Saya Pelajar Tingkatan 5 (2011)

Assalamualaikum & Hello.


Ini dia lagi satu segmen BPM buat pada musim cuti sekolah yang kalao boleh zirahs tak nak lepaskan. Sebabnya dia agak berkait rapat dengan sekolah. huhuu~ Kalau nak join sekali boleh je, click link kat atas tapi ada tarikh tutupnya iaitu pada 16 Mac 2011 pukul 11 malam.


Sorry la ek ni gambar tahun lepas. Gambar this year takde lagi. Tak main snap² gambar lagi dengan budak kelas tahun ni. hihihii~

Kalau gambar yang dekat atas ni, time ni zirahs masih bersekolah di SMA Al-Khairiah, Temerloh Pahang atau nama comelnya yang dipanggil rakan² sekolah kitorang KIST. Eh ni bukan Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) tu tau, ni just Khairiah Islamic School Temerloh (KIST). hehee~ Macam² lah kitorang ni. Nama lain bagi skolah khariah ni, SMAKT, al-khariah, kheriah dan macam² lagi lah ikut suka kitorang nak panggil apa janji tak lari dari SM(A) Al-khairiah temerloh pahang. :P

Chopp, skang nak citer skolah masa tingkatan 5. Tahun ni zirahs sekolah kat SMKTJ atau nama penuhnya SMK Temerloh Jaya. Sekolah ni saaaangat aktif koko dan busy memanjang. Jadual sangat padat dan rasa macam agak strict sikit lah, tapi bagus ape. :) Menjadikan zirahs lebih berdisiplin lah sangat kan. huhuu~

Tahun ni still same tak tukar aliran, takde sebab pun nak tukar kot cuma tambah dan tukar subjek je. Sayang gila doei tak belajar dah Quran Sunnah, Syariah Islam & Bahasa Arab. Tapi takpe lah, ilmu tu kalau kita betul² nak kan dia, kita boleh cari sendiri tak semestinya kena belajar dalam kelas dan ambik pekse je betul tak? huhu~ <-- ini cuma pendapat tidak matang zirahs ajelah. :]

Subjek favourite!

Kalau nak ikutkan semua subjek lah zirahs suka tiada kecuali. Cikgu ajar kitorang untuk mencintai semua subjek, oleh itu, zirahs pon suka & minat lah semua subjek (konon & agaknya kot). [^____^] Subjek yang zirahs ambik untuk SPM tahun ni adalah (jeng jeng jeng, bak kata cikgu Iqbal. haha~~ x] ):

BM - Cikgu Umirza
Subjek wajib kena ambik untuk SPM, kalo tak nak ambik aku rasa tak laku kot sijil SPM nanti. hahaks~ Suka cara cikgu umi mengajar, lembut saja cara percakapannya. Kitorang selalu dilatih menulis karangan lebih baik. Tapi skill menulis karangan zirahs dah tumpul, tak reti nak tulis yang kaw². huwaaa~ :'(

BI - Teacher Hazian
Seram sejuk bila waktu english. Waktu ni kalau nak cakap kena speak-eng. Teacher selalu nasihat kitorang sambil² tengah mengajar. Dan zirahs suka sangat dengar teacher speaking. Best sangat bunyinye. Kalau lah zirahs pandai spekaing macam teacher, eee..bestnya!

SJ - Cikgu Iqbal
Cikgu Iqbal kalau mengajar banyak bercerita. Tu yang best sangat tu. Pastu selalu jugak cikgu cerita isu semasa yang berlaku dalam negara kita ni dan kadang² ada jugak cikgu cerita hal² politik negara kita ni. Pastu cikgu suka buat lawak. Jujur zirahs cakap zirahs adore dengan cikgu Iqbal. hehee~

SC - Cikgu Thalhah
Cikgu thalhah ni pulak ajar science cara yang simple dan kalau boleh nak bagi kitorang enjoy. Cikgu selalu kata kitorang semua ni anak muda dan masih remaja, cikgu pun masih remaja, erkk. hahaa~ Cikgu thalhah pun suka bercerita dalam kelas. Zirahs suka dengar cikgu bercerita, best lah. Ni buat zirahs adore dengan cikgu nih. *blink²~

MM - Teacher Foo
Senang masuk Mathmod ni. Rasanya mathmod takde lah susah mana (hot lu zirah!). Cara teacher Foo ajar pon ok dan tak staright sangat. Orang kata, step by step. Insya-Allah, zirahs akan cuba sedaya upaya untuk dapat A+ MathMod. Zirahs paling suka tajuk matrices,mungkin sebab zirahs suka Keanu Reeves dalam citer Matrix tu kot (tiba?).

MT - Ckgu Ruby
Huh, Addmath jangan cakap lah. Subjek pembunuh bagi spm kalau gagal habis comot huruf G dalam slip keputusan spm kita tu nanti. Lantak lah aih, orang cakap belajar addmath ni nak ilmu, bukan semata² nak lulus je kan. Lagipun, kalau time cikgu ruby ajar addmath tak boring, sebab cikgu ruby pun suka bagi nasihat kat kitorang. Suka zirah mendengarnya. Cikgu Ruby sempoi habis.

PA & EA - Cikgu Norizan
Lagi sorang cikgu yang zirahs adore. Bila dengar cikgu Norizan bercerita rasa macam mebuak-buak semangat nak belajar rajin² ni. Kagum dengan kejayaan yang cikgu Norizan perolehi. Selain terer akaun, cikgu norizan pun suka bercerita dalam kelas. Rasanya zirahs ni memang kagum dengan semua cikgu yang pandai bercerita kot. hee~

PI - Ustazah Norwati
Ini lah subjek yang digantikan dengan PQS & PSI. Semua yang belajar dalam PQS & PSI tu, semua ada dalam PAI pulak. Masa PI biasanya kitorang selalu pergi surau, belajar kat surau, salin nota, lepastu buat latihan kadang². Jarang ustzah ajar kat dalam kelas. Takpe lah, boring jugak kan kalau asyik belajar dalam kelas je. Belajar dalam surau lebih afdhal dan lebih berkat kan, kan.

PSV - Cikgu Rohaizat
Baru tahun ni ambik subjek seni, sama macam PI lah jugak. Actually, since tahun lepas nak ambik tapi tak berani. Ini pun ambik sebab kebetulan ada jugak budak kelas zirahs yang ambik seni. Zirahs pon join sekaki walaupun tak dapat sama² dengan diorang sebab diorang laki dan jadual kitorang berbeza.

Memori manis?! (◕◡◕)

Kenangan manis kat sekolah?? Banyak yang teramat sangat (kot). hehee~ Tentu sekali kenangan manis apabila dapat kenal dekat kawan yang sempoi, sekepala dan banyak cer. Korang tau lah kan korang sentiasa ada dalam h♥ti aku tau! muahh²~ Malas lah citer sebab banyak sangat kang berscroll entri ni kang. hukhuks~

Ok, itulah saja yang mahu saya cerita. Cukup kuota dah kan entri ni untuk join segmen budak sekolah BPM (aishh, zirahs ni memang suka main sebut je nama segmen² BPM). :P Hahaha, papeje la. K la, zirahs chou dulu. Salam~ :D

10 comments:

  1. haihh ,cekgu ruby ??
    kakak sy tuuu .HAHA :D

    ReplyDelete
  2. @raito fayed - siryes nih?? wah x sngka adik ckgu ruby singgah blog sy. hehe~ anyway, kirim slm kat kakak awk merangkap cikgu sy. hehehe~ :D

    ReplyDelete
  3. haha .late lol .dea baru balek temerloh tadi .
    nnty ade mase sy ckp eh :DD
    garang tak kakak sy ? HAHA

    ReplyDelete
  4. @raito fayed - hehe, xpe. bile2 mse pon bleh. lgpun kat skolah sy ad jmpe ckgu jgk. :D
    xde lah garang, bese2 je, malah ceria. [^___^]

    ReplyDelete
  5. hahahaa .yeahhh .
    gud luck for your spm kayh .
    kakak sy cekgu add math ,tp mase sy spm ,sy drop subjek tuuu .wakakaka :P

    ReplyDelete
  6. @raito fayed - Tenkiu² ^^
    laa, rugi lah, kalo x bleh bljar gn kakak. hehee~ =)

    ReplyDelete
  7. hahaha .2 lhaaa pasal .
    tp kakak sy uh lau jar adik n ank murid mmg laen .
    lau ajar adik ,pehh ,macam2 perkataan dea kuar .
    hahahaaaaaa .
    nakk buad cmne .tak minat math .

    ReplyDelete
  8. @raito fayed haha bese la tu adk beradik. sme la mcm akk sy..hihi~ xpe la kalo x minat math..nk blajar pun kena ade minat jgk kan kdg2. :)

    ReplyDelete
  9. rindunya zaman sekolah
    salam perkenalan from hanizeyecandy

    ReplyDelete
  10. @hanizeyecandy zmn skolah adlah zmn yg pling indah kan. :D slm prknalan juga buat kmu. :)

    ReplyDelete