Menghadapi Kematian.

Salam & Hello.

Al-fatiha buat Ayah Ca, ayah saudaraku (1963-2010).


***

Lama jugak yea aku tak update blog dan online. Sesuatu yang telah berlaku dalam hidup ku & famili ku. Kami telah kehilangan seorang ahli keluarga yang kini pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Puas aku pujuk diri aku menghadapi realiti dan terima kenyataan. Susah la nak percaya kini yang kami gelar 'Ayah Ca' dah takde da.

Sedih sangat bila teringatkan arwah. Rasa macam diri ni turut pergi sama. Aku harap sangat bila keesokan harinya aku bangun tidur dan ada orang bagitau aku yang semua ni hanyalah mimpi. Tapi, apakan daya Allah lebih menyayanginya, semua ni telah ditentukan oleh Allah. Kita perlu kuat dan redha atas segala-gala yang berlaku. Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. Jadi jangan berhenti bordoa moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Aminn.

Kalau nak ikutkan, bila aku tengok sepupu²ku, rasa macam diri ni tak adil sangat. Aku yang tak adil! Kitorang membesar sama², main sama², tidur sama², mandi sama², dan pelbagai lagi perkara yang dibuat bersama². Pendek kata kitorang ni takde bezanya. Lepas Afsar lahir, Hanum lahir, lepastu aku, lepastu Fatin, lepastu dipah, lepastu Alif, lepastu Iyad, akhir sekali Afrina.. Lepas ni tak tau lah apa kan. Hmmm~

Dan untuk pengetahuan umum, sejujurnya inilah first time aku menghadapi kehilangan orang terdekat. Sebab tu lah rasa macam tak boleh percaya. Pergi meninggalkan kita semua yang masih hidup ni secara tiba².  Memang sedih dan sayu sangat bila depan mata aku tengok jenazah dikuburkan, timbul rasa insaf dalam diri ni. Bila lah pulak aku nak 'pergi' ek..

Apa²pun semua yang berlaku ni telah memberikan aku sedikit pengajaran. Janganlah kita lupakan Allah kerana bila² masa je di mana jua Allah boleh tarik nyawa kita secara tiba² dan mengejut. Sesungguhnya Dia-lah yang berkuasa atas segala-galanya. Al-fatiha buat ayah saudaraku.

No comments:

Post a Comment