Cara mudah buat background 'Twitter Status' dengan Photoscape.

Assalamualaikum & Hello.

Tuto/post ini adalah kesinambungan daripada tuto saya tentang Twitter Status at blog (click²). Ia adalah berkaitan dengan cara² untuk membuat background twitter status. Lagipun, sebelum ni zirahs dah janji dengan someone nak buat tuto tentang cara² mudah buat background twitter status. :) So, here it is. Sorry jugak sebab lambat post pasal ni yaah.


All you need is just software photoscape and a lil bit of your creativity. Kalau takde photoscape, boleh download disini & install terus. Kalau takde jugak gunalah apa yang ada, Paint pon buleh tau. :)

Cara mudah buat background 'Twitter Status' dengan Photoscape.

1. First of all, korang perlu save dulu blank image dibawah. Disebabkan kita guna photoscape je kan, so tak boleh buat new document. Oleh itu, zirahs sediakanlah terus blank image format Portable Network Graphics (.png).




2. Bukak photoscape, pilih Editor then cari blank image yang korang dah save tadi kat mana² folder tempat korang save tu.


3. Click Resize dah ubah width dan height mengikut kesesuaian blog korang. Contohnya width=500, height=300. Click Ok.


4. Kemudian click Object, click icon yang ada gambar pemandangan bukit tu, pilih apa-apa gambar yang awak nak letak kat bckground tu.


Contoh macam zirahs buat...


5. Susun picta tersebut mengikut kesukaan awak. Then, click pulak icon yang ada gambar bubble quote. Pilih mana² bubble yang awak suka, then padamkan tulisannya, lepastu click OK. Contoh dibawah:


6. Susun atur gambar dan bubble quote tu mengikut kesesuaian dan kesukaan korang. Boleh tambah apa² lagi image atau tulisan kalau korang nak. Ikut kreativiti masing² lah. Hias la lawa² ok. Macam contoh dibawah ni:


7. Dah habis hias segala, Save la. Click save, taip nama background korang then ubahkah format (save type as) .png tau. Kalau tak nanti background akan jadi hitam. huhu~


8. Haa, dah siap buat background, lepastu apa lagi.. uploadlah kat photobucket ke, imageshack ke, then ambik direct link/url image/address link dia tukar je kat tempat url background tu. Sila pergi ke sini untuk mengetahui lebih lanjut. ;)


Hasilnyaa...

Okeeeh, dah selesai pun. Siapa yang rasa poning² lalat ke, tengok la dulu Tutorial Twitter Status at Blog. Tuto ni kira macam part 2 la untuk membuat backgroundnya sahaja. :) Hope tuto kali ni korang boleh faham, kalau tak faham, faham-fahamlah macam biasa serbu kotak komen di bawah. heehh!

Sekian dulu, salam~

Psstt: semua image di dalam background tersebut didapati di photoscape semuanya. :P

Thank You (Korean Drama)

Assalamualaikum & Hello.


Korang² siapa tengok cerita Thank You kat TV3 pukul 3 petang lepas balik sekolah setiap hari isnin hingga khamis? Hehee, inilah yang zirah selalu tanya kat kawan² zirah sebab zirah nak tau siapa lagi minat cerita ni selain zirah. Tak sangka la pulak rupanya hampir semua kawan zirah tengok cerita ni dan kata cerita ni best+comel+sweet! :D

Zirah start tengok thank you dari first episode tapi masa mula² tengok tu rasa tak best je. Zirah berenti tengok kejap lepastu ada satu episod tu zirah tertengok balik masa dia tayang part Youngshin dengan Gisuh, zirah rasa sweeet sangat tiba² time tu rasa cerita ni best pulak. Zirah cakap la kat akak zirah, tengok² akak zirah pun tersangkut dengan cerita ni. hihihii~


Zirah memang minat tahap apa entah dengan cerita korea satu ni. Macam zirah minat cerita Style dulu, macam ni la zirah minat cerita Thank You, tapi thank you lebih sikit la. Zirah siap cari semua OST dia dan download semua sekali, then zirah cari info pasal cerita ni sampai casting dia pun zirah cari, Jang Hyuk. Haha, rasa macam dah jadi penagih cerita Thank you pulak. :P Zirah ada sediakan link untuk download OST Thank You if korang berminat lah dengan ost dia yang sweet² tu.


Dan tau tak apa lagi best, bila zirah terperasan sorang member sekolah zirah muka dia persis muka Gisuh (Jang Hyuk). Eee, tak suka lah muka diorang sama, dah la zirah minat dekat Dr. Min, apsal muka diorang sama... eee, tak suka, tak suka. Macam mana zirah boleh terperasan nihh. hishh~ ;(

-Thank You (Korean Drama)-


Sinopsis (dari pandangan Hahazirah):

Thank You mengisahkan seorang doktor (Min Gisuh) yang ditinggalkan oleh teman wanitanya (Dr. Cha Ji Min) kerana menghidap kanser pankreas. Sebelum pergi, teman wanitanya menyuruh dia menyampaikan hajat terakhir teman wanitanya itu, iaitu berjumpa dengan seorang ibu tunggal (Youngshin) bersama anak perempuannya (Bom) yang menghidapi AIDS akibat kesilapan teman wanita Dr. Min apabila memindahkan darah pesakit AIDS kepada Lee Bom semasa Bom mengalami kemalangan. Selepas tu macam-macam lah berlaku. Kalau korang nak tau tengok sendiri yeah, zirah nak cerita panjang sangat maa~ [>_<]

Pelakon² Thank You:


Another Cast:

Jang Hyuk as Min Gisuh
Gong Hyo Jin as Lee Youngshin
Seo Shin Ae as Lee Bom
Shin Sung Rok as Choi Sukhyun
Kim Sung Eun as Suh Eun Hee
Shin Goo as Mr. Lee
Choi Kang Hee as Cha Ji Min
and more...


OST Thank You (Mediafire):

01. Go Mab Seub Ni Da (Opening Title)
02. Go Mab Seub Ni Da - Hun
03. Sarang Hae Yo - Hun
04. Recorder Theme
05. Baram Boo Neun Nal
06. Heun Juk
07. Nuh Reul Geu Rin Hwe Sang
08. Ah Peun Aarang
09. Accordion Theme
10. Seul Peun Gi Uk
11. Poo Reun Do Eh Ah Chim
12. Hee Saeng
13. Chun Sa
14. Jak Byul
15. Kiseo Theme
16. Shi Gan Ee Heu Reu Myun
17. Yak Sok
18. Go Mab Seub Ni Da (Ending Title)

Haa, silakan² kalau korang nak download. Zirah dah besar hati tolong carikan link download semua. Tak tau nak credit kat siapa untuk link download OST semua ni sebab zirah jumpa pun kat tengah jalan (Google). hehehee~ Anyway, thanks a lot to those who upload the OST Thank You. Big thanks to you yeah. :D

Tengoklah, betapa zirah minat-sangat-akan cerita ni zirah sanggup mencari segalanya tentang Thank You ni tau. Itulah zirah, sekali minat akan sesuatu tu memang betul² minat lah. Ok lah, sampai sini dulu cerita tentang Thank You ni. Segala berkaitan Thank You zirah dah share kat sini, OST dia, picta² wallpaper, and last but not least pelakon² dia yang comel. heee~

Credits: OST, OST, OST, Cast, Thank You, Wallpaper.

Sekolah itu best!

Assalamualaikum & Hello.

"Tahun Baru. Tahun SPM. Tahun akhir. It's 2011 and it's gonna be Senior Year!"

Seronok, teruja dannn gabra nak hadapi tahun ni, tahun yang mugkin paling bermakna sebab ini tahun akhir zirah bersekolah. Lepas tahun ni takde dah sekolah² melainkan zirah ambik STPM ke pulak (tak tau lagi yaah!).


Tahun baru, sekolah pun baru tauh! Dari sekolah arab ke sekolah menengah tinggi biasa akan membawa saya satu pengalaman dan kepuasan yang akan saya cipta sendiri. ;) Tekad sungguh zirah tahun ni nak tukar sekolah biasa. Kononnya nak rasai pengalaman bersekolah di sekolah biasa. Alhamdulillah, so far so good, not bad at all di sekolah baru zirah.


Selamat tinggal KIST (SMA Al-Khairiah, my perfect ever school) , selamat datang SMKTJ, my new school and gonna be my super awesome school. *beria zirah puji sekolah² zirah. Takde lah, just nak express feeling. Lepas 365 hari selepas ni zirah bukan lagi budak sekolah so zirah tak nak menyesal di kemudian hari sebab tak enjoy betul² kat school. Eipp, sekolah bukan tempat enjoy, sekolah tempat belajar. Tapi sambil² kita belajar tu kena lah have fun sekali kan! [^_^]

Sekolah baru zirah boleh kata best lah. hihii~ Kat sekolah, zirah ada lah aktif sikit² dalam koko. Zirah dari darjah 4 hingga lah form 5 kecuali form 1, unit beruniform zirah tak pernah berubah. Puteri Islam tu lah satu-satunya cuma masa form 1 zirah termasuk PBSM kejap, naik form 2 terus tukar puteri islam balik ikut kawan zirah. hee~


Tahun ni zirah jadi bendahari untuk unit beruniform puteri islam, AJK Ting. 5 untuk Kelab Kewangan dan Pengguna, dan masih dalam tempoh percubaan untuk pengawas pusat sumber sekolah. Huhh, tahun ni boleh kata aktif la dari tahun² lepas. Tahun lepas menyepi, tahun ni menyinar. Kelab permainan dan rumah sukan zirah masuk kelab catur. Zirah hampir² jadi secretary untuk kelab catur tapi that teacher tak bagi budak baru jadi secretary. Not fair huh, tapi zirah tak kisah langsung, bukan rezeki zirah aite.


Zirah pun ada masuk pertandingan catur sekali. Alang² dah masuk kelab catur tu, turut serta la dengan pertandingannya sekali. Walaupun tak berapa expert main catur, zirah tetap nak cuba nasib. Zirah ada masa lebih kurang seminggu dari sekarang untuk prepare dan belajar trik² untuk main catur. Ada sesiapa boleh bantu zirah ajar cara main catur? :P

Sekarang ni sekolah zirah sibuk nak bersukan. Minggu lepas merentas desa. Zirah frsut sangat tak dapat top 10 merentas desa tapi nasib baik dapat 3 mata untuk rumah sukan zirah. Minggu ni pulak hari khamis and jumaat ada sukantara. Zirah lumba lari dapat nombor 3. Tulang zirah dah longgar dan hampir berkarat, lama sangat tak lari. Kat sekolah lama zirah sukan memang tak aktif. Bila masuk sekolah yang sekarang ni, aktiviti dan sukan dia sangat aktif. Zirah pun teraktif sikit² sekali. hehee~


Tahun ni rumah sukan zirah warna hijau (Tok Gajah), tahun lepas zirah dapat rumah sukan warna biru. Tak pernah² zirah masuk rumah sukan hijau tiba² tahun ni ter-rumah sukan hijau pulak. Cikgu suruh zirah masuk perbarisan sebab zirah tak masuk apa² acara. Alamak, habis la sunburn muka zirah!! Layan je lah yeaa~


Kalau cerita dalam kelas pulak, zirah still ambik accounting classes for this year. Kat sini just ada 1 kelas akaun je berbanding sekolah lama zirah ada 2 kelas akaun. Kelas akaun ni kat mana² sekolah pun kira kelas kedua la walaupun sebenarnya mana ada nombor kelas bila dah masuk form 4. Zirah masuk kelas 5 Ibnu Khaldun atau nama comelnya 5ik. Budak² kelas 5ik semuanya gempak habis. Zirah happy sangat dapat new classmate yang baik² belaka. Walaupun diorang ni macam tak friendly dengan budak baru tapi diorang tak sombong pun, kiranya bagus la. :)

Cikgu² pun semuanya happening dan best². Subjek yang zirah ambik untuk SPM berubah sikit sebab zirah tak ambik Quran Sunnah dan Syariah Islam tapi digantikan dengan Pendidikan Islam dan Tassawur Islam. Wuuh, kena cover balik lah subjek ni masa tingkatan 4 punya. Subjek lain pun semua kena cover balik. Aduiih, penat la pulak rasa. Be strong zirah!


Everything about 5ik:

Guru kelas: Ustazah Norwati
Ketua Kelas: Rusdi (ketua baru sebelum ni Wan)
Penolong: Amalina Adnan

Budak lelaki 5ik (11 orang)

Rusdi
Zulfitri
Kamarul (Pengawas)
Wan Rais (Pengawas baru)
Aizzat
Narresh
Mustaqim
Naqie
Iqram
Rahimie
Syahrizan

Perempuan 5ik (14 orang)

Aziah
Amalina Halim
Amalina Adnan
Tivia
Ezzaty (Pengawas)
Faezah (Pengawas)
Farhana
Nurul Hazirah
Jasmine
Hanisah (Pengawas)
Hidayah (Pengawas)
Ida
Nurhazirah (Hahazirah lah ni)
Saierah

Jumlah pelajar 25 orang termasuk 3 orang budak baru, Zirah, Saierah dan Jasmine.

Waoow, there's many fun things about school. Enjoy your school time because 'School Time' is the best moment ever! Trust me. :) Pendek kata, sekolah itu best!

Sekian, salam.

SMA 2010.

Assalamualaikum & Hello.


Di pagi jumaat yang mulia ni, zirah nak ambik kesempatan post pasal kisah SMA zirah. Dulu pernah cakap kat blog dengan twitter, kalo ada masa zirah nak sharing story pasal result SMA zirah. Alhamdulillah, pagi jumaat ni zirah dapat peluang update pasal ni.

Hari ni kat sekolah zirah ada sukantara. Untuk rumah sukan zirah acara baling² lembing & lontar peluru. takkan zirah nak masuk pulak kot, tak larat lah den. Baik zirah mintak kebenaran kat cikgu nak cuti pergi sekolah lama zirah ambil segala yang berkaitan dan perlu kat sekolah tersebut. Kiranya hari ni zirah cuti la. Hehee~

Tiba² cerita pasal benda lain plak. heeh! Kita bukak cerita SMA zirah pulak. Kalau ada sesiapa yang selalu pergi blog zirah tahun lepas, zirah selalu mention nak ambik pepersiksaan bersijil besar, SMA. Ada jugak yang tanya SMA tu apa, tak kurang ada yang tanya result SMA zirah macam mana. Padahal tak dapat lagi. Tahun ni baru dapat ber-tarikh-kan 3 Januari 2011, semasa pembukaan sekolah.

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Ilahi, result zirah masih ok walaupun tak cemerlang mana. Jiran ustazah zirah yang mengajar kat sekolah (KIST) zirah pun puji result zirah. Terima kasih yea mak cik yah. :) Bukan nak apa lah kan, zirah mana ada banyak sangat menghapal-hapal ni. Zirah hafal apa yang cikgu beri je. Bukan macam pelajar SMA 2010 10A1 yang boleh dikatakan hafal satu buku, barulah dapat result diorang yang gempaq dan berbaloi tu.  Tahniah buat korang eh! :D

Slip Meja SMA - Ini slip yang kita tampal kat meja. Warna kuning gitu untuk exam SMA kali ni. :)


Slip Masuk Dewan Peperiksaan SMA - kalau tak bawak benda ni memang kena lah. Tapi zirah tak pernah lupa bawak tau. Hee~


Borang pengesahan diri - Zirah antara salah sorang yang dapat borang ni gara-gara tertinggal IC. Cehh betul. Macam mana boleh tinggal IC, nasib baik ustazah tolong ambikkan borang ni. kalau tak, tak dapat lah zirah nak jawab pekse. Hehee~


Slip Keputusan SMA - Setelah hampir 2 bulan menunggu result SMA, akhirnya keluar jugak. Alhamdulillah, keputusan zirah tidaklah teruk mana. Cuma zirah tak puas hati jugak dengan result zirah sebab tak capai target. Bersyukurlah dengan apa yang anda. ;)

***

Seminar SMA di Semuji Resort

Sebelum menghadapi exam SMA yang sebenar, cikgu-cikgu SMA ni ada buat seminar lah sikit untuk skor A atau pangkat 1 dalam SMA. Ada jugak diberi teknik² menjawab soalan dan motivasi diri. Seminar SMA ni buat kat Semuji Resot, Kuantan Pahang. Tempat pelatih PLKN la ni. Actually zirah nak update pasal seminar kat semuji ni dulu, tapi tak sempat. So, combine dengan post SMA 2010 ni je lah. Hehee~

Serious zirah cakap, kat semuji memang best. Tempat penginapan kitorang macam dekat asrama untuk pelatih PLKN. Tapi diorang takde lah masa tu tau. Satu dorm ada 40 budak. Bayangkan kitorang, budak perempuan kena sharing 40 orang satu dorm. Memang sesak lah, ni tak campur lagi dengan perangai dan karenah masing-masing. Tapi zirah sabar je lah, ini salah satu dugaan dan cabaran yang perlu zirah tempuhi untuk berjaya dalam SMA.

Budak lelaki pulak bapak bestnya. Dapat tidur kat challenge, cuma ada lah beberapa kerat budak laki kena tidur dalam dorm jugak. Hihi~ Papepun, kat semuji ni meninggalkan saat² inda yang manis dan mahu diingati sampai bila². Takkan pernah lupa lah moment² dekat semuji.

Zirah ada ambik beberapa pics dari facebook kawan zirah masa kat semuji. Saja nak share kat sini buat kenangan. Dan ada jugak, kertas² yang zirah dapat dari semuji pun zirah nak share kat sini. Kat kertas ni ada lah sedikit tips untuk menjawab SMA kononnya. Hee~


Ini adalah ikrar yang diberi oleh cikgu SMA, ustazah Siti Hajar kepada semua pelajar SMA. Zirah tak isi pun apa yang perlu diisi kat situ. Just sign and suruh ibu sign jugak. Ikrar ni ibarat janji kitorang, calon SMA 2010 untuk berjaya dalam SMA kepada semua cikgu². Sampai menitiskan air mata ustazah suruh kitorang berusaha sebaik mungkin untuk SMA ni. Terima kasih ustazah. :')


Adab & Nusus - Ini antara subjek yang susah nak skor. Al-maklumlah, belajar tentang prosa dan syair orang Arab terdahulu. Word² yang digunakan seriously susah nak sebut, hafal dan ingat.


Balaghah - Subjek balagahah memang senang nak skor, tapi kalau kita betul² fokus kat 5 tajuk pertama yang kita kena hafal. Hafal tu betul² bukan sekadar ala kadar.


Feqah - Feqah ni yang zirah belajar banyak tentang yang ibadat dan kehidupan seharian kita la. Rasanya feqah ni banyak yang dah belajar masa kita darjah 1 dulu. Tapi belajar kali ni salah satu untuk jawab soalan feqah SMA.


Hadis - Seronok belajar Hadis tau. Menghafal hadis pun seronok, macam dalam tv pulak. Tapi sayangnya banyak hadis yang zirah tak berapa ingat. Hafal untuk perekse la katakan, memang macam tu la jadinya. Elakkan jangan tiru cara zirah ni tau.


Insyak & Mutalaah - Dengar nama subjek ni memang nampak pelik pada mulanya. Tapi sebenarnya subjek insyak ni lebih kurang serupa macam apa yang kita belajar masa subjek Bahasa Arab (Komunikasi/Tinggi). Format kertas Insyak pun tak banyak beza dengan format kertas Bahasa Arab SPM. Jadi, zirah dah belajar lebih sikit lah untuk Bahasa Arab. hehe~


Nahu & Sorof - Ini juga banyak belajar tentang tatabahasa bahasa Arab. Tapi lebih mendalam dan specific lah. Alhamdulillah, banyak membantu dalam membina ayat bahasa Arab dan satu bonus untuk siapa yang ambik subjek Bahasa Arab Tinggi dalam SPM.


Al-Quran - Al-quran tiada periksa bertulis. Semuanya lisan dan kena hafal 3 surah untuk mendapat A dalam subjek Al-quran. Surah yang kena hafal ialah Surah Sajdah, Surah Waqiah dan SUrah Al-Mulk. Surah² yang perlu dihafal hampir serupa dengan surah yang perlu dihafal untuk subjek Qurah & Sunah SPM. Ini satu bonus buat kami. :)


Tafsir - Mengkaji ayat Al-quran dan apa yang ada dalam quran. Dan mendapat pengajaran dari apa yang kita pelajari dalam subjek Tafsir.


Tauhid - Belajar tauhid semasa tingkatan 4 ni banyak pasal cerita islam zaman dulu. Ada belajar untuk budak tingkatan 5 yang ambik subjek Pendidikan Islam SPM.


Motivasi Kecemerlangan Pelajar - Seronok bila dengar orang bagi motivasi. Zirah ni antara salah seorang yang suka dengar motivasi atau ceramah. Orang membebel memang tak minat la nak dengar. :P


Di dalam dewan. Dari kanan, Haiqal, Zulfakar dan Ahmad Khair.


Tekun mendengar apa yang disampaikan oleh cikgu/penceramah jemputan. Dari kanan, Muhaimin, Amin & Akim.


Budak perempuan bergambar beramai-ramai. Zirah takdelah pulak dalam gambar ni sebab zirah tak ambik gambar pun kat sana. Cikgu tak bagi bawak kamera. So, gambar ni semua ihsan dari kamera cikgu lah. :)


Aksi candid Ustaz Syukri dan ustaz Fudhail sedang duduk sambil berborak menunggu/jaga budak² ni di dalam dewan.


Pelajar perempuan di dalam dewan. Mana zirah ek, agaknya nampak tak? hihii~


Gambar kenangan Ustaz Fudhail yang sudah pindah. :')


Jambatan Gantung di semuji resort. Best naik jambatan ni sambil makan ais krim. Nyummy²! Poning kepalo den naik bonda nieh. :P


Ustazah Suriati yang benyak membantu dan membimbing kami pelajar SMA bersama ustazah Saenah (kiri). Terima kasih ustazah. :)


Susana dalam dewan tempat kami dengar seminar semasa ketiadaan orang.


Pelajar lelaki pun tak lepas bergambar kenanagn di hapadan dewan. Dari kiri, Shahrizan, Rahimi, Farhan, Adib, Unnamed, Yusuf, Zulhelmi, Acap, Amir Arsyad.


Bergambar sambil dengar seminar, sempat lagi ek. Dari kanan, Rahimi, Zulfahmi & Amir Ikhwan.


Semasa makan, tak ingat makan yang mana satu ni. Tapi makanan di semuji resort memang gempak habis, sedap tau! :)

Ok lah, cukup sampai sini dulu cerita zirah tentang SMA 2010 ni. Rindu lah rasa nak ambik SMA balik dan buat betul² kali ni. Hehee, mana boleh macam tu kan. xP Apa-apapun, memang rugi la budak sekolah agama tak ambik SMA, buat apa korang masuk sekolah ni kalau tak ambik apa yang patut ambik, betul tak. Huhuu~ Result SMA zirah tak jugak gerak², sama lah macam PMR dulu, √9A.

Post SMA 2010 kali ni merangkumi semua perjalanan yang zirah lalui sepanjang menghadapi exam SMA sebenar. Alhamdulillah sekali lagi result zirah boleh tahan. :) Sekian dulu, salam~ [^_^]