Saya nak blog macam...

Assalamualaikum & Hello.

Blog in progress 60% completed...

Eee.., tiba-tiba muncul terus cakap pasal nak blog sengal nyew! :P Heeh, lama jugak tak tulis blog, ada la dalam 2 minggu. Entri tahun baru betul-betul punya pun takde. Idea ada cuma kesempatan nak menulis tu tak bape nak ada. Ingat tahun ni nak buat comeback. Eh, eh tunggu dulu itu cerita untuk entri khas punya. *sengal sekali lagi! :P

Bukan pe, aku ni kalo nak menulis blog kena touch up dulu. Dah try touch up dari cuti tahun lepas lagi tapi hasilnya tak seperti yang dikehendaki, belum cukup memuaskan lagi. Selagi blog tak lawa ikut pandangan mata sendiri, selagi tu lah mood tulis blog stuck, jam. Agak-agak blogger mana perangai macam aku. Blog buruk, tulis blog tak nak. Bad punya habit ni, jangan tiru okies.

Rasanya aku tak cerita pun pasal sekolah baru aku, cerita 'hot' sekeliling aku, kawan-kawan baru. Apa fungsi blog Hahazirah | Through Heart ni sekarang. Adakah semata-mata mahu mengejar kebusukan dunia blogging sekarang. Tidak², aku dah mention awal-awal kenapa aku blogging. Just for sharing anything I know and story about what happened in my life as memories which I can't keep all it in my mind & my heart forever.

Back to the title (apsal speak-eng plak nih?!), aku cuma kalau boleh nak jugak buat design blog aku macam blog² yang aku selalu stalk dalam diam. Malas ar cakap blog mana karang tuan punya blog tu kembang plak (takde sebab nak kembang). Hehhee~ Mula-mula tu ingat nak buat theme kawaii, colourful, back to school tapi tak jadi. Aku tak reti main warna then idea design dah kering. Karang kalau dipaksanya buat ditag copycat punye nyah. Tu pasal stop kejap bagi fresh balik otak ni nak pikir design blog yang kaw², tapi tengoklah sampai sekarang tak kaw lagi. Grrr!

Takpe lah. Bab kata ada orang tu, "rupa blog tak penting, yang penting isi dalam blog tu". Alah, sama la macam rupa paras tak penting, yang penting hati tu bersih lagi suci. Blog ni 2x5 je kerana blog kita tu lah yang menggambarkan diri kita tapi tak semua la. Dah lah tunggu aku buat comeback kat blog dengan 'life' aku. Bagi aku cari balik kreativiti aku yang entah mana tercicir. Huu~

By the way, aku ingat since tahun ni, aku nak tukar bahasa diri aku kat blog. Kononnya nak gantikan 'aku' dengan 'zirah'. Ok tak, ke gedik atau hapat? Hahahaa~ Apa-apa je lah. Kalau kita bahasakan diri kita kat blog dengan nama kita nampak lebih sopan & sesuai untuk semua peringkat umur. Tapi sebenarnya bahasakan diri kita apa-apa pun boleh sesuai dengan 'dalam' diri kita yang sebenar. Senang citer, jangan hipokrit, jangan munafik. Jadilah diri kita seadanya kerana diri kita sendiri lebih baik dari diri orang lain (nyeke?! :P).

Dah lah, tak nak tulis lebih² lagi. Simpan stok untuk entri seterusnya. Tapi sebelum tu nak jugak cakap aku tengah addicted dengan cerita korea Thank You (TV3, Mon-Fri, 3.00PM). Asal cerita doktor je sangkut. tapi cerita ni takde lah doktor sangat. Lebih tertarik dekat Gisuh (Jang Hyuk) yang macam cool dan jalan cerita dia yang lain dari cerita korea yang biasa. ;) Tak macam He's Beautiful, aku tak minat cerita tu (tapi tengok jugak) cuma minat Shin Woo (Jung Yong Hwa) yang sangat pity dan hengsem. Cerita dia ada iras² Boys Over Flowers sikit tang watak & perwatakan cerita berkenaan (ceh, dah macam novel ting.5 plak. :P).

"Thank you for teaching me what a beautiful world this is."

You're Beautiful/He's beautiful

Ok lah, nanti kalau aku ada pape nak sharing pasal keroje sekolah ke, aku akan update. Kata tahun SPM tahun ni kan, kena banyak sharing homework. Tahun lepas aku share kerja kursus p.akaun je tapi file dia dah kena padam, nanti aku upload lagi. Papepun, tunggu zirah buat comeback ok. Start next entry, aku akan bahasakan diri aku as Zirah. Eee, mesti geli but it's okay. ;D

Sekian dulu, salam. (>_<)

4 comments:

  1. salam zira. aki salu jek skodeng blog zira ni. macam2 ado. ;)

    ReplyDelete
  2. @Miss dorayAki - TQ aki sbb sudi skodeng blog zirah yg x seberapa ni. trima kasih. :D

    ReplyDelete
  3. betul2...selagi xpuas hati dgn design blog ase cam mls je nak wat entri bawu...

    *kadang2 ase cm nak delete pun ada* hihi~

    -cik kumbang-

    ReplyDelete
  4. @cik kumbang - ha'ah2. mcm dah jd penyakit pulak kan. sindrom ape pulak kite name kan ni ek. haha. x)

    ReplyDelete