Hari Guru hari semalam dan Hari Ibu hari tu.

Assalamualaikum & Hello.

Lately, gua jarang betoi update blog. Rasa malas laa, gua jauh dengan dunia blog sekarang. Lagipun gua rasa macam nak hidup dalam 'dunia sebenar'. Tapi gua tak boleh tipu diri gua, gua memang tak boleh hidup tanpa internet, online since gua dah bergelumang dengan mende ni sume dari gua form 1 lagi.

Hari tu gua nak update blog wish Selamat Hari Ibu kan, tapi gua tak sempat, lepastu gua terus tak buat. Then semalam ingat nak buat post wish hari guru pulak hemphh pun gua tak sempat. Tak tau la kenapa gua macam busy memanjang je sekarang. Nak kata gua pulun study tak jugak, gua lebih banyak buang masa gua macam tu ja. Bila la gua nak sedar nih ek. HUHUU~~


So, untuk post kali ni gua nak combine la dua post blog gua yang tak kesampaian hari tu. Tak adil rasanya gua nak biarkan blog gua tahun ni tanpa entri spesial untuk ibu dan guru². First sekali, kita citer yang latest la ek iaitu Hari Guru. Kat sini saya, Nurhazirah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru (16 Mei 2011) kepada semua cikgu yang mengajar saya ataupun tak ajar saya, tak kira lah ajar saya ke tak janji cikgu. <-- gilos poyos!

(PicSource: http://www.flickr.com/photos/hafizsaarani/3718767964/)
Gambar Hiasan - Guru-guru yang telah banyak menabur bakti untuk mendidik kita.

Btw, ibu ada pernah suruh aku masuk maktab lepas SPM nanti. Katanya kalo aku masuk maktab kerja terjamin, tak macam kalo aku amek course pelik² tu, lepas tu aku kena bersaing pulak untuk dapatkan kerja. Betul jugak kata ibu tapi maaflah hati aku tak terbuka untuk jadi seorang guru. Aku lebih prefer jadi pekerja swasta eh bukan, ntah aku nak jadi ape? HAHA!

Adalah kan, tu plan masa depan aku. Terpikir nak buat post pasal 'plan masa depan' tapi tak sampai seru lagi. HAHAKS~ Balik citer cikgu tadi, ibu pun seorang guru. Hari ibu hari tu aku tak wish, hari guru sekarang pun aku tak wish. Sengal kot aku ni. Tapi time hari ibu hari tu, aku buat aktiviti spesial dengan ibu. :) Aku suruh ibu tolong aku siapkan projek seni aku iaitu buat kad 3D. Satu kad tu pasal tahniah entah apa la kan, then satu lagi kad temanya Hari Ibu.

Sweet je aku rasa buat kad hari ibu sama-sama dengan ibu. Rasa diri ni comel sangat, TIBA? HAHA~ Takdelah kan, even aku tak wish kat ibu hari ibu tu, tapi aku rasa ibu dapat kot benda yang aku nak sampaikan melalui pembuatan kad 3D Hari Ibu bersama ibu iaitu aku still ingat 8 Mei 2011 hari tu ialah Hari Ibu. =)


Tahun ni satu hadiah pun aku tak bagi kat cikgu atau ibu yang betul² from aku punya. Cuma adalah jugak aku sumbangkan sikit duit beli hadiah untuk guru kelas aku, Ustazah Norwati. Ada jugak satu wakil dari budak 5IK, tak gitu. HUHUU~ Tahun ni tak sempat prepare hadiah untuk cikgu tak macam tahun lepas aku bagi hadiah kat semua cikgu yang ajar aku (boleh baca post hari guru aku tahun lepas punye. :]). Budaya beri hadiah time hari guru sekarang semakin pupus kan, tolonglah budak sekolah semua hidupkan lah balik budaya ni baru lah 'real' hari guru tu kan (kot)...

Even tahun ni aku tak bagi pape pun kat cikgu or ibu, tapi aku janji kat diri aku, insya-Allah aku akan bagi hadiah spesial besar punya bukan saja kat cikgu malah ibu, abah, keluarga, kawan², sekolah, najib(tiba?), dan diri aku sendiri. Insya-Allah aku akan bagi 10A kat enkgorang semua. *Woits zira ko jangan main cakap je karang terbalik kat muka sendiri 10A mimipi kau. HAHAKS~ Eh, aku cakap je tau, aku usaha lebih dari yang aku mampu dan aku bagi dengan penuh kejutan kat semua orang. Tapi tak semestinya 10A mungkin below than tu, papepun aku memang dah janji dengan diri aku nak hadiakan 10A khas untuk semua cikgu dan ibubapa saya. =) Sweet tak hadiah aku? HAHAKS~ wekkk!

Even dah terang lagi bersuluh aku mungkin tak mampu nak bagi hadiah yang 'mahal' macam 10A tu tapi aku tetap akan berusaha! Go, go fighting Heartzirah! I can do it! I can get it! 10A's is mine, will be mine, insya-Allah. Aminn. Doakan aku enkgorang semua yeaaa~ [^____^]

(PicSource: http://www.flickr.com/photos/pintuck/439883792/)
Gambar Hiasan - Jasa guru tiada tolok bandingnya.

Itu saja lah aku tulis, panjang bebenor. Geli orang nak baca huahaha~ Later aku masukkan pic kad 3D Hari Ibu yang aku buat sama ibu hari tu. Then pic² time hari guru semalam pun aku tak tau nak cilok kat mana. Semua member aku tak masuk dalam fb diorang lagi. Fesbuk sekolah aku pun takde update lagi pic Hari Guru 2011. Nanti lah kot, biar aku sharing dulu page fb sekolah aku. :)

Fb Page SMK Temerloh Jaya: http://www.facebook.com/pages/SMK-Temerloh-Jaya-Temerloh-Pahang/110335255655785

Sekian dulu, peace and love, byes, salam~ ^^

8 comments:

  1. jgn malas2, study btol2, nnti kalau dh mlepas sumpah mnyesal dlu xstdy. serius! ^^

    ReplyDelete
  2. @AiDa AzRyN tahu takpe. sy pun sudah terpikat dgn domo. HIHI~

    ReplyDelete
  3. @cik heroin btul tu. trime ksih igtkan sy. Sy ni kena ada org ingtkan bru sedar. keh³~ [^___^"]

    ReplyDelete
  4. 2 ucapan dalam satu entry :) jimat tu :)

    ReplyDelete
  5. huhu,,gudluck2,,
    uat betoii2,,
    hahaha,
    bdw,,
    sy owg bwu at cnie,,
    jom follow2=)

    ReplyDelete