Contest kaki paling comel by Ailyl Rozanna.

Hello Assalamualaikum.



Tadi masuk contest bibir skang masuk contest kaki plak dah. Tapi contest ni memang zirah plan nak join lama dah tambah² my fav blogger yang wat contest ni, Ailyl Rozanna. *aww rugi kot tak join* Kat bawah ni adalah pic kaki paling tak comel zirah. HAHAHA~

My new and last school shoes.

Ini adalah pic kaki zirah pakai kasut sekolah baru dan terakhir zirah. Memandangkan this year is my senior year, maksudnya lepas ni takde dah sekolah² melainkan tetibe aku shot nak masuk STPM pulak kan. Kasut sekolah aku tahun ni spesial sikit, aku beli yang bertali & berbintik-bintik. Kononnya nampak style lah kan pakai kasut 'polka dot', sekali kena rembat dengan cikgu baru tau! HAHA~ Lepas a few years give up pakai kasut bertali, kini tahun ni, sebagai tahun penutup sekolah, aku kembali pakai kasut sekolah bertali. HIHI~

Tag 3 blogger to join this contest:

  1. Lala Halim
  2. Shyma
  3. Nad Cydot

"Kak ailyl, sori gambar kaki tak berapa menepati syarat, zirah tak masukkan Title contest & URL blog. Hope penyertaan zirah still boleh diterima, tapi kalo kena rejek jugak, redho je la.." ><

Okeis, ini saja yang saya sediakan untuk contest sis Ailyl. Sekian dulu, salam & byes~ ^^

Kdrama 49 Days

Hello Assalamualaikum. :)


Yo-yoo ekceli takde mood nak tulis pasal kdrama ni tapi hajat nih dah lama ngat tertangguh so baik kita laksanakannya sebelum ia melatop hukhuk~ :P Kalao korang nak tau, kdrama 49 Days ni paling hangat sekarang *eleh, peminat kdrama mesti tau nih!* tapi citer ni sudah tamat ar cuma kat One HD belum tamat lagi, lambat lagi tamat kot sebab citer baru, City Hunter *pakwe BOF aku berlakon Junpyo/Lee Minho* start 4/7/2011 ni kalo tak silap. *aku dgn ibu tak sabar menunggu* :)


Citer 49 Days ni memula aku boolayan ja, ibu sorang yang tengok *sebab skang ibu suka layan One HD, yesh ada peneman tengok citer korea =D*. Itupun sebab ada sorang pelakon dia macam muka Raka Cinta Kirana, alaa tak ingat ke? Yang berlakon jadi Raka dalam citer Cinta Kirana yang HOT lettew. [T_T] Tak ingat meh aku nunjuk sikit gambar dia!

Gaye tak? gaye kan? Tak gaye sudah, malas kawan! ;P

Aku eksaited bila tengok muka Gang Minho macam Raka. Bukan minat pun Raka cuma mula² ibu suruh aku tengok muka Minho tu gaye sape la..puas aku pikir, ingat macam muke pelakon korea mana kan sebab baru² ni sume citer korea yang aku tengok takde plak muka gaye Minho nih sampailah aku terpikirkan pelakon sinetron, tu yang aku dapat detect muka dia macam Raka! *cehh, bangga sangat lettew dapat cari lagi sorang pelanduk berupa-rupa. :P

Aku tak tengok 49 days ni dari episod petama tapi aku tau la jalan citer camano bila tengok lelame. Kalo tengok dari eps first lagi best tapi aku memang dah menjadi kebiasaan lah skip eps yang tak beh (best). NGEHNEGH~


Serious ni wei citer ni memang the best, tiptop, best sangat jalan citer dia. Pelakonnya pun sume good-looking. Ada Jo Hyun Jae (jadi Han Gang) tau yang dalam citer One Mommy Three Daddy *tajuk sukeati* berlakon skali citer nih. Lepastu, bagi aku la kan, Yi-kyung (Lee Young Woo) macam muka kawan aku syida. Mula² rasa Yi-kyung tak comel, nyampas je tengok muka dia tapi kawan aku yang Syida tu comei jadi terus automatik rasa Yi-kyung ni cantik dan tersuka dia plak. :)

Banyak citer lak dia, sinopsis citer ni canne? Sape castingnye? OST weh bab link! HAHA! Yilex² bagi aku cer one by one yeaah.

Sinopsis:


Shin Ji Hyun was enjoying absolute bliss as she was about to marry her fiancé, Kang Min Ho, but her perfect life is shattered when she gets into a car accident that leaves her in a coma. She is given a second chance at life by a reaper, but it comes with a condition: she has to find three people outside of her family who would cry genuine tears for her. In order to do this, she borrows the body of Yi Kyung, a part-time employee at a convenience store for 49 days.

(Dipetik dari wiki kasi pendek, nak lebih tengok sini atau sini takpun pi tengok seniri ah citer tu kasi paham habes.)

Cast:


Lee Yo Won as Song Yi Kyung/Shin Ji Min
Nam Gyu Ri as Shin Ji Hyun
Jo Hyeon Jae as Han Kang
Bae Su-bin as Kang Min Ho
Jung Il Woo as Scheduler/Song Yi Soo
Seo Ji Hye as Shin In Jung

Extended Cast at here.

OST:

Disebabkan OST dia melampau banyak sampai aku tak daye nak copy dan susun jadi aku kasi link direct terus. Jangan risao link download disertakan sekali mediafire lagi tew taw!


Click here for full OST 49 Days

**49 Days Necklace!**


Dalam citer ni, air mata jadi trademark. Siap ada jual rantai yang dipakai Yi-kyung/Ji-hyun kat sini <-click. Aku rasa cam nak beli la tapi mesti mahal aww nanti lah cari kat kedai bese mane tau ada jumpa ark. HUKHUK~ Oh! My handsome Scheduler. =D



Ini dia scheduler/penjadual yang hensem! Scheduler ni agak menjadi perhatian jugak dalam citer ni *oloh sebab die hengsem plus smart gitues*. Citer pasal dia ni sedih gak, kite takkan sangka sebenarnya dia ni kekasih lama Yi-kyung yang mati waktu muda, umur 23 dan memilih untuk menjadi penjadual. Lagi satu scheduler ni lawak jugak kelakar tengok watak dia yang sempoi dan suka marah² camtu. HAHA~

Papepun, citer ni memang terbaekk! Cer try tengok citer ni at least kat mysoju konfem jatuh hati punya dengan jalan citer dia yang lain dari yang lain. Yaww, aku makin suka drama korea, kadang² selalu belajar perkataan yang diorang sebut. Aku nak belajar bahasa Korea la weh!


Watch 49 Days online at MySoju.com
http://www.mysoju.com/korean-drama/49-days

Ok lah tu saja aku nak share pasal kdrama 49 days feberet aku nih. :D Kredit kat bawah wokie. Sekian dulu, byes salam~ [^_^]

Thanksie and them:
49 Days Official website, asianmediawiki, koreandrama.org, OST 49 days

Contest Kami Kaki Blogging!

Hello Assalamualaikum.


Kaki blogging? Aku kaki blogging ke? *update jarang²* eh jap aku blogger ke? *dah kau ada blog automatik kira panggil blogger juga la* Mengaku je la wei padahal i'm not-so-in-blogging. Just my passion eh bukan buang-masa. ;P Anyway, Kaki Blogging ni contest je wei, don't take it serious and just join it abes citer.

Tag 3 orang *jangan lupe kang kena tendang dari contest*

Lala Halim, Hanisyaima, Nad Cydot, Lisa Arissa, Aidabeelicious, Biyharif.
Cewahh, pes time tag blogger lain ni wei.

K dah tu je, byes salam~

Contest Twinkle Twinkle Little Star.

Hello Assalamualaikum.


Syarat contest:

Wajib FOLLOW Blog ini , Blog Akma, Blog Apple dan Blog Diera
Buat Satu Post Tajuk berkenaan Contest diatas
Tag 3 orang and dorang mesti tau
Letak banner ni okay :)
Kalau dah join tinggalkan link dekat entry ini
Tarikh tutup akan diberitahu kemudian

Tag 3 orang:

Lala Halim, Hanisyaima, Nad Cydot.

Siap ah dah kan?. K, byes salam~ *harap menang weh, lucky sekali sekala amin.*

Join contest...

Hello Assalamualaikum.

Siyot, jarang² aku update blog skang. Tibetibe update join contest. #senggal Wehh, aku dalam mood nak join contest blog nih. Alaaa contest blog yang blogger malaysia buat tu, yang bese budak² blog buat tu, yang dapat hadiah kalo menang tu. Yang jenis senang nak join, tak payah buat slogan ke jawab soklan merepek tu then chance untuk menang 50-50 gitteww.

Sape² ada wat contest tu invite lah aku, tak pun sape yang ada join contest ke tag lah aku, bleh aku join tak gitteww..

Ok lah tu je. Jangan lupe invite/tag aku join memana contest yeaah. Oh ye, lepas ni nak join contest sis Ailyl, tapi tunggu kena snap gambar dolu. K daa, byes salam~ ;) <-- muke senyum ja'at.

Contest Blog Paling Comel

Hello Assalamualaikum.


Zir nak masuk contest ni. Tapi saingannya macam sengit je. Lebih 200++ yang join contest ni weh! Lantak ah, menang ke tidak itu kira rezeki memasing lah kan. Btw, contest ni ditag oleh Nad Cydot, tengkiyu yea tag zir, lama dah tak join contest ni. :)

Malas tag, #okdahbai. Byes & salam~

zirahthebajubesi.blogspot.com

Hello Assalamualaikum!


Yeaaa..as you can see aite, saya tukar URL blog saya lagi! lagi dan lagi. Kenapa tukar?? ada orang soal tak? kalo takde takpe, cuma aku ja yang tak faham kenapa aku mesti tukar URL blog? Ka ada pape problem eh dengan URL blog lama ka, ka ada buat pape eh?? Haa, baik cakap kalau tak....

Okie lah, aku cuma nak berubah kot. Berubah maknanya aku nak buat sesuatu yang baru. Aku nak tinggalkan semua benda lama yang aku buat. Rugi kau zirah, kau tau tak HAHAZIRAH tu dah banyak berjasa kat kau! Sebab nama HAHAZIRAH tu lah, kau dapat masuk mag, orang kenal 'kecomeyan' blog kau dari nama HAHAZIRAH, lagi kononnya tutorial blog kau 'ihsan' dari nama HAHAZIRAH tu lah!

hahazirah.blogspot.com

Apesal la kau sanggup lepaskan semua kau kecapi dari nama HAHAZIRAH tu hah? Just tak faham apa yang kau fikirkan, whatever lah kan. Kau yang memilih semua ni. Sekarang bagi aku, Hahazirah was my past.

Thanks-a-lot CT for this. Luv it! ^^

Yes, I choose 'zirahthebajubesi' for my new URL blog name. Pelikkah bunyinya? Well, ekceli tu lah salah satu nama aku zaman myspace dulu. Taktau mau tukar nama comel ape lagi so aku decide just use this name lah. Before this aku guna name 'arthrougheart' but aku rasa macam ada something dengan nama ni and lagipun ia agak susah untuk disebut dan ditaip kan.

Say welcome to ZirahFah with her blog http://zirahthebajubesi.blogspot.com and tataa to Hahazirah, http://hahazirah.blogspot.com. Byes & Salam~ ><

Tugasan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 SPM. [DONE!]

Hello Assalamualaikum!


I want to post this, tak kira, tak kira! HAHA~ Patut post tepat² pada 31/05/2011 kerana pada hari tu juga aku berjaya menyelesaikan dengan sempurnanya kerja kurus akaun yang agak membebankan ni but quite interesting kot for me. HEHE~ tapi biasalah kan aku, mana sempatnya nak update blog dengan suka hati macam orang lain, mesti post something tu tak tepat waktu macam entri sebelum ni, Kdrama The Thorn Birds, but NVM lah! :)

Jujur lah, aku agak jeles dengan member² aku yang lain yang tak perlu buat pun kerja kursus yang kusut macam akaun ni, tapi aku fikir masa depan, SPM tu. #masa depan lah sangat kan~ :P Lepas ni, tinggal kerja kursus PSV pulak. Aku berazam tinggi nak siapkan sebelum bulan Julai ni, insya-Allah. Harap dapat bantuan, bimbingan, dan sebagainya dari cikgu PSV, rakan² sesubjek PSV, dan keluarga tercinta gitu, hahaks~ #mende aku mengkarot ni?!


Btw, tak lengkap rasanya (macam spesies ucapan jeh) kalau aku tak kredit atau mengucapkan trilionan terima kasih kat semua² yang telah tolong aku siapkan kerja kursus akaun tu. Especially kat Cikgu Akaun aku, Cikgu Seh (Khairiah, Ting.4), Cikgu Norizan (Tj, Ting.5), kawan² kelas sealiran (4B, Khairiah & 5IK, Tj), cikgu tusyen akaun, ibu bapa, member² yang banyak membantu, laman web Cikgu Narzuki & Cikgu Sila dan, dan semua lah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Tanpa semua bantuan diatas, memang sangat tak mungkin lah aku dapat siapakan tugasan PA tersebut. Ok, itu sajalah kot. Kepada siapa yang still tak siap lagi tu, siapkan lah even dah deadline. Kalau nak apa² bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ni, boleh lah tanya aku mungkin aku boleh tolong ke, tak pun korang pergi website Cikgu Narzuki & Cikgu Sila. Kat website ni memang banyak sangat info berguna pasal subjek Prinsip Perakaunan tak terhad kepada kerja kursus PA sahaja.

http://cgnarzuki.com
http://www.cikgusila.com

Diharapkan semua budak SE-PI-EM 2011 lulus cemerlang subjek Prinsip Perakaunan ni especially diri aku lah. Target A derr subjek akaun ni. HUAHA~ Ok lah, tu je. Byes, salam~ [>___<]

Salah satu kertas Prinsip Perakaunan sudah selesai. =) Lepas ni tinggal kita tunggu result SPM untuk matapelajaran PA. Struggle utk kertas 1 & 2 pulak! Cahiyok²!!