Hari-hari Best!

Salam & Hello.

Wee~ Best hari Isnin (21 Dec 2010) baru ni pergi Genting Highlands. Ngeh3~ (Jakun! :P) Jangan jealosy² yea, aku pun pergi cuti-cuti malaysia jugak walaupun tak lame. Post kali ni aku nak 'triple update' untuk satu hari yang best tahun 2010 nih. Sebab aku tak update sebelum ni so aku combine je lah dengan post ni. ;D

Genting Highlands (Dec 2010)

First cerita pasal genting dulu. Sebab yang ni terbaru, masih fresh jadi yang ni mula-mula okay. :) Act, time pegi genting ni aku taktau apa² so tak plan beria. Pegi ikut family je, layan je la~ Kat sana takde banyak main pun. Just tengok cinema 3D citer Tron Legacy & pergi Snow World, tu jeh.


Masa mula² sampai. Parking jauh gila, tapi takpelah. Aku tukang snap sebab tu aku takde.
Dari kiri: Ibu, Iyad, Anum, Ipah, Aleh.

Tron Legacy


Ahh, tak kira nak jugak posing depan poster Tron & Narnia walaupun hapat. :P

Apa yang best dengan Tron ni eh. Aku sebenarnya tak terhingin langsung nak tengok Tron lepas baca review dari ARCX13 ni. Jadi aku prefer nak tengok Narnia. Tapi sebab adik aku yang kechik sekali tu (Iyad) gedik sangat nak tengok Tron jadi terpaksa lah tengok jugak. Kata ikut family kan, duit ticket pun family yang bayar, so tak bleh protes! Hakhak.


Bagi aku Tron best sebab:
- Sam Flynn hengsem walaupun agak tua (ada sedikit kedutan diwajahnya).
- Ada Dr. 13 House (Olivia Wilde). Ohh, aku suka!
- Effect dia best, apalagi tengok 3D, memang superb wallawehh!
- Suka tengok kaler² dia, biru & oren. Tapi aku rasa kalo kalerful lagi cun.
- Daddy Sam pun hensgem jugak bagi aku (tak habes² dengan hensemnye. xP)

Tron tak best pulak sebab:
- Hemm, jalan cerita dia biasa sangat. Aku nak lebih kalau boleh. :P
- Cekci ar pakaian dia, malu nak tengok (cehceh) apatah lagi bersama keluarga.
- Aksi dia bagi aku tak bape banyak, dia macam banyak membebel je.
- Tak suka background music dia, macam annoying jeh.
- Takdek subtittle. Bukan lah aku tak paham langsung tapi lebih afdhal kalo ada sub kan. Hehheh!


Haha, fake u.s.a plus Pizza Hut & KFC.

Habis tengok Tron, keliling ar satu first world tuh cari Snow World. Tapi sebelum tu tandas mesti pergi, nak terkenceing duduk dalam tu bapak sejuk nak mamtis. Haha~ Nak masuk Snow World tu bapaklah cekcesnye, manusia ramai sangat. Terpasksa tunggu setengah jam baru dapat masuk. Apapapun, best loh kat dalam tuh. Time kat 'pintu gerbang' snowworld tu siap jumpa pelakon indonesia, Rico Tampatty (google balik nama dia). Mula-mula tak cam pastu aku pikir² sapo lah tu, baru aku ingat rupa-rupanya ayah Mutia dgn Tiara dalam sinteron Mutiara (aku peminat citer nih dulu.). Hau³~


Inilah orangnya, Rico Tampatty yang aku jumpa kat genting tuh. ngeh²~ :D


Snow World.


Aku pun tak terlepas posing. weksss, geli gedik! xP

Kitorang balik lepas siap solat Zohor. Patutnya terus balik tapi taktau lah macam mana boleh tersasul pi ke KL plak. Apalagi singgah ar Giant kat Batu Caves, makan² kat sana dulu, perut lapar sebab dari sampai genting tak makan lagi. Kat giant tu tak sempat nak 'soping' pun sebab habis makan terus pulang. Sampai rumah dalam pukul 8 lebih, sempat lagi tuh tengok He's Beautiful kat 8TV. Hahaks~ :D


Hangout Together ( Nov 2010)

Maybe ni first time kot untuk tahun ni (2010) dapat hangout together. Memang gempaque habis, satu geng (walaupun tak bape cukup orang- UNIQUE COMMUNITY) join hangout nih. Lagi satu, hangout nih jugak sempena nak celebrate birthday Mira Ezam (3 Dec) yang mungkin tak dapat celebarate lain kali (dah lah tahun lepas aku terlepas bday dia. [-_-"]). Serious wa cakap satu hari ni memang enjoy habis, harap nanti dapat hangout together macam ni lagi okaeiss kawan. ;D


Handmade chocolate cake by Hahazirah & Shyma.


DoraeME! @Bubbleshop.


Cikyam, mira, ayma, and Mr.bean a.k.a Hahazirah at Bubbleshop. Snap by Lala.


Menunggu ketibaan '2 ketul pizza' dan Raja.
Dari kiri: Lala, Ayma, Mira, Cikyam. :)


Mira posing with her bday present (ring) from kitorang (Hahazirah, Ayma, Lala)


Raja Mastura & Raja Munirah. *sorry raja bout ur pic. hehe~


1st pizza we eat.


Pizza with sardine, erkk but a bit delicious. hehhee!


Happy birthday Mira, Lala, Shyma, Zira, Cikyam & Raja. We're sixteen now! :P


Perghh² memang mahal doe pizza. Takpe setahun sekali. Haha~ :D

Sikit coretan aku tulis pasal hangout nih.

Setelah sekian lama duduk memeram kat rumah, kobosanan, keboringan. Akhirnya dengan secara tak sengaja tiba-tiba je kawan² aku plan nak hangout. Patutnya hari sabtu, tapi Lala & Mira ada hal. Tunda la hari ahad.

Ok, seriously enjoy gila hari ahad ni tau. Btw, aku, lala dgn ayma plan nak celebrate bday Mira sekali. Ini idea aku yang disimpan sebelum SMA lagi. Lepas sma hari tu baru bgtau plan ni kat diorang. Kitorang cadang nak buat kek. Of course la handmade cake yang dibuat oleh aku dan ayma. Guna resepi CT. Thanks ct, cuma part topping tak jadi, terpaksalah buat 2 kali. Huuu~

Ehem², lepastu aku, ayma dgn lala kongsi duit 2 ringgit sorang bagi hadiah kat Mira. Hadiah ape? Haha, semestinya cincin kegemaran mira. Tak plan pun tau hadiah ni cuma kebetulan ada barang lebih jadi bagilah sekali. :)

Eee..seronoknya lah hari tu. Susah nak kumpul ramai² macam ni hangout together. Jarang² dapat buat memandangkan mira duk jauh kat bentong sana. Nanti kalau berkesempatan buat lagi macam ni yea.

Hari tu kitorang pergi makan Pizza Hut. Taknak pegi KFC, dah boring dah.. Asal keluar je mesti kfc jadi pergilah pulak pizza habiskan duit makan pizza. Habis lesap rm80  (rm15 sorang) macam tu je. Bese lah tu, nama pun pizza. Tapi tak rasa sangat kot duit tu sebab bila dapat tgk encik² pizza yg hengsem. Pelik lah asal pekerja pizza hensem eak? Rasa mcm nak kerja pizza jgk lah habis spm nanti, dpt kwn (kawan/kawen??) dgn encik pizza yg hemsomee. :P

Habis mkn pizza, pergi lah the store (dah banyak skip dah ni). Macam bese tgk CD, Teddy Bear, snap² gambar. Best! Pastu adik raja merajuk plak, puas pujuk. Terpaksa seperate jap pujuk adik raja cari belon. Siap tu kitorang kumpul semula dekat Guardian. Asal guardian ek? Haha, sebab situ sejuk ada ai-cond, boleh sejuk²kan badan, cuaca dah lah panas.

Time nak keluar guardian tu, mira terpaksa balik. Aduuhh, sedih la.. xoxo dgn mira, lepastu cikyam pulak. Tinggal lah aku, ayma, lala dgn raja. Pergi 7eleven beli air slurpee sambil usha² komik. Rehat jap dalam tu lepastu semuanya nak balik. Pergi kat pizza hut balik tunggu kat depan tu. Habis sudah hari menghangout together bersama rakan² baik yang dah lama tak jumpa.

Aku orang paling last sekali balik. Sedih kena tunggu sorang² tapi apakan daya. Sebelum balik abah singgah jap kat Easy RHB. Ohh ohh, sekali lagi, hemsomee nyee pekerja easy rhb tu. Dah lah pakai pink kemeja pulak tu. Haha~ Sempat lagi aku. Tapi apa-apa pun yang paling penting, aku enjoy gila hari ni. Muahahaha~ :D


School Trip after SMA - Kuala Gandah & Deerland ( Nov 2010)

SMA dah habis, apalagi enjoy la! Sekolah ada buat 'rombongan' pergi Kuala Gandah sempena 'kehabisan SMA', aku pun join lah. Rugi da tak join, bayar RM10 tapi dapat pergi tempat yang memang tak syak wasangka lagi, memang beshh!


Welcome to Kuala Gandah yeah. Tengok gajah, best!


Introducing the gajah's name and then feed them. ;)


Pas selepas ditukar. Patutnya kaler merah. ohh, tolong abaikan background buku teks prinsip perakaunan ting.4 tu yea.


Souvenir at Kuala Gandah. Tak beli papepun kat sini, hee~


Lepas tengok 'wayang gajah', snap pulak gambar 'rangka gajah' ni.


Sungai Kuala Gandah. Terbaik, cantik sekali. Snap by Ayma.



Rusa comel! :D


Sesi bagi makan rusa. Seram sejuk, haha!


Bulu ayam ni macam bulu kucing. Unik sangat. Gebugebugebu~ :D


Sesi bergambar bersama euuww lar.


Sir Hazrin & Cikgu Zainal Abidin bergambar bersama euuww lar. :)


Cute tikushh. Snap by Ayma


Sesi bagi makan beruang. Best!


Sesi bergambar bersama beruang


Coklat 1 Malaysia. Satu Ringgit Malaysia sahaja. Sedap pulaks tu.

Baca sikit aku membebel pasal K.gandah nih. :P

Aku rasa hari ni best sangat. Hari ni cikgu ada buat lawatan/rombongan ke kuala gandah bagi budak lepasan SMA. Yang join rombongan untuk 8 November ni budak kelas 4B dgn 4T, tapi aku tgk ada jugak budak kelas lain pergi.. tapi biarlah.

Mula-mula time pagi aku dapat khabar buruk dari Lala, dia kata dia tak jadi pergi katanya mak dia risaukan dia. Aku frust jugak mula² tapi aku hormati keputusan dia dan tak nak paksa² dia. Aku faham perasaan tu, lepas tu aku terus contact Shyma tanya dia jadi ke tak pergi. Nasib baik la ayma jadi pergi kalau tak keseorangan lah aku jawabnya dengan raja. hehh~ :P

Sebelum naik bas tu sempat lagi aku mennyettlekan (settle) barang² katalog semua. Aku rasa aku lah orang terakhir (murid) yang naik bas. Haha~ Bangga budus disitu. :P Masa perjalanan dalam bas tu aku duduk dgn Shyma, Raja pulak duduk kat tempat yg ada satu kerusi tuh. Kitorang borak²lah macam² sampai lah sampai ke Kuala Gandah tu. Tak tidur langsung wei jadi rasa agak letih lah. Yang aku bengang sikitnya aku plan nak bawak henset tapi at last aku pulak yang tertinggal henset. Padahal aku lah orang paling beria nak bawak henset tapi takpelah aku pinjam je lah henset ayma snap macam² gambar kat situ. Nanti aku bluetooth semua gambar and upload kat sini wookei. :)

Sampai kat Kuala Gandah cikgu suruh kitorang makan dulu. Makan nasi lemak tapi aku dgn ayam kongsi je nasi sebab takut tak habis, tapi memang tak habis pun. Aku makan dua suap je nasi, punya lah tak habisnya, nasib baik ambik satu bungkus je kongsi 2 orang. Hehe~ Yang best kat lawatan ni kan, kitorang dapat 2 orang cikgu pengiring yang gila sporting, Cikgu Za'ba dan Sir Hazrin. Selamba je tunjuk henset depan cikgu walaupun tau henset memang tak boleh bawak sebenarnya, kamera  boleh la.

Lama kitorang tunggu nak masuk pegi tengok gajah. Mula² masuk tu kitorang dapat kad merah, kalau kad merah tak boleh tunggang gajah tapi sir dengan baik hatinya menukarkan kad aku and ada beberapa kawan lain dgn kad hijau. Masa kitorang pergi tu kan, ada jugak rombongan dari sekolah SMKT budak form 3. Ingatkan ada si patin sepupu aku, ceh rupanya tengok² cari² takde. Biar je la..

Aktiviti pertama buat kat situ, bagi makan gajah. Mula² orang tu kenalkan nama² gajah then barulah dia ajar bagi makan gajah. Puas aku hulur kat gajah tu tebu tapi gajah tu tak ambik². Lama-lama hulur baru lah gajah tu ambik tebu tu guna belalainya.

Lepas tu pulak ada aktiviti tunggang gajah. Sekolah aku punya tak semua budak boleh tunggang. Cuma orang yang ada kad hijau (aku lah tu) yang boleh tunggang. Tu pun aku mintak kat cikgu saat-saat akhir. Nasib baik dapat tunggang jugak. Best tau dapat pengalaman naik atas gajah tu sendiri. Terasa ketajaman bulu-bulu gajah tu and time naik tu pun rasa nak jatuh je. Tapi best laa..Aku naik tiga orang dengan ayma and raja sekali. Aku duk belakang, ayam depan sekali dah kena pegang orang yang bawak gajah tu, raja plak duduk tengah².

Habis je tunggang gajah, kitorang tengok 2 ekor anak gajah (tak ingat dah nama anak gajah tu.). Tengok, tangkap gambar, pegang², dah siap kitorang pegi tandas kejap (kejap ke? aku rasa aku, ayma and raja orang paling last). HAHA~ Masa tu kitorang kena masuk satu bilik ni tengok tayangan pasal gajah. Emm, boring la jugak tapi best kot. Ngeh³~ Selesai tengok 'wayang gajah', pegi jap tengok rangka gajah, tak tau la rangka betul ke tak, tangkap je gambar. :D

Masa kat luar tu, cikgu tanya nak balik ke nak pergi Deerland. Of course la nak pegi deerland kan tapi cikgu kata tak masuk sekali pakej. Tapi, lepas cikgu call siapa entah, cikgu suruh kitorang naik bas nak pergi deerland lah ni. Sukee! :)

Sampai kat deerland, mula-mula kitorang pergi tengok rusa (kata deerland kan mesti lah tgk rusa). Bagi makan rusa tapi aku tak tau lah, rasa takut sangat nak bagi makan rusa tu. Nampak macam ganas je. Huhu~ Lepastu kitorang melawat lah pelbagai jenis haiwan. Ada tu sampai kat tempat ular kitorang kena bergambar dengan ular sawa. Euwww, memang geli gila lah kena pegang ular tu tapi aku tak pegang. Sorry mintak ampun sampai bila² pun aku tak kan pegang ular okayy. huh! tapi nak gak bergambar. haha~ ^^

Last destination kitorang ialah dekat tempat beruang. Part ni best sebab dapat kasi bagi beruang jilat my tangan dengan lidahnya yang agak euuww tu. Haha~ Takut la jugak rasa kan dengan big 'teddy bear' tu tapi nasib baik la time tu dia tak mengganas. Sebelum balik kitorang singgah jap kedai sebelah tempat beruang tu. Kat kedai tu aku beli air soya and coklat Satu Malaysia. Haha~ Sedap tau coklat tu walaupun dia 'satu' and harga dia pun just seringgit jer. :)

Wuuu, dah sampai sekolah time balik kena balik naik bas lagi. Eee.. tak suka tapi layan je. Anggap ini pengalaman yang best and tak boleh lupa la. Best! :D

Setiap 'satu hari' ni adalah hari yang ter-best untuk tahun 2010 nih. Mungkin aku banyak skip citer kat atas tapi apa-apa pun segala kenangan, memori bagai ni sentiasa kekal dalam hati dan ingatan aku selama-lamanya, insya-Allah.

3 comments:

  1. waahh bestnyer bercuti..haha jelez aku..:)tengok pizza tuh teringin nak makan lagi..aku rindu nk hirup soup tuh hahaha..:) wahhh :) hengsem guru kelas aku n teacher aku posing..:)

    ReplyDelete
  2. @Lala Halim - holiday smpena akak ak abes pekse. ngeh²~ tau xpe, aku pun teringin nak mkn lagi pizza tapi thun dpn la plak yea, bankrupt aku asyik mkn pizza je. haha! sir n cikgu zaaba semestinya segak sentiasa. muahaha~ ♥

    ReplyDelete
  3. http://saiadakskool.blogspot.com/2010/12/lucky-blogger-contest.html :)

    ReplyDelete