Yang tengah HOT sekarang (made in YouTube).

Assalamualaikum & Hello.

Zirahs teringin² bangat post entri ni tau. Bukan apa, zirahs rasa kalau tengok hampir semua blogger dah post pasal mereka ni dan bercakap tentang kehebatan/keistimewaan/keunikan mereka. Zirahs cuma tak nak terlepas sekali lah, maksudnya nak up-to-date lah kononnya. :P

Zirah bet hampir semua orang yang menggunakan internet kat Malaysia atau seluruh dunia (kot) dah kenal mereka, sebab zirahs rasa diorang memang tengah up sekarang atau bahasa modennya tengah HOT. hee~ Betul tak, betul tak?


Yang zirahs maksudkan 'yang tengah hot sekarang' ni ialah Anwar Hadi & Najwa Latif (macam tak betul je ayat ni.). Dan ke-hot-an diorang sekarang tak lain dan tak bukan bermula dari YouTube. Kiranya diorang ni boleh dikategorikan sebagai 'artis youtube' lah (kot). Sesuai ke guna istilah artis? Ah, layan je la~

Ini Anwar Hadi.


Kita mula dengan Anwar Hadi dulu ok. Actually, zirahs tak kenal langsung siapakah Anwar Hadi ni. Zirahs start kenal Anwar Hadi pon lepas baca post dari SyedGraphix tentang Anwar hadi ni lah. Mula-mula tu zirahs ingat syed ni nak cerita pasal Hadi budak sekolah zirahs tu tapi zirahs pelik apsal Hadi dak sekolah zirahs ni hengsem pulak. Rupa-rupanya syed bukan cerita pasal Hadi 'aww' bekas budak sekolah zirahs tu tapi cerita pasal Hadi 'eww' bukan budak sekolah zirahs yang zirahs memang tak kenal. hahahaxD

Kalau korang tengok all video Anwar Hadi mesti korang terpikat duhh, bukan sebab dia hengsem ke apa, tapi sebab apa yang dia sampaikan kat dalam video tu memang berkualiti, bukan calang² lah. First video Hadi yang zirahs tengok pasal bahasa rempit/bahasa comel, zirahs tengok kat blog syed lah ni. Lepastu terus pergi Channel Youtube Hadi tengok video² dia yang lain. Serious wa cakap lu, memang best la, ada keistimewaan sendiri video dia sampai terpesona zirah menengoknya.:P


Inilah antara video Anwar Hadi yang telah berjaya mengangkat namanya (erkk?). Tengok jangan tak tengok, kasi sentap sikit diri tu. :P

Zirahs rasa Hadi ni mesti dah berjaya mencairkan hati gadis² melayu dengan rupanya yang agak kacak dan kecairan dia berspeak-eng. Zirahs pun rasa macam woahh je tengok dia, sudahlah pandai speak-eng (macam pandai berpidato jugak), rupa pun boleh tahan, dan yang paling zirahs kagum mesti dia ni banyak ilmu pengetahuan am. Eishh, zirahs memang adore la dengan orang² macam ni, memang terbaik! :)

Dan tidak mesti tidak, Anwar Hadi ni memang konfem la punya fb kan. Zirahs dapat semua link berkaitan dengan diri dia ni dari blogger² yang pernah story pasal Hadi kat blog diorang. Kalau korang rasa nak mengenali Anwar Hadi ni dengan lebih dekat, bolehlah pergi kat blog/facebook fanpage atau pi terus ke channel YouTube dia untuk tengok semua video dia. :)

Blog
http://anakazman.blogspot.com/
Facebook
http://www.facebook.com/pages/IniAnwarHadi/174246642619680
Cahnnel YouTube
http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

Ohh, btw, zirahs nak letak jugak video dia yang latest (5Feb2011) buat masa ni. Apalagi, layann~


Si gadis YouTube, Najwa Latif.


Pernah dengar tak lagu Carta Hati yang tengah femes kat YouTube/Facebook sekarang. Kalau korang pernah dengar mesti kenal punye lah tukang nyanyi lagu tu, Najwa Latif. Bagi zirahs, not bad lagu Carta Hati tu sebab kadang² terngiang-ngiang kat kepala zirahs Najwa tengah nyanyi lagu tu. hehee~


Click play untuk dengar Carta Hati by Najwa Latif

Najwa latif ni baru berusia 16 tahun (batch 1995), muda lagi tu dan khabarnya Najwa ni seorang pelajar yang pintar (PMR dia 7A). Wahh, hebat lah tu, boleh kata Najwa ni punya pakej yang agak lengkap la; berbekalkan wajah yang boleh tahan comel, pintar dalam pelajaran, pandai bermain alat muzik dan suara pun boleh tahan. Perfect kan, dengan usia yang masih muda, dia dah jadi 'wanted' oleh semua pihak yang mengagumi kebolehan dia. Tiba² zirahs terpikir dia ni macam Justing Bieber pulak, tapi Najwa ni takde la pulak 'Usher'nya. hahaks~

Nak tengok/dengar lagi semua video/lagu dari Najwa Latif, boleh la pergi kat channel YouTube dia. Nak like dia kat facebook pun boleh dan kalau rasa nak nak tau latest update tentang dirinya bolehla follow blog Najwa. Eh, najwa punya blog ni masih fresh tapi follower dan beribu-riban. Tengah up la katakan, biasa la tu. Yang mengdesign blog Najwa pun siapa tak kenal dia, Lisa Arissa yang juga macam tengah up sekarang. hee~

Blog
http://najwalatifs.blogspot.com/
Channel YouTube
http://www.youtube.com/user/najwa595
Fanpage Facebook
http://www.facebook.com/pages/Najwalatif/161004417265295

Jom dengar latest song Najwa Latif, ILoveYou (5Feb2011). Layann la sambil baca blog zirahs ni. [>_<]


***

Tapi kan, zirahs bukan nak cakap apa lah, zirah open tau, cuma kalau tengok sekarang YouTube ni macam dah jadi salah satu trend dan 'lif' untuk kita famousee dan menonjolkan bakat dalaman kita. Dari YouTube, orang yang duduk kat 'ceruk bumi' pun boleh kenal kita walaupun tak pernah jumpa atau berkenalan. And lagi satu, zirahs just nak sharing link dari blog salafus-sholih yang memperkatakan tentang adalah sikit² berkaitan dengan ni.

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/apabila-muslimah-berani-beraksi.html

Apa yang salafus sholih tu cakap ada betulnya. Kita sebagai manusia yang punya akal fikiran dan hati kenalah pandai menilai baik dan buruk apa yang berlaku kat sekeliling kita kan. huhuu~ Alah, senang cakap, dosa sendiri tanggung, kubur lain-lain, tapi sebagai umat islam, kita punya tanggungjawab masig-masing untuk menyedarkan sesama umat islam kalau kita teralpa atau terkhilaf.

Dah terpesong entri zirah ni. Ape daa, tu maksudnya nak suruh zirahs berhenti lah. Esok nak sekolah, kena ready. Lepastu, zirahs nak siapkan semua tempahan header yang zirahs terima untuk bulan ni. Lagi satu kerja yang zirah saja² nak cari, berlatih/bersedia unutk pertandingan catur dan exam yang bakal tiba serta sesi percubaan pustakawan sekolah. Huu, boleh tahan busy bulan ni yea. Padan muka kau zirah! Rasakan kesusahan dunia yang sebenar. Huahaha~

Sekian dulu, salam~

8 comments:

  1. HAHA. hadi aww. x bek ..miahaha.
    kate budak TESL mmg cair la english diaaa..

    ReplyDelete
  2. @SyedGraphiX - haa, kau tau kan. hihihii~ xde la, just kidding. xP
    tau xpe, ak pun nk jd dak tesl jgk la. haha, perasan. :P

    ReplyDelete
  3. Suka dua² ;) suke blog u jugak!

    ReplyDelete
  4. anwarhadi aku setuju. tapi najwa latif? zzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  5. hmm, kekadang niat mula tu betul, lelama jadi tak betul, terpulang la pada individu tu sendiri camana nak bawa diri

    ReplyDelete
  6. @ayujamal - haah, setiap amalan bermula dgn niat. ;)

    ReplyDelete