KAWAII GADGET'S CONTEST

Salam & Hello.

Hari tu ada terbaca entri terbaru dari blog ikahoneybunny tentang Kawaii Gadget's Contest. Sis ika tag saya utk contest tu. Jadi saya pun nak try la jugak masuk contest ni untuk suka², nampak macam menarik kan. Walaupun agak last minute masuk contest ni sebab penganjur contest tiba² mempercepatkan tarikh tutup contest.


So, syarat-syarat untuk contest ni tak susah mana pun. Syaratnya boleh baca kat sini (click) dan yang pentingnya kita kena:

"Pilih satu lagu, lagu ape-ape je. Bahasa ape pun tak kesah. Buatla satu entry berkenaan lagu tersebut. Tak kesah la nak cerita kenangan ke, romantiko ke, gembira ke, sedih ke, menyampah ke, janji dapat menarik hati juri. Menarik hati juri, ok. Bukan hati korang..ekeke~"

Then kena tag at least 3 orang tapi sebab saya dah last minute sangat saya random tag je la ok.
Tag kepada:

  1. Lala Halim
  2. Cik Nunu
  3. Shyma

Eheee, sume member² terdekat saya tag. ^^ Ohh, referral contest ini sudah semestinya Sis Ika. :)

Lagu yang saya pilih untuk contest yang kawaii ni ialah lagu Nadiku oleh Sabhi Saddi.


Boleh click play lagu ni utk dengar.

Apa yang saya suka tentang lagu ni ialah kalau kita play banyak kali pun tak boring. Dengan rentak lagu dia yang slow dan syahdu tu yang boleh buat kita tertidur memang mencairkan hati. Tak cukup dengan tu alunan suara yang merdu berbekalkan wajah yang kacak oleh penyanyi lagu ni iaitu Sabhi Saddi, menambahkan kebestan lagu ni sendiri. Hehe~


Walaupun lagu ni tak kawaii tapi sebaliknya sedih, ia tetap menjadi antara favourite lagu saya. Saya ni memang jenis yang suka lagu rentak slow² yang boleh membuatkan air mata menitis tanpa sebab. Saya tau lagu ni pun dari drama Tari Tirana yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu. Dulu saya ni memang peminat drama Tari Tirana, lagipun dalam cerita tu semua lagu tema dia pun best.


Bila tengok MV lagu ni rasa macam sedih je. Well, banyak MV best yang boleh menyentakkan hati kita. Akhir lagu ni akan keluar muzik je kepada lagu ni. Best je bila dengar.. syadu, sayu.


Actually saya pernah post pasal lagu ni dalam blog saya dulu. Boleh click sini kalau nak tengok post tu. Adoii, takde idea dah nak tulis apa. Mungkin sebab saya post semua ni last minute. Hee~ Ok lah, cukup sampai sini dulu.

Sekian. :)

4 comments: