Zaman Pascamoden

Salam & Hello.

Pascamoden adalah satu ungkapan mutakhir yang merujuk kepada wajah dunia kini. Menurut kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pascamoden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era pertengahan dan era moden.
-YAMIN CHENG (Cabaran ideal pascamoden)-


Kenapa plak aku tiba² tulis pasal 'pascamoden' ni? Perkataan ni sebenarnya dah lama dah wujud, tapi tiba semalam ibu bagitau serba-sedikit tentang ni. Aku ni kalau nak ikutkan mana nak alert dengan perkembangan dunia semasa, asyik berada dalam dunia sendiri je. Baca surat khabar pun kekadang, tengok berita kat tv pun tak selalu. Baca buku pulak tak jadi hobi aku, kalau baca novel tu lainlah ceritanya.

Ibu kata dunia kita sekarang ni dah masuk era pascamoden, bukan moden lagi. Kalau zaman moden, kita baru nak membangun dan maju. Masa ni agama dan budaya masih menjadi pegangan, tak tinggal lagi. Tapi bila dah masuk zaman pascamoden kita sekarang ni dah melepasi era moden, kita bukan setakat dah terlebih maju malah agama dan budaya pun dah tak berapa dipedulikan. Kita semua dah jauh terpesong. Hanya keimanan dan pegangan agama kita yang mampu memandu kita di jalan yang betul.

Tengok sajalah dunia kita sekarang, inilah buktinya kita dah tak mampu lagi berada di atas landasan agama, jauh lagi budaya kita yang semakin ditinggalkan. Setiap hari ada saja maksiat yang kita lakukan, padahal berbuat kebaikan tu bukanlah susah manapun. Inilah yang terjadi bila kita tinggalkan agama dan budaya yang patutnya sentiasa menjadi keutamaan kita.

Dunia semakin menghampiri pengakhiran usianya. Aku selalu berharap kalaulah aku hidup di zaman dulu macam zaman rasulullah S.A.W atau zaman ibubapa aku masa kecil. Masa tu barulah aku dapat merasa erti hidup yang sebenar dan merasa sendiri kesusahan yang pernah mereka alami. Hidup aku sekarang seperti terlalu senang sehinggakan susah untuk aku bersyukur di atas semua nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T.

Apa-apa pun, aku redha dengan semua yang telah disuratkan. Sentiasalah berdoa agar kita semua tidak tenggelam dalam lautan dunia sekarang yang penuh dengan tipu helah lebih² lagi kita sekarang berada dalam era pascamoden. Selepas zaman pascamoden apa pula ye?

No comments:

Post a Comment