25122010

Salam & Hello.

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan trimas banyak-banyak-banyak kat blogger yang sudi join contest aku. Memandangkan ni first contest aku buat dan penyertaan mendapat sambutan yang baik so aku agak terharu disitu. Terima kasih banyak-banyak kat korang ek! Sayang, sayang. ♥

Semalam x'mas kan, semalam jugak merupakan birthday kawan aku yang aku panggil Jojo. Aku nak wish bday dia tapi aku dah hilangkan no dia. Facebook dia pulak aku cari tak jumpa, mungkin dia dah deactivekan kot. Hmm, aku mintak maaf banyak sangat kat Jojo sebab tak dapat wish bday ko direct. Aku betul² tak tau nak contact ko macam mana. Aku just post status kat fb aku. Macam mana la ko nak tau ek. Since aku kenal dia, Jojo mesti akan wish aku bila tiba bday aku. Tapi aku, bila tiba bday dia aku lupa then sekarang bila aku dah ingat sangat² ,no dia pulak hilang. Hmmm~ *sigh [-_-"]


Oh, dan semalam jugak famili aku pergi kl. Tujuannya untuk jemput wan aku tapi sempat lah jugak melencong ke tempat lain. Mula² tu plan nak pergi PWTC, katanya ada Pameran Buku kat sana. Tapi at last, tak jadi sebab sesak sangat. Adik aku yang ipah tu je dapat pergi sana sebab dia ikut Cikdin aku. Yang famili aku pulak pergi Mid valley, tengok² hot gadget kat situ. Alahh, tak suka lah pegi semalam sebab orang sangat-sangatlah ramai, sebab x'mas kot.


Tapii kan, yang agak besh bila aku dgn akak aku beli novel baru punya. Walaupun takde less pun takpe lah janji dapat novel yang aku nak sangat baca, Versus by Hlovate dan satu lagi novel yang macam best, Prince Charming. Ngeehh~ Eh, tau tak, aku dah terpikat lah dekat ehem² nih, kacak sangat sampai aku jatuh hati dan berniat untuk memilikanya. [♥_♥]


Acer Aspire One Happy Purple - RM1299. Comel kan dia. Geram aku tengok. Sekarang nih aku rasa nak start collect duit beli cute netbook ni. Lagi satu yang jadikan aku 'gila bayang', Sony Nex. Bapaklah terlalu sangat smart cool. Supergghh. Aku rasa Snoy Nex lah kamera kualiti slr yang paling handsome. [>_^]


Aku nak Sony E-mount Camera NEX-3 lah, murah sikit - RM1999. hehee~ :P Tunggu lepas aku habis spm baru dapat cool stuff ni sume agaknya. Takpe² benda ni boleh jadi barang idaman aku memandangkan aku dah lama takde barang idaman hati. ;)

Aku taktau lah nak buat title apa untuk entri ni so aku letak tarikh je lah eh. Eh, btw, sape yang join lucky blogger contest tuh, korang tolong check nama korang kat bahagian Lucky Blogger, tekan Blogger ok. Nama korang mengikut URL blog korang.

Sekian, trimas. :)

4 comments:

  1. cntinye netbook acer tu..
    nak jgk..~

    ReplyDelete
  2. eee...harga lebih kurang DSLR je =.=

    ReplyDelete
  3. syuhada - haah, comel sgt kan. ;)
    kizZ - yap btul tu, the best laptop ever. cewahh. :P
    syed - xpe2, yg penting kualiti dn rupa yg hengsem. xP

    ReplyDelete