D-Day.

Assalamualaikum & Hello.


Semalan aku tengok satu citer hantu korea, D-Day kat channel Kix HD (729), boleh tahan la best citer ni tapi ada certain part yang aku tak paham, layan je la kan~ Skrg ni aku ada hobi suka tengok movie yang best², tapi biasa tengok kat TV je la. Hak²~

Plot citer ni kan betul lah buat aku 'ter' sikit. Maksudnya, movie ni kisahnya pasal budak² yang tak dapat masuk kolej then dia masuk lah sebuah sekolah ni yang menjanjikan tempat untuk ke kolej nanti. Tapi, sekolah ni macam strict sangat sampai bebudak kat situ stress & menyebabkan kebakaran berlaku. Kat dalam citer ni adalah cakap pasal 'orang yang gagal' untuk masuk kolej. Kiranya jalan citer ni macam ada sikit² berkaitan dgn life aku skrg.


Jujur cakap, life aku skrg memang menyedihkan. Disaat member² lain bergembira di kolej/uni masing², aku dirumah sedang bertungkus-lumus lah sangat belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik seterusnya masuk plak ke universiti. Uhuhuk~ :P

Aku tak pernah citer aku sambung study kat mana kan. Ada orang ingat aku masuk maktab, ada jugak yang ingat aku stay matrix, ada jugak yang salah paham aku dapat mara loan/jpa scholarship & ada jugak yang ingat aku poie politeknik. Orang curious apsal budak zirah ni tak dapat tawaran UPU. Actually aku dapatlah, tapi aku dapat politeknik premier, dah aku mintak mende tu ambik dia bagi kat aku.


Baru sekarang aku rasa menyesal tak plan betul² future aku. Dulu ada masa lebih kurang 5 bulan kot!, nak plan aku sambung study kat mana tapi aku ni khayal, lalai, stewpid, tak cakna & lain². Ingat ada tempat kat maktab tapi kesian batch-94 sangat malang wei. Yeap, tahun kitorang sangat strict, kira batch-93 adalah sangat lucky. Aku tak tau lah apa nasib batch-95 & seterusnya nanti. Korang nak secure baik belajar betul² & dapat result bagus dalam SPM nanti. Aku cakap ni based on my own experience, seriously.

Kalau ikutkan, aku boleh je nak masuk mana² kolej tapi aku ni memilih orangnya. Aku takut kalau aku masuk sebarang kolej, aku tak dapat nak kejar impian aku. Yeap, of course I have my own dream. Apa tu impian kau zirah? Tak pernah dengar pun?? Adalah, next post I'll tell you what is my dream actually. Cuma sekarang apa yang penting, aku kena belajar sungguh² & belajar sume benda yang aku tak pandai supaya nanti aku boleh survive bila berjauhan dgn family.

Ok lah, aku stop dulu kat sini. Aku akan sambung lagi dlm next post. Sekian dulu, salam & babai~

No comments:

Post a Comment