생일 축하합니다 [saengil chukha-hamnida] zirahh~

Assalamualaikum.

Hari ni aku genap 17 tahun sudah.. maksudnya tinggal tepat lagi 1 bulan nak spm daa~ Sudah lama betul aku tak update blog ae. Tengok tajuk dulu, ya kalo tak tahu, hari ni 14 Oktober hari jadi aku yang ke tujuh belas. 17 angka yang besar juga, jadi aku sudah tua+dewasa la..

Terima kasih banyak² for those yang wish my birthday today. They're my classmate from 5IK, yang bagi msg birthday; pekjah, abah, anum, ct.. Trimas juga to ibu bapa yang belanja pizza dan yes hari ni sudah dapat hadiah pertandingan hari tu. So happy today tau~~


Everything seem good so far, hope keadaan ni kekal lebih lama. Tak mau stress² lagi, sebab beberapa hari belakangan ni aku depress betul sampai rasa nak bunuh diri. Nasib baik iman masih berbaki kalo tak hmmmmmm...(I can't explain more yet)

Itu saja lah kasitau. Actually aku tak kisah sangat kalo orang tak ingat bday aku which is tak penting langsung pun kan. Tapi, terima kasih sangat² yang ingat bday aku tu, serious terharu! (^_____^)

Ok lah, stop sini dulu. Babai & salam~

Terima kasih Utusan.

Assalamualaikum.


Ini berita sangat gembira. Terlalu gembira! Sebelum ni aku pernah masuk pertandingan hias blog sempena merdeka yang dianjurkan oleh surat khabar Utusan Malaysia. Dan baru² ni, pemenang untuk pertandingan tu baru diumumkan dan aku salah seorang pemenangnya. Alhamdulillah, syukur sangat².

Tak pernah bayang pun akan menang memandangkan peserta lain yang join pertandingan tu semuanya hebak2 belaka. =) Jadi, dalam blog ni, aku mahu kongsi sedikit kegembiraan yang aku alami sekarang ni. lalala~ Sila baca link dibawah cerita pasal pemenang pertandingan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

http://hazmanfadzil.com/2011/09/28/pemenang-pertandingan-menghias-laman-webblog-sayangi-1malaysia

http://www.azmanisma.com/2011/09/28/pemenang-pertandingan-menghias-laman-webblog-sempena-kempen-sayangi-1malaysia-dan-kibarkan-jalur-gemilang-2011

Aku menang hadiah saguhati iaitu sejumlah wang bernilai RM300. Jujur cakap, aku tak tau pun aku ada menang pertandingan ni. Aku dapat panggilan dari Utusan kata aku menang hadiah saguhati. At first, macam tak percaya. bila aku check dalam internet...whoaa, betul la, tak sangka sangat~ :D

Btw, pihak utusan ada call aku baru² ni untuk dapatkan sikit maklumat peribadi aku. Tapi, disebabkan aku balik sekolah lambat jadi tak sempat angkat. Aku try call, orang lain pulak angkat. Jadi, aku sekarang masih cuba untuk contact pihak utusan. Hehehee~ Apa-apa pun, harap pihak utusan dapat call aku atau aku dapat call pihak utusan untuk selesaikan urusan berkenaan hadiah. =)

Aku percaya kalau rezeki tu Allah nak bagi, insya-Allah aku dapat hadiah berkenaan. Amin.

Sekian dulu, salam & babai~ (^_^)