Jadi seorang Blogger!

Salam & Hello.

Aku tengok sekarang dunia blog semakin meriah yea dengan kehadiran blog² baru. Nampaknya hampir semua dari kita nak jadi blogger tegar, betul tak? Hehe, saya cuma blogger part time. :P

So, agak² korang yang masih belum memegang title 'blogger' tu tak teringin ke nak join kitorang (para blogger kononnya) ni? Tak rugi tau jadi blogger, banyak kelebihan yang kita boleh dapat antaranya yang paling femes dapatlah kita memenuhi masa lapang kita dengan blogging (tapi kadang tu kalo tak lapang pun still blogging. xP), then kita boleh dapat kawan baru, dan kalau pandai kita boleh jadikan blog kita ni sebagai side income kita dengan mendaftar iklan kat blog kita, ataupun kalau nasib baik boleh jadi famousee lagi.

Alangkah seronoknya menjadi seorang blogger kan! Macam-macam kita boleh dapat dengan hanya menjadi blogger. Tapi kenalah jadi blogger yang betul² serious walaupun just part time. Update sekali-sekala pun takpe janji kita kena pandai lah bahagikan masa blogging tu kan. Tak semestinya kena update setiap saat, detik, jam, hari okayy.

Syarat untuk menjadi seorang blogger pun senang yang teramat sangat. Korang cuma perlukan sebuah BLOG. Bukan rumah banglo atau kereta Mr.Bean tau, cuma sebuah BLOG. Nak ada blog tu pun sonang jer, just sign up Blogger.com, habis cerita. hehe~ Kalau nak ikutkan banyak lagi website selain blogger.com yang menawarkan perkhidmatan blog tapi aku rasa setakat ni blogger.com adalah yang paling sesuai untuk korang yang inginkan sebuah blog yang free, pantas & mudah. :)

Cara buat Blog

1. Pergi ke www.blogger.com/. kemudian nampak tak tulisan Get started dekat kotak Don't have a Google Account?, click tu ok. Tengok contoh dibawah:


2. Isikan segala maklumat yang diberikan. Sila tengok contoh dibawah again.


3. Pergi ke email anda untuk activekan account Google anda. Lepastu boleh start creating your blog dengan senang hati. Korang just tekan Create a Blog untuk buat blog korang. Satu account google korang boleh buat berapa banyak blog yang korang nak, takde limit tau. ;)


*Yang kat atas ni semua contoh ok. Korang isikan lah semua maklumat tu yang betul² korang punya.

Ok, dah siap pilih template semua bolehlah korang start posting kat blog korang. Bergembiralah dengan blog baru korang dan semoga korang menjadi seorang blogger yang sukses ya! Selain tu, korang boleh jugak design blog korang lawa². Umm, mungkin nanti aku akan buat tutorial untuk mengdesign blog korang sendiri. Nantikannya yea!

Happy Blogging! dan Jadilah seorang Blogger! :D

Psstt: Aku tulis post ni semata-mata untuk mereka yang masih belum ada blog & orang yang tanya aku mcm mana buat blog. Sekian.

7 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi jawb servay ini. Jng lupa dptkan keputusan setiap minggu in my blog ok..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi jawb servay ini. Jng lupa dptkan keputusan setiap minggu in my blog ok..

    ReplyDelete
  3. Hurm.. seolah-olah post ni ada unsur hiperbola sikit..(perasaan).. anyway, bagus saranan tu.. moga dengan berblogging dapat memberi manfaat kepada semua orang lain di sekitar kita..

    ReplyDelete
  4. @-| Analah ana |- - erkk, sbnarnya sy x bpe fhm mksud awk. tp papepun, trima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. aku da rimas dgn soalan mcam ni " mcamane nak buat blog "

    ReplyDelete
  6. @SyedGraphiX - haha, ko link la blog ak ni kat dorang. mgkin bleh mbantu. :P

    ReplyDelete