MY FACEBOOK KOT!...

Assalamualaikum.


Hadei.....habis blog aku jadi tunggang-langgang. Aku memang berhajat habis exam nak re-design blog but² mood edit blog belum mari maa so kita biarlah dulu blog ni jadi suck-ay~ HUHU~

Ohoo, FYI, sekarang aku sudah mula berfacebook. Soo..kalau ada sesiapa nak add silakan, lepas ni senang sikit kot nak contact kot. But² kalao boleh aku mahu fb kali ni biarlah orang yang tak bape kenal befriend. Aku tak reti nak explain macam mana sebab aku tau kalau chingu baca ni mesti dia tanya apa nama fb aku.

Aku bukan tak nak bagi chingu add cuma bila aku dah sedia nak befriend on fb aku sendiri akan add chingu tu. *Keep my promise* Jadi maaf ya chingu & famili kalo korang jumpa fb aku sila abaikan. NGEH³~ *NO OFFENSE PLEASE*

OK la, to those yang sudi ADD MY FACEBOOK, boleh click link dibawah ok.

http://www.facebook.com/zerry62

Gracias mucho², thanks, kamsahamnida, terima kasih! Sekian dulu, salam babai~ :)

SHOCK: SEPARA GAMBAR BLOG SAYA DAH HILANG!! TERIMA KASIH ATAS TINDAKAN 'PANDAI' SAYA! ;(

Assalamualaikum.


Huwaaaaaa~~~ Nak luah nih., nak luah nih. Tengah sedih sikit nih sebab......sebab...... hampir sesuku (atau tak sampai suku pun kot) gambar yang saya upload melalui blogger atau lebih tepat Picasa Web Album sudah gone!

Ianya semua gara² my 'idiot action' yang terburu-buru nak delete primary email blogger nih. Tak rasa menyesal atas tindakan yang dilakukan just feel bit upset ma coz all my pictures was gone without any backup. hmmphh!

Luckily, ada setengah gambar masih dalam simpanan saya. Tapi mungkin juga ada yang takde~ Apa-apa pun, dapat sikit pengajaran dari apa yang berlaku ni iaitu; sila backup sume file/folder/gambar yang disayangi serta please³ think deeply first before take big action. HUH~~

P/S: Apesal design blog nih jadi huru-hara especially background. Must re-design my template la nampaknya. -,-

Salam Maal Hijrah 1433.

Assalamualaikum & Hello~~

Howaaa~~ Lama tak update blog kot. 'pestaim' update utk bln november ni. HAHA! Itulah betapa kuatnya penangan 'exam', buat orang busy 'study' memanjang.. tapi aku ni pun ekceli dah lama away dari internet komputer sume ni. HUHUUU~


Hari ni sedar tak sedar dah masuk tahun baru kita rupanya. Jadi marilah kita sume same-same pasang niat dan azam baru untuk tahun baru 1433 Hijrah ni. Azam tahun baru hijrah aku kali ni pe ek?? *cehh, bajet ada azam je pada tahun² baru yg lepas. hehhh!*

Baiklah, pape pun sume.., aku dah 'free' nanti aku luangkan balik masa sepenuhnya a.k.a full time dengan sume benda alah ni. HAHA~

Btw, nak bagitau juga, tadi baru pas abes tonton last episod <Secret Garden>. Secret Garden dae~~bak! *Imma gonna mishh this drama badly! :(* Tunggu kemunculan kdrama² baru seperti <Scent of a woman>, <49 Days> encore, <Glory Jane>, <Deep Rooted Tree> & etc.

Ending <Warrior Baek Dong Soo> juga sgt sad ending tauuh! Pity Un, sedih sgt² time Un mati sampai terkeluar air mata kot. Haishh, kenapa la drama² ni sume sgt menyentuh hati. Waeyo?? HUHU~

Klah, babai dulu. Salam~ :)

생일 축하합니다 [saengil chukha-hamnida] zirahh~

Assalamualaikum.

Hari ni aku genap 17 tahun sudah.. maksudnya tinggal tepat lagi 1 bulan nak spm daa~ Sudah lama betul aku tak update blog ae. Tengok tajuk dulu, ya kalo tak tahu, hari ni 14 Oktober hari jadi aku yang ke tujuh belas. 17 angka yang besar juga, jadi aku sudah tua+dewasa la..

Terima kasih banyak² for those yang wish my birthday today. They're my classmate from 5IK, yang bagi msg birthday; pekjah, abah, anum, ct.. Trimas juga to ibu bapa yang belanja pizza dan yes hari ni sudah dapat hadiah pertandingan hari tu. So happy today tau~~


Everything seem good so far, hope keadaan ni kekal lebih lama. Tak mau stress² lagi, sebab beberapa hari belakangan ni aku depress betul sampai rasa nak bunuh diri. Nasib baik iman masih berbaki kalo tak hmmmmmm...(I can't explain more yet)

Itu saja lah kasitau. Actually aku tak kisah sangat kalo orang tak ingat bday aku which is tak penting langsung pun kan. Tapi, terima kasih sangat² yang ingat bday aku tu, serious terharu! (^_____^)

Ok lah, stop sini dulu. Babai & salam~

Terima kasih Utusan.

Assalamualaikum.


Ini berita sangat gembira. Terlalu gembira! Sebelum ni aku pernah masuk pertandingan hias blog sempena merdeka yang dianjurkan oleh surat khabar Utusan Malaysia. Dan baru² ni, pemenang untuk pertandingan tu baru diumumkan dan aku salah seorang pemenangnya. Alhamdulillah, syukur sangat².

Tak pernah bayang pun akan menang memandangkan peserta lain yang join pertandingan tu semuanya hebak2 belaka. =) Jadi, dalam blog ni, aku mahu kongsi sedikit kegembiraan yang aku alami sekarang ni. lalala~ Sila baca link dibawah cerita pasal pemenang pertandingan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

http://hazmanfadzil.com/2011/09/28/pemenang-pertandingan-menghias-laman-webblog-sayangi-1malaysia

http://www.azmanisma.com/2011/09/28/pemenang-pertandingan-menghias-laman-webblog-sempena-kempen-sayangi-1malaysia-dan-kibarkan-jalur-gemilang-2011

Aku menang hadiah saguhati iaitu sejumlah wang bernilai RM300. Jujur cakap, aku tak tau pun aku ada menang pertandingan ni. Aku dapat panggilan dari Utusan kata aku menang hadiah saguhati. At first, macam tak percaya. bila aku check dalam internet...whoaa, betul la, tak sangka sangat~ :D

Btw, pihak utusan ada call aku baru² ni untuk dapatkan sikit maklumat peribadi aku. Tapi, disebabkan aku balik sekolah lambat jadi tak sempat angkat. Aku try call, orang lain pulak angkat. Jadi, aku sekarang masih cuba untuk contact pihak utusan. Hehehee~ Apa-apa pun, harap pihak utusan dapat call aku atau aku dapat call pihak utusan untuk selesaikan urusan berkenaan hadiah. =)

Aku percaya kalau rezeki tu Allah nak bagi, insya-Allah aku dapat hadiah berkenaan. Amin.

Sekian dulu, salam & babai~ (^_^)

Dahulukan salam.

Assalamualaikum~

Baru² ni aku ada baca dalam satu majalah yang berkonsepkan islamik tetang salam ni. Salah satu benda yang ditulis dalam tu ialah mendahulukan salam daripada yang lain. Maksudnya macam ni, kita nak bagi salam dan ucap selamat pagi, jadi kita perlu cakap macam ni, "Assalamualaikum & Selamat Pagi". Beri salam dulu baru disudahi dengan ucapan yang lain. lebih kurang gitu lar~

Sebelum ni setiap post dalam blog..,aku biasa tulis, "Hello Assalamualaikum". Jadi aku harus tukarlah sekarang memandangkan aku dah tau~ Selain tu, haram membengkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam. Itu antara hukum dalam memberi salam. Aku sharing sikit³ apa yg aku tau. :)

Tapi, sebenarnya lama aku tak update blog. Peduli apa kan, kadang² rasa nak delete blog ni pun ada tapi rilex dulu mungkin ada sesuatu yang berguna pasal blog ni untuk digunakan pada masa depan. Who's know aite?! Sekarang sibuk dengan trial. ehh, tunggu markah trial masuk online, tak sabar mahu tengok walaupun result tak 'flying colour' pong..huhu~ T_T


Btw, 'hadiah' untuk mekyah sempena bday dia yang ke-17 pada 16/09/2011 baru² nih. Huhuu~ Grafik hyun joong kegemarannya. suke tak, suke tak? Huahahahaha~

Ok lah, mau stop dulu. Skarang ni sedang 'gila' tengok k-dramas. <Smile, Mom>, <Ojakgyo Family>, <Protect the Boss>, <Secret Garden> daebakkkk~~~ Ada masa nanti cerita pasal semua ni. Huaha!

Sekian dulu, salam~ Annyeong~~ ^^

Alahai Star King...

Hello Assalamualaikum.


Kadang-kadang aku ada masa nak post mende² camni. Aku baru tau kot pasal ni, tak kisahlah kamu mau cakap aku ketinggalan keretapi ke, duduk bawah tempurung ke apa, tapi aku betul² kesal+kecewa dengan mende yang dah terjadi ni.

Star King yang aku tengok tetiap hari isnin time waktu berbuka pose mase bulan ramadhan hari tu buat satu perkara seperti menghina org muslim. Sila tengok video dibawah untuk menjelaskan apa yang berlaku. Kalo ko orang jenis malas play video, kempunan la ko nak tau apa yang berlaku wekk. ;P


Tak patut kan diorang buat macam tu.. Papepun kita kena respect culture & religion orang lain. Yang tak bleh terimanya, dah lah ada bias mblaq aku dalam tu, si Joon pi fly dancing ape ntah. Pastu Lee teuk-sshii boleh plak dia gelakkan afghany woman yang wearing hijab. Tak lucu ponggg! Shorry yang pakai macam pak arab tetiba berkelakuan macam terrorist halakan senapang kat MC Ho dong. Wei, muslim bukan terrorist lah, jangan salah sangka dengan game israel-amerika. Grrr!

Tapi papepun, SBS sudah mintak maap dengan apa yang berlaku. Dan diorang sudah menghentikan episod rancangan tu dan sedang edit balik. Lebih kurang camtu lah. Si shorry pun sudah mintak maaf via twitter dia kata dia tak bermaksud nak buat macam tu. Ok lah, fine! Tapi rasa geram masih ada, dan rasa nak boikot show star king pun ada.

http://www.soompi.com/news/sbs-star-king-production-team-apologizes-for-misrepresent-muslim-on-latest-episode

Tengoklah, lepas ni aku taknak tengok star king lagi wekk. Baik tengok Strong Heart atau Running Man lagi bagoss. Takpe, aku pun nak jauhkan diri dari korea thing buat masa skang, study lagi baiklah!~ Yelah tu zekrah~~~ K lah, aku mahu stop dulu, nanti aku update lagi kalao aku hidup lagi campur aku rajin. muahaha~

Babai, salam~

Raya & Merdeka~

Hello Assalamualaikum.

Kalau tak kenal, dalam gambar ni adalah Chansung 2PM okieh~

Selamat hali laya aidilfitri semua... dan selamat menyambut hari merdeka yang ke-54 tahun pada tahun 2011 nih.. aku ingat kita merdeka dah 55 tahun <-- HAHA nampak sangat matematik aku lemah disitu. :P Lama benoor aku tak online rasanya. baru beberapa minggu/hari kot, tapi rasanya 'internet addiction' aku semakin hilang yeahaaaa~


Btw, aku ada buat grafik untuk merdeka & raya. Ingat nak combine je kan senang, tapi tak jadi ah. Aku ambik grafik untuk merdeka yang twitter status punya.. Letak je tulisan selamat hari merdeka kat tempat status tu sudeyy. pelikkah bunyinya?? wawawaaa~

Untuk grafik raya pulak, kah³ gelak dulu ehh, jadi & lawak tak aku edit pic chansung pakai baju melayu warna oren & songkok? kwang³! Aku tau la tak jadi, aku memang tak reti photo manipulation pon.. huahaha~ Lagi satu muka chansung dalam tu tak gaya dia pon. Aku pun tak sure aku hambek gambar dia time bila, mungkin time dia belum debut atau awal² debut dia ke, aku memang tak sure ah..

Tapi kannn, sebenarnya sebelum ni aku pernah mimpi/bayangkan Matt Damon pakai baju melayu oren, sekarang aku pulak edit gambar chansung pakai baju melayu oren. HAHA~ Pape lah kan, aku harap aku tak salah sebab edit gambar dan buat grafik macam tu. elehh source aku sikit je okeii, google je pun, huhu~

Sudah la tu, aku mau stop dulu. Sekian dulu, babai & salam~ =)

Epop Malay August 2011.

Hello Assalamualaikum.


Dapat juga update blog hari ni. Lame dah nak update ni tau, nak show off jap. HAHAHA! *tak baiknya niat* Zhira bet sape² yang minat kpop, 'tidak mesti tidak' tau/beli/baca majalah epop versi melayu kan.. Baru² ni muka+URL blog zhira masuk dalam majalah epop kat ruangan e-web. HEHEHEE~

Tak expect pun tau.. Memang lah zhira ada join ruangan tu, tapi tak pernah² pikir mereka akan show off muka zhira sekali dalam tu. Cam tak caye jee tapi zhira happy sangat sebab epop promote URL blog zhira sekali. HIK³~

Jira tu samedengan ZHIRA lah. Sila abaikanlah nama Jira tu~ Tak pikir banyak kali nak letak nama apa. :P

Btw, epop malay bulan ogos ni jugalah isu pertma yang zirah keep-keep. Sebabnya sebelum ni, zhira share ngan my chingu, Mekyah, beli epop. Baru je buat ni~ Mekyah suka kumpul epop dats why la zhira just sharing dengan dia jep.

Saranghae epop malay August 2011. Kamsahamnida for sampul duit raya 2PM~

But, kali ni zhira mintak kat Mekyah nak keep epop bulan ogos sebagai kenangan tapi Mekyah nak juga satu buat koleksi. Sooo, zhira belilah lagi satu, tak sia² pun sebab zhira dapat sampul duit raya SHINee. Zhira punya 2PM la of course. Kitorang exchange tau!

Dapat 2 sampul group, 2PM & SHINee. Mekyah punya epop masih rapi berbungkus dalam plastik. ^^

Chansung-ahhh, 2PM, Jihu@Hyun Joong saranghaeyooo~ ♥

Jom like epop malay fanpage@facebook:
http://www.facebook.com/epopmalay

Itu sajalah my story. Babai, salam~ [^_^]

Untuk baby ogos.

Hello Assalamualaikum.

Hari ni aku mau post pasal birthday. Birthday member(s) aku yang jatuh pada bulan ogos. Bukanlah niat nak over too much gedik sangat nak prepare surprise yang gempak untuk chingu aku masa birthday diorang. Just kalau boleh for this year aku nak kasi sesuatu yang lain dari yang lain untuk bday chingu(s) aku. Elehh, masa bday ibu atau family members lain takde pula aku beria ehhhhhh.. HAHAKS!

Sorry² and whatever. Kali ni aku dedicate khas untuk 3 orang chingu yang bday dorang jatuh pada bulan Ogos:
Lala (3 Ogos 1994)
Ct (5 Ogos 1994)
Cema (7 Ogos 1994)

Tahu apa aku bagi untuk bday dorang?? Hehee, sangat special okeh! *spesial lah sgt, tak pun sebenarnya!*

Lala Halim -3/8- & Hanisyaima -7/8-


Lala & Cema aku combine 'hadiah' mereka. Aku wish bday dorang dalam majalah Yezz! bulan 8 kat ruangan tempat wish bday. Happy sangat sebab wishes aku tuh disiarkan sebab kalau tak, aku kena sediakan sesuatu special yang lain untuk dorang plak. =)

Zirahfah tuh pemilik blog hahazirah.blogspot.com ni lah. Sila abaikan nama aku tu, aku tak pikir betul² nak tulis nama apa hari tu. HEHEE~ Tapi, yang Lala Halim & Hanisyaima tu betul tau.



Korang suke tak qilah & syaima? Harap sukakannya ya. Aku tak tau mau bagi apa lagi selain bday wishes dalam mag yezz! kesayangan aku nih. NGEH³~

CT -5/8-


Ct, silalah rasa cookies yang saya buat ni, saya try buat tapi macam tak sedap lah! Sempena bday Ct pada 5 ogos ni, aku kasi hadiah 'Choc Butter Cookies'. Diharapkannya Ct menyukainya dan maafkannya kalo rasanya agak kureeeng sikit. [#^_^#]

Maaaf, ada cookies yang rentung sikit. :P

Bagi aku sebenarnya rasanya sedap ape, boleh tahan! ;)

Btw, selain aku buat cookies ni dibantu oleh ibu, ipah & iyad si tukang rasa. Tengok jugalah the making of... 'Chocolate Butter Cookies'.


HAHAHA, itu sajalah aku mahu post. Berapa kali tangguh untuk post pasal ni tau, akhirnya jumpa tarikh yang betul. NGAHAHA~ K lah, babai dulu, salam~ ^^

Giveaway Lucky Blogger by ZhiraHeyo, LalaHalim & HaniSyaima.

Hello Assalamualaikum.

Ini adalah giveaway anjuran bersama 3 chingu blogger; ZhiraHeyo, LalaHalim & HaniSyaima. Aku decide untuk buat ga ni sebab aku ada hadiah mahu bagi lucky blogger yang masuk ga ni. Sebelum ni aku pernah buat Lucky Blogger Contest hujung tahun lepas. Oleh itu, tahun ni aku buat Giveaway Lucky Blogger pulak disertai 2 olang besties aku. Best sikit ada partner dalam ga. NGEHNGEH~

Bloggers, jom support & join reramai giveaway aku bersama members ni. Harap sangat giveaway ni mendapat sambutan hangat. Syarat mahu join senang saja, sila baca dibawah baik:


1. Wajib follow blog kitorang;


2. Buat satu entri tentang giveaway ni;

-Tajuk entri mestilah: Giveaway Lucky Blogger by ZhiraHeyo, LalaHalim & HaniSyaima
-Letak banner GA ni.
-Tag minima 3 orang atau lebih dan make sure diorang tahu tentang GA ni.

3. Submit link entri korang kat bawah.



Tarikh tutup contest: 25/12/2011

Lucky Blogger akan menerima hadiah misteri dari kami. Bilangan pemenang berdasarkan bilangan hadiah yang disediakan dari kami bertiga. So far, hadiah aku sedia ada 2. Members aku juga ada sediakan hadiah mereka. Masa contest berjalan masih lama, jadi kamu semua masih ada banyak masa untuk join ga ni. Take your time, slow-slow yaa~

Sekian dulu, babai & salam~

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual 2611/3 (Part 2)

Hello Assalamualaikum.


Entri ni adalah kesinambungan dari entri Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual 2611/3 (Part 1) baru² ini. Sila cuci mata dengan hasil kerja kursus seni saya yang sudah siap 99.9% woot woot~ ;P

Suckay betul rasa baru siap kot folio seni ni..lambat kan??? Orang lain tentunya sudah boleh tidur lena sebab mereka semua sudah siap wuu..wuu jelesnya! Sudahlah minggu depan pra-percubaan+puasa, agak 'pressure' saya sekarang pheww~


Selain cikgu & ibu, bestie cema (hanisyaima) banyak bantu buat keje ni sama². gomawo chingu~

Lala (lala halim) cakap untuk kajian warna; "sedei sangat kajian warna oak ek." HAHAHA~ campur hodoh kan, kan??

Ibu; ibu pun banyak bantu zhira siapkan keje seni ni. ibu tolong macam². kamsa-kamsahamnida omma~ =D

Finally, it was done! Thanks to all who had helped me a lot to finish this assignment. hehehe~

Saya siapkan tadi juga di kelas seni setiap sabtu *harapnya lepas ni tak perlu datang lagi. :P*. Ada lagi satu actually tapi takpe officially hantar this tuesday after examination.

Teringin nak citer pasal kelas tadi. Ada beberapa orang minta tolong saya dalam kerja seni mereka *macam saya pandai sangat cehh~* tapi saya agak upset sebenarnya bila mereka berkelakuan kurang sopan seperti cuit² saya dengan selamba. eh heloo i'm a girl, and u're a boy, mau buat dengan girl lain yang suka kamu buat macam tu boleh lah tapi not me okayy. Saya sangat menjaga batas dalam pergaulan lalaki & perempuan. *sangatlah jaga kan. :P*

Takdelah sebenarnya saya tak biasa kena cuit tiba² gitu *bapaklah skema kau zhira~!* sudahlah panggil saya dengan panggilan bukan nama saya tapi itu tak kisah sangat lah. kemudian apa lagi yee..oh ye, entah kenapa la saya takut benar nak tegur kawan sekelas seni saya tu, macam saya ada buat salah kat dia je kan. Takpelah nanti kalau saya ada benda nak cakap dengan dia, saya tegur la tapi kawan dia berani pulak saya tegur arghh. hahahaha~

Bodos siot kau zhira! Sudahlah aku takmau citer panjang² lagi, habis skema trauma ayat aku (ikut ayat Lynn).

Inilah hasil kad 3D aku yang hodos, beastly, nenek kebayan dan sebagainya. Papepun, yang penting SIAP. muahaha~ 

Sampai sini dulu okaiiiii, babaiiii & salam~ [>_<]

Saeng-il chukahamnida omma~

Hello Assalamualaikum.


Hari ni 28/07/2011 hari lahir omma! eh silap, ibu! Aku cadang mahu buat suprise cake untuk si ibu tapi malangnya aku kehilangan resepi kek coklat CT. Rupanya aku takde buat salinan resepi tu, ia cuma disimpan dalam inbox facebook aku yang sudah berdeactivated hampir 7 bulan! Tak mungkin lah aku on balik fb aku semata-mata untuk menyalin resepi tu.

Oleh itu, aku tak buat pape lah untuk hari lahir ibu tahun ni~ Family members lain pun aku takde buat something special for them all. Ahhh pe kena dengan aku ni?? Ingat mahu doing something really different pada tahun ini, apakah, apakah? Otoke~~~ [--"]


Mau buat macam mana lagi yea, tunggu lah tahun depan pula agaknya. Tapi papepun, Ibu selamat hari lahir, hapy besday, 생일 축하 해요 (saeng-il chukahamnida), عيد ميلاد سعيد (eid milad sa'eid).

Kalo boleh aku mahu bagi ibu hadiah best punya tapi tak tahu lah dapat capai ke tidak iaitu; keputusan yang baik dalam spm tahun ni. Insya-Allah aku akan berusaha. Aminn.

Okie lah, babai dulu & salam~ [>___<]

Aku pun ada 'perasaan'..

Hello Assalamualaikum.

Hati berbunga-bunga


Ada sorang budak dalam kelas tu,
perbuatannya sangat melucukan. kelakuan dia macam kanak-kanak, sangat comel!
Aku dan chingu selalu bercerita tentang dirinya dan perhatikannya lepastu ketawa sebab apa yang dia buat sangat lucu.

Nampaknya sekarang aku dah start sukakanya...
sampaikan aku tak berani menatap wajahnya lagi. :P

Byes, salam~

Mianeyo Omma!

Hello Assalamualaikum.


Mianeyo omma...
Aku melakukan sesuatu yang omma akan ingat sampai bila-bila, mungkin sampai hembusan nafas terakhir, mungkin juga di akhirat kelak!
Dan aku pun akan mengingatinya sampai bila-bila juga, diharapkan aku mengalami amnesia atau alzheimer supaya aku dapat lupakan segala perkara buruk tentang diri aku.
Kalaulah aku ditakdirkan menjadi 'buruk' seperti ini, aku nak buat ape?
Aku tak tau nak buat ape..
Jadi selamanya aku tidak akan sempurna.

Mungkin, mungkin mungkin aku adalah 'orang yang memberi pengajaran', bukan 'orang yang mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku'.

Aku tak minta perkara buruk, aku cuma fikirkan/bayangkannya sebab benda tu memang/mungkin/mustahil/akan berlaku. Nauzubillah, minta semua itu dijauhkan~

Semoga Allah sentiasa mengampuni semua dosa yang aku lakukan setiap detik. Amin~ Byes, salam. [-_-"]

1st Giveaway dari L0vely Craft Naida!!!!

Hello Assalamualaikum.


Byes, salam~

Contest Link Blog Saya Unik.

Hello Assalamuaikum.


http://hahazirah.blogspot.com
Link blog saya unik sebab hanya saya yang memiliki link blog seperti ni. Awak seperti ketawa HAHA apabila menyebut link URL blog saya ni. Lagipun link blog ni dah banyak berjasa kat blog ni.
Tag 3 chingu blogger: Lala Halim, Hanisyaima, Nadiera.

Byes & salam~ ><

Contest Blog Saya Superb Chomel.

Hello Assalamualaikum.


Tag 2 chingu blogger: Lala Halim, Hanisyaima.

Byes & salam~

Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi!!

Hello Assalamualaikum.


Sebab nak shawl tak pernah beli shawl yang macam hadiah contest tu. Lagipun saye ni memang jenis tak pakai shawl pun, mana tau kalau termenang contest SHAWL ni saye tetibe jadi pemakai shawl tegar pulak ke lepas ni. HEHEHE~

Harap boleh jadi salah sorang pemenang lucky draw tapi kalo tak dapat redha je la. NGEHNGEH~ Oklah, sekian dulu. Byes & salam~

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih

Hello Assalamualaikum.


Tag 3 chingu blogger: Lala Halim, Hanisyaima, Umie

Senarai Sponsor:

  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 

Itu saja kan. K, byes salam~ :)

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual 2611/3 (Part 1)

Hello Assalamualaikum.


Keje seni aku baru siap separuh. Ehhh tak, separuh suku kot, ke 40 minit je? Entah, entah, entah.. Tapi yang pastinya ia perlu disiapkan sebelum seminggu akhir bulan 7.

Aku pilih tugasan 5 tajuk kad ucapan 3D.

Gambar & lukisan flora & fauna.

Tema alam sekitar tapi ucapan tahniah? Whatever ah, janji siap!


Kad 3D yang dihasilkan bersama ibu. So sweet gitu~ =)



Banyak lagi tak siap nih, olahan tak buat lagi, kajian, reka letak, persembahan sumenye tak 'bergheh' lagi. Nanti nak guna rama-rama dan bunga lawa² sebagai motif. Yang lain-lain akan bersambung part 2, cewahh~

Byes, salam~ *Doakan aku dapat A seni, pekse sebelum ni asyik dapat above 50 je, teruk betul seni aku, tak berseni langsung aku ni hahaks~*

GiveAway: One Klik One Present by Lyssasecret

Hello Assalamualaikum. :)

1st GA by Lyssasecret sempena mencapai 10k+ followers blog,


Tag 4 chingu blogger:
  1. Lala Halim
  2. Hanisyaima
  3. Nad Cydot
  4. Nabiyha

Harap kali ni ada 'ong' untuk moenang walaupun Mr. Ong dah bersara. [T_T] Joinlah semua, k byes salam~ ^^

Saya nak GA dari Korea & Bandung!

Hello Assalamualaikum.

Beb, Giveaway dari Korea?? What, Korea?? Again, Korea??
Biaq betiq! Korea tu kot! Saya nak, saya nak, sangat²lah nak! :D


Korang pun nak?? Jom ramai² join giveaway ni. Click link kat atas tu & baca syarat-syaratnya. Peace! ^^

Sebelum tu tag kawan² blogger untuk join sama GA ni. Pastinya tag kawan yang 'gila korea' macam saya ni. *eh, takdelah gila sangat.* HAHA!


Whoah, banyak pulops! Ini semua aku ambik dari follow list & juga member² aku nih. So, korang jemputlah join yehh.

Byes, salam~ ^^