Apabila hidup ini semakin menarik dan mencabar!

Assalamualaikum & Hello. :D

Ini gambar bulan penuh pada 19Mac (14 Rabiul Akhir) lepas. Tangkap tepi sungai dan saya sungguh gembira melihat bulan yang terang dan ceria itu.

Zirahs gembira sangat beberapa hari ni tau! Eh, kata Mr. Ong, "jangan gembira sangat jika dapat makan Queen." haha~ :D Ter-chess pulak saya disitu. :P Bukan apa lah kan, cuma terasa semakin banyak perkara menarik yang berlaku dalam hidup zirahs sekarang. Hmm, kalau sekarang rasa gembira, lepas beberapa hari ni mesti down pulak, tengoklah nanti! hukhuks~

Spell-it-right, 3rd place.

Ohh, tak sangka sungguh bila zirahs menang Spell-it-right yang dianjurkan sempena Minggu PSS. Tak pernah terpikir pun boleh menang, yela kau tau lah zirahs kalau english memang kurengg sikit. Nak² pulak dapat top 3, macam tipuu je. hahaxD Tapi, takpe lah kan, at least zirahs dapat merasa menang sesuatu pertandingan. Zirahs kira ini salah satu memori manis yang akan diingati semasa berada di SMKTJ. :)

Ini dia hadiah dalam tu; tuala oren dan sebuah buku Diam itu Emas.
Ohhoo, zirah memang dah sedia diam, hehe, tak kepoh la maksudnya. :P

Perlawanan catur peringkat sekolah.

Secara tiba² hari tu, zirahs diumumkan salah seorang wakil sekolah dalam pertandingan catur perempuan bawah 18 tahun. Ehh, bukan hari tu dah cancel nama ke, apsal kena lawan jugak ni. Kalau nak ikutkan, memang zirahs nak tarik diri, tapi kesian la kat cikgu sebab kategori perempuan bawah 18 tahun wakil tak ramai. Kami 4 orang je wakil, zirahs, sim, ida dan jasmine. Hmmm, mana pegi budak pompan ni tak suka main catur ke.. huu~

Anyway, kepada semua wakil pemain catur SMKTJ, Aja Aja fighting!! Kita bukan sekadar wakil sekolah, kita wakil Mr. Ong selaku pelatih catur kebangsaan. Oh yeaa, doakan zirahs buat yang terbaik untuk match pada hari selasa ni. :D

Aku baru pandai guna twitter?!!

http://twitter.com/hahazirah

Haha, tolong jangan gelak tapi itulah kenyataannya. Zirahs baru tau kot function² twitter ni. Sebelum ni zirahs memang tak pandai nak guna twitter. Bila orang mention pun zirahs tak tau. *sengal~ Tapi, start hari sabtu hari tu, iaitu pada 18Mac2011, buat pertama kalinya zirahs chatting dengan Lala guna twitter. Kahkahkah, gelak lah, zirahs memang lambat sikit bab² twitter ni. muahaha~ Papepun, lepas ni kalau orang mention, zirahs mesti alert lah.

Fisrt time chat kat twitter dengan Lala Halim. Itupun zirahs try mention dulu. hihii~

Then, lagi satu.. Kalau orang follow twitter Hahazirah, insya-Allah zirahs follow balik sebab zirahs taktau nak follow sape. Zirahs anggap twitter ni macam facebook lah, kita boleh buat kawan dan follow sesiapa saja yang kita nak. Tapi zirahs cakap betul la, zirahs memang tak follow iklan ke atau stranger atau orang yang tak aktif twitter (contohnya dah 3 bulan dia tak tweet) atau komuniti asing atau twitter yang zirahs tak faham. Itu je lah kot.

Korang yang baru nak buat twitter, jangan saja² buat kononnya nak ikut orang ke apa tapi buatlah sebab... ko tak tau twitter tu memang best lah sengal. haha~ :)

Kemilau Cinta Kamila

Sinetron baru yang ditayangkan di Astro Prima menggantikan sinetron Cahaya. Eh, camne ending Cahaya ek, lama dah tak follow citer tu. heheee~ Apa-apa lah kan, tapi siryes zirahs cakap zirahs tertarik nak tengok citer KCK (Kemilau Cinta Kamila) ni sampai sanggup jaga sampai pukul 11 malam tunggu citer ni. Eh, astro prima alang² tu ubahlah siaran KCK ni, buat petang pun ok, takdelah sampai zirahs berjaga malam kan. <--cehh, ikut isi perut kau jeh zirahs! :P

Rasanya salah satu faktor zirah suka citer ni selain best, zirahs tertarik dengan watak Dr.Fadil yang dilakonkan oleh Jonas Rivanno. Dr. Fadil tu gantengg bangett tau! Tapi watak Taufan yang juga dilakonkan oleh Vanno (nama manja Jonas Rivanno), zirahs tak tertarik sangat. Aduhh, Dr. Fadil smart bangat lah bila dia pakai spec. Suka tengok muka dia, lebih² lagi time dia senyum, boleh nampak cute dimple dia. Hee~ :)

Dan, zirahs suka tengok juga gandingan Vanno dan Asmirandah. Dah la muka Andah (nama manja Asmirandah) tu macam muka bestie zirahs, Raja (RM). Comel sangat mereka! [^___^] Mereka pernah ada gosip 2 orang tapi masing² menafikan. Whatever lah, zirahs tak ambik port sangat kalau bab² VanDah's Lover ni. Yang penting cerita yang dia dua orang berlakon, KCK best. :D

Result SPM 2010

Stop Dreaming, Start Studying!

Hari selasa baru ni, keputusan SPM tahun lepas keluar. Cikgu panggil semua budak form5 tahun ni tengok budak² tahun lepas ambik result, kiranya macam nak bagi motivasi lah kat kitorang ni. Bila tengok diorang ambik result then cikgu pun nasihat macam², barulah zirah macam tersedar, dah sampai masa untuk zirah bangun dari angan-angan dan rancang untuk mendapatkan kejayaan pada masa hadapan.

Serious nih, zirah mahu target SPM se-ok yang boleh! Btw, congrats kat akak zirahs, anum yang mendapat keputusan yang baik dalam spm baru ni. Apa result dia?? Hmm, pi usha sendiri kat blog dia, itupun kalau dia ada citer la. :P Eh, 29 Mac ni pulak bday dia. Happy bday sekali untuk anum!

Majalah Yezz! April 2011.

Dah 25 April hari ni, majalah Yezz! sure dah keluar punya. Korang dah beli majalah Yezz! bulan April ni? Kalau belum beli, jom kita beli sekarang. Yang dah beli tu korang boleh lah belek² tengok isi dalam majalah tu. Ada apa dalam tu ek? Hehe, rahsia! Beli dulu, baru tau. :D

Sekarang zirahs makin sibuk dengan pelbagai hal lah. Rasa tertekan, rasa terbeban, tapi papepun, hidup mesti diteruskan, tetapkan sasaran gol zirahs!

Sekian dulu, salam~

Psstt: Tercabar tengok result budak SPM. huu~
Psssttt: Saya nak berubah, nak berubah, betul² nak berubah!!

Art theft, doodle, Tumblr and so on...

Assalamualaikum & Hello.

Pada petang selasa yang macam mendung ni zirah nak curi² update blog sikit, mungkin sebab ini saaangat important tahu, kena sebarkan kat umum dan hentikan isu 'art thef' atau dalam bahasa melayunya mungkin dipanggil kecurian seni kot? *broken english, bahasa hancuss. [=__="]

Lepas visit blog The Pink Gajah Story and read her post about "BUAT BLOGGERS YANG MENGGUNAKAN DOODLES DARI TUMBLR, SILA BACA SINI :)" (<--click link). Haa, sangat penting untuk semua blogger tahu akan hal ini terutama orang yang suka edit blog dia kawaii² guna doodle dari tumblr.

Zirah bukan apa tau, zirah pun ada jugak kadang-kadang kot guna doodle yang zirah jumpa lepas google. Contoh ada sikit zirah guna untuk buat design header blog yang service tuu. Tapi zirah adalah jugak bagi site pic source tu cuma kredit ntah mana letak. Boleh tengok post ni dan baca entire post untuk lebih jelas ok. :)

Tapii, point yang paling penting kat sini, korang baca lah post dari sorang user tumblr yang kecewa dengan pengguna blogspot yang menggunakan doodle beliau tanpa mintak kebenaran darinya malah telah memadam kredit dari doodlenya.

http://littlenubnubs.tumblr.com/post/3977915756/more-blogspot-art-thefts-im-not-happy

Sape tak kecewa kan bila hasil seni sendiri kena curi dan lebih teruk bila kita kononnya sangat benci copycat but at the same time kita sendiri yang jadi copycat. Apekehellnyeyopp!

PicSource: http://owdof.deviantart.com/art/NO-to-ART-THEFT-119085841
*seksissnye pic ni tapi takpe lah kot. hukhuks~*

Zirah sebenarnya terasa jugak dengan apa yang sedang berlaku ni. Zirah rasa bersalah jugak sebab mungkin zirah pernah buat kot benda yang sedang dicakapkan tu. Jadi, dikesempatan ni zirah nak mintak maaf jikalau zirah pun pernah buat benda yang sama. Zirah harap agar perkara sensitip seperti ini akan semakin pulih dan menjadi normal kembali.

Itu sajalah yang zirah nak share. Kepada blog yang ada dalam senarai tu, hope korang jangan ambil hati dengan apa yang tumblr user tu tulis. Actually, ia salah kita juga kan, jadi kita kena ingatlah lepas ni kita jangan mudah sangat ambil hak orang lain then buat macam hak kita pula. Papepun, nak buat blog kawaii buatlah dengan ikhlas tanpa curi hak orang lain ok.

Sekian dulu, salam~

Psstt: There is a lot of great story of mine to share at here. But, must wait laa yea. :D

Untuk korang yang dah lama tunggu..

Assalamualaikum & Hello.

Entri ni khas untuk mereka yang dah lama menunggu. Siapa mereka tu? Oh, mereka adalah orang yang sudah menempah header dari Design Service of the month Feb2011 by Hahazirah. Dah lama sangat kan benda ni tapi baru sekarang baru zirah siapkan?? Sila debushh zirah sekarang. Aowww~

Awak punya header dah siap lah! Dengar tak zirah jerit lembut ni?? :P

So, jomlah tengok header yang baru zirah siapkan. Masih fresh lagi nih tapi kan, ada satu benda yang zirah risau, takut kalau semua header yang zirah buat di saat-saat akhir ni dan tergopoh-gopoh akan direject oleh tuan punya header terbabit. Mintak-mintak lah benda macam ni takkan terjadi. Aminn~

1. Pijer - http://crappingrambling.blogspot.com

Kita mulakan dulu dengan orang first yang terjah entri zirah ni (<--link), iaitu cik pijer. Zirah panggil dia pijer sebab dia yang tulis pijer, harap pijer tak marah lah sebab kalau tak silap maksud pijer tu bukan picit jerawat ke.. opss², terlepas. xP

Header pijer ni zirah buat sepink yang boleh, taktau lah menepati kehendak pijer ke tak kan. Hope sangat² pijer suka dan tak suruh zirah buat lagi sekali ok. Zirah malas la daa. hee~ :P Lagipun zirah just guna gambar yang ada dari header pijer sekarang/sebelum ni, jadi tak nampak kelainan sangat lah kan. hmm~ Papepun, zirah tetap harap pijer berpuas hati dengan header yang sudah dihasilkan ini okeh. :)

2. Iman - http://bibbidibabbadiboo.blogspot.com/

Header yang zirah buat untuk iman terlalu yang amat simple. Iman kata nak ciri² header macam header zirah yang sekarang ni, tapi zirah tak reti sangat nak masukkan elemen² header blog zirah kepada header blog iman yang zirah buatkan. Rasanya macam warna-warni gitu kan, jadi ke iman? Zirah harap iman puas hati dengan header ni ok, dan tak suruh zirah buat again jugak. hee~

Btw, sedikit info/credit untuk header yang sudah dihasilkam. Gambar comel kat header iman tu, zirah google dan terjumpa kat website ni tau, http://yougotmegoingcrazyy.tumblr.com/post/1037161970/doodle. So, thanks to gambar tu yang telah menjadikan header iman nampak lebih meriah. Juga kredit untuk site tu ok, sori zirah tak mintak izin untuk used that picture but i think all picthas in da internet is public and can be use by whoever right, yeke ni.. [>__<"]

3. BudakFadhilah - http://www.nufaa.com/

Simple ke sarat agak-agaknye header kak fadhilah ni eh. Zirah no comment, how about kak fadhilah sendiri rasa ok ke x header tu? Ada apa-apa perlu dibaiki? Oooh, janganlah zirah tak sanggup buat balik dan juga harap k.fadhilah sangat berpuas hati dengan header tersebut tanpa suruh zirah buat again and again ok. hihih~ Jangan marah, but zirah rasa it's too late untuk buat balik header tu semua and as korang semua tau i don't have much time right now. hukhuks~

Kredit untuk gambar² yang digunakan dalam pembikinan hedaer kak fadhilah pula ialah di site ini, http://tumblrdoodler.tumblr.com/ serta site ini, http://drlill.com/2010/08/23/cute-doodle-blogs/. Without semua pictha yang digunakan ni pasti tidak berseri seperti header yang telah dihasilkan diatas. Oleh itu, big thanks to the picthas and of course to the website too. Di samping tu, kepada owner picta berkenaan if you read this, i hope you don't mind cause i used your pictha to create the header ok. :)

Kak fadhilah boleh guna code diatas untuk cara pemasangan header & twitter status tu. See, baik tak zirah tolong codingkan sekali header tu. hehe, no lah just kidding! xP Refer blog Meuz (<--click link) untuk letak header tu ok. :)

4. Dila Amer - http://www.tulisandlamer.blogspot.com/

Terkejut zirah bila k.dila hantar email suruh buat footer sekali, rasa macam takde dalam pakej tapi takpelah tak kisah pun, zirah buleh tolong buatkan. :P Untuk header kak dila ni boleh guna code diatas untuk meletakkan header tu. Sila refer blog Meuz juga untuk pasang header sekali dengan twitter status tu sekali, baru faham tau. ;) Choop, twitter bird tu google ok, dah.

Ini dia footer untuk blog kak Dila Amer. Macam tak berapa je tapi hope kak dila suka la okehh. Itu saja. :)

Gambar header kat atas hanya ilustrasi sahaja, yang sebenarnya zirah akan email URL header tu kat korang a.s.a.p ok. So, tunggu je la and jangan lupa check emasail nanti. Btw, actually zirah tak gheti ngat buat header yang ada twitter status sekali. Rasanya encik Meuz retilah kot (sorry asyik mention nama Meuz sebab itu sajalah satu² yang zirah tau reti buat header blog sekali dengan twitter status). Zirah setakat background twitter status tu boleh la jadi. Ini kira first try jugak lah and alhamdulillah menjadi. Yihuu~

Ada 2 header lagi yang patut zirah buat iaitu:

Tapi kan korang lambat confirm lah kat entri ni (<--click link), so zirah rasa teragak-agak nak buat. Korang serious ke nak suruh zirah buat header blog untuk korang ni? Bukan free tau, tapi berbayar sikit kira macam upah. Hmm, tapikan zirah rasa macam malas lah dah nak buat. Kalau korang betul² nak, boleh tunggu untuk next design service of the month tak? Mungkin paling awal bulan april ni kot tapi kalau serious nak kena buzz cepat² lah takut mana tau nanti terlepas ke.

"Takpe ke ni zirah tak buat untuk korang? Please answer me at section comment dibawah ok a.s.a.p. Zirah rasa tak sedap hati ni. huhuu~ Mintak maaf kat korang, Faiqah, Zamila Elyna serta Zafirah Azmy kerana zirah tak buat header untuk korang. I'm really sorry. Please accept my apologies ok guys."

Ok tu je lah apa yang mahu zirah sampaikan. Cukup sampai disini zirah mahu melabuhkan tirai untuk Design Service of the Month (Feb2011) yea. Salam~

Psstt: Ye aku tau aku tulis panjang², nak baca silakan, tak nak baca sudah. :P Tengok gambar sudah memadai. :)

Psssttt: Hari rabu baru ni, 16Mac2011 zirah pegi ujian statik untuk lesen moto vroom vroom. Guess what zirah dapat skor bape untuk ujian statik tu? 50/50 beb, rasa macam tak percaya but happy sangat and alhamdulillah i pass also got 100% correct. So happy maa~ :D

Saya Pelajar Tingkatan 5 (2011)

Assalamualaikum & Hello.

Ini dia lagi satu segmen BPM buat pada musim cuti sekolah yang kalao boleh zirahs tak nak lepaskan. Sebabnya dia agak berkait rapat dengan sekolah. huhuu~ Kalau nak join sekali boleh je, click link kat atas tapi ada tarikh tutupnya iaitu pada 16 Mac 2011 pukul 11 malam.

Sorry la ek ni gambar tahun lepas. Gambar this year takde lagi. Tak main snap² gambar lagi dengan budak kelas tahun ni. hihihii~

Kalau gambar yang dekat atas ni, time ni zirahs masih bersekolah di SMA Al-Khairiah, Temerloh Pahang atau nama comelnya yang dipanggil rakan² sekolah kitorang KIST. Eh ni bukan Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) tu tau, ni just Khairiah Islamic School Temerloh (KIST). hehee~ Macam² lah kitorang ni. Nama lain bagi skolah khariah ni, SMAKT, al-khariah, kheriah dan macam² lagi lah ikut suka kitorang nak panggil apa janji tak lari dari SM(A) Al-khairiah temerloh pahang. :P

Chopp, skang nak citer skolah masa tingkatan 5. Tahun ni zirahs sekolah kat SMKTJ atau nama penuhnya SMK Temerloh Jaya. Sekolah ni saaaangat aktif koko dan busy memanjang. Jadual sangat padat dan rasa macam agak strict sikit lah, tapi bagus ape. :) Menjadikan zirahs lebih berdisiplin lah sangat kan. huhuu~

Tahun ni still same tak tukar aliran, takde sebab pun nak tukar kot cuma tambah dan tukar subjek je. Sayang gila doei tak belajar dah Quran Sunnah, Syariah Islam & Bahasa Arab. Tapi takpe lah, ilmu tu kalau kita betul² nak kan dia, kita boleh cari sendiri tak semestinya kena belajar dalam kelas dan ambik pekse je betul tak? huhu~ <-- ini cuma pendapat tidak matang zirahs ajelah. :]

Subjek favourite!

Kalau nak ikutkan semua subjek lah zirahs suka tiada kecuali. Cikgu ajar kitorang untuk mencintai semua subjek, oleh itu, zirahs pon suka & minat lah semua subjek (konon & agaknya kot). [^____^] Subjek yang zirahs ambik untuk SPM tahun ni adalah (jeng jeng jeng, bak kata cikgu Iqbal. haha~~ x] ):

BM - Cikgu Umirza
Subjek wajib kena ambik untuk SPM, kalo tak nak ambik aku rasa tak laku kot sijil SPM nanti. hahaks~ Suka cara cikgu umi mengajar, lembut saja cara percakapannya. Kitorang selalu dilatih menulis karangan lebih baik. Tapi skill menulis karangan zirahs dah tumpul, tak reti nak tulis yang kaw². huwaaa~ :'(

BI - Teacher Hazian
Seram sejuk bila waktu english. Waktu ni kalau nak cakap kena speak-eng. Teacher selalu nasihat kitorang sambil² tengah mengajar. Dan zirahs suka sangat dengar teacher speaking. Best sangat bunyinye. Kalau lah zirahs pandai spekaing macam teacher, eee..bestnya!

SJ - Cikgu Iqbal
Cikgu Iqbal kalau mengajar banyak bercerita. Tu yang best sangat tu. Pastu selalu jugak cikgu cerita isu semasa yang berlaku dalam negara kita ni dan kadang² ada jugak cikgu cerita hal² politik negara kita ni. Pastu cikgu suka buat lawak. Jujur zirahs cakap zirahs adore dengan cikgu Iqbal. hehee~

SC - Cikgu Thalhah
Cikgu thalhah ni pulak ajar science cara yang simple dan kalau boleh nak bagi kitorang enjoy. Cikgu selalu kata kitorang semua ni anak muda dan masih remaja, cikgu pun masih remaja, erkk. hahaa~ Cikgu thalhah pun suka bercerita dalam kelas. Zirahs suka dengar cikgu bercerita, best lah. Ni buat zirahs adore dengan cikgu nih. *blink²~

MM - Teacher Foo
Senang masuk Mathmod ni. Rasanya mathmod takde lah susah mana (hot lu zirah!). Cara teacher Foo ajar pon ok dan tak staright sangat. Orang kata, step by step. Insya-Allah, zirahs akan cuba sedaya upaya untuk dapat A+ MathMod. Zirahs paling suka tajuk matrices,mungkin sebab zirahs suka Keanu Reeves dalam citer Matrix tu kot (tiba?).

MT - Ckgu Ruby
Huh, Addmath jangan cakap lah. Subjek pembunuh bagi spm kalau gagal habis comot huruf G dalam slip keputusan spm kita tu nanti. Lantak lah aih, orang cakap belajar addmath ni nak ilmu, bukan semata² nak lulus je kan. Lagipun, kalau time cikgu ruby ajar addmath tak boring, sebab cikgu ruby pun suka bagi nasihat kat kitorang. Suka zirah mendengarnya. Cikgu Ruby sempoi habis.

PA & EA - Cikgu Norizan
Lagi sorang cikgu yang zirahs adore. Bila dengar cikgu Norizan bercerita rasa macam mebuak-buak semangat nak belajar rajin² ni. Kagum dengan kejayaan yang cikgu Norizan perolehi. Selain terer akaun, cikgu norizan pun suka bercerita dalam kelas. Rasanya zirahs ni memang kagum dengan semua cikgu yang pandai bercerita kot. hee~

PI - Ustazah Norwati
Ini lah subjek yang digantikan dengan PQS & PSI. Semua yang belajar dalam PQS & PSI tu, semua ada dalam PAI pulak. Masa PI biasanya kitorang selalu pergi surau, belajar kat surau, salin nota, lepastu buat latihan kadang². Jarang ustzah ajar kat dalam kelas. Takpe lah, boring jugak kan kalau asyik belajar dalam kelas je. Belajar dalam surau lebih afdhal dan lebih berkat kan, kan.

PSV - Cikgu Rohaizat
Baru tahun ni ambik subjek seni, sama macam PI lah jugak. Actually, since tahun lepas nak ambik tapi tak berani. Ini pun ambik sebab kebetulan ada jugak budak kelas zirahs yang ambik seni. Zirahs pon join sekaki walaupun tak dapat sama² dengan diorang sebab diorang laki dan jadual kitorang berbeza.

Memori manis?! (◕◡◕)

Kenangan manis kat sekolah?? Banyak yang teramat sangat (kot). hehee~ Tentu sekali kenangan manis apabila dapat kenal dekat kawan yang sempoi, sekepala dan banyak cer. Korang tau lah kan korang sentiasa ada dalam h♥ti aku tau! muahh²~ Malas lah citer sebab banyak sangat kang berscroll entri ni kang. hukhuks~

Ok, itulah saja yang mahu saya cerita. Cukup kuota dah kan entri ni untuk join segmen budak sekolah BPM (aishh, zirahs ni memang suka main sebut je nama segmen² BPM). :P Hahaha, papeje la. K la, zirahs chou dulu. Salam~ :D

Kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskannya...

Assalamualaikum & Hello.

Cik punya blog Hahazirah kembali! Entri pertama untuk bulan Mac 2011 pada 13 hari bulan, biar betikh! Ingat habis pekse, dah free, aikk rupa²nya belum lagi lah. Ada baaaanyak benda lagi tak habis settle sampai waktu nak update blog pun kena set masa betul². Oii, zirahs baru form5 kot, tapi apsal busy semacam orang dah kerja akauntan, erkk~ :P

Actually, jumaat minggu lepas ada buat short update yang tak bape nak short, tapi zirahs delete entry tu sebab macam suckay je dan agak tergantung. Oleh yang demikian (tiba-tiba), zirahs cari masa petang ahad yang takde tusyen ni untuk update semula blog NPP (NtahPaPe) ni. c(:

الفاتحة

First sekali zirahs nak story sikit cer sedih (citer sedih/sad story) yang melanda kehidupan sekeliling ni. Al-fatiha buat arwah suami cikgu zirahs dan moyang saudara zirahs yang baru kembali ke rahmatullah pada hujung bulan februari dan awal bulan mac hari tu. 2 hari sebelum arwah moyang saudara zirahs 'pergi untuk selamanya', sempat jugak zirahs, ibu dan nenek melawat arwah. Jujur zirahs cakap, sedih sungguh rasanya apabila terkenang arwah moyang. Rasa sedih tu datang kembali. Hari demi hari, mereka yang sudah tiba ajalnya pergi, bila turn zirahs pulak agaknya? hmmm~

Cer sedih diri zirahs pulak, apabila zirahs buat keputusan yang mungkin (tidak sama sekali) mengubah position zirahs di sekolah. Tapi, takpelah zirah yakin benda ni semua pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Zirahs decide untuk melepaskan jawatan pustakawan sekolah. Agak² zirahs mesti akan menyesal suatu hari nanti tapi di sudut yang lain mungkin keputusan zirahs ini akan menjadi satu fakta/sejarah untuk diri zirahs kot. *Cehh, bajet kau prajurit yang perlu dikenang dan diketahui sejarahnya jeh!

Itulah yang zirah maksudkan, "kadang-kadang kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu". Walau kita sayang dan sukar macam mana pun untuk melepaskannya tapi kita harus juga belajar untuk melepaskannya. Contoh dekat yang berlaku pada diri zirahs, zirahs almost done menghias kelas 5ik. Tak pernah² zirahs menghias kelas, baru tahun ni for senior and last year zirahs nak try make something new seperti menghias kelas menjadi lebih meriah. Tapi, agak sayang bila hasilnya tidak seperti yang zirahs bayangkan. Kalau nak buat balik semula hiasan ni, bazirlah waktu. Sebab tu zirahs kena belajar untuk menerimanya seadanya dan paling penting zirahs perlu belajar untuk melepaskan sesuatu yang zirah impikan. <-- ini maksudnya hanya diri zirahs sendiri yang faham. hehhee~

"Kadang-kadang sesuatu yang kita lepaskan, akan datang balik kepada kita walaupun tidak semua dan tidak seperti sedia kala". Hari tu nama zirahs sudah direject dari pertandingan catur antara rumah sukan kategori bawah 18 tahun atas kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pengerusi kelab catur 2011 (bold and red sikit 'nama' dia huh! ). Serious zirahs rasa memang frust habis la bila teacher just say, "then you takde masuk pape la". Tapi, zirahs cuba la tahan perasaan tu and tak salahkan sesiapa. Zirahs terima apa yang terjadi walaupun agak 'sakit'.

Then, tiba² ada pulak member zirahs yang nak tarik diri n suruh zirahs ganti tempat diorang. Kalau nak ikutkan memang zirahs tak nak la ganti tempat orang, zirahs nak main sendiri punya tapi zirahs layan je la~ Tak sangka la pulak waktu tu secara tidak langsung zirahs dapat jugak take part dalam pertandingan catur antara rumah sukan. Yeaa, happy jugak la walaupun zirahs kalah. hehee~ Zirahs lawan dengan Sim, woahh Sim memang expert main catur, turun dari her brother lah ni. :) Itulah kan, walaupun at the first zirahs try untuk 'melepaskan' perlawanan catur tu tapi at last, zirahs sendiri jugak yang dapat menyertai perlawanan tersebut. hihihii~ :D

**Sudah masuk bulan tiga ya pak!**
1 Mac, ada apa dengan hari ni yeah. Semestinya hari ini (1Mac), birthday abah zirahs. ngueh²~ Selamat hari jadi abah, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. <--ayat standard. :D Tak lupa juga kepada sesiapa yang turut serta menyambut hari jadi pada 1 Mac atau dalam bulan Mac ni okay! [^__^]

Abah's Hahazirah (geli bunyinye :P).

Ehemmm, macam malu je nak share benda ni dalam blog tapi nak jugak share nak buat simpan kenangan. ngeh²~ *gedik. :P Zirahs sekarang dalam proses nak ambik lesen moto vroom vroom. hohoho~ Yee, zirahs tau zirahs tak mahir sangat bawak moto tapi lantaklah janji aku ada lesen tak kena saman nanti baru selamat kan, kan, kan. Apa punya pikiran lah aku nih. [-_-'] Patutnya, ceramah minggu lepas (5Mac) tapi telah dipindah tarikh pada hari semalam (12Mac) sebab minggu lepas zirahs pergi Karnival Jom Masuk U tuu. ;)

File Kursus KPP. :)

Zirahs daftar kat Institut Memandu Ekonomi Ceria dekat² area temerloh ni jugak. Kawan zirahs, pekjah pon buat lesen kat sini jugak. Yess, ada geng, suka! :D

Buku dia tebal youu wa cakap lu. Kena habiskan baca jugak baru boleh lulus insya-Allah. Eh, eh, zirahs dapat pen kaler hijau. Nak kaler putih atau pink atau ungu. cehh, banyak songeh! :P Diharapkan semua mendoakan zirahs lulus ujian statik nanti yea. Amin.

Agfa 2 times - baru lepas balik kursus kpp. stok muka paling hodoss, ohh, doakan jugak zirahs jadi comei sikit. kah³! xD

Minggu lepas hari sabtu (5Mac2011) sekolah zirahs ada buat macam lawatan lah ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 di SAS international convention centre, Kuantan. Berebut jugak lah zirahs nak ikut serta lawatan ni sebab tempat dia terhad. Lantak la orang nak cakap apa, budak baru yang over ke apa, janji zirahs dapat ilmu/manfaat semasa pergi kat sini.

Masa dekat karnival ni kan, memang sesak habis lah, tapi dalam sesak² tu jugak la banyak benda best yang zirahs dapat. Sampaikan tak snap satu gambar pun masa kat sana. Lepas pergi karnival tu, cikgu suruh pergi dekat East Cost Mall jalan² dalam tu. Dekat mall tu memang hampeh sangat sebab zirahs tak plan betul² perjalan kitorang. Zirahs rasa bersalah sangat kat Saierah, sian dia nak jalan² kat situ tapi sebab kopodohan zirahs, kitorang masing² tak puas kat mall tu.

Kalaulah zirah berani sikit nak jalan sorang² tanpa ikut sape², kemungkinan besar perkara yang berlaku dekat mall tu tidak akan terjadi. Tapi, itulah zirahs, takut sangat nak jalan sorang², takut hilang. Sebab sebelum ni, kalau zirahs jalan sorang² mesti sesat dan hilang lepastu mula lah cuak, pikir bukan² tapi akhirnya keadaan menjadi normal. hehhhee, bercakap dari pengalam di PWTC yeaaw. [>___<]

Dalam pada ketidakbestan di mall tu, actually sempat jugak zirahs beli biskut famous amos yang pernah femes dengan kontroversi wanita mengandung+johor=facebook. Opss, tak baik bukak cerita lama. Takdelah, abaikan ayat sebelum ni ok. Jujur lah zirahs cakap, tak pernah rasa pun sebelum ni biskut amos ngemos nih. Yela, orang kg la katakan mana pernah jamah pun biskut yang femes ames ni. wekk~ :P Hari tu baru dapat beli lepas terhidu baunya yang sangat menggoyahkan 'napsu lapow'. Dah la mahal, sikit pulak. I think better buat sendiri. Resepi dah ada lagipun before this pernah buat biskut yang spesis macam amos ni. Barulah dapat makan puas² ye tak. huu~

Usha jap gambar yang zirahs snap, bukan snap kat situ cuma snap apa yang zirahs dapat dari karnival tu je la. :)

Button ni ambik kat booth UPSI. Thanks to Afiqah yang suruh zirahs amik button ni. Trimas sangat² tau. Kalau afiqah tak cakap, mungkin zirahs tak dapat button ni tau. hehee~

Mula masuk kat dalam tempat karnival tu kena amik beg oren tu. Dalam beg oren tu ada lah dia bagi file, pen, buku nota, informasi² berguna dan sebagainya. Actually, zirahs tak tau nak panggil semua benda ni ape. :P

Kalau pergi booth UPSI dia bagi beg, button dan 'buku' dia. Tapi dia tak layan zirahs pun masa zirahs datang. Oi, kau ingat kau anak raja nak orang layan kau sepanjang masa?? xP Masa zirahs kat booth UPSI tu ada lah laki ni kan tengah cakap pasal STAM ke apa. Tiba² salah sorang dari mereka tanya kawan zirahs, Saierah yang sekolah kitorang ni sekolah sukan ke. Agak bangga disitu yea walaupun hakikatnya sekolah ni sekolah biasa je takde sukan² pong. ngeh²~

Macam-macam benda zirahs kutip kat situ. Banyak pilihan U yang menawarkan course yang zirahs nak tapi kebanyakannya swasta la. Erk, zirahs bukan anak orang kaya ye nak masuk IPTS nih. Oleh itu zirahs, kau belajarlah rajin² agar kau diberi biasiswa. huk³~

'Pas'kah KPTN ni? hehee, just kidding. Tapi hijau benar warnanya yaww. hihiis~

Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau N28

Wehh, basilah nak cer pasal PRK ni tau. Dah agak lama berlalu. 'Pemenangnya' pun sudah diketahui. Apa-apa lah kan. Zirahs cuma nak share sikit sangat suasana masa PRK ni berlangsung. Sebabnya zirahs ikut abah jalan² kat kawasan kerdau ni. Eh, time PRK hari tu, peluang nak masuk tb sangat cerah tau. Kalaulah zirahs ikut pi mengundi mesti dapat masuk tv gak, mokde, abang az dengan abang ape ntah masuk tv tau, jeles! xP tak habis² dengan imipan nak masuk TV. Nenek dah pernah masuk tv2, wan pernah masuk buletin tv3, bila pulak zirahs nak masuk tv jugak nih. hahahak~ Bodos tol impian kau zirahs. {"-_-}

Penuh beb biru & hijau di sepanjang laluan.

Jalan jadi jam sebab orang tengah buat jalan. Baru ni lah dia sibuk nak buat jalan dan sebagainya. Tapi baguslah jugak heh.

Dulu aku rasa kawasan ni semak. Tapi tengok lah sekarang, beberapa hari sebelum hari mengundi, terang bederang. Lepas ni tambah meriah lah kerdau kot. Kot-kot.

Amboihh BN, semangat ngat.

Pas juga tidak terkecuali.

Masa hari mengudi tu pulak, zirahs ada jugak pergi kat kerdau. Ikut abah poie mengundi. Memang sangat meriah lah kat situ, siap boleh tengok 'lawan mulut' antara 2 parti. hukhuk~ Zirahs sempat jugak beli sticker dinding untuk hiasan kelas. Tak sangka budak kelas zirahs excited dengan sticker dinding tu ek, cikgu pun sama. Alamak, terpanjang 10 inci pulak bulu hidung nih. wahahaha~ xD

Ada sesiapa sedang mencari rumah untuk disewa? Siap ada astro lagi tau. hahaxD No lah, just kidding. Tapi zirahs rasa lawak lah rumah usang ni. Walaupun dah usang tapi piring astro tu tetap melekat kat atas bumbung tau. Eh zirah, kau pandai² tangkap gambar umah orang, karang kena sue tak pasal², janganlah aih. Tak sanggup ai. huhu~

Ok lah, zirahs chou dulu. Harap entri ni dapat ganti dengan entri 12 hari sebelum ni. ngeh³~ Salam. [^__^]

Psstt: Banyak halangan nak online sekarang ni tau. Kira dapat update blog sebulan sekali pon kira bersyukur. Terpaksa berebut dengan Iyad nak guna internet. Sebel², grr!

Pssstt: Entri ni ditulis mula pukul 6:35PM tapi dipublish dalam pukul 9 lebih gitu.