Dunia global hari ini.

Assalamualaikum & Hello.

Asal Mesir je, mesti letak gambar piramid. hee~ :P

Baru awal tahun 2011, tapi pehhh, macam² dah jadi. Itulah dunia globalisasi hari ini. :P Antara isu² hot di dunia hari ni, mari kita mulakan rusuhan yang tengah berlaku di Mesir. Zirah cakap apa yang zirahs tau je lah yea. Disebabkan zirahs jenis yang kurang alert dengan berita semasa, so yang zirahs tau apa yang tengah berlaku di Mesir sekarang, rakyat Mesir ni adakan rusuhan untuk menjatuh-guling-gulingkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Dan keadaan kat sana khabarnya sangat serius sampai melibatkan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Nak tau lebih lanjut baca sini.


Kita yang duduk aman damai kat Malaysia ni, sama-samalah berdoa agar keadaan di Mesir kembali pulih dan keselamatan pelajar-pelajar malaysia di mesir terjamin. Abang kawan zirahs ada juga yang belajar kat sana, so zirahs tanya la macam mana keadaan abang dia. Kata kawan zirahs tu, tempat kawasan abang dia tu teruk juga terkena tempiasnya sampai mereka tak berani nak keluar rumah. Webcam pun dah susah (mereka ni rajin webcam), cuma dapat lah sikit² telefon.


Itu cerita kat Mesir, kalau kat Malaysia pulak ada jugak isu hotnya. Baru-baru ni telah berlagsungnya pilihan raya kecil tenang (eh, tenang tu kat mana ha??? haha! xD). Zirahs tak amik port sangat bab² politik ni tapi zirahs tau lah sikit² sebab abah zirahs sepanjang hari tengok Astro Awani cerita pasal pilihan raya tu. Pilihan raya tersebut dah berakhir dah dan keputusan pun dah diketahui. Siapa lagi yang menang kalau bukan BN kan. huu~ :P


Di kawasan berhampiran juga, banjir besar telah berlaku. Semakin hari, bilangan mangsa banjir semakin meningkat  dan keadaan banjir di Johor juga masih belum pulih. Juga beberapa buah negeri lain di Malaysia turut mengalami kebanjiran. Kalau kat tempat zirahs, hujan turun tak berhenti-henti (tapi sekarang dah berhenti, cuaca dah cerah). Jadi stress zirahs dibuatnya hujan tak berhenti 'menangis'. Bukan ape, cuaca jadi sejuk (zirahs tak tahan sejuk woo), baju yang dijemur jadi lembap, then paling grr sekali habis semua aktiviti yang dirancang tak dapat dilaksanakan gara-gara hujan. Wuuwuu~


Sedih wuu tapi tak baiklah kan kita marah kat hujan. Hujan ni kan rahmat. Allah yang turunkan hujan. Disaat orang lain menanti 'kedatangan hujan', zirahs disini menanti 'kepergian hujan'. Tak baik betul zirahs ni. Yaa, zirahs tau nampak sangat zirahs tak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah Taala. Zirahs mintak maaf yaa. Astaghfirullah-al-azim.

Gong Xi Fa Cai!!

Ohh yaa, hari esok adalah hari yang sangat dinantikan oleh rakyat cina tentunya, kerana esok adalah Tahun Baru Cina, Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai. Terima kasih dekat kawan sekolah dan guru zirahs yang berbangsa cina kerana mereka sekolah zirahs cuti seminggu (walaupun kena ganti. xP). hehee~ Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang diseluruh dunia yang berketurunan cina (zirahs dengar orang dalam TV cakap macam ni. hehee~ :P). Gong Xi Fa Cai yaa, nak ang pau boleh bukan kuih apam. hee~


Ehh weii, sekarang kat pawagam tengah ditayangkan filem the Green Hornet. Pakwe zirahs (Jay Chou) berlakon dalam citer tuu, jadi zirahs tidak mesti tidak kena tengok jugak citer tu. Abah kata nak pergi tengok. hehee, peluang baik ni tapi tak confirm lagi jadi ke idak. Yess, i like 'hobi baru' abah; tengok wayang 3D ikut kawan beliau yang mempunyai hobi sedemikian. :P hahahaa~

Gong Xi Fa Cai Jay Chou! [^_^]

Ok lah, ini je lah (kot) yang zirahs nak cerita pasal dunia kita hari ni. Korang yang macam katak dibawah tempurung tu, silalah keluar dari tempurung anda dan bukalah mata luas² tentang apa yang sedang berlaku di dunia hari ni. Takkan selama-lamanya nak duduk dalam dunia sendiri je kot. Ingatlah, kiamat makin dekat. Sama-samalah kita beringat tentang ajal maut (tiba²?). :)

Sekian dulu untuk Blog Hahazirah hari ini. Salam peace no war~ :)

Psstt: Semua gambar diragut dari Google Images. Jadi, jangan pandai² kata aku ciloks dari blog ekau pulak. :P

2 comments: