Design Service Feb2011 [UPDATE]

Assalamualaikum & Hello.

Entry MUST READ

Hari ni sudah masuk 28 haribulan Februari 2011 bersamaan dengan 25 Rabiul Awal tahun 1432 Hijrah. Dan, sepatutnya zirahs post pasal kesemua header design service bagi bulan Februari 2011. Akan tetapi, zirahs nak terus terang tanpa berselindung atau berbohong dengan kamu semua bahawa zirahs tak dapat lagi tunaikan hasrat tu.

Zirahs mintak maaf yang terlalu amat banyak sangat kat orang yang berkenaan. Zirahs nak mintak kalau boleh dan kalau korang tidak keberatan atau tidak kisah untuk zirahs lanjutkan tempoh sehingga 20Mac siapkan kesemua tempahan korang. Boleh kah anda semua?? [?__?]

Bulan ni jujur lah zirahs cakap, sangat busy maa dengan macam-macam hal. Zirahs tak expect pun yang zirahs  tak akan siapkan kesemua banner tu dalam masa bulan februari jugak. Nampak sangat yang kita manusia ni hanya boleh merancang, tuhan saja berhak menentukan.

Oyeaa, korang ni sure kan nak tempah header dengan zirahs? Ke korang rasa nak cancel ke, it's okay, i don't mind, it was my fault too right. huhuu~

  1. Pijer - http://crappingrambling.blogspot.com
  2. Kak Fadhilah - http://budakfadhilah.blogspot.com
  3. Mimie - http://bibbidibabbadiboo.blogspot.com
  4. Zamila Elyna - http://gilagilasaya.blogspot.com
  5. Faiqah - http://sukasukiku93.blogspot.com
  6. Dila Amer - http://www.tulisandlamer.blogspot.com
  7. Zafirah Azmy

Sape suruh zirahs tak tepat masa dan janji untuk menyiapkan header korang dalam tempoh masa yang sepatutnya kan. Dah terkena kat diri zirahs sendiri. huhuu~ Dan lagi satu, selepas 'kejadian' ni, zirahs terfikir untuk mahu meneruskan lagi ke tak Design Service of the Month by Hahazirah ni sebab zirahs rasa tak boleh beri komitmen sepenuhnya kat design service ni, tapi atas galakan dan sokongan famili zirahs especially abah, zirahs rasa semangat untuk meneruskannya jugak. =)

Tapi, untuk design service akan datang, terma & syaratnya akan diubah semestinya bagi menyelaraskan komitmen zirahs dengan kehidupan seharian zirahs agar tidak terjejas kedua-duanya sekali. *erk, ape ke skema dan gedik sangat aku rasa entri ni huh?

Anyway, lagi sekali zirahs nak mintak tolong korang jangan marah. Sila beri zirahs waktu sehingga 20Mac untuk zirahs siapkan kesemua sekali tempahan korang. Tapi kalau korang rasa dah tak sanggup nak tunggu and nak cancel je tempahan tu, zirah terima dengan hati terbuka tanpa sedikit rasa kesal pun ok.

Zirahs tak sempat lah nak email or text korang sorang² sebab agak memakan masa namanya. Jadi zirahs harap if korang yang berkaitan di atas terbaca about this entry, hope korang faham akan keadaan zirahs sekarang. Dan hope korang boleh bersabar untuk zirahs siapkan header korang.

Akhir kata dari zirahs, mintak maaf teramat sangat dengan korang sebab tak tepati janji. Ini kesalahan zirahs sendiri. Zirahs terima semua apa yang korang rasa tentang zirahs. Sekian dulu. Salam.

Seriously, I am really sorry...

I ♥ My Blog Contest by Yuyu Zulaikha

Assalamualaikum & Hello.


(http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/02/i-love-my-self-my-blog-contest-bermula.html)

Saya mahu update blog sambil join contest dari Yuyu Zulaikha ni boleh tak? hee~ First time bukak blog Yuyu ni terus zirahs terpegun, terpikat dengan keindahan ciptaan yang maha esa. Maksud zirahs, Yuyu ni sangat cantik lah orangnya, tambah² part mata tu tercair habis. Then macam biasa belek² setiap page blog Yuyu dan terjumpalah contest yang Yuyu buat. Of course lah zirahs nak join, masanya pun masih sempat. hehee~

Here we go, tapi sebelum tu zirah nak tag 3 kawan blogger to join this contest jugak ok. Orang bertuah yang ditag adalah:


Kenapa zirah sayang blog Hahazirah?!

  1. Blog Hahazirah | Through Heart adalah the one and only hak milik penuh kekal abadi selama-lamanya kepunyaan Nurhazirah Ahmad Sabri bernombor ic 941014****14.
  2. Blog ni banyaaaaak sangat kenangan & memori yang pernah zirah tulis dalam blog. Mestilah zirah sayang akan kenangan² cute tu dan paling sayang penyimpan kenangan cute tu (blog lah tu!) [^___^]
  3. Blog tempat saya show artwork saya, tempat saya luahkan segala isi hati saya, tempat saya connected dengan pelbagai jenis manusia, tempah saya sharing everything i know, tempat saya earn fulus poket saya, tempat saya kenal kawan blogger yang sempoi habis. Kenapa tidak saya sayang blog saya a.k.a tempat saya bermacam-macam ni. hehehee~
  4. I l♥ve designing. Yeahh, seriously design is my passion. And blog is the best platform to show my design skill. Design blog can make me be more creative and of course originality. ;)
  5. Zirah rasa blog zirahs comel walaupun zirah tak comel. Zirah paling suka masa make-up blog ni comel². Jadi bila blog dah comel, melekatlah rasa sayang kat blog yang comei ni. wee~ c(:

That's it why i looooove my blog so so muchoo. [^_^] Cukuplah 5 point yang diberikan. Actually, kalau boleh nak beri 10, tapi², idea kering, al-maklumlah sekarang tengah musim kemarau kat otak hahazirah ni. :P hee~ Ohoo, btw, jangan pikir tak comel yang point no.5 tu, zirah tak maksudkan apa², apa lagi nak meriakh ke apa. Just another reason i love my blog ok. ;)

Got to go, sampai sini saja. Sekian, salam~ :D

Blog Colorful (Blog Pilihan Malaysia 2011)

Assalamualaikum & Hello.


(http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/02/kumpulan-blog-colorful.html)

Apakah ini? Tiba² bukak Blog Pilihan Malaysia dan tertarik dengan 'segmen' yang sedang blog ini jalankan. :) Mungkin nama segmen ni 'Tema Warna Blog' kita kot, eh entahlah memandai je zirahs. hehe~ Zirahs pilih nak join untuk kategori blog kaler-epul (colourful) sebab zirahs rasa blog zirahs colourful kot. hihihii~

Tapi, zirahs rasa jugak, warna blog zirahs lebih didominasikan oleh warna pink erk. Hmm, entah lah tapi zirah tetap nak prefer colourful. I Colourful Rainbow yeahh (tibe?). Kenapa zirahs memilih warna yang tidak 'berjantina' ni? Hmm, itulah zirahs kan suka warna-warni, then actually zirahs tak tau nak buat tema warna apa untuk blog zirahs so that's why lah zirah cuba gabungkan himpunan warna-warna seangkatan pelangi dalam blog zirahs. hahaha~


Apa-apa pun, tujuan utama blog zirahs bertemakan warna-warni pelangi riang ceria ni sebab zirahs mahu suasana yang agak chummy dan meriah di blog zirahs. Kalau kita letak satu tema warna je kan nampak macam tak pelbagai kan. Jadi letaklah kesemua jenis warna kalau boleh dan hasilnya jadi lah blog yang colourful. muahahaa~

Zirahs perlu tag 2 blogger yang sama tema warna colourful blog jugak kah. Macam tak sempat je tapi tak kisah lah janji ikut syarat, nanti kena reject pulak tak pasal². hee~ Ok lah, zirahs prefer 2 orang blogger ni because dari pandangan kaca mata zirahs blog diorang agak kalerful jugak kot. huhuu~


Siap, habis sudah entri untuk segmen ni. Sempat lagi ke zirahs nak submit link ni ek, jap lagi dah pukul 8. hohohoo~ Ok, lah zirahs chou dulu kat blogpilihanmalaysia yea. Sekian, salam~ [^_^]

My attitude is my habit (kot). ^^

Assalamualaikum & Hello.

First of all, say alhamdulillah sebab exam dah habis wee~ Laa, UP1 je kot, kalau SPM takpe lagi. hahaks~ Last paper tadi, science, duhh malas giler nak jawab tak tau lah boleh score ke tak. Tapi kan, kesian kat cikgu macam bagi harapan tinggi tapi saya tak habis study science untuk form4 lagilah.

Lebih kurang macam ni la rupa zirahs dah habis exam. hehee~ :P

Tahun lepas kan belajar tak habis syllabus so semuanya kena study sendiri. Tau-tau je lah zirahs ni jenis suka buat kerja last minute; bila esok dah nak exam, malam baru start pulun membaca. Inilah salah satu very³-bad-habit zirahs dari dulu lagi dan masih belum delete dari diari kehidupan seharian zirahs. Orang lain, please don't copy my not good habit ni tau. hehee~

Biasanya kalau sebut je perkataan habit mesti ada bad kat depan word tu. Tapi tidaklah bermasud tiada langsung word 'good' duduk depan habit tu. Ada, cuma jarang² kita dengar (ke zirah je yang jarang dengar eh?). hehe~ Zirahs rasa sikap diri zirahs mungkin agak mempengaruhi habit zirahs. Zirahs ada lah beberapa habit yang memang dah jadi habit dari kecik la. Nak cakap habit tak comel tak jugak, habit comel lagi lah bukan. Cuma ia memang habit zirahs la (apa ni ayat pusing²). Ngehngeh~

Gambar kat Celi Chalet tak habis lagi tayang. Jangan kutuk habit terbaru zirahs kat blog ni yang sudah terikut tayang pitcha sendiri di setiap entri blog. hehehee~ Peace!

1. Makan kulit roti dulu baru makan roti putih. Zirahs suka buang/elakkan benda² kat sekeliling zirahs baru buat benda yang zirahs suka. :)


Kalau zirahs makan roti putih, yang kita letak jem atau margarine campur gula then kita lipat dan bakar kemudian makan, zirahs biasanya mesti makan kulit roti yang dekat tepi tu dulu. Sama jugak kalau zirahs makan roti hotdog, mesti makan roti dulu. Bila roti dah tingal macam sikit, barulah makan sekali dengan hotdog yang masih banyak tu. Kalau makan ayam goreng pun macam tu jugak, zirahs makan isi² dia dulu, tinggal kulit. Isi dah tak berapa nak ada baru makan kulit. Opps, tulang ayam tu memang tak makan lah yea. hii~

2. Suka buat sesuatu kerja ambik masa yang agak lama sambil buat kerja tu suka berangan macam contoh habit zirahs kalau mandi mesti lama. Dah la mandi lama, boleh berangan pulak time tu. :P

Angan-angan mat jenin. Tapiii, insya-Allah boleh jadi kenyataan. Dapat kawen dengan pelanduk 2 serupa Jay Chou pun bersyukur. hahaks~ xD

Zirahs ni kalau mandi tak sah lah kalau tak setengah jam (erkk, biar betul, patut la kering je air dalam tangki tu, bil air pun melambung. :P). Bukan, maksudnya, masa mandi tu lama lah. Tak tau la berapa 'jam', tapi biasanya pagi-pagi sebelum zirahs masuk bilik air tengok jam pukul 5.30, keluar je bilik air nak dekat pukul 6 (apa yang aku buat lama² dalam bilik air tu?) Zirahs sendiri pun musykil lah. Ibu dan yang lain² pun selalu tegur sikap zirahs yang sangat² membazir dari segi air dan masa. Dan lagi satu, time tengah mandi mesti berangan macam² zirahs fikir. Mungkin ini salah satu faktor zirahs mandi lama kot (eh, apa cakap pasal mandi ni macam lain je bunyi erkks.) :P

3. Selalu tak ingat dunia time online. Sama macam sikap zirahs kalau tengah buat sesuatu kerja tu mesti tumpu betul² tapi tak selalu lah jugak. ^^

Muka serious 'bagai muka nak bunuh orang'. Konon² tengah concentrate lah nak main boyan (buaian) tu. :P

Waktu zirahs tengah online jangan harap sesiapa dapat kacau zirahs. Zirahs mengadap skrin laptop depan mata mesti hentap je. Bila orang panggil tak dengar then suruh orang tu cakap atau tanya kejap lagi ke. hehe~ Tak baik betul lah, tapi memang dah jadi habit zirahs tau time tengah online mesti khusyuk yang amat mengalahkan orang study tengah malam buta. haha~ Dan semestinya, selalu kena tegur dengan ibu especially sebab kerja yang ibu suruh buat selalu tertangguh disebabkan kelekaan zirah mengadap komputer (apa ke sekmanya ayat.).

4. Penampilan diri penting. Tak cantik tak apa, janji kemas dan tak kusut. ;)

Natural lah sangat. Skema lebih. xP

Zirahs dan cermin mungkin tak dapat dipisahkan. Eh, takde lah sampai macam tu. Cuma kalau cermin ada depan mata, mesti lama lah duduk kat depan cermin tu. Belek² muka yang tak comel tu tak pun senyum sorang² depan cermin sampai nampak dimple. Haha~ Memang takde kerja betul la. Cuba bayangkan kalau cermin takde kat dunia ni macam ada satu episod Doraemon, Nobita mintak cermin ni ghaib dari dunia. Punya lah susah orang nak hidup tanpa cermin kan. Tak percaya cuba lah tak tengok cermin sehari, mesti rasa tak lengkap hidup. Paling penting, mesti kurang satu habit diri zirahs. hehehee~


Then apa lagi ek habit² pelik zirah, tak dapat detect dah. hee~ :P Actually, habit dan attitude ni saling berkait jugak kan. Bila difikirkan, sikap (attitude) seseorang itu adalah kebiasaannya (habit). Bagaimana sikap dirinya, macam tu lah habit yang ada pada dirinya. Susah kita nak ubah habit yang ada pada diri kita tu kerana habit kita tu kadang² boleh jadi trademark untuk orang kenal kita. Sama juga lah dengan attitude.


Anyway, attitude dan  habit yang tak baik kita kenalah halau jauh². Tinggal yang baik² sebab ia boleh mempengaruhi penilaian orang lain terhadap diri kita. Contohnya macam, habit kita yang suka gigit kuku. Mesti orang anggap kita ni pengotor atau childish, dah besar pun masih mahu gigit kuku. Lagipun, gigit kuku tak baik untuk kesihatan kita. Memang perlu sangat lah nak delete bad habit tu. *eh, zirahs bagi contoh je ni tau, kalau awak ada habit ni jangan marah zirahs sebab tertulis. hee~

Kalau attitude kita jenis yang cepat marah², jangan sampai keluar api macam kat atas nih. Nanti bf larikss pulak. :P Calm down and istighfar. :)
Photo by: Hahazirah, Edit by: Wendy (friendster).

Attitude yang baik harus kita kekalkan sebab ia boleh menjadi penanda untuk orang kenal diri kita. Woahh, dah macam pensyarah apa entah zirahs tulis kat entri ni. Apa-apa lah kan, yang penting orang dapat faham apa yang menjadi kebiasaan zirahs dan sikap zirahs supaya orang senang faham kita dan kalau dia tak senang dengan habit & attitude kita sekurang²nya dia dah tau kita macam mana kan.

Ok lah, itu saja untuk repekan hari ini. Sekian, salam~ [>_<]

Psstt: Panjang semacam je entri ni, rajin²kan lah membaca and kalau nak, sharing lah sekali habit & attitude korang macam mana. hehee~ :D

Random Things to share. =)

Assalamualaikum & Hello.

Gambar yang saya tangkap di rumah ailong dan edit segedik mungkin. Sila jangan kata cantik, terima kasih. :P

Hari Jumaat kembali lagi, i like hari jumaat! (tiba je?). Ingatlah bahawa hari jumaat adalah hari kiamat tapi tak tahu lagi bila. Kita yang masih hidup kat dunia ni kenalah siap² sedia dari sekarang jangan tunggu sampai matahari terbit sebelah barat baru nak taubat (tazkirah jumaat. :]).

Btw, selepas habisnya cuti gong xi fa chai hari tu, blog zirahs memang tak terupdate langsung. Tak tau la kenapa. Why, why i've not updated my blog? Why, why? Chopp, design service feb2011 sila tunggu hujung bulan untuk zirahs siapkan banner korang. Semua banner korang otw untuk diupload yahh. Kalo boleh tunggu lepas zirahs habis UP1 iaitu selepas 25Feb2011 ok. <-- Apakah punye service aku buat nih~ (?_?)

***

Cover aurat, ouch berdosalah aku menayang gambar ini. grr!

13Feb2011 - Bukan reunion saya di Celi Chalet, Kg Kemensah tapi saya ikut je. Rugi la tak ikut nyah, tempat dia bapak lawa siyots. Tapi kan tak best sebab tak dapat mandi sungai betul², ini semua kes tak bawak baju extra. Arggeram, geram! :[ Tapi best sebab tempat dia best ada sungai yang sangat comel dan dapat kenal kawan baru, Qila (dia kata ada blog, aku suruh follow, tapiii... hehehee~). Lepastu, aku dapat naik boyan (buaian) besar punya, bawah dia ada sungai, tinggi, memang gempak la.


Banyak lagi pic² kitorang tangkap kat sana tapi zirahs malas nak citer beria sebab kalau nak citer beria kena buat entry khas gitu. heheek~ Akak zirahs ada post pasal ni, kalau terrajin silalah baca di blog cik anum. ngeh²~ Tapi apa yang zirahs nak sharing, kalau engkorang rasa² nak pergi bersantai rilekskan diri, boleh la pergi ke Celi Chalet di Kg. Kemensah, lalu jalan sebelah Zoo Negara. Tapi kalau nak pergi situ kena tempah dulu. Harga jangan tanya aii, no tepon opss mana hilang nih. hehee, layan~


***


14Feb2011 - Hari ni hari kekasih, eh takk, hari ni hari jadi kawan saya Pekjah. 12feb tu pulak hari jadi kawan saya, Hana. Pada hari kekasih yang sudah terang lagi bersuluh haram disambut oleh orang Islam tu, saya bagi mereka hadiah. Insya-Allah, hadiah diorang ni akan kekal dalam diri mereka selama-lamanya sekiranya mereka makan (kot?). Mula tu ingat nak bagi key-chain lah, ini lah, itu lah, then fikir, aku nak bagi something yang boleh kekal dalam diri diorang, mestilah makanan kan. Lepastu terpikir nak buat kek, erkk no money, no time, cancel. Lastly, i just gave them choc cadbury, diorang sharing sama². hehee~ :D

***

Salam Maulidur Rasul 1432.


15Februai2011 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah adalah hari kelahiran nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sentiasalah berselawat ke atas baginda bukti kecintaan kita kepada rasulullah Dan lagi satu, apabila terdengar nama baginda, nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam, segeralah menjawab sallallahu alaihi wasallam. Jangan kedekut atau berat mulut sangat, ustazah & ustaz zirahs selalu berpesan begini. :)


***

My cute rainbow pencil case. [^_^]

Tahun baru, bekas pensil baru. Yeaa, zirahs ada bekas pensil baru yang sangat comel dan colourful rainbow. Aww, sayangnyee kat bekas pensil baru yang banyak zip ni. :D Zirahs beli pencil case ni dari kawan zirahs, Amalina Adnan. Mak dia yang buat sendiri bekas pensil ni semua. Kebetulan masa Amalina tunjuk bekas pensil banyak zip rainbow tu, zirahs terpikat and terus tempah. Tapi, ama suruh zirahs ambik yang ni je. Zirahs harap takde orang lah sama bekas pensil (rainbow) macam zirah. Zirahs tak suka la same² ni tau. huhuu~


Lepastu kan, zirahs ingat nak letak key-chain donut colourful kat bekas pensil ni, tapi cari² kat kedai tak jumpa maa. Akhirnya, beli je lah key-chain roti yang tak kurang comelnya kat kedai 5 ringgit kat Giant Batu Caves.


Tengok bekas pensil zirahs sekarang. Zirahs rasa comelll sangat bekas pensil ni. ^^ Semangat zirahs nak sekolah tau. Hahak, boleh pulak gitu dia. :P


Itu sajalah random thing(s) yang zirahs nak share. Oh yaa, next week (21-25feb2011), zirahs exam. So, that's mean design service feb2011 tu kena tunggu sampai zirah abes exam yea. And, actually zirahs ada good news(s) nak share nih, tapi kena tunggu dulu lah, kena confirm betul 'benda' tu baru zirahs boleh nak shout kuat² kat blog ni. *wink²~

Sekian dulu, salam~

Psstt: I'm crushed! No way with my own classmate, not handsome boy and thrice! Sometimes with a young teacher arggg~ Perghh zirahs, you are so expert, can I write about this in my blog. Eee, gelilah rase. hahaxD

Sukan SMKTJ 2011.

Assalamualaikum & Hello.

Long time no update ya. Bukannya ada aral untuk mengupdate cuma kesempatan tu memang tak menyetujui zirahs untuk update blog zirahs ni (apekah punya ayat? :P). Nanti la zirahs update benda lain² sebab sekarang zirahs mahu cerita tentang sukan sekolah zirahs. :)

Hari ni, 17Feb2011, khamis, 14 Rabiul awal 1432H adalah hari sukan sekolah bagi SMK Temerloh Jaya untuk  kali yang ke-10 (skemanya ayat. xP). Ada nama panjang sukan tu tapi zirahs tak bape ingat apekah namanya. huhuks~ Zirahs tau hari ni hari khamis, apsal lah sekolah zirahs buat sukan hari khamis? Biasanya hari ahad ark? Itu lah sekolah zirahs lain dari yang lain (kot?). Dah lah esok(Jumaat, 18Feb2011) tak cuti, lepastu sabtu sekolah ganti (gong xi fa cai), then hari isnin ni Ujian Penilaian 1. Haa, ambik kau, kasi lembik lunyai² betul badan tu lepastu otak kasi bengkak sikit nak pekse nih. huuu~ [=_="]

Tensyeng betul kalo nak ingatkan benda ni semua. Zirah hampir² nak kena serangan 'stressesdepresses' (serangan baru untuk orang yang terlebih tekanan. :P). Tapi takpe lah, zirahs anggap ni semua satu cabaran untuk zirahs bertukar ke sekolah baru. Sekolah yang lebih aktif jadi zirahs pun kena aktif juga tanpa beralih kepada Hotlink Aktifkan dirimu (apekah? xP).

***

Ohoo, cerita pasal sukan tadi, zirahs masuk perbarisan unit beruniform Puteri Islam, dapat tempat ke-3. Cehh, cakap straight macam biasa je tapi sebenarnya kitorang dengan cikgu² puteri islam sekali terkezutt beruks sebab boleh jugak menang walaupun just dapat no-3 je. Masin mulut Yutasha (pembawa sepanduk) yang asyik cakap, "mintak² kali ni kita menang la" dan akhirnya alhamdulillah kitorang monang jugaks. Tempat kedua Pandu Puteri, dan tempat pertama tak lain dan tak bukan kadet polis yang smart habis. Siryes wa cakap lu, kadet polis the best la, kawad dia memang mantap, uniform cool and diorang memang layak la menang. Wahaha, semangat aku puji kadet polis ni, macam ada pape je? HahaxD (?_?)

Ehh, zirah pulak tukang bawak bendera, alah pembawa bendera Puteri Islam tu lah. Tak pernah² ai bawak bendera masuk perbarisan apsal tahun ni gedik sangat haa? Haha~ Takde lah zirahs saja nak cuba, memandangkan tahun ni last year, buat je la lagipun lepas ni memang dah takde peluang nak buat benda ni semua kan, kalo ada pun mesti time kat U nanti ke (bajet U jea). Tapi ada sedikit yang zirahs agak terkilan/menyesal sebab tak try; masuk apa² acara and kalau dapat menang satu pingat walaupun gangsa pun dah kira okey. Itu lah zirahs, time latihan dulu malas datang, nah ambik kau penyesalan dari kemalasan yang kau cipta sendiri. huhuhuu~

Kelab Kewangan yang zirahs masuk pun ada jugak buat aktiviti hari ni iaitu menjual makanan & minuman secara kecil²an. Tapi sayang la, untung sikit sangat, modal boleh tahan mahal, tapi bersyukur lah zirahs, anda tak rugi and gerai kawan² anda boleh tahan laku la jugak. Zirahs buat dadih kaler-epul perisa coklat and vanilla. Zirahs lupa nak snap pic wat kenangan. *Buduss butul! Dah la kamera famili zirahs rosak (SLR coming pleasee. :P), tak dapat nak tangkap² gambar time sukan tadi. Terpaksa lah tunggu fb sekolah zirahs atau kawan² zirahs upload gambar sukan, nanti zirahs share pic sikit² kat sini apa yang patut.

Hodossnya gue~ Tolong tampar sikit muka gue bagi lawau sikit. xP

Tahun ni zirahs dapat rumah sukan Tok Gajah (hijau) and kitorang dapat tempat kedua secara keseluruhannya. Weeehee, Tok Gajah menang! Perbarisan antara rumah sukan jugak kitorang dapat no.2. Cool lah Tok Gajah tahun ni, sebab dengar citer tahun² lepas Tok Gajah selalu dapat no last. Tahun ni kiranya lucky la, mungkin sebab ada zirahs kot. hahaha, perasan! xP Rumah sukan lain malas citer la, tak kisah. hehee~ Untuk keseluruhannya, Dato' Bahaman (biru) johan tahun ni, Mat Kilau (merah) tempat ketiga dan Orang Kaya Haji (kuning) tempat ke-4. Untuk perbarisan rumah sukan, Orang Kaya Haji johan, Mat Kilau ketiga, Dato' Bahaman ke-4. Tok Gajah dua-dua nombor dua. Haa, ada faham? hahaks~

***


Masa awal-awal sukan nak start tu, tiba² zirahs dapat berita yang sungguh mendukacitakan. Kawan zirahs, Amalina Halim, ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah buat arwah dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin.

Itu saja lah/kot yang berlaku hari sukan hari ni. Pic² semua later zirahs upload (itupun kalau ada). Kena stalk fb sekolah dulu nih. hee~ Ok lah, sekian dulu. Salam~

Psstt: Aduihh, aku nih terkena serangan mikroorganisma pulak dah. Patutkan sampai aku berpurdah? Wuu, janganlah. :P

Pssstt: Hati ini memang tak dapat menafikan perasaan hati ini. Oleh itu, zirahs please tolonglah sangat geli untuk kau memikirkannya. Hanya hati aku dan tuhan saja yang tahu.

Yang tengah HOT sekarang (made in YouTube).

Assalamualaikum & Hello.

Zirahs teringin² bangat post entri ni tau. Bukan apa, zirahs rasa kalau tengok hampir semua blogger dah post pasal mereka ni dan bercakap tentang kehebatan/keistimewaan/keunikan mereka. Zirahs cuma tak nak terlepas sekali lah, maksudnya nak up-to-date lah kononnya. :P

Zirah bet hampir semua orang yang menggunakan internet kat Malaysia atau seluruh dunia (kot) dah kenal mereka, sebab zirahs rasa diorang memang tengah up sekarang atau bahasa modennya tengah HOT. hee~ Betul tak, betul tak?


Yang zirahs maksudkan 'yang tengah hot sekarang' ni ialah Anwar Hadi & Najwa Latif (macam tak betul je ayat ni.). Dan ke-hot-an diorang sekarang tak lain dan tak bukan bermula dari YouTube. Kiranya diorang ni boleh dikategorikan sebagai 'artis youtube' lah (kot). Sesuai ke guna istilah artis? Ah, layan je la~

Ini Anwar Hadi.


Kita mula dengan Anwar Hadi dulu ok. Actually, zirahs tak kenal langsung siapakah Anwar Hadi ni. Zirahs start kenal Anwar Hadi pon lepas baca post dari SyedGraphix tentang Anwar hadi ni lah. Mula-mula tu zirahs ingat syed ni nak cerita pasal Hadi budak sekolah zirahs tu tapi zirahs pelik apsal Hadi dak sekolah zirahs ni hengsem pulak. Rupa-rupanya syed bukan cerita pasal Hadi 'aww' bekas budak sekolah zirahs tu tapi cerita pasal Hadi 'eww' bukan budak sekolah zirahs yang zirahs memang tak kenal. hahahaxD

Kalau korang tengok all video Anwar Hadi mesti korang terpikat duhh, bukan sebab dia hengsem ke apa, tapi sebab apa yang dia sampaikan kat dalam video tu memang berkualiti, bukan calang² lah. First video Hadi yang zirahs tengok pasal bahasa rempit/bahasa comel, zirahs tengok kat blog syed lah ni. Lepastu terus pergi Channel Youtube Hadi tengok video² dia yang lain. Serious wa cakap lu, memang best la, ada keistimewaan sendiri video dia sampai terpesona zirah menengoknya.:P


Inilah antara video Anwar Hadi yang telah berjaya mengangkat namanya (erkk?). Tengok jangan tak tengok, kasi sentap sikit diri tu. :P

Zirahs rasa Hadi ni mesti dah berjaya mencairkan hati gadis² melayu dengan rupanya yang agak kacak dan kecairan dia berspeak-eng. Zirahs pun rasa macam woahh je tengok dia, sudahlah pandai speak-eng (macam pandai berpidato jugak), rupa pun boleh tahan, dan yang paling zirahs kagum mesti dia ni banyak ilmu pengetahuan am. Eishh, zirahs memang adore la dengan orang² macam ni, memang terbaik! :)

Dan tidak mesti tidak, Anwar Hadi ni memang konfem la punya fb kan. Zirahs dapat semua link berkaitan dengan diri dia ni dari blogger² yang pernah story pasal Hadi kat blog diorang. Kalau korang rasa nak mengenali Anwar Hadi ni dengan lebih dekat, bolehlah pergi kat blog/facebook fanpage atau pi terus ke channel YouTube dia untuk tengok semua video dia. :)

Blog
http://anakazman.blogspot.com/
Facebook
http://www.facebook.com/pages/IniAnwarHadi/174246642619680
Cahnnel YouTube
http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

Ohh, btw, zirahs nak letak jugak video dia yang latest (5Feb2011) buat masa ni. Apalagi, layann~


Si gadis YouTube, Najwa Latif.


Pernah dengar tak lagu Carta Hati yang tengah femes kat YouTube/Facebook sekarang. Kalau korang pernah dengar mesti kenal punye lah tukang nyanyi lagu tu, Najwa Latif. Bagi zirahs, not bad lagu Carta Hati tu sebab kadang² terngiang-ngiang kat kepala zirahs Najwa tengah nyanyi lagu tu. hehee~


Click play untuk dengar Carta Hati by Najwa Latif

Najwa latif ni baru berusia 16 tahun (batch 1995), muda lagi tu dan khabarnya Najwa ni seorang pelajar yang pintar (PMR dia 7A). Wahh, hebat lah tu, boleh kata Najwa ni punya pakej yang agak lengkap la; berbekalkan wajah yang boleh tahan comel, pintar dalam pelajaran, pandai bermain alat muzik dan suara pun boleh tahan. Perfect kan, dengan usia yang masih muda, dia dah jadi 'wanted' oleh semua pihak yang mengagumi kebolehan dia. Tiba² zirahs terpikir dia ni macam Justing Bieber pulak, tapi Najwa ni takde la pulak 'Usher'nya. hahaks~

Nak tengok/dengar lagi semua video/lagu dari Najwa Latif, boleh la pergi kat channel YouTube dia. Nak like dia kat facebook pun boleh dan kalau rasa nak nak tau latest update tentang dirinya bolehla follow blog Najwa. Eh, najwa punya blog ni masih fresh tapi follower dan beribu-riban. Tengah up la katakan, biasa la tu. Yang mengdesign blog Najwa pun siapa tak kenal dia, Lisa Arissa yang juga macam tengah up sekarang. hee~

Blog
http://najwalatifs.blogspot.com/
Channel YouTube
http://www.youtube.com/user/najwa595
Fanpage Facebook
http://www.facebook.com/pages/Najwalatif/161004417265295

Jom dengar latest song Najwa Latif, ILoveYou (5Feb2011). Layann la sambil baca blog zirahs ni. [>_<]


***

Tapi kan, zirahs bukan nak cakap apa lah, zirah open tau, cuma kalau tengok sekarang YouTube ni macam dah jadi salah satu trend dan 'lif' untuk kita famousee dan menonjolkan bakat dalaman kita. Dari YouTube, orang yang duduk kat 'ceruk bumi' pun boleh kenal kita walaupun tak pernah jumpa atau berkenalan. And lagi satu, zirahs just nak sharing link dari blog salafus-sholih yang memperkatakan tentang adalah sikit² berkaitan dengan ni.

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/11/apabila-muslimah-berani-beraksi.html

Apa yang salafus sholih tu cakap ada betulnya. Kita sebagai manusia yang punya akal fikiran dan hati kenalah pandai menilai baik dan buruk apa yang berlaku kat sekeliling kita kan. huhuu~ Alah, senang cakap, dosa sendiri tanggung, kubur lain-lain, tapi sebagai umat islam, kita punya tanggungjawab masig-masing untuk menyedarkan sesama umat islam kalau kita teralpa atau terkhilaf.

Dah terpesong entri zirah ni. Ape daa, tu maksudnya nak suruh zirahs berhenti lah. Esok nak sekolah, kena ready. Lepastu, zirahs nak siapkan semua tempahan header yang zirahs terima untuk bulan ni. Lagi satu kerja yang zirah saja² nak cari, berlatih/bersedia unutk pertandingan catur dan exam yang bakal tiba serta sesi percubaan pustakawan sekolah. Huu, boleh tahan busy bulan ni yea. Padan muka kau zirah! Rasakan kesusahan dunia yang sebenar. Huahaha~

Sekian dulu, salam~

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?

Assalamualaikum & Hello.



Ramalan Hahazirah tarikh keputusan SPM 2010 ialah 29 Mac 2011.

Saya telah diinvite untuk join contest dari rakan blogger, Ahmad Sabri tetang teka-teki bilakah tarikh keputusan SPM 2010 keluar. Walaupun saya bakal calon SPM, tapi apa salahnya saya nak teka kan. hehee~ Akak saya pun sedang tunggu result SPM so kiranya saya teka utk dia sekali. :P

Siapa nak join sekali contest ni boleh. Caranya mudah saja, ikut saja syarat-syarat di bawah yang dicopy direct dari blog ahmadsabri.net:

Syarat-syarat Penyertaan:

  1. Buat satu entri mengenai peraduan ni dengan tajuk ‘Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?
  2. Anda perlu meneka tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 dan letakkan dengan warna merah serta bold-kan tulisan tersebut.. Contoh : 24 Februari 2010
  3. Tag sekurang-kurangnya 3 orang blogger lain di dalam entri anda..
  4. Letakkan picture di atas dalam blog korang..
  5. Letakkan link ke entri ni..
  6. Sila tinggalkan komen (url korang) di entri ni..
  7. Sila juga tekan ‘Like’ / ‘Suka’ (facebook) di bawah entri ini..
Baca selanjutnya : [Contest] - Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010? | pr0fess0r sAbrI
Blog Sabri | Sharing the Spirit of The Journey

Hadiah yang ditawarkan agak menarik jugak, boleh baca di blog sabri untuk ketahui apakah hadiah istimewanya yang bernilai sehingga RM755. Contest ini juga berlangsung boleh tahan lambat lagi kot, sehingga KPM umumkan tarikh sebenar keputusan SPM. Ada masa nak fikir bila tarikh logik keputusan SPM 2010 akan dikeluarkan. :)

Tag 3 orang blogger:

  1. Syed
  2. Cik Anum
  3. Budakfadhilah

Semua yang saya tag sudah tentulah calon SPM 2010 semestinya. Nampaknya kesemua syarat telah saya penuhi (kot). Cuma yang syarat ketujuh tu memang tak dapat nak ikut la memandangkan fb saya deactivated. Takpe kan agak²nya~ :)

Ok lah, itu saja. Sekian, salam~ [^_^]

Psstt: Konpem salah tekaan nih, ambik tarikh birthday akak sebagai tarikh result spm keluar. :P

Goldie - Anak Kucing Bom (Thank You Korean Drama)

Assalamualaikum & Hello.


Pagi tadi lepas zirahs bangun tido, zirahs terus lah mengadap laptop macam biasa lah kan. Tengah² zirahs syok² ushar blog zirahs tiba² ada bunyi macam anak kucing. Zirahs cari la mana bunyi tu datang, akak zirahs pun cari sama. Pastu tiba² akak zirahs jerit Goldiee!! Tengok² rupa-rupanya ada anak kucing tengah miaww² kat bawah meja dalam rumah zirahs ni.

Akak zirahs panggil anak kucing tu 'Goldie' sebab anak kucing tu macam anak kucing Bom dalam cerita Thank You. Nama anak kucing Bom tu Goldie, thats why anak kucing yang tengah menyorok bawah meja kat rumah zirahs tu dipanggil Goldie jugak. heheee~

***

Zirahs punya la obses dengan citer Thank You sampai anak kucing persis milik Bom pun disangka Goldie - Bom punya anak kucing. hahaxD Konon-kononnya zirahs tak dapat jumpa Bom tapi dapat jumpa pelanduk dua serupa Goldie pun dah kira okayy la. hahahaks~ :D


Mula² zirahs malas lah nak snap² klon Goldie ni tapi ibu zirahs pulak ternampak klon Goldie ni tengah 'berehat' kat atas tayar kereta Avanza ibu zirahs. Zirah agak terexcited so zirahs pun snap la beberapa gambar Goldie. Boleh simpan buat kenangan dan post entri untuk blog zirahs. hehehee~

Comel lah 'Goldie' ni, tapi milik siapakah dia yaa??

Goldie ni pandai posing la. Cayalaa Goldie!

Kesian la tengok Goldie ni. Zirahs tengok Goldie ni macam sakit pun ada. Sebab mata dia tu macam ada kudis. Mungkin Goldie ni tak sihat kot. Keluarga zirahs ni jenis yang tak bela apa² binatang pun termasuk nyamuk aedes jadi zirahs tak boleh la nak menggedik jaga Goldie dan jadikan Goldie pet zirah pulak. :P

Kesian Goldie. Goldie sakit ke? hmmm~

Zirahs rasa biar la Bom saja yang menjaga Goldie. Walau se-obses mana pun zirahs terhadap citer Thank You tu, tak kan la sampai zirah pun nak ada satu anak kucing Goldie macam Bom punya kan. Oleh itu, zirahs berdoa agar klon Goldie ni akan menjumpa tuan yang baik yang sudi menjaga Goldie sepenuh hati. Dann ehh, kalau boleh letak la nama Goldie yea. hihihi~

Sekian, salam~ [^_^]

Psstt: Zirahs dah jumpa klon Gisuh, klon Bom, klon Goldie, klon Sukhyun, dan klon Youngshin di sekeliling zirahs. Kenapa semua orang di sekeliling zirahs ni banyak muka sama dalam citer thank you ni? Tahap berapa dah ke-obses-an zirahs terhadap Thank You? hohoho~

Resepi Air Milo Susu Cair.

Assalamualaikum & Hello.


Recipes is backk! hee~ suka tak? suka tak? wekk! :P Tapi resepi kali ni resepi kecil²an. Eh, entah² bukan kategori resepi kot. Ahh, lantakkanlah~ xP

Sempena Gong Xi Fa Cai hari ni, awak bolehlah 'cuba' resepi ni kat tetamu yang hadir kat rumah awak. Buat air milo dengan susu cair, bukan dengan gula atau susu pekat manis F&N tapi susu cair tau. Tak tau lah korang pernah try ke tak tapi kalau tak try lagi try la sedapp tau. ye-ye-ee la tu.

Ini resepi original dari abah. Tak pernah² zirah buat air milo dengan susu cair, tapi bila zirah rasa air milo yang abah buat, woahh...sedapnyee! Rupa-rupanya rahsianya ialah susu cair yeaa. Kiranya resepi 'Air Milo Susu Cair' ni original by abah lah. hehee~

Air Milo Susu Cair

Bahan-bahan:

Milo
Gula
Air panas
Susu cair

Cara-caranya:


1. Masukkan air panas ke dalam gelas.


2. Masukkan 2 sudu besar milo atau lebih pun boleh, ikut suka kita lah.


3. Masukkan satu sudu gula atau nak lebih pun boleh tapi tak ingat apa dalam tv cakap; satu sudu gula pun dah cukup. :)


4. Lepastu, masukkan lah susu cair apa² jenama janji susu cair secukup rasa atau ikut suka la jugak. Janji rasa dia sedap!

5. Akhir sekali tambah lah air dan kacau² sampai sebati. Siap!


Boleh minum daa sekarang. Rasa la, sedapp kan? Tapi kan, ibu zirahs cakap, kaya zirahs minum air milo pakai susu cair. Walaupun harganya sama tapi susu cair ni cepat habis. hahahaxD. Jadi, jangan amalkan selalu kalau tak nak cepat sengket. hehee~ [^_^]

Sekian dulu, salam~

Dunia global hari ini.

Assalamualaikum & Hello.

Asal Mesir je, mesti letak gambar piramid. hee~ :P

Baru awal tahun 2011, tapi pehhh, macam² dah jadi. Itulah dunia globalisasi hari ini. :P Antara isu² hot di dunia hari ni, mari kita mulakan rusuhan yang tengah berlaku di Mesir. Zirah cakap apa yang zirahs tau je lah yea. Disebabkan zirahs jenis yang kurang alert dengan berita semasa, so yang zirahs tau apa yang tengah berlaku di Mesir sekarang, rakyat Mesir ni adakan rusuhan untuk menjatuh-guling-gulingkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Dan keadaan kat sana khabarnya sangat serius sampai melibatkan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Nak tau lebih lanjut baca sini.


Kita yang duduk aman damai kat Malaysia ni, sama-samalah berdoa agar keadaan di Mesir kembali pulih dan keselamatan pelajar-pelajar malaysia di mesir terjamin. Abang kawan zirahs ada juga yang belajar kat sana, so zirahs tanya la macam mana keadaan abang dia. Kata kawan zirahs tu, tempat kawasan abang dia tu teruk juga terkena tempiasnya sampai mereka tak berani nak keluar rumah. Webcam pun dah susah (mereka ni rajin webcam), cuma dapat lah sikit² telefon.


Itu cerita kat Mesir, kalau kat Malaysia pulak ada jugak isu hotnya. Baru-baru ni telah berlagsungnya pilihan raya kecil tenang (eh, tenang tu kat mana ha??? haha! xD). Zirahs tak amik port sangat bab² politik ni tapi zirahs tau lah sikit² sebab abah zirahs sepanjang hari tengok Astro Awani cerita pasal pilihan raya tu. Pilihan raya tersebut dah berakhir dah dan keputusan pun dah diketahui. Siapa lagi yang menang kalau bukan BN kan. huu~ :P


Di kawasan berhampiran juga, banjir besar telah berlaku. Semakin hari, bilangan mangsa banjir semakin meningkat  dan keadaan banjir di Johor juga masih belum pulih. Juga beberapa buah negeri lain di Malaysia turut mengalami kebanjiran. Kalau kat tempat zirahs, hujan turun tak berhenti-henti (tapi sekarang dah berhenti, cuaca dah cerah). Jadi stress zirahs dibuatnya hujan tak berhenti 'menangis'. Bukan ape, cuaca jadi sejuk (zirahs tak tahan sejuk woo), baju yang dijemur jadi lembap, then paling grr sekali habis semua aktiviti yang dirancang tak dapat dilaksanakan gara-gara hujan. Wuuwuu~


Sedih wuu tapi tak baiklah kan kita marah kat hujan. Hujan ni kan rahmat. Allah yang turunkan hujan. Disaat orang lain menanti 'kedatangan hujan', zirahs disini menanti 'kepergian hujan'. Tak baik betul zirahs ni. Yaa, zirahs tau nampak sangat zirahs tak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah Taala. Zirahs mintak maaf yaa. Astaghfirullah-al-azim.

Gong Xi Fa Cai!!

Ohh yaa, hari esok adalah hari yang sangat dinantikan oleh rakyat cina tentunya, kerana esok adalah Tahun Baru Cina, Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai. Terima kasih dekat kawan sekolah dan guru zirahs yang berbangsa cina kerana mereka sekolah zirahs cuti seminggu (walaupun kena ganti. xP). hehee~ Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang diseluruh dunia yang berketurunan cina (zirahs dengar orang dalam TV cakap macam ni. hehee~ :P). Gong Xi Fa Cai yaa, nak ang pau boleh bukan kuih apam. hee~


Ehh weii, sekarang kat pawagam tengah ditayangkan filem the Green Hornet. Pakwe zirahs (Jay Chou) berlakon dalam citer tuu, jadi zirahs tidak mesti tidak kena tengok jugak citer tu. Abah kata nak pergi tengok. hehee, peluang baik ni tapi tak confirm lagi jadi ke idak. Yess, i like 'hobi baru' abah; tengok wayang 3D ikut kawan beliau yang mempunyai hobi sedemikian. :P hahahaa~

Gong Xi Fa Cai Jay Chou! [^_^]

Ok lah, ini je lah (kot) yang zirahs nak cerita pasal dunia kita hari ni. Korang yang macam katak dibawah tempurung tu, silalah keluar dari tempurung anda dan bukalah mata luas² tentang apa yang sedang berlaku di dunia hari ni. Takkan selama-lamanya nak duduk dalam dunia sendiri je kot. Ingatlah, kiamat makin dekat. Sama-samalah kita beringat tentang ajal maut (tiba²?). :)

Sekian dulu untuk Blog Hahazirah hari ini. Salam peace no war~ :)

Psstt: Semua gambar diragut dari Google Images. Jadi, jangan pandai² kata aku ciloks dari blog ekau pulak. :P

Design Service of the Month (Feb2011)

Assalamualaikum & Hello.


Guys! (eceeh, guys pulak! :P), zirahs ada something nak sharing nih! Setelah difikir-fikir selama beberapa ketika, akhirnya zirahs decide nak buat something for you guys. Ehh, actually bukan buat something la, zirahs cuma nak bukak perkhidmatan design banner or anything untuk sesiapa yang berminat nak tempah. :) Siapakah designernya?? Ohh, sudah tentulah zirah sendiri yang create², edit², design² semua.

Cerita penuh 'Design Service of the Month' ni begini, every month at fisrt week, zirahs akan bukak tempahan untuk korang yang nak tempah banner or etc. Korang cuma ada masa 1 minggu sahaja untuk menghantar segala butiran yang diperlukan kepada email zirahs atau direct ke hp zirahs. Selepas satu minggu, tempahan akan ditutup, dan dalam masa 1 bulan zirahs akan siapkan semua banner yang ditempah. Pada hujung bulan pulak, zirahs akan upload semua banner yang ditempah itu.


Begitulah kitaran 'Design Service of the Month' yang akan berlanjutan sehingga zirah tak mampu nak buat dah. heehhee~ So, untuk edisi pengenalan ni, start hari ni sehingga ahad ni, sesiapa yang berminat nak menempah banner untuk blog, korang boleh lah berbuat sedemikian dengan menghantar butiran² berikut di alamat yang tertera di kaca skrin laptop anda! Joking! xP


Tapi² sebelum tu, ini bukan free of charge tau. Ada lah sikit upahannya sekitar RM10. Harga boleh runding, no woories! Tempahan ni akan berakhir lebih kurang seminggu dari sekarang jadi kalau berminat copat²lah hantar komeng kat bawah. Kepada orang yang terlambat hantar komen, jangan risau lagi sekali, tempahan anda akan diganjakkan kepada bulan seterusnya, tapi kena tunggu sikit la, takpe kan??. *blink-blink.

So, korang nak ke pekena banner blog yang zirahs buat? Zirahs buat takde la lawau mana, eh memang tak lawau pun, bese² je. Tapi kalau berminat apa salahnya. Kalau korang ragu² dengan design service zirahs, nah zirahs tunjukkan beberapa banner blog yang pernah zirahs create untuk blog zirahs. Korang pandai²lah nilai sendiri. :) Click gambar untuk image berganda (besar la maksudnya!).

Koleksi Header Banner Blog Hahazirah









Amacam, kaw tak kaw tak kisahlah. Yang penting, kalau korang berminat submit komen dibawah cepatt~ And mungkin kalau ada yang nak taau, kenapa zirah tetiba buat design service nih. Okeiss, zirahs list kan reason(s)nya dibawah yaa.


Berkenaan ciri² banner header yang korang nak, itu kita boleh bincang. Nak letak gambar korang pun boleh kat banner tersebut, apatah lagi nak letak gambar Justin Bieber atau Aamir Khan lagilah boleh. ;) Bab pembayaran pulak, siap banner header baru bayar. Jaminan untuk ke-letup-an banner yang zirahs buat, 'Buat sampai Puass'. Maksudnya, kalau korang tak puas hati dengan banner yang zirahs buat, zirahs akan buat sekali lagi sampai la korang bagi green light.

Bermula dari detik post ini dipublish, mari kita lihat siapakah yang menjadi my first customer. ngueh³~ :P Sekian dulu, salam~

UPDATE 2Feb: Disebabkan design service ni edisi pengenalan jadi zirahs ingat nak bagi discount RM5 hengget kat 3 orang pertama yang sudi menempah banner dari zirahs. Tapi untuk 3 orang pertama je tau. hihi~ :) -Promosi Diskaun ditutup-