SMA 2010.

Assalamualaikum & Hello.


Di pagi jumaat yang mulia ni, zirah nak ambik kesempatan post pasal kisah SMA zirah. Dulu pernah cakap kat blog dengan twitter, kalo ada masa zirah nak sharing story pasal result SMA zirah. Alhamdulillah, pagi jumaat ni zirah dapat peluang update pasal ni.

Hari ni kat sekolah zirah ada sukantara. Untuk rumah sukan zirah acara baling² lembing & lontar peluru. takkan zirah nak masuk pulak kot, tak larat lah den. Baik zirah mintak kebenaran kat cikgu nak cuti pergi sekolah lama zirah ambil segala yang berkaitan dan perlu kat sekolah tersebut. Kiranya hari ni zirah cuti la. Hehee~

Tiba² cerita pasal benda lain plak. heeh! Kita bukak cerita SMA zirah pulak. Kalau ada sesiapa yang selalu pergi blog zirah tahun lepas, zirah selalu mention nak ambik pepersiksaan bersijil besar, SMA. Ada jugak yang tanya SMA tu apa, tak kurang ada yang tanya result SMA zirah macam mana. Padahal tak dapat lagi. Tahun ni baru dapat ber-tarikh-kan 3 Januari 2011, semasa pembukaan sekolah.

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Ilahi, result zirah masih ok walaupun tak cemerlang mana. Jiran ustazah zirah yang mengajar kat sekolah (KIST) zirah pun puji result zirah. Terima kasih yea mak cik yah. :) Bukan nak apa lah kan, zirah mana ada banyak sangat menghapal-hapal ni. Zirah hafal apa yang cikgu beri je. Bukan macam pelajar SMA 2010 10A1 yang boleh dikatakan hafal satu buku, barulah dapat result diorang yang gempaq dan berbaloi tu.  Tahniah buat korang eh! :D

Slip Meja SMA - Ini slip yang kita tampal kat meja. Warna kuning gitu untuk exam SMA kali ni. :)


Slip Masuk Dewan Peperiksaan SMA - kalau tak bawak benda ni memang kena lah. Tapi zirah tak pernah lupa bawak tau. Hee~


Borang pengesahan diri - Zirah antara salah sorang yang dapat borang ni gara-gara tertinggal IC. Cehh betul. Macam mana boleh tinggal IC, nasib baik ustazah tolong ambikkan borang ni. kalau tak, tak dapat lah zirah nak jawab pekse. Hehee~


Slip Keputusan SMA - Setelah hampir 2 bulan menunggu result SMA, akhirnya keluar jugak. Alhamdulillah, keputusan zirah tidaklah teruk mana. Cuma zirah tak puas hati jugak dengan result zirah sebab tak capai target. Bersyukurlah dengan apa yang anda. ;)

***

Seminar SMA di Semuji Resort

Sebelum menghadapi exam SMA yang sebenar, cikgu-cikgu SMA ni ada buat seminar lah sikit untuk skor A atau pangkat 1 dalam SMA. Ada jugak diberi teknik² menjawab soalan dan motivasi diri. Seminar SMA ni buat kat Semuji Resot, Kuantan Pahang. Tempat pelatih PLKN la ni. Actually zirah nak update pasal seminar kat semuji ni dulu, tapi tak sempat. So, combine dengan post SMA 2010 ni je lah. Hehee~

Serious zirah cakap, kat semuji memang best. Tempat penginapan kitorang macam dekat asrama untuk pelatih PLKN. Tapi diorang takde lah masa tu tau. Satu dorm ada 40 budak. Bayangkan kitorang, budak perempuan kena sharing 40 orang satu dorm. Memang sesak lah, ni tak campur lagi dengan perangai dan karenah masing-masing. Tapi zirah sabar je lah, ini salah satu dugaan dan cabaran yang perlu zirah tempuhi untuk berjaya dalam SMA.

Budak lelaki pulak bapak bestnya. Dapat tidur kat challenge, cuma ada lah beberapa kerat budak laki kena tidur dalam dorm jugak. Hihi~ Papepun, kat semuji ni meninggalkan saat² inda yang manis dan mahu diingati sampai bila². Takkan pernah lupa lah moment² dekat semuji.

Zirah ada ambik beberapa pics dari facebook kawan zirah masa kat semuji. Saja nak share kat sini buat kenangan. Dan ada jugak, kertas² yang zirah dapat dari semuji pun zirah nak share kat sini. Kat kertas ni ada lah sedikit tips untuk menjawab SMA kononnya. Hee~


Ini adalah ikrar yang diberi oleh cikgu SMA, ustazah Siti Hajar kepada semua pelajar SMA. Zirah tak isi pun apa yang perlu diisi kat situ. Just sign and suruh ibu sign jugak. Ikrar ni ibarat janji kitorang, calon SMA 2010 untuk berjaya dalam SMA kepada semua cikgu². Sampai menitiskan air mata ustazah suruh kitorang berusaha sebaik mungkin untuk SMA ni. Terima kasih ustazah. :')


Adab & Nusus - Ini antara subjek yang susah nak skor. Al-maklumlah, belajar tentang prosa dan syair orang Arab terdahulu. Word² yang digunakan seriously susah nak sebut, hafal dan ingat.


Balaghah - Subjek balagahah memang senang nak skor, tapi kalau kita betul² fokus kat 5 tajuk pertama yang kita kena hafal. Hafal tu betul² bukan sekadar ala kadar.


Feqah - Feqah ni yang zirah belajar banyak tentang yang ibadat dan kehidupan seharian kita la. Rasanya feqah ni banyak yang dah belajar masa kita darjah 1 dulu. Tapi belajar kali ni salah satu untuk jawab soalan feqah SMA.


Hadis - Seronok belajar Hadis tau. Menghafal hadis pun seronok, macam dalam tv pulak. Tapi sayangnya banyak hadis yang zirah tak berapa ingat. Hafal untuk perekse la katakan, memang macam tu la jadinya. Elakkan jangan tiru cara zirah ni tau.


Insyak & Mutalaah - Dengar nama subjek ni memang nampak pelik pada mulanya. Tapi sebenarnya subjek insyak ni lebih kurang serupa macam apa yang kita belajar masa subjek Bahasa Arab (Komunikasi/Tinggi). Format kertas Insyak pun tak banyak beza dengan format kertas Bahasa Arab SPM. Jadi, zirah dah belajar lebih sikit lah untuk Bahasa Arab. hehe~


Nahu & Sorof - Ini juga banyak belajar tentang tatabahasa bahasa Arab. Tapi lebih mendalam dan specific lah. Alhamdulillah, banyak membantu dalam membina ayat bahasa Arab dan satu bonus untuk siapa yang ambik subjek Bahasa Arab Tinggi dalam SPM.


Al-Quran - Al-quran tiada periksa bertulis. Semuanya lisan dan kena hafal 3 surah untuk mendapat A dalam subjek Al-quran. Surah yang kena hafal ialah Surah Sajdah, Surah Waqiah dan SUrah Al-Mulk. Surah² yang perlu dihafal hampir serupa dengan surah yang perlu dihafal untuk subjek Qurah & Sunah SPM. Ini satu bonus buat kami. :)


Tafsir - Mengkaji ayat Al-quran dan apa yang ada dalam quran. Dan mendapat pengajaran dari apa yang kita pelajari dalam subjek Tafsir.


Tauhid - Belajar tauhid semasa tingkatan 4 ni banyak pasal cerita islam zaman dulu. Ada belajar untuk budak tingkatan 5 yang ambik subjek Pendidikan Islam SPM.


Motivasi Kecemerlangan Pelajar - Seronok bila dengar orang bagi motivasi. Zirah ni antara salah seorang yang suka dengar motivasi atau ceramah. Orang membebel memang tak minat la nak dengar. :P


Di dalam dewan. Dari kanan, Haiqal, Zulfakar dan Ahmad Khair.


Tekun mendengar apa yang disampaikan oleh cikgu/penceramah jemputan. Dari kanan, Muhaimin, Amin & Akim.


Budak perempuan bergambar beramai-ramai. Zirah takdelah pulak dalam gambar ni sebab zirah tak ambik gambar pun kat sana. Cikgu tak bagi bawak kamera. So, gambar ni semua ihsan dari kamera cikgu lah. :)


Aksi candid Ustaz Syukri dan ustaz Fudhail sedang duduk sambil berborak menunggu/jaga budak² ni di dalam dewan.


Pelajar perempuan di dalam dewan. Mana zirah ek, agaknya nampak tak? hihii~


Gambar kenangan Ustaz Fudhail yang sudah pindah. :')


Jambatan Gantung di semuji resort. Best naik jambatan ni sambil makan ais krim. Nyummy²! Poning kepalo den naik bonda nieh. :P


Ustazah Suriati yang benyak membantu dan membimbing kami pelajar SMA bersama ustazah Saenah (kiri). Terima kasih ustazah. :)


Susana dalam dewan tempat kami dengar seminar semasa ketiadaan orang.


Pelajar lelaki pun tak lepas bergambar kenanagn di hapadan dewan. Dari kiri, Shahrizan, Rahimi, Farhan, Adib, Unnamed, Yusuf, Zulhelmi, Acap, Amir Arsyad.


Bergambar sambil dengar seminar, sempat lagi ek. Dari kanan, Rahimi, Zulfahmi & Amir Ikhwan.


Semasa makan, tak ingat makan yang mana satu ni. Tapi makanan di semuji resort memang gempak habis, sedap tau! :)

Ok lah, cukup sampai sini dulu cerita zirah tentang SMA 2010 ni. Rindu lah rasa nak ambik SMA balik dan buat betul² kali ni. Hehee, mana boleh macam tu kan. xP Apa-apapun, memang rugi la budak sekolah agama tak ambik SMA, buat apa korang masuk sekolah ni kalau tak ambik apa yang patut ambik, betul tak. Huhuu~ Result SMA zirah tak jugak gerak², sama lah macam PMR dulu, √9A.

Post SMA 2010 kali ni merangkumi semua perjalanan yang zirah lalui sepanjang menghadapi exam SMA sebenar. Alhamdulillah sekali lagi result zirah boleh tahan. :) Sekian dulu, salam~ [^_^]

6 comments:

  1. entry yg sangat panjang..
    tarik nafas 199 kali aku bace ;)

    ReplyDelete
  2. @SyedGraphiX - opkos panjang. entri utk setahun ni. hahaxD

    ReplyDelete
  3. hahahaha perrhh fahmi pose~ XD huhu first time nampak dyer pakai kopiah~ XDXDXD wei gamba aku mane?? tade ker?? XDXD hahahaha

    ReplyDelete
  4. @Lala Halim - ceh lala nmpk fahmi je ke? hahaxD just kidding. Dr. Min Gisuh (Thank you korean drama) tuu muka famie tu. :P
    gmbar ko xde la plak, gmbr ak pun xde, gmbar shyma pun xde. rsenye kite mne ade bergambar ark? huhuu, xde gmbar kenangan kt semuji. :')

    ReplyDelete
  5. @Miss dorayAki - waah, pnah bljar blghah jgk, best kan. ;D

    ReplyDelete