Kdrama The Thorn Birds.

Hello Assalamualaikum~


Aku baru lepas tengok ending drama korea The Thorn Birds kat KBS. Ending dia agak mengecewakan aku la. Sebelum ni aku memang ada tengok ending dia kat youtube sebab aku tak sabar sangat nak tau ending dia macam mana. Walaupun begitu aku tetap mahu tengok cerita ni sampai penghabisannya sebab aku suka la juga cerita ni. muehehee~

Aku patut dah post lama pasal kdrama The Thorn Birds ni tapi selalu je tak dapat, kononnya masa mencemburui lah gitu! Apa yang aku suka tentang cerita ni? Aku tengok dari episod first lepastu skip beberapa episod kemudian sambung tengok balik macam kdrama Thank You. Episod pertama semua pelakon masih budak² lagi masa dah nak habis cerita baru lah dia besar. Masa tu rasa 'sweet' je tengok Jungeun dengan Yeongjo tapi Yeongjo hampeh la lepas beberapa episod. Sediss tol.


Sebenarnya dalam cerita ni aku paling tertarik dengan watak Gangu atau director Choi. Muka dia sweet betul, aku gelarnya 'Sweet Guy'. HAHA~ Karakter dia paling charming! Dia ikhlas mencintai Jungeun walaupun tahu Jungeun mencintai Yeongjo akhirnya dia mengundur diri. Kesian betul tengok dia dalam cerita ni, aku macam boleh faham feeling dia macam mana. Sediss woo~

Cast:

Ini dia pelakon² yang telah menjayakan The Thorn Birds ni, cehh~

Dari kiri: Oppa Seo Do Young (Choi Kang Woo/Gangu), Kim Min Jung (Han Yugyeong), Han Hye Jin (Seo Jeongeun), Joo Sang Wook (Lee Yeongjo).

Another Cast tengok sini muahaha~

Sinopsis Biasa:

This is the story of two women, Seo Jung Eun and Han Yoo Kyung, who walk very different paths to achieve their desires. Seo Jung Eun is a strong and courageous woman who has suffered a difficult life, having grown up in an orphanage, but continues to embrace people around her despite longing for affection herself. Jung Eun harbours the hope that she will meet her mother if she becomes a star, striving to reach her goal and overcome her suffering with her pure and innocent nature. In contrast, Han Yoo Kyung has a birth secret for which she is willing to throw away everything in order to get revenge. The "thorn birds" of the title refers to Jung Eun's character, who only brings out her best at the cost of great pain. A thorn bird is a mythical bird who searches for a thorn tree from the day it is born. When it finds it, the bird impales itself upon the sharpest thorn, and rises above the agony to sing the most beautiful song ever heard.

Sinopsis dari zira hihihi~:


Kau tengok lah sendiri cerita ni letih aku nak mengarangnya. HAHAHA~ Cuma aku nak senangkan jalan cerita dia lah ek. Jungeun ada feeling kat Yeongjo dari kecik. Yugyeong tau jadi dia cuba 'steal' Yeongjo dari jeonguen. Yeongjo jatuh cinta dengan Yugyeong dan melamarnya tapi Yugyeong reject Yeongjo sebab ingat atuk Yeongjo punca Yugyeong dipisahkan dari emak kandungnya dari kecik. Sebenarnya, bukan atuk Yeongjo yang salah tap ayah Gangu, Choi Jongdal. Ayah Gangu ni memang senget sikit kepala dia kot. Dia ambik anak Lee Aerin iaitu Yugyeong untuk melepaskan marahnya terhadap emak Yeongjo yang menolak cintanya. Adoii, pusing² cerita ni. HAHA~


Gangu pulak ada menyimpan perasaan kat Jungeun, dia selalu bersama& Jungeun di saat susah atau senang dan dia sentiasa mempercayai Jungeun. Tapi Jungeun tu yang 'buta cinta' tak nampak siapa yang betul² mencintainya dan tetap memilih Yeongjo, sengal betul arhh! Akhirnya Gangu mengundur diri, dia gembira bila tengok Jungeun bahagia dengan Yeongjo. Si Yugyeong pulak, walaupun anak dia still tak tau dia adalah mak kandung anak dia, Hanbyeol bukannya Jungeun tapi dia macam redha je sebab dia dapat balik mak dia iaitu Lee Aerin/Yun Myeonja. Haa, lebih kurang gittew la sinopsisnya dari aku. HAHAKS~

Watch kdrama The Thorn Birds online at mySoju:
http://www.mysoju.com/korean-drama/thorn-birds

OST:

Dalam cerita ni OST dia semua best² macam cerita BOF jugaklah. ^___^ Lagu yang paling aku suka dalam cerita ni People I Knew by SG Wannabe dan My everything. Yang lain pun best² tau!

OST Part 1 [Download here - http://www.mediafire.com/?2cevi7iqmc27zaz ]
01. 너란 사람
02. 너란 사람 (Inst.)

OST Part 2 [Download here - http://www.mediafire.com/?4kjc834gcmxkcph ]
01. 그 사람이 떠나갑니다

OST Part 3 [Download here - http://www.mediafire.com/?hutomgg142hb8lq ]
01. 아는 여자 - Narsha (Brown Eyed Girls)
02. My Everything - 4phone
03. 아는 여자 (Orchestra Ver.) - Narsha (Brown Eyed Girls)

OST Full [Download here - http://www.mediafire.com/?aotjjd40p29q2ys ]
01. 우리 여기까지 하자 – SG Wannabe
02. 너란 사람 – SG Wannabe
03. 그 사람이 떠나갑니다 (New Ver.) – 이소라
04. 아는 여자 – Narsha (Brown Eyed Girls)
05. My Everything – 폰
06. 그 사람이 떠나갑니다 – 이소라
07. 아는 여자 (Orchestra Ver.) – Narsha (Brown Eyed Girls)
08. Memory Of Ala
09. 라임나무
10. 가시나무 새
11. If I See You Again
12. Black
13. 흉터
14. 절망
15. May
16. 의심
17. Regret

Semua link download adalah mediafire. Suke tak, suke tak? Hihii~ Sedut la sume kalo suke, trimas kepada yang menyediakan link download ni. Sumenye aku sapu dari google HAHAKS~

Yang aku tak puas hatinya dengan ending dia!


Kau tau kalau cerita korea kau jangan haraplah nak dia mengubah-ubah ending dia dengan bukan watak utama cerita tu. Maksud aku, kalau orang tu adalah watak utamanya, maka sampai habislah watak utama dia tetap digandingkan berdua, tak macam sinetron indonesia tahu!. Disebabkan Jungeun dan Yeongjo adalah watak utama so ending dia, dia dua orang together, tak mungkinnya si Jungeun tiba² dengan Gangu pulak kan. Tapi aku tak kira, tak kira nak Gangu dengan Jungeun. Diorang lebih sesuai dan sweet together. Biarlah Yeongjo dengan Yugueong, lagipun awal cerita Yeongjo memang cinta mati dengan Yugyeong, lepastu diorang ada anak berdua dan Lee Aerin adalah mak mentua Yeongjo sepatutnya. Tapi apakan daya, apa boleh buat aku bukan pengarah cerita ni kan, GRR!

Yang menyebabkan aku terus mengikuti cerita ni sampai pekahirannya~

Jungeun said; "You're the most charming person." And Gangu said; "But, I'm not your man, huh."

Gangu! Yeah, semata-mata nak tengok Gangu yang come, engsem, sweeeet. Hihihiks~ Tumpang sedis dengan watak dia dalam ni, sangat menyedihkan. Mencintai seorang perempuan selama 7 tahun lamanya tanpa memaling sape² dan akhirnya melepaskan begitu sahaja supaya perempuan tersebut bersama orang yang dicintainya. Argggh, tensyen betul aku tengok cerita ni tau. Kesiankan Gangu je, watak lain semua kejam. Jungeun kejam sebab 'tak pandang' Gangu, Yeongjo kejam sebab cintai Yugyeong dan tak perasan kewujudan Jungeun pada mulanya, Yugyeong memang dah sah kejam pada mula² citer, mak Yugyeong pun kejam arh. Yang tak kejam dan pity cuma Gangu je, Gangu je.

Suka tengok style Gangu dalam citer ni. gangu punya style sendiri. Dia suka pakai kot berwarna-warni, comel pulak tengok style dia. ^^


Penuh warna-warni kan baju dia. Ohh, Gangu apesal kau comel sangat, sweet betul rasa. HAHAAA~

Satu lagi yang aku 'belajar' dalam cerita ni, "Ogenki desuka" antara Gangu, Jungeun dan Yeongjo masa Jungeun pegi audition. Gangu paling ingat Jungeun kalau terdengar atau ternampak ke orang cakap "Ogenki desuka". Comel betul bunyinye. Lepastu, "gweanchana" maksudnya "it's all right". Gangu selalu tanya Jungeun "gweanchana?". Hahaha~ Sori lah kalau aku ada salah eja word ni dengan nama watak² tu sume.

Gangu dan Jungeun paling comel! ^^

Scene² best:

Hanbyeol si comel suka senyumm~ =)

Ogenki desuka~ ^^

Masa ni Jungeun terkejut Yeonjo pergi dan tiba² terjatuh ke dakapan Gangu wahaha~

Masa ni Jungeun berhasrat nak batalkan pertunangannya dengan Yeongjo tapi Gangu halang. Ciss, rugi betul part nih!

Patutnya Jungeun dengan Gangu baru betul geramnyee!

Jungeun baru sedar kepahitan yang dialami Gangu pasal ayahnya dan memegang tangan Gangu tapi Gangu menolak!

The Thorn Birds 2? Jangan harap! Aku pernah terbaca dalam web mana entah, cerita ni ending dia macam tergantung kan, dia suruh kita pikir sendiri macam mana penghabisannya agaknya. Ada la orang mencadangkan agar cerita ni ada sequal dia. Tapi tau² je lah kan, drama korea mana pernah hayat buat ada musim² ni walaupun cerita tu semeletop Full House atau Boys Over Flowers. Mana ada Full House 2 atau BOF 2 kan, setakat Boys over flowers after 5 years tu adalah. tapi itu je pun. Tak kan punya ada The Thorn Birds 2 aku rasa.

Kita harapkan tengok drama korea lain la pulak. Haa, sekarang ni aku tengah layan kdrama 49 Days kat One HD. Siryes best cerita ni, lain daripada yang lain. Nanti aku buat post pasal kdrama ni pulak okeh. HEHEHEE~

Credits:

Official Website (Dulu hari-hari aku stalk official website dia nih haha~)
http://www.kbs.co.kr/drama/gasi/

OST
http://starones.wordpress.com/2011/03/28/thorn-birds-ost/, http://koreanpop.blog126.fc2.com/blog-entry-5563.html, http://nonie4u.wordpress.com/2011/05/09/the-thorn-birds-ost-part-123-full/#more-1355

Wiki & Fan Fb
http://asianmediawiki.com/The_Thorn_Birds_(Korean_Drama), http://wiki.d-addicts.com/Thorn_Birds, http://www.facebook.com/Thethornbirds.koreandrama

Semua gambar yang tak dikredit/dipicsourcekan diambil dari sini: http://www.kbs.co.kr/drama/gasi/media/photo/index.html kita combine kan satu link kredit kan sume habis citer.

Ok, till here. Peace and Love. Byees Salam~ [>___<]

Hari Guru hari semalam dan Hari Ibu hari tu.

Assalamualaikum & Hello.

Lately, gua jarang betoi update blog. Rasa malas laa, gua jauh dengan dunia blog sekarang. Lagipun gua rasa macam nak hidup dalam 'dunia sebenar'. Tapi gua tak boleh tipu diri gua, gua memang tak boleh hidup tanpa internet, online since gua dah bergelumang dengan mende ni sume dari gua form 1 lagi.

Hari tu gua nak update blog wish Selamat Hari Ibu kan, tapi gua tak sempat, lepastu gua terus tak buat. Then semalam ingat nak buat post wish hari guru pulak hemphh pun gua tak sempat. Tak tau la kenapa gua macam busy memanjang je sekarang. Nak kata gua pulun study tak jugak, gua lebih banyak buang masa gua macam tu ja. Bila la gua nak sedar nih ek. HUHUU~~


So, untuk post kali ni gua nak combine la dua post blog gua yang tak kesampaian hari tu. Tak adil rasanya gua nak biarkan blog gua tahun ni tanpa entri spesial untuk ibu dan guru². First sekali, kita citer yang latest la ek iaitu Hari Guru. Kat sini saya, Nurhazirah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru (16 Mei 2011) kepada semua cikgu yang mengajar saya ataupun tak ajar saya, tak kira lah ajar saya ke tak janji cikgu. <-- gilos poyos!

(PicSource: http://www.flickr.com/photos/hafizsaarani/3718767964/)
Gambar Hiasan - Guru-guru yang telah banyak menabur bakti untuk mendidik kita.

Btw, ibu ada pernah suruh aku masuk maktab lepas SPM nanti. Katanya kalo aku masuk maktab kerja terjamin, tak macam kalo aku amek course pelik² tu, lepas tu aku kena bersaing pulak untuk dapatkan kerja. Betul jugak kata ibu tapi maaflah hati aku tak terbuka untuk jadi seorang guru. Aku lebih prefer jadi pekerja swasta eh bukan, ntah aku nak jadi ape? HAHA!

Adalah kan, tu plan masa depan aku. Terpikir nak buat post pasal 'plan masa depan' tapi tak sampai seru lagi. HAHAKS~ Balik citer cikgu tadi, ibu pun seorang guru. Hari ibu hari tu aku tak wish, hari guru sekarang pun aku tak wish. Sengal kot aku ni. Tapi time hari ibu hari tu, aku buat aktiviti spesial dengan ibu. :) Aku suruh ibu tolong aku siapkan projek seni aku iaitu buat kad 3D. Satu kad tu pasal tahniah entah apa la kan, then satu lagi kad temanya Hari Ibu.

Sweet je aku rasa buat kad hari ibu sama-sama dengan ibu. Rasa diri ni comel sangat, TIBA? HAHA~ Takdelah kan, even aku tak wish kat ibu hari ibu tu, tapi aku rasa ibu dapat kot benda yang aku nak sampaikan melalui pembuatan kad 3D Hari Ibu bersama ibu iaitu aku still ingat 8 Mei 2011 hari tu ialah Hari Ibu. =)


Tahun ni satu hadiah pun aku tak bagi kat cikgu atau ibu yang betul² from aku punya. Cuma adalah jugak aku sumbangkan sikit duit beli hadiah untuk guru kelas aku, Ustazah Norwati. Ada jugak satu wakil dari budak 5IK, tak gitu. HUHUU~ Tahun ni tak sempat prepare hadiah untuk cikgu tak macam tahun lepas aku bagi hadiah kat semua cikgu yang ajar aku (boleh baca post hari guru aku tahun lepas punye. :]). Budaya beri hadiah time hari guru sekarang semakin pupus kan, tolonglah budak sekolah semua hidupkan lah balik budaya ni baru lah 'real' hari guru tu kan (kot)...

Even tahun ni aku tak bagi pape pun kat cikgu or ibu, tapi aku janji kat diri aku, insya-Allah aku akan bagi hadiah spesial besar punya bukan saja kat cikgu malah ibu, abah, keluarga, kawan², sekolah, najib(tiba?), dan diri aku sendiri. Insya-Allah aku akan bagi 10A kat enkgorang semua. *Woits zira ko jangan main cakap je karang terbalik kat muka sendiri 10A mimipi kau. HAHAKS~ Eh, aku cakap je tau, aku usaha lebih dari yang aku mampu dan aku bagi dengan penuh kejutan kat semua orang. Tapi tak semestinya 10A mungkin below than tu, papepun aku memang dah janji dengan diri aku nak hadiakan 10A khas untuk semua cikgu dan ibubapa saya. =) Sweet tak hadiah aku? HAHAKS~ wekkk!

Even dah terang lagi bersuluh aku mungkin tak mampu nak bagi hadiah yang 'mahal' macam 10A tu tapi aku tetap akan berusaha! Go, go fighting Heartzirah! I can do it! I can get it! 10A's is mine, will be mine, insya-Allah. Aminn. Doakan aku enkgorang semua yeaaa~ [^____^]

(PicSource: http://www.flickr.com/photos/pintuck/439883792/)
Gambar Hiasan - Jasa guru tiada tolok bandingnya.

Itu saja lah aku tulis, panjang bebenor. Geli orang nak baca huahaha~ Later aku masukkan pic kad 3D Hari Ibu yang aku buat sama ibu hari tu. Then pic² time hari guru semalam pun aku tak tau nak cilok kat mana. Semua member aku tak masuk dalam fb diorang lagi. Fesbuk sekolah aku pun takde update lagi pic Hari Guru 2011. Nanti lah kot, biar aku sharing dulu page fb sekolah aku. :)

Fb Page SMK Temerloh Jaya: http://www.facebook.com/pages/SMK-Temerloh-Jaya-Temerloh-Pahang/110335255655785

Sekian dulu, peace and love, byes, salam~ ^^

Babai Hahazirah...

Assalamualaikum & Hello.


Curi masa kejap pagi² ni update blog. Mula² ingat nak taip acc jap tapi hemmm nantilah taip kot. HUHUU~ Aku ke zira?, apa² je lah kan, tiba² terpikir nak create 'new image'. Aku tak mahu guna nama Hahazirah lagi tapi aku mungkin³ akan guna nama Heartzirah sekarang. Kenapa aku tukar nama ohh entahlah, aku cuma mahukan pembaharuan dalam daily life aku termasuk nama alam maya aku. Biarlah semua kenangan Hahazirah tu tinggal kenangan. Aku dalam imej baru sekarang iaitu; Heartzirah.


Semua benda yang berkaitan Hahazirah akan diremove slowly. Dan akan digantikan dengan Heartzirah's stuff. Flickr, Deviantart aku dah delete yang nama Hahazirah tu. Then, twitter aku dah tukar nama @heartzirah sekarang. Lepas ni aku mungkin akan tukar url blog dan title blog menjadi Heartzirah. Mungkin bukan sekarang tapi sure lah akan tukar. Just wait~

Say babai to Hahazirah and say welcome to Heartzirah. Peace and love. Byes, salam~ [>___<]

Just feeling~

Assalamualaikum & Hello.


Aku ingat nak update blog hari ni tapi blogger buat hal. Ok lah, aku malas tulis panjang² cuma aku nak cakap; aku selalu fikirkan amir, kalau boleh aku nak jumpa dia kat sekolah setiap hari. Dapat tengok dari jauh pun okei la. Gembira rasa bila dia tegur aku. Inilah feeling yang pelik. Papepun, ini semua hanya perasaan, aku tak sayang, tak obses, tak suka kot. Entah, just feeling~

Byes, salam~

Krashhh!

Assalamualaikum & Hello.


Saya tak minat pun Archie tau, saje letak gambar dia mencomelkan suasana blog dengan muka comel Archie nih. HEHHEE~


Crush, the title song sang by popular baby face singer, Archie. Everyone definitely has their own crush. For me, maybe crush is something feeling that can be named unique. We had crush with 'si dia' but we don't wishes 'si dia' as our true love. Well yeah, it's just feeling.

Having a crush with him is like 'krashhh' sound effect?? I do like him (zuffy), he's my crush. In fact I had crushed with him twice! Ahh, please stop all this. I need to focus on my study. Crush is not mean anything but it just 'krashhh'.

Ada makna tau disebalik 'MyKarya' diatas nih. Zira ada hantar dekat ehem² untuk disiarkan tapi tak tau lah terpilih ke tidak kan. Just wait and see tapi kalau tak terpilih pun doesn't mind lah. Zira also can post it here and it had posted pun. NGEH³~

Sape² yang english cair tu just ingnore la my broken english language or nahu dia ke. Zira tau zira tak pandai nak ber'syair' ni. CEHH, sengal gitu. AHAKS~

Papepun, mende alah ni dituju untuk bukan someone tau tapi all-one HAHA wujud ke perkataan tu?. Biasalah bila kita had a crush kan, bukan sorang² tapi triple terus! For me, tak salah pun nak bercrush-crush ni tapi beragaklah. Jangan terlalu layan sangat perasaan tu takut nanti melarat ke obses pulak kot. HUHU~

Untuk budak tu yang pernah jadi my crush twice tuu, tak tau lah kenapa zira hemmm, minat awak kot?? EEE, geli puloks cakap macam tu. Tak minat lah cuma tertarik je. Dah lah, dah lah sengal betul perasaan ni. Orang nak pekse tau tahun ni, tak mau la layan perasaan² tak penting ni.

Lagi satu, zira ni agaknya jenis yang mudah cair dengan orang kot. Bila orang buat baik sikit, cair~ Bila orang buat 'sweet' sikit, cair~ Lebih kritikal dari ice tau, cepat cair! Tapi mereka (some boys) layan zira dengan baik tau, rasa terharu dan terhargai. :) Eishh, jangan cepat sangat percaya dengan laki! Karang, karang mulelah..

OK, OK. Tapi zira still nak cakap (bukan nama sebenar :P) amir baik tau, mamat pun, then tough boy tu, mereka semua macam 'badboy' tapi agak peramah jugak, bagus². :) Aku suka lelaki tak bajet market, baru supercool macam tu tau. HAHA!

Zuffy (pun bukan nama sebenar) pulak macam suka buat aku 'terperasan' tapi aku layan je. Aku tau dia suka sape, so what?. Just hope kami can be friend. Dah lah tu wei, ko ni suka perasan la, menyampah aii tau. HEE~

Sekian dulu, salam~

Psst:
Aku rasa nak buat trademark sebelum tutup entri tapi masih dalam pemikiran. Let's think, think, think..

I won't do that again.

Assalamuaikum & Hello.

Petang ni aku update lagi. :) Aku terfikir sesuatu lah; aku nak lepaskan semua yang aku rasa dalam blog ni termasuk benda² yang personal tu. Kadang-kadang terpikir jugak nak buat tumblr. Kalau aku private this blog ape cer, tapi aku rasa aku akan lose something kalau aku private this blog. HEMMM~ Any idea anyone?


Masuk hari ni dah entah berapa kali aku break a promise. Aku rasa tercemar tau. Tak tau lah macam mana nak elakkan lagi. Aku lambat istighfar, aku lupa dan adakalanya aku rasa tak mahu seperti setan merasuk aku! Astaghfirullah-azim, apa lah nak jadi dengan aku, aku betul² tak mahu melakukannya lagi. I won't do that anymore buttt there is no but. I should learn how to control myself, control what am i thinking about, control my mind and my action. Gahh! Hope Allah can forgive me for what i've done.

PicSource: http://www.flickr.com/photos/randymstaana/4586122839/

Petang tadi aku baru dapat lesen L untuk motor tapi jujur aku tak pandai bawak moto wak! Serious ni, macam mana aku boleh dapat lesen ni? Lesen basi agaknya, tak boleh pakai. Dah lah 28052011 ni ujian QTI. Mamtis aku, macam mana nak lulus adoii kalau bawak pun still terhuyung-hayang macam orang mabuk bawak motor. I need to practise a lot, very a lot tau. HAHA~ Menyesal sikit hari tu beria sangat nak ambik lesen. Patut ambik lepas SPM. HUH! Takpelah dah terlanjur, just go with the flow~


Today i'm not went to school tau. Kurang sihat lah kononnya, tak demam pun cuma 'tak sihat mental'. Emosi tak stable untuk pergi ke sekolah. Well, memandangkan dengar khabar ramai cikgu 'off' hari ni and my close friend pon tak datang jugak, i made a immature decision. Pity me, I should went to school today, I am in form 5 now! And i'll facing the big exam, Sijil Pelajaran Malaysia. HUHUKS! How could I Cuti-cuti Malaysia (not ponteng okay) school without a clear reason?! Urghh!

That's why I won't do that again. Insya-Allah, never, amin. No breaking a promise again, i hope but i don't expect it. FIUUU~ #ayatroller-coaster.

#Okdahbye. Salam~

*Not in mood blogging.

Assalamualaikum & Hello.


Seriously, rasa macam sangat lama tak blogging. Kononnya busy lah kan, wekk~ Ehh, lupe lak, apa khabar sume? Lama tak nampak post update zira kan. Macam korang kisah erk. :P

Secara betulnya, zira not in blogging mood right now that's why i had no updated for a long time aite? I also have to focus on my mid-year exam yang dah tak lama lagi dah tau. Aishh, kenapa rase cam kekok je ni nak menulis? Lama sangat ke tinggalkan dunia blog.. Padahal, tak update tak update zira pon still skodeng² blog ni and baca blog² lain yang masih sempat. Maksudnya, zira still log in blogspot ni cuma tak tekan new post je, itu je pon.

Eh, kalau ada yang perasan, blog ni ada membuat sedikit perubahan, sikit je ok takde lebih². Just letak Disclaimer warn tak bagi orang copy any content in this blog without my permission lepas kejadian orang yang copy some tuto in my blog without credit me at his/her blog, ape cer? Then tak kurang ada jugak yang buta nak tiru design buruk blog ni tak pun logo tudung pink senget yang hodoh tu. Come on la guys, you need to brainwash your mind so that you'll have some respect to others rights #ehbetulkeakucakapni. *ala-ala style twitter muahahaha~

Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi aku nak boldkan kat sini, I DO HATE COPYCATS! I mean, i hate when someone copying me from any angle of myself. #macamakubagussangatorangnaktiruaku xP Whatever lah korang say. #macamakukisahke? grr! Cuma itu je lah, perasaan benci sama dengan orang lain ni dah macam bad habit. Atau mungkin orang boleh kategorikan perasaan ini sebagai perasan? Whatever again.

Hope ada orang boleh faham la. Kadang-kadang aku rasa aku tak mau jadi best which is aku memang tak best pun dan janganlah ada orang anggap aku best. Bila ada je orang rasa diri kita best, it just like diorang wannabe orang yang diorang rasa best tadi. Ahh, pleaselah! Mintak dijauhkan benda ni semua and for sure i'm not totally best enough so please stop deem me as adorable person. What the heck, aku bajet orang anggap aku best? Please ketuk kepala lutut aku okay supaya cik zira ni sedar kembali dari 'lamunan fairytale' dia. Ciss!

Ada jugak manusia perasan macam a.k.u? Whatever you say, i dont care. One more thing, aku rasa nak ubah juga style penulisan aku dalam blog contohnya aku nak centerkan all entries bermula entri ni. Ok lah tu kan. Then mungkin aku akan bahasakan diri aku lebih sebagai 'aku' berbanding 'zira' yang kadang-kadang akan diguna pakai. Ini untuk menyelesakan aku ke arah penulisan blog yang lebih sempoi.

Kalau boleh aku nak renew my style of blogging. Making it more chummy and meaningful #bolehkeagak-agaknye? Kat sini zira nak tanya, agaknya BLOG HAHAZIRAH ni ada pembaca tersendiri ke? EEE, gelinyeww la blog hahazirah ada pembaca tersendiri, rasa tak layak langsung HAHA whatever! Tapi kalau ada pun, you guys (pembaca tersendiri BLOG HAHAZIRAH tu), rajin-rajinkan lah 'doakan Hahazirah dapat 10++ SPM 2011' maksudnya drop some comment kat bawah entri ni. Mana tau zira boleh lebih mengenali korang yang sudi membaca blog hampasgas zira yang uglyduckling ni kot. HAHAKS~

Ok, itu je lah untuk setakat ni. Point² lain kita masukkan dalam next entry lah agaknya.

Sekian dulu, salam~