Sukan SMKTJ 2011.

Assalamualaikum & Hello.

Long time no update ya. Bukannya ada aral untuk mengupdate cuma kesempatan tu memang tak menyetujui zirahs untuk update blog zirahs ni (apekah punya ayat? :P). Nanti la zirahs update benda lain² sebab sekarang zirahs mahu cerita tentang sukan sekolah zirahs. :)

Hari ni, 17Feb2011, khamis, 14 Rabiul awal 1432H adalah hari sukan sekolah bagi SMK Temerloh Jaya untuk  kali yang ke-10 (skemanya ayat. xP). Ada nama panjang sukan tu tapi zirahs tak bape ingat apekah namanya. huhuks~ Zirahs tau hari ni hari khamis, apsal lah sekolah zirahs buat sukan hari khamis? Biasanya hari ahad ark? Itu lah sekolah zirahs lain dari yang lain (kot?). Dah lah esok(Jumaat, 18Feb2011) tak cuti, lepastu sabtu sekolah ganti (gong xi fa cai), then hari isnin ni Ujian Penilaian 1. Haa, ambik kau, kasi lembik lunyai² betul badan tu lepastu otak kasi bengkak sikit nak pekse nih. huuu~ [=_="]

Tensyeng betul kalo nak ingatkan benda ni semua. Zirah hampir² nak kena serangan 'stressesdepresses' (serangan baru untuk orang yang terlebih tekanan. :P). Tapi takpe lah, zirahs anggap ni semua satu cabaran untuk zirahs bertukar ke sekolah baru. Sekolah yang lebih aktif jadi zirahs pun kena aktif juga tanpa beralih kepada Hotlink Aktifkan dirimu (apekah? xP).

***

Ohoo, cerita pasal sukan tadi, zirahs masuk perbarisan unit beruniform Puteri Islam, dapat tempat ke-3. Cehh, cakap straight macam biasa je tapi sebenarnya kitorang dengan cikgu² puteri islam sekali terkezutt beruks sebab boleh jugak menang walaupun just dapat no-3 je. Masin mulut Yutasha (pembawa sepanduk) yang asyik cakap, "mintak² kali ni kita menang la" dan akhirnya alhamdulillah kitorang monang jugaks. Tempat kedua Pandu Puteri, dan tempat pertama tak lain dan tak bukan kadet polis yang smart habis. Siryes wa cakap lu, kadet polis the best la, kawad dia memang mantap, uniform cool and diorang memang layak la menang. Wahaha, semangat aku puji kadet polis ni, macam ada pape je? HahaxD (?_?)

Ehh, zirah pulak tukang bawak bendera, alah pembawa bendera Puteri Islam tu lah. Tak pernah² ai bawak bendera masuk perbarisan apsal tahun ni gedik sangat haa? Haha~ Takde lah zirahs saja nak cuba, memandangkan tahun ni last year, buat je la lagipun lepas ni memang dah takde peluang nak buat benda ni semua kan, kalo ada pun mesti time kat U nanti ke (bajet U jea). Tapi ada sedikit yang zirahs agak terkilan/menyesal sebab tak try; masuk apa² acara and kalau dapat menang satu pingat walaupun gangsa pun dah kira okey. Itu lah zirahs, time latihan dulu malas datang, nah ambik kau penyesalan dari kemalasan yang kau cipta sendiri. huhuhuu~

Kelab Kewangan yang zirahs masuk pun ada jugak buat aktiviti hari ni iaitu menjual makanan & minuman secara kecil²an. Tapi sayang la, untung sikit sangat, modal boleh tahan mahal, tapi bersyukur lah zirahs, anda tak rugi and gerai kawan² anda boleh tahan laku la jugak. Zirahs buat dadih kaler-epul perisa coklat and vanilla. Zirahs lupa nak snap pic wat kenangan. *Buduss butul! Dah la kamera famili zirahs rosak (SLR coming pleasee. :P), tak dapat nak tangkap² gambar time sukan tadi. Terpaksa lah tunggu fb sekolah zirahs atau kawan² zirahs upload gambar sukan, nanti zirahs share pic sikit² kat sini apa yang patut.

Hodossnya gue~ Tolong tampar sikit muka gue bagi lawau sikit. xP

Tahun ni zirahs dapat rumah sukan Tok Gajah (hijau) and kitorang dapat tempat kedua secara keseluruhannya. Weeehee, Tok Gajah menang! Perbarisan antara rumah sukan jugak kitorang dapat no.2. Cool lah Tok Gajah tahun ni, sebab dengar citer tahun² lepas Tok Gajah selalu dapat no last. Tahun ni kiranya lucky la, mungkin sebab ada zirahs kot. hahaha, perasan! xP Rumah sukan lain malas citer la, tak kisah. hehee~ Untuk keseluruhannya, Dato' Bahaman (biru) johan tahun ni, Mat Kilau (merah) tempat ketiga dan Orang Kaya Haji (kuning) tempat ke-4. Untuk perbarisan rumah sukan, Orang Kaya Haji johan, Mat Kilau ketiga, Dato' Bahaman ke-4. Tok Gajah dua-dua nombor dua. Haa, ada faham? hahaks~

***


Masa awal-awal sukan nak start tu, tiba² zirahs dapat berita yang sungguh mendukacitakan. Kawan zirahs, Amalina Halim, ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah buat arwah dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin.

Itu saja lah/kot yang berlaku hari sukan hari ni. Pic² semua later zirahs upload (itupun kalau ada). Kena stalk fb sekolah dulu nih. hee~ Ok lah, sekian dulu. Salam~

Psstt: Aduihh, aku nih terkena serangan mikroorganisma pulak dah. Patutkan sampai aku berpurdah? Wuu, janganlah. :P

Pssstt: Hati ini memang tak dapat menafikan perasaan hati ini. Oleh itu, zirahs please tolonglah sangat geli untuk kau memikirkannya. Hanya hati aku dan tuhan saja yang tahu.

2 comments:

  1. wah... kira seniorlah ni...
    memang rata2 sekarang ni cerita pasal sukan dekat sekolah sampaikan OE rasa sedih... sebab OE teringatkan sekolah... teringin nak balik semula zaman sekolah...

    tapi... tak apalah... ada orang2 macam zirah yang tolong ceritakan pun, kira okeylah... OE suka baca...

    anyway... OE baru dekat blog zirah nie... salam perkenalan... (n_n)

    ReplyDelete
  2. @Orkid Edyliyne @ OrkEd - yeap 2011, last year, senior year! :D

    oo, kiranya OE dah habis skolah la ea. mmg nostalgic kalo teringat kan zmn skolah. zirahs walaupun msih lg skolah tp bila teringat time2 skolah rendah atau tadika dulu pun rase sedih. bestnye kalo dpt kembali ke mse dulu kan. :')

    bgus la OE suka bace, trimas2. sbb jrg org suka bce blog yg tulis bnyk2 then gambar x ade sgt. hehee~

    salam perkenalan juga buat OE dr zirah n keep in touch. [^_^]

    ReplyDelete