My attitude is my habit (kot). ^^

Assalamualaikum & Hello.

First of all, say alhamdulillah sebab exam dah habis wee~ Laa, UP1 je kot, kalau SPM takpe lagi. hahaks~ Last paper tadi, science, duhh malas giler nak jawab tak tau lah boleh score ke tak. Tapi kan, kesian kat cikgu macam bagi harapan tinggi tapi saya tak habis study science untuk form4 lagilah.

Lebih kurang macam ni la rupa zirahs dah habis exam. hehee~ :P

Tahun lepas kan belajar tak habis syllabus so semuanya kena study sendiri. Tau-tau je lah zirahs ni jenis suka buat kerja last minute; bila esok dah nak exam, malam baru start pulun membaca. Inilah salah satu very³-bad-habit zirahs dari dulu lagi dan masih belum delete dari diari kehidupan seharian zirahs. Orang lain, please don't copy my not good habit ni tau. hehee~

Biasanya kalau sebut je perkataan habit mesti ada bad kat depan word tu. Tapi tidaklah bermasud tiada langsung word 'good' duduk depan habit tu. Ada, cuma jarang² kita dengar (ke zirah je yang jarang dengar eh?). hehe~ Zirahs rasa sikap diri zirahs mungkin agak mempengaruhi habit zirahs. Zirahs ada lah beberapa habit yang memang dah jadi habit dari kecik la. Nak cakap habit tak comel tak jugak, habit comel lagi lah bukan. Cuma ia memang habit zirahs la (apa ni ayat pusing²). Ngehngeh~

Gambar kat Celi Chalet tak habis lagi tayang. Jangan kutuk habit terbaru zirahs kat blog ni yang sudah terikut tayang pitcha sendiri di setiap entri blog. hehehee~ Peace!

1. Makan kulit roti dulu baru makan roti putih. Zirahs suka buang/elakkan benda² kat sekeliling zirahs baru buat benda yang zirahs suka. :)


Kalau zirahs makan roti putih, yang kita letak jem atau margarine campur gula then kita lipat dan bakar kemudian makan, zirahs biasanya mesti makan kulit roti yang dekat tepi tu dulu. Sama jugak kalau zirahs makan roti hotdog, mesti makan roti dulu. Bila roti dah tingal macam sikit, barulah makan sekali dengan hotdog yang masih banyak tu. Kalau makan ayam goreng pun macam tu jugak, zirahs makan isi² dia dulu, tinggal kulit. Isi dah tak berapa nak ada baru makan kulit. Opps, tulang ayam tu memang tak makan lah yea. hii~

2. Suka buat sesuatu kerja ambik masa yang agak lama sambil buat kerja tu suka berangan macam contoh habit zirahs kalau mandi mesti lama. Dah la mandi lama, boleh berangan pulak time tu. :P

Angan-angan mat jenin. Tapiii, insya-Allah boleh jadi kenyataan. Dapat kawen dengan pelanduk 2 serupa Jay Chou pun bersyukur. hahaks~ xD

Zirahs ni kalau mandi tak sah lah kalau tak setengah jam (erkk, biar betul, patut la kering je air dalam tangki tu, bil air pun melambung. :P). Bukan, maksudnya, masa mandi tu lama lah. Tak tau la berapa 'jam', tapi biasanya pagi-pagi sebelum zirahs masuk bilik air tengok jam pukul 5.30, keluar je bilik air nak dekat pukul 6 (apa yang aku buat lama² dalam bilik air tu?) Zirahs sendiri pun musykil lah. Ibu dan yang lain² pun selalu tegur sikap zirahs yang sangat² membazir dari segi air dan masa. Dan lagi satu, time tengah mandi mesti berangan macam² zirahs fikir. Mungkin ini salah satu faktor zirahs mandi lama kot (eh, apa cakap pasal mandi ni macam lain je bunyi erkks.) :P

3. Selalu tak ingat dunia time online. Sama macam sikap zirahs kalau tengah buat sesuatu kerja tu mesti tumpu betul² tapi tak selalu lah jugak. ^^

Muka serious 'bagai muka nak bunuh orang'. Konon² tengah concentrate lah nak main boyan (buaian) tu. :P

Waktu zirahs tengah online jangan harap sesiapa dapat kacau zirahs. Zirahs mengadap skrin laptop depan mata mesti hentap je. Bila orang panggil tak dengar then suruh orang tu cakap atau tanya kejap lagi ke. hehe~ Tak baik betul lah, tapi memang dah jadi habit zirahs tau time tengah online mesti khusyuk yang amat mengalahkan orang study tengah malam buta. haha~ Dan semestinya, selalu kena tegur dengan ibu especially sebab kerja yang ibu suruh buat selalu tertangguh disebabkan kelekaan zirah mengadap komputer (apa ke sekmanya ayat.).

4. Penampilan diri penting. Tak cantik tak apa, janji kemas dan tak kusut. ;)

Natural lah sangat. Skema lebih. xP

Zirahs dan cermin mungkin tak dapat dipisahkan. Eh, takde lah sampai macam tu. Cuma kalau cermin ada depan mata, mesti lama lah duduk kat depan cermin tu. Belek² muka yang tak comel tu tak pun senyum sorang² depan cermin sampai nampak dimple. Haha~ Memang takde kerja betul la. Cuba bayangkan kalau cermin takde kat dunia ni macam ada satu episod Doraemon, Nobita mintak cermin ni ghaib dari dunia. Punya lah susah orang nak hidup tanpa cermin kan. Tak percaya cuba lah tak tengok cermin sehari, mesti rasa tak lengkap hidup. Paling penting, mesti kurang satu habit diri zirahs. hehehee~


Then apa lagi ek habit² pelik zirah, tak dapat detect dah. hee~ :P Actually, habit dan attitude ni saling berkait jugak kan. Bila difikirkan, sikap (attitude) seseorang itu adalah kebiasaannya (habit). Bagaimana sikap dirinya, macam tu lah habit yang ada pada dirinya. Susah kita nak ubah habit yang ada pada diri kita tu kerana habit kita tu kadang² boleh jadi trademark untuk orang kenal kita. Sama juga lah dengan attitude.


Anyway, attitude dan  habit yang tak baik kita kenalah halau jauh². Tinggal yang baik² sebab ia boleh mempengaruhi penilaian orang lain terhadap diri kita. Contohnya macam, habit kita yang suka gigit kuku. Mesti orang anggap kita ni pengotor atau childish, dah besar pun masih mahu gigit kuku. Lagipun, gigit kuku tak baik untuk kesihatan kita. Memang perlu sangat lah nak delete bad habit tu. *eh, zirahs bagi contoh je ni tau, kalau awak ada habit ni jangan marah zirahs sebab tertulis. hee~

Kalau attitude kita jenis yang cepat marah², jangan sampai keluar api macam kat atas nih. Nanti bf larikss pulak. :P Calm down and istighfar. :)
Photo by: Hahazirah, Edit by: Wendy (friendster).

Attitude yang baik harus kita kekalkan sebab ia boleh menjadi penanda untuk orang kenal diri kita. Woahh, dah macam pensyarah apa entah zirahs tulis kat entri ni. Apa-apa lah kan, yang penting orang dapat faham apa yang menjadi kebiasaan zirahs dan sikap zirahs supaya orang senang faham kita dan kalau dia tak senang dengan habit & attitude kita sekurang²nya dia dah tau kita macam mana kan.

Ok lah, itu saja untuk repekan hari ini. Sekian, salam~ [>_<]

Psstt: Panjang semacam je entri ni, rajin²kan lah membaca and kalau nak, sharing lah sekali habit & attitude korang macam mana. hehee~ :D

10 comments:

  1. xcantik ke tu zirahss oi....lawa letewwww hahahha

    ReplyDelete
  2. @ARC™- ape yg cntik? ape yg lawa? arggg~

    ReplyDelete
  3. orang yang gigit kuku tu sebab dia kecil tak cukup diberi penyusuan... sebab tulah dia jadi macam tu...
    mouth desire dia masa kecik masih tak cukup membuatkan dia gigit kuku sampai ke besar...
    (just sharing what I know)

    oh yang first tu, samalah dengan OE... OE makan roti pun luar dulu...
    OE mandi pun lama, tapi tak beranganlah.. hehhe...
    cermin dan perempaun satu benda yang agak sinonim rasanya...
    (n_n)

    ReplyDelete
  4. @Orkid Edyliyne @ OrkEd - ohh, sbb tu ea. thnks 4 da info n sharing. hehee~ haah, zirahs pun mesti mkn roti kat tepi2 dulu xtau la knape, padahal x salah pun kalo mkn terus je kan. hehe~ dah jadi habit dr kecik. c(:

    btul2, bukan stakat pompuan, laki pun samelah. :D

    ReplyDelete
  5. owh.. bad habit kita sama! ahahaha, ehh..aku suka wendy tu edit

    ReplyDelete
  6. @SyedGraphiX - yg mne stu sme? detail lah skit. hahaks~
    tau xpe, superb gila skill ps wendy. tp syg lah skang ak dah lost contact dgn dia sejak dlete fs. Dah la dia edit pic ak free weh, suka gila kat dia. *wink²~

    ReplyDelete
  7. salam, sye ske dtg blog nie, tutorial pun best, go go org temerloh! koi pun org temerloh!

    ReplyDelete
  8. @Ayuni - wslm. :) time ksih sbb suke dtg. dtg2 lah slalu, ajk member skali. hehehee~ xde lah, just kidding. c(:
    oo, oo, org tloh jgk? yeah, kita sekampung. five sikit. :D

    ReplyDelete
  9. gudluck for ur spm ye dik...sangat comel blog kamoo...akak shukeeee...

    ReplyDelete