Goldie - Anak Kucing Bom (Thank You Korean Drama)

Assalamualaikum & Hello.


Pagi tadi lepas zirahs bangun tido, zirahs terus lah mengadap laptop macam biasa lah kan. Tengah² zirahs syok² ushar blog zirahs tiba² ada bunyi macam anak kucing. Zirahs cari la mana bunyi tu datang, akak zirahs pun cari sama. Pastu tiba² akak zirahs jerit Goldiee!! Tengok² rupa-rupanya ada anak kucing tengah miaww² kat bawah meja dalam rumah zirahs ni.

Akak zirahs panggil anak kucing tu 'Goldie' sebab anak kucing tu macam anak kucing Bom dalam cerita Thank You. Nama anak kucing Bom tu Goldie, thats why anak kucing yang tengah menyorok bawah meja kat rumah zirahs tu dipanggil Goldie jugak. heheee~

***

Zirahs punya la obses dengan citer Thank You sampai anak kucing persis milik Bom pun disangka Goldie - Bom punya anak kucing. hahaxD Konon-kononnya zirahs tak dapat jumpa Bom tapi dapat jumpa pelanduk dua serupa Goldie pun dah kira okayy la. hahahaks~ :D


Mula² zirahs malas lah nak snap² klon Goldie ni tapi ibu zirahs pulak ternampak klon Goldie ni tengah 'berehat' kat atas tayar kereta Avanza ibu zirahs. Zirah agak terexcited so zirahs pun snap la beberapa gambar Goldie. Boleh simpan buat kenangan dan post entri untuk blog zirahs. hehehee~

Comel lah 'Goldie' ni, tapi milik siapakah dia yaa??

Goldie ni pandai posing la. Cayalaa Goldie!

Kesian la tengok Goldie ni. Zirahs tengok Goldie ni macam sakit pun ada. Sebab mata dia tu macam ada kudis. Mungkin Goldie ni tak sihat kot. Keluarga zirahs ni jenis yang tak bela apa² binatang pun termasuk nyamuk aedes jadi zirahs tak boleh la nak menggedik jaga Goldie dan jadikan Goldie pet zirah pulak. :P

Kesian Goldie. Goldie sakit ke? hmmm~

Zirahs rasa biar la Bom saja yang menjaga Goldie. Walau se-obses mana pun zirahs terhadap citer Thank You tu, tak kan la sampai zirah pun nak ada satu anak kucing Goldie macam Bom punya kan. Oleh itu, zirahs berdoa agar klon Goldie ni akan menjumpa tuan yang baik yang sudi menjaga Goldie sepenuh hati. Dann ehh, kalau boleh letak la nama Goldie yea. hihihi~

Sekian, salam~ [^_^]

Psstt: Zirahs dah jumpa klon Gisuh, klon Bom, klon Goldie, klon Sukhyun, dan klon Youngshin di sekeliling zirahs. Kenapa semua orang di sekeliling zirahs ni banyak muka sama dalam citer thank you ni? Tahap berapa dah ke-obses-an zirahs terhadap Thank You? hohoho~

2 comments:

  1. ye ke ade org muka same mcm pelakon Thank You? Boleh tak letak gambar diorang, nak tengokkk. Hihi.

    ReplyDelete
  2. @JR - ehh, bg sy ade.. alamak, nk tgk pic dorang ke.. umm, kalo nk tgk yg muke mcm gisuh tgk kt entri sy yg ni:
    http://hahazirah.blogspot.com/2011/01/sma-2010.html

    awk tgk gmbar yg ade nama zulfahmi pkai bju warna merah (kat bwh2 sikit). Yg tu la sy rse muke dia mcm gisuh. Bg sy sme la, bg awk xtau la. Sbb sy tgk dia live kan jd sy rse ade la sikit miripnya. Kalo muka sukhyun pulak macam muka Rain. kenal rain kan. Muka Bom ada macam muka sorang bdk kat skolah sy tp sy xde plak pic dia. and muka youngshin pulak mcm muka sorang mber sy ni, sy xde simpan gmbr dia. gmbar kt fb ade la. hehe~ rse mcm nk wat entri (semangat thank you) psl muka sme pelakon thank you ni, tp rse cam susah la plak, nak kena mintk permission muka masing2 lpastu kena cari pic diorang. jd sy kuburkan sje lah niat tu. hehhee~ :D

    ReplyDelete