Update Twitter Status via SMS Phone (Celcom User)

Salam & Hello.


Rasanya ada sesiapa perasan tak sekarang aku rajin tweeting, hehehee~ Kononnya sekarang ni aku 'Kaki Tweet' lah, sentiasa mengupdate status twitter walau di mana jua aku berada. muahahaa~ Tapi, takde lah sampai macam tu sekali kan, kalau aku rajin, aku tweetlah. :D

Itupun semua gara-gara lepas aku tau macam mana cara nak update status twitter guna SMS je. Walaupun menggunakan handphone tanpa internet pun still boleh tweet jugak dan kosnya pun berbaloi-baloi. Sebelum ni memang aku tercari-cari cara nak bukak twitter via handset. Siap download Opera Mini and cari application Twitter untuk hp kat internet. Tapi sumenye hampeh, selain tak dapat bukak, duit aku pun melayang. Ada kot nak dekat RM2.00+ kredit aku kena tarik sebab nak bukak twitter guna Opera Mini & App Twitter tuh.

Pastu, aku dapat tau bleh update twitter status guna Gladlycast. Aku try jugak yang ni, tapi tak tau kenapa message macam tak sampai je. Mungkin sebab aku guna Celcom kot. Nombor Gladlycast ni untuk Maxis je. Sengal~ Sekali lagi duit aku diragut hampir 20$ lebih. Ngeh²~

Tapi aku tak putus asa. Aku google sampai nak tercabut jari (nyelatuu :P), akhirnya aku jumpa caranya kat blog Merpati Biru. Dari blog Merpati Biru ni dia bagi link macam mana nak update twitter untuk pengguna celcom. Rupa-rupanya kan, link tu ke blog sis Rara. Dah lama sangat sis Rara post pasal twitter ni semua, sekitar bulan 2 tu, aku je yang tak tau. Hehehee~

Apa lagi aku try la. Alhamdulillah akhirnya dapat lah jugak aku nak bertwitter guna tepon je. Tak payah lah susah-payah bukak web twitter untuk update status kita, sebab cara ni lebih memudahkan dan menjimatkan. Cuma RM1 seminggu kita boleh tweet tanpa had.

Update Twitter Status via SMS Phone for Celcom Users.

1. Pergi link ni. Ikut arahannya step by step.



2. Ambik henset korang, bukak mesej pastu taip T dan hantar ke 29800.


3. Kemudian pergi ke link ni http://www.channelx.com.my/mdp/twitter_promo.jsp semula dan click 'Click here to link your account now'. Ikut semua step yang dia bagi sampai habis. Lepastu korang boleh lah start tweeting tanpa had.


Cas yang dikenakan hanyalah RM1.00/seminggu. Berbaloi lah tu kan boleh tweet ikut suka, bayar just seringgit untuk seminggu atau RM4 untuk sebulan.

Nanti dia akan bagilah mesej Twitter Tips yang boleh kita guna contoh macam nak follow orang ke, nak tengok status terbaru ke, nak tweet pic ke dan macam-macam lagi.

Dan sedikit tips untuk korang, kalau boleh korang save la no 29800 tu sebagai contact kat phone korang. Nanti bila² masa korang nak tweet, korang boleh terus hantar kat no dalam contact korang tu. Haa, kan senang macam tu, tak payah lah hafal² 'no twitter' tu. Hehee~ ;D

Big Credits:
Merpati Biru - http://faizmutalib.wordpress.com/2010/04/23/celcom-twitter-via-sms/
Raracandyfloss - http://www.raracandyfloss.com/2010/02/tweet-via-sms-anytime-anywhere.html

Psstt: Sori sebab terpaksa baca aku membebel-bebel dulu sebelum aku bagi cara update twitter tu. :P

13 comments:

  1. hohohoh..peehhh...pengguna celcom jer ker?? maxis xde??
    hahaha..aku twitter via hanset juz..buka tenet gi website twitter jer..=.=

    ReplyDelete
  2. Thankyou sebab link kan blog kakrara :)

    ReplyDelete
  3. aku penah buat benda ni dulu pastu 24/7 fon aku berbunyik pastu kena padam inbox sebab memory xckop ahhahah

    ReplyDelete
  4. @Lala Halim - kalau maxis pkai gadlycast tu la. alaa, maxis murah nk bkk internet xpe la.. kalo ak bkk internet hbis dia telan duit wlaupun bkk x smpai seminit.

    ReplyDelete
  5. @ARC™- haha, benda ni skali tweet dia msti bg mesej. xtau nak stop mcm mne. layan je la. ;)

    ReplyDelete
  6. Kenapa bila orang mention nama kita kat twitter tu celcom tak inform pun kat kita?

    ReplyDelete
  7. @Es. M - hmm, yg tu sy xtau la plak. sorry la, sy x expert sgt bab2 twitter ni. hehee~

    ReplyDelete
  8. SUMMER S.,
    ANGELES CITY
    PH
    MY CEL SMS# +639192616111

    SMS UPDATE

    ReplyDelete
  9. my sms mobile# +639192616111----sms only
    update me via txt
    SUMMER
    AC

    ReplyDelete
  10. Nak tanya macam mana ni? saya dah cuba. tapi saya tak dapat masa yang 5 number linked tu. Boleh bagitahu macam mana nak buat?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya macam mana ni? saya dah cuba. tapi saya tak dapat masa yang 5 number linked tu. Boleh bagitahu macam mana nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, tuto ni 3 tahun yg lepas. mungkin cara ni tak boleh pakai dah. cuba refer kat website celcom.

      Delete