Kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskannya...

Assalamualaikum & Hello.

Cik punya blog Hahazirah kembali! Entri pertama untuk bulan Mac 2011 pada 13 hari bulan, biar betikh! Ingat habis pekse, dah free, aikk rupa²nya belum lagi lah. Ada baaaanyak benda lagi tak habis settle sampai waktu nak update blog pun kena set masa betul². Oii, zirahs baru form5 kot, tapi apsal busy semacam orang dah kerja akauntan, erkk~ :P

Actually, jumaat minggu lepas ada buat short update yang tak bape nak short, tapi zirahs delete entry tu sebab macam suckay je dan agak tergantung. Oleh yang demikian (tiba-tiba), zirahs cari masa petang ahad yang takde tusyen ni untuk update semula blog NPP (NtahPaPe) ni. c(:

الفاتحة

First sekali zirahs nak story sikit cer sedih (citer sedih/sad story) yang melanda kehidupan sekeliling ni. Al-fatiha buat arwah suami cikgu zirahs dan moyang saudara zirahs yang baru kembali ke rahmatullah pada hujung bulan februari dan awal bulan mac hari tu. 2 hari sebelum arwah moyang saudara zirahs 'pergi untuk selamanya', sempat jugak zirahs, ibu dan nenek melawat arwah. Jujur zirahs cakap, sedih sungguh rasanya apabila terkenang arwah moyang. Rasa sedih tu datang kembali. Hari demi hari, mereka yang sudah tiba ajalnya pergi, bila turn zirahs pulak agaknya? hmmm~

Cer sedih diri zirahs pulak, apabila zirahs buat keputusan yang mungkin (tidak sama sekali) mengubah position zirahs di sekolah. Tapi, takpelah zirah yakin benda ni semua pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Zirahs decide untuk melepaskan jawatan pustakawan sekolah. Agak² zirahs mesti akan menyesal suatu hari nanti tapi di sudut yang lain mungkin keputusan zirahs ini akan menjadi satu fakta/sejarah untuk diri zirahs kot. *Cehh, bajet kau prajurit yang perlu dikenang dan diketahui sejarahnya jeh!

Itulah yang zirah maksudkan, "kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu". Walau kita sayang dan sukar macam mana pun untuk melepaskannya tapi kita harus juga belajar untuk melepaskannya. Contoh dekat yang berlaku pada diri zirahs, zirahs almost done menghias kelas 5ik. Tak pernah² zirahs menghias kelas, baru tahun ni for senior and last year zirahs nak try make something new seperti menghias kelas menjadi lebih meriah. Tapi, agak sayang bila hasilnya tidak seperti yang zirahs bayangkan. Kalau nak buat balik semula hiasan ni, bazirlah waktu. Sebab tu zirahs kena belajar untuk menerimanya seadanya dan paling penting zirahs perlu belajar untuk melepaskan sesuatu yang zirah impikan. <-- ini maksudnya hanya diri zirahs sendiri yang faham. hehhee~

"Kadang-kadang sesuatu yang kita lepaskan, akan datang balik kepada kita walaupun tidak semua dan tidak seperti sedia kala". Hari tu nama zirahs sudah direject dari pertandingan catur antara rumah sukan kategori bawah 18 tahun atas kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pengerusi kelab catur 2011 (bold and red sikit 'nama' dia huh! ). Serious zirahs rasa memang frust habis la bila teacher just say, "then you takde masuk pape la". Tapi, zirahs cuba la tahan perasaan tu and tak salahkan sesiapa. Zirahs terima apa yang terjadi walaupun agak 'sakit'.

Then, tiba² ada pulak member zirahs yang nak tarik diri n suruh zirahs ganti tempat diorang. Kalau nak ikutkan memang zirahs tak nak la ganti tempat orang, zirahs nak main sendiri punya tapi zirahs layan je la~ Tak sangka la pulak waktu tu secara tidak langsung zirahs dapat jugak take part dalam pertandingan catur antara rumah sukan. Yeaa, happy jugak la walaupun zirahs kalah. hehee~ Zirahs lawan dengan Sim, woahh Sim memang expert main catur, turun dari her brother lah ni. :) Itulah kan, walaupun at the first zirahs try untuk 'melepaskan' perlawanan catur tu tapi at last, zirahs sendiri jugak yang dapat menyertai perlawanan tersebut. hihihii~ :D

**Sudah masuk bulan tiga ya pak!**
1 Mac, ada apa dengan hari ni yeah. Semestinya hari ini (1Mac), birthday abah zirahs. ngueh²~ Selamat hari jadi abah, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. <--ayat standard. :D Tak lupa juga kepada sesiapa yang turut serta menyambut hari jadi pada 1 Mac atau dalam bulan Mac ni okay! [^__^]

Abah's Hahazirah (geli bunyinye :P).

Ehemmm, macam malu je nak share benda ni dalam blog tapi nak jugak share nak buat simpan kenangan. ngeh²~ *gedik. :P Zirahs sekarang dalam proses nak ambik lesen moto vroom vroom. hohoho~ Yee, zirahs tau zirahs tak mahir sangat bawak moto tapi lantaklah janji aku ada lesen tak kena saman nanti baru selamat kan, kan, kan. Apa punya pikiran lah aku nih. [-_-'] Patutnya, ceramah minggu lepas (5Mac) tapi telah dipindah tarikh pada hari semalam (12Mac) sebab minggu lepas zirahs pergi Karnival Jom Masuk U tuu. ;)

File Kursus KPP. :)

Zirahs daftar kat Institut Memandu Ekonomi Ceria dekat² area temerloh ni jugak. Kawan zirahs, pekjah pon buat lesen kat sini jugak. Yess, ada geng, suka! :D


Buku dia tebal youu wa cakap lu. Kena habiskan baca jugak baru boleh lulus insya-Allah. Eh, eh, zirahs dapat pen kaler hijau. Nak kaler putih atau pink atau ungu. cehh, banyak songeh! :P Diharapkan semua mendoakan zirahs lulus ujian statik nanti yea. Amin.

Agfa 2 times - baru lepas balik kursus kpp. stok muka paling hodoss, ohh, doakan jugak zirahs jadi comei sikit. kah³! xD

Minggu lepas hari sabtu (5Mac2011) sekolah zirahs ada buat macam lawatan lah ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 di SAS international convention centre, Kuantan. Berebut jugak lah zirahs nak ikut serta lawatan ni sebab tempat dia terhad. Lantak la orang nak cakap apa, budak baru yang over ke apa, janji zirahs dapat ilmu/manfaat semasa pergi kat sini.


Masa dekat karnival ni kan, memang sesak habis lah, tapi dalam sesak² tu jugak la banyak benda best yang zirahs dapat. Sampaikan tak snap satu gambar pun masa kat sana. Lepas pergi karnival tu, cikgu suruh pergi dekat East Cost Mall jalan² dalam tu. Dekat mall tu memang hampeh sangat sebab zirahs tak plan betul² perjalan kitorang. Zirahs rasa bersalah sangat kat Saierah, sian dia nak jalan² kat situ tapi sebab kopodohan zirahs, kitorang masing² tak puas kat mall tu.

Kalaulah zirah berani sikit nak jalan sorang² tanpa ikut sape², kemungkinan besar perkara yang berlaku dekat mall tu tidak akan terjadi. Tapi, itulah zirahs, takut sangat nak jalan sorang², takut hilang. Sebab sebelum ni, kalau zirahs jalan sorang² mesti sesat dan hilang lepastu mula lah cuak, pikir bukan² tapi akhirnya keadaan menjadi normal. hehhhee, bercakap dari pengalam di PWTC yeaaw. [>___<]



Dalam pada ketidakbestan di mall tu, actually sempat jugak zirahs beli biskut famous amos yang pernah femes dengan kontroversi wanita mengandung+johor=facebook. Opss, tak baik bukak cerita lama. Takdelah, abaikan ayat sebelum ni ok. Jujur lah zirahs cakap, tak pernah rasa pun sebelum ni biskut amos ngemos nih. Yela, orang kg la katakan mana pernah jamah pun biskut yang femes ames ni. wekk~ :P Hari tu baru dapat beli lepas terhidu baunya yang sangat menggoyahkan 'napsu lapow'. Dah la mahal, sikit pulak. I think better buat sendiri. Resepi dah ada lagipun before this pernah buat biskut yang spesis macam amos ni. Barulah dapat makan puas² ye tak. huu~

Usha jap gambar yang zirahs snap, bukan snap kat situ cuma snap apa yang zirahs dapat dari karnival tu je la. :)


Button ni ambik kat booth UPSI. Thanks to Afiqah yang suruh zirahs amik button ni. Trimas sangat² tau. Kalau afiqah tak cakap, mungkin zirahs tak dapat button ni tau. hehee~


Mula masuk kat dalam tempat karnival tu kena amik beg oren tu. Dalam beg oren tu ada lah dia bagi file, pen, buku nota, informasi² berguna dan sebagainya. Actually, zirahs tak tau nak panggil semua benda ni ape. :P


Kalau pergi booth UPSI dia bagi beg, button dan 'buku' dia. Tapi dia tak layan zirahs pun masa zirahs datang. Oi, kau ingat kau anak raja nak orang layan kau sepanjang masa?? xP Masa zirahs kat booth UPSI tu ada lah laki ni kan tengah cakap pasal STAM ke apa. Tiba² salah sorang dari mereka tanya kawan zirahs, Saierah yang sekolah kitorang ni sekolah sukan ke. Agak bangga disitu yea walaupun hakikatnya sekolah ni sekolah biasa je takde sukan² pong. ngeh²~


Macam-macam benda zirahs kutip kat situ. Banyak pilihan U yang menawarkan course yang zirahs nak tapi kebanyakannya swasta la. Erk, zirahs bukan anak orang kaya ye nak masuk IPTS nih. Oleh itu zirahs, kau belajarlah rajin² agar kau diberi biasiswa. huk³~


'Pas'kah KPTN ni? hehee, just kidding. Tapi hijau benar warnanya yaww. hihiis~

Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau N28


Wehh, basilah nak cer pasal PRK ni tau. Dah agak lama berlalu. 'Pemenangnya' pun sudah diketahui. Apa-apa lah kan. Zirahs cuma nak share sikit sangat suasana masa PRK ni berlangsung. Sebabnya zirahs ikut abah jalan² kat kawasan kerdau ni. Eh, time PRK hari tu, peluang nak masuk tb sangat cerah tau. Kalaulah zirahs ikut pi mengundi mesti dapat masuk tv gak, mokde, abang az dengan abang ape ntah masuk tv tau, jeles! xP tak habis² dengan imipan nak masuk TV. Nenek dah pernah masuk tv2, wan pernah masuk buletin tv3, bila pulak zirahs nak masuk tv jugak nih. hahahak~ Bodos tol impian kau zirahs. {"-_-}


Penuh beb biru & hijau di sepanjang laluan.


Jalan jadi jam sebab orang tengah buat jalan. Baru ni lah dia sibuk nak buat jalan dan sebagainya. Tapi baguslah jugak heh.


Dulu aku rasa kawasan ni semak. Tapi tengok lah sekarang, beberapa hari sebelum hari mengundi, terang bederang. Lepas ni tambah meriah lah kerdau kot. Kot-kot.


Amboihh BN, semangat ngat.


Pas juga tidak terkecuali.

Masa hari mengudi tu pulak, zirahs ada jugak pergi kat kerdau. Ikut abah poie mengundi. Memang sangat meriah lah kat situ, siap boleh tengok 'lawan mulut' antara 2 parti. hukhuk~ Zirahs sempat jugak beli sticker dinding untuk hiasan kelas. Tak sangka budak kelas zirahs excited dengan sticker dinding tu ek, cikgu pun sama. Alamak, terpanjang 10 inci pulak bulu hidung nih. wahahaha~ xD


Ada sesiapa sedang mencari rumah untuk disewa? Siap ada astro lagi tau. hahaxD No lah, just kidding. Tapi zirahs rasa lawak lah rumah usang ni. Walaupun dah usang tapi piring astro tu tetap melekat kat atas bumbung tau. Eh zirah, kau pandai² tangkap gambar umah orang, karang kena sue tak pasal², janganlah aih. Tak sanggup ai. huhu~

Ok lah, zirahs chou dulu. Harap entri ni dapat ganti dengan entri 12 hari sebelum ni. ngeh³~ Salam. [^__^]

Psstt: Banyak halangan nak online sekarang ni tau. Kira dapat update blog sebulan sekali pon kira bersyukur. Terpaksa berebut dengan Iyad nak guna internet. Sebel², grr!

Pssstt: Entri ni ditulis mula pukul 6:35PM tapi dipublish dalam pukul 9 lebih gitu.

8 comments:

  1. good luck ye mase amek lesen moto :)

    ReplyDelete
  2. @storyfromme - timas2. doakan sy lulus. hihii~ :D

    ReplyDelete
  3. haaazirahh.. ko suke taip panjang2 gilaa camni kan.. aku punya cadangan ; kurangkan aksara perkataan yg tlalu panjang.. sbb bukan org baca pon kekadang. hehehe. btw, gudluck for SPM!

    ReplyDelete
  4. woaahh best nya,aida suka sangat pegi seminar semua nih best dapat tambah kawan plus plus cuci mata HAHA

    ReplyDelete
  5. @SyedGraphiX - hahaha syed, tau xpe. mgkin ini style ak blogging kot. xpe la org x bce, sbb pmbaca setia blog ak ni pun dri aku sndiri. ngeh3~ ok sir, ak try kurangkan askara perkataan yg tlalu panjang. eh, askara tu ape? muahaha~

    tenkiu². gudluck utk rsult spm ko jgk. moga ko punye rsult gempaq. naikkan nme khriah tau. hihi~ :D

    ReplyDelete
  6. @aidabeelicious - haah, btol². best jgk pg sminar ni. part cuci mata tu la pling best. kalo zirah ni laki msti ngorat punye ah awek² comel kat situ. hahaxD

    ReplyDelete
  7. @raito fayed - trima ksih. alhamdulillah sy pass ujian tu, 100% correct. hehe~ anyway, thnks a lot. :D

    ReplyDelete