D-Day.

Assalamualaikum & Hello.


Semalan aku tengok satu citer hantu korea, D-Day kat channel Kix HD (729), boleh tahan la best citer ni tapi ada certain part yang aku tak paham, layan je la kan~ Skrg ni aku ada hobi suka tengok movie yang best², tapi biasa tengok kat TV je la. Hak²~

Plot citer ni kan betul lah buat aku 'ter' sikit. Maksudnya, movie ni kisahnya pasal budak² yang tak dapat masuk kolej then dia masuk lah sebuah sekolah ni yang menjanjikan tempat untuk ke kolej nanti. Tapi, sekolah ni macam strict sangat sampai bebudak kat situ stress & menyebabkan kebakaran berlaku. Kat dalam citer ni adalah cakap pasal 'orang yang gagal' untuk masuk kolej. Kiranya jalan citer ni macam ada sikit² berkaitan dgn life aku skrg.


Jujur cakap, life aku skrg memang menyedihkan. Disaat member² lain bergembira di kolej/uni masing², aku dirumah sedang bertungkus-lumus lah sangat belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik seterusnya masuk plak ke universiti. Uhuhuk~ :P

Aku tak pernah citer aku sambung study kat mana kan. Ada orang ingat aku masuk maktab, ada jugak yang ingat aku stay matrix, ada jugak yang salah paham aku dapat mara loan/jpa scholarship & ada jugak yang ingat aku poie politeknik. Orang curious apsal budak zirah ni tak dapat tawaran UPU. Actually aku dapatlah, tapi aku dapat politeknik premier, dah aku mintak mende tu ambik dia bagi kat aku.


Baru sekarang aku rasa menyesal tak plan betul² future aku. Dulu ada masa lebih kurang 5 bulan kot!, nak plan aku sambung study kat mana tapi aku ni khayal, lalai, stewpid, tak cakna & lain². Ingat ada tempat kat maktab tapi kesian batch-94 sangat malang wei. Yeap, tahun kitorang sangat strict, kira batch-93 adalah sangat lucky. Aku tak tau lah apa nasib batch-95 & seterusnya nanti. Korang nak secure baik belajar betul² & dapat result bagus dalam SPM nanti. Aku cakap ni based on my own experience, seriously.

Kalau ikutkan, aku boleh je nak masuk mana² kolej tapi aku ni memilih orangnya. Aku takut kalau aku masuk sebarang kolej, aku tak dapat nak kejar impian aku. Yeap, of course I have my own dream. Apa tu impian kau zirah? Tak pernah dengar pun?? Adalah, next post I'll tell you what is my dream actually. Cuma sekarang apa yang penting, aku kena belajar sungguh² & belajar sume benda yang aku tak pandai supaya nanti aku boleh survive bila berjauhan dgn family.

Ok lah, aku stop dulu kat sini. Aku akan sambung lagi dlm next post. Sekian dulu, salam & babai~

Announcement: GA Lucky Blogger di-cancel. Maaf semua. :(

Assalamualaikum & Hello.


Sebelum ni, aku tak pernah inform apa² pun pasal GA yang aku buat dgn member tahun lps. Bukan sengaja tak nak update psl tu, cuma aku jarang online kat lappy. Tapi, jujur cakap since habis spm hari tu, tak tau kenapa aku jauh sangat dgn dunia blog. Sampaikan GA yang aku buat dgn member aku pun macam tak jadi je. Aku ingat nak cancel je la GA tu. Aku mintak maaf sgt² kat sape² yg join GA kitorang hari tu. Sedap² hati je aku nak cancel GA yg aku plan sebelum SPM hari tu. Tapi keadaan skrg mmg tak mengizinkan utk aku & member teruskan GA tu & pilih pemenang.

Actually, member aku & aku dah prepare hadiah GA tu, tinggal nak pilih pemenang je. Tapi ada masalah personal sikit yg menyebabkan kitorang cancel GA tu. Aku betul2 mintak maaf kat korang yang sudi join GA tu. Aku promise, next time aku akan ganti GA tu & akan committed dgn GA yg aku anjurkan mcm 1st contest yg pernah aku buat dulu. 1st contest aku sgt berjaya, ingt GA aku & kwn2 pun mcm tu jgk tapi malangnya tak dpt sambutan yg hangat. Huk3~

Itu sajalah yang aku nak sampaikan. Last word, MINTAK MAAF SANGAT² kat korang yang join GA tu ikhlas dari hati ni. Sekian dulu, salam & babai~

Amazing Spider-man Awesome!

Assalamualaikum & Hello~


Baru² ni (actually sabtu minggu lps; 07/07/2012) aku dgn member kelas, Mira, Ikah & Syak pegi starmall tgk movie. At first aku tak tau nak tgk movie apa kan, then tanya Syak, kata nak tgk Spider-man, aku pun excited la.

Plan aku kalo bleh tak nak tengok 3D, yelahkan aku ni dah la pakai spec then pakai lagi spec 3D cam susah la nak fokus nanti cehh. Tapi, sebab yang normal punya dah start 10 minit sebelum kitorang beli tiket, kitorang pun beli je la tiket 3D, tak kisahlah janji dapat tengok kan. Hehee~

070712's day. ^^

Tak ready lagi nak bergambar ni. LOL XD

Sebelum tgk movie, kitorang pegi kfc makan jap. Aku beli nasi ape ntah lupa dah namanya, then krusher oreo. Seriously, sedap & kenyang gila! Habis makan barulah kitorang pegi beli tiket. Sementara tunggu citer tu nak start kitorang lepak² snap pic kat dalam kedai aksesori.

Model hand fan. V._. 

Ikah & Syak.

Mira & me! :P

Me, Ikah & Syak.

Eiffel Tower, Paris - my dream. erkk!

The Amazing Spider-man


Mula² aku tgk citer ni macam tak dapat terima je spiderman bukan Tobey lagi. Tapi tengok sampai habis, mmg puas la dgn citer tu even spiderman org lain. Gwen Stacy bagi aku cantik sgt! *_* Balik rumah entah kenapa terdetik hati nak google psl cast citer ni. And guess what, rupanya hero & heroin amazing spiderman ni memang couple in real life & they really look sooo sweeet couple! <3

Andrew Garfield as new Spider-man

Emma Stone as Gwen Stacy

Sekarang ni mmg aku 'fell-in-love' betul la dgn cute spidey couple ni. Selalu reblog about them in my tumblr. And skrg aku mmg minat sgt² Emma Stone instead Andrew. Aku tgk kat wikipedia Andrew, he's jewish. Oo-emm, terus macam erkk.. biasalah kalo jew ni mmg sensitip sikit kan.

Sooo sweet together. ^^ <33

Tapi, bagi aku Emdrew Stonefield mmg super lovely, cutest, sweetest couple ever lah. Hope they will never break up & stay together until get married. Heheee~ Aku pulak yang over feeling. :P Nanti ada masa aku update lagi about emdrew couple sbb seriously, now I'm really in love with them! Haha~

Emdrew Stonefield <3

Ok lah, sekian dulu. Salam & babai~ :))