Apabila hidup ini semakin menarik dan mencabar!

Assalamualaikum & Hello. :D

Ini gambar bulan penuh pada 19Mac (14 Rabiul Akhir) lepas. Tangkap tepi sungai dan saya sungguh gembira melihat bulan yang terang dan ceria itu.

Zirahs gembira sangat beberapa hari ni tau! Eh, kata Mr. Ong, "jangan gembira sangat jika dapat makan Queen." haha~ :D Ter-chess pulak saya disitu. :P Bukan apa lah kan, cuma terasa semakin banyak perkara menarik yang berlaku dalam hidup zirahs sekarang. Hmm, kalau sekarang rasa gembira, lepas beberapa hari ni mesti down pulak, tengoklah nanti! hukhuks~

Spell-it-right, 3rd place.


Ohh, tak sangka sungguh bila zirahs menang Spell-it-right yang dianjurkan sempena Minggu PSS. Tak pernah terpikir pun boleh menang, yela kau tau lah zirahs kalau english memang kurengg sikit. Nak² pulak dapat top 3, macam tipuu je. hahaxD Tapi, takpe lah kan, at least zirahs dapat merasa menang sesuatu pertandingan. Zirahs kira ini salah satu memori manis yang akan diingati semasa berada di SMKTJ. :)

Ini dia hadiah dalam tu; tuala oren dan sebuah buku Diam itu Emas.
Ohhoo, zirah memang dah sedia diam, hehe, tak kepoh la maksudnya. :P

Perlawanan catur peringkat sekolah.


Secara tiba² hari tu, zirahs diumumkan salah seorang wakil sekolah dalam pertandingan catur perempuan bawah 18 tahun. Ehh, bukan hari tu dah cancel nama ke, apsal kena lawan jugak ni. Kalau nak ikutkan, memang zirahs nak tarik diri, tapi kesian la kat cikgu sebab kategori perempuan bawah 18 tahun wakil tak ramai. Kami 4 orang je wakil, zirahs, sim, ida dan jasmine. Hmmm, mana pegi budak pompan ni tak suka main catur ke.. huu~

Anyway, kepada semua wakil pemain catur SMKTJ, Aja Aja fighting!! Kita bukan sekadar wakil sekolah, kita wakil Mr. Ong selaku pelatih catur kebangsaan. Oh yeaa, doakan zirahs buat yang terbaik untuk match pada hari selasa ni. :D

Aku baru pandai guna twitter?!!

http://twitter.com/hahazirah

Haha, tolong jangan gelak tapi itulah kenyataannya. Zirahs baru tau kot function² twitter ni. Sebelum ni zirahs memang tak pandai nak guna twitter. Bila orang mention pun zirahs tak tau. *sengal~ Tapi, start hari sabtu hari tu, iaitu pada 18Mac2011, buat pertama kalinya zirahs chatting dengan Lala guna twitter. Kahkahkah, gelak lah, zirahs memang lambat sikit bab² twitter ni. muahaha~ Papepun, lepas ni kalau orang mention, zirahs mesti alert lah.

Fisrt time chat kat twitter dengan Lala Halim. Itupun zirahs try mention dulu. hihii~

Then, lagi satu.. Kalau orang follow twitter Hahazirah, insya-Allah zirahs follow balik sebab zirahs taktau nak follow sape. Zirahs anggap twitter ni macam facebook lah, kita boleh buat kawan dan follow sesiapa saja yang kita nak. Tapi zirahs cakap betul la, zirahs memang tak follow iklan ke atau stranger atau orang yang tak aktif twitter (contohnya dah 3 bulan dia tak tweet) atau komuniti asing atau twitter yang zirahs tak faham. Itu je lah kot.

Korang yang baru nak buat twitter, jangan saja² buat kononnya nak ikut orang ke apa tapi buatlah sebab... ko tak tau twitter tu memang best lah sengal. haha~ :)

Kemilau Cinta Kamila


Sinetron baru yang ditayangkan di Astro Prima menggantikan sinetron Cahaya. Eh, camne ending Cahaya ek, lama dah tak follow citer tu. heheee~ Apa-apa lah kan, tapi siryes zirahs cakap zirahs tertarik nak tengok citer KCK (Kemilau Cinta Kamila) ni sampai sanggup jaga sampai pukul 11 malam tunggu citer ni. Eh, astro prima alang² tu ubahlah siaran KCK ni, buat petang pun ok, takdelah sampai zirahs berjaga malam kan. <--cehh, ikut isi perut kau jeh zirahs! :P

Rasanya salah satu faktor zirah suka citer ni selain best, zirahs tertarik dengan watak Dr.Fadil yang dilakonkan oleh Jonas Rivanno. Dr. Fadil tu gantengg bangett tau! Tapi watak Taufan yang juga dilakonkan oleh Vanno (nama manja Jonas Rivanno), zirahs tak tertarik sangat. Aduhh, Dr. Fadil smart bangat lah bila dia pakai spec. Suka tengok muka dia, lebih² lagi time dia senyum, boleh nampak cute dimple dia. Hee~ :)


Dan, zirahs suka tengok juga gandingan Vanno dan Asmirandah. Dah la muka Andah (nama manja Asmirandah) tu macam muka bestie zirahs, Raja (RM). Comel sangat mereka! [^___^] Mereka pernah ada gosip 2 orang tapi masing² menafikan. Whatever lah, zirahs tak ambik port sangat kalau bab² VanDah's Lover ni. Yang penting cerita yang dia dua orang berlakon, KCK best. :D

Result SPM 2010


Stop Dreaming, Start Studying!

Hari selasa baru ni, keputusan SPM tahun lepas keluar. Cikgu panggil semua budak form5 tahun ni tengok budak² tahun lepas ambik result, kiranya macam nak bagi motivasi lah kat kitorang ni. Bila tengok diorang ambik result then cikgu pun nasihat macam², barulah zirah macam tersedar, dah sampai masa untuk zirah bangun dari angan-angan dan rancang untuk mendapatkan kejayaan pada masa hadapan.

Serious nih, zirah mahu target SPM se-ok yang boleh! Btw, congrats kat akak zirahs, anum yang mendapat keputusan yang baik dalam spm baru ni. Apa result dia?? Hmm, pi usha sendiri kat blog dia, itupun kalau dia ada citer la. :P Eh, 29 Mac ni pulak bday dia. Happy bday sekali untuk anum!

Majalah Yezz! April 2011.

Dah 25 April hari ni, majalah Yezz! sure dah keluar punya. Korang dah beli majalah Yezz! bulan April ni? Kalau belum beli, jom kita beli sekarang. Yang dah beli tu korang boleh lah belek² tengok isi dalam majalah tu. Ada apa dalam tu ek? Hehe, rahsia! Beli dulu, baru tau. :D


Sekarang zirahs makin sibuk dengan pelbagai hal lah. Rasa tertekan, rasa terbeban, tapi papepun, hidup mesti diteruskan, tetapkan sasaran gol zirahs!

Sekian dulu, salam~

Psstt: Tercabar tengok result budak SPM. huu~
Psssttt: Saya nak berubah, nak berubah, betul² nak berubah!!

4 comments:

  1. Wah, cite Kemilau Cinta Kamila memang best ! Suka asmirandah sngt2!.. Hehe..

    akak, mcm mne ek twitter status akak kat bawah header tuh bertingkat2 ek? miera punyer satu line jek. nak lebih terperinci boleh visit miera punyer blog. tq

    ReplyDelete
  2. @MiSx MieRa tau xpe..best kan. terpikat dgn dr.fadhil. :D

    sy tgk blog awk xde pun twitter status. tp kalo nk buat yg mcm bertingkat tu ubah saiz width dia. bru dia x ade stu line je tau~

    ReplyDelete
  3. @hanisyaima - comel?? ape yg comel? Dr. Fadil comel?? yaa, betul². [^___^] eh, sejak ble ko jd hani plak ni. haha~ :D

    ReplyDelete