dia. =[

Sampai sekarang aku masih curious tentang dia. Bagi aku, macam takdir je aku n dia tengok Hotel Transylvania same². Lagi satu aku tak sure dia tu melayu atau cina. Rupa cam chinese look je tapi firasat aku kuat mengatakan dia seorang lelaki melayu. Hehehe~ Kalau aku seorang yang 'daring', mesti aku cuba berborak dengan dia sebab dia sensorang. Tapi tak mungkin lah, illusion semata-mata. wahaha~

Mavis, Dracula & Jonathan.

Seronoknya kalau boleh jumpa true love macam Mavis & Jonathan. Tapi aku tak mau pikir lebih² sangat pasal ni sebab aku nak fokus belajar dalam masa setahun 1/2 nih. Yeap, aku harus lupakan perasaan cinta sekelip mata ni. Hari ni dah cukup enjoy dapat tengok movie 'bersama' unknown guy. Istilah bersama hanya aku yang paham. kikiki~

Sampai sini dulu post kali ni. Sekian dulu, wassalam. ~[#^__^#]~

6 comments:

  1. amboi2.. smpat lg ter heart eh.. hehehe, blaja2, nti kalo da bercinta sush nak focus, asik nak ngajuk pastu gaduh..hikhik..

    ReplyDelete
  2. @◕ Kawaii D Y S H A ◕ alaa, nk rse gak kemanisan brcinta *wekss* haha. btul2, nk fokus stdy skrg nih. =D

    ReplyDelete
  3. teringin gak nak tgk citer ni...hari tu tgk the making dia macam best...

    ReplyDelete
  4. @Cikgu Ma siryes best citer ni. sgt rekomenkan tgk citer nih. tgk la kalau berkesempatan. =))

    ReplyDelete
  5. Hazirah, study penting. Cinta pun penting. He~ Kena pandai manage masa yg amat...

    Salam kenal...:)
    *kaki kartun jugak*

    ReplyDelete
  6. @Khalilah MNor yeap, betul tu. dua2 penting. ^^
    slm kenal jugak. =))

    ReplyDelete