Deactivate Account Facebook starting 2011.

Assalamualaikum & Hello.


Tengok tajuk kat atas dah menyatakan apa yang aku nak bagitau. Adehh, rasa macam sekejap la pulak cuti. Hari isnin ni dah start sekolah. Jujurnya, entah la apa aku rasa. Rasa tak bersedia lah, malas la, tak sabar la, berkobar-kobar la (nak amek result SMA). Sengal la feeling aku ni. [-_-']

Apa-apa je lah, janji untuk tahun 2011 ni aku dah set da, nak deactivate account personal fb aku sepanjang tahun 2011 ni. Aku serious ni, bukan olok². Tengok, aku boleh pegang ke tak kata² aku hari ni. xP


So, sekarang dengan rasminya aku tiada facebook buat sementara. Lantak la apa nak jadi dengan fb. Aku cuma nak fokus, fokus & fokus je, huhh~ Macam beria la pulak rasa, takpe² just ignore it. :)

Ohoo, btw, aku pun tak nak jugak terlepas ucapkan Selamat Tahun 2011, Happy New Year, عام سعيد.

ambik ko, gambar cilok google je. hehh~ xP

Semoga kedatangan tahun baru kali ni memberi impak dan perubahan yang besar untuk kita. Dan kepada SPM candidates 2011, i wish us all the best!

Sekian, salam. ;)

Terima kasih Lala Halim. :D

Assalamualaikum & Hello.

Entri ni special dedicated to my very-very-very superfriend, Lala. Tahu kenape? Sebab dia dah tolong aku create banner untuk Blog Hahazirah Through Heart aku nih. Aku ada suruh 2 orang buat untuk aku, sorang Lala, dan sorang lagi Syed. Yang Lala buat siap dulu, jadi aku nak ucapkan bilionan, milionan, jutaan, ribuan, ratusan, puluhan, dan se-an banyak² kat Lala kerana sudi melayan karenah aku untuk tolong buat banner blog aku.

Apalah blog ni tanpa banner buatan Lala yang superghh wallaweh. Hehee~ Comel, simple, menarik dan matching hasil banner buatan Lala ni. Lala ni memang tangan seni lah. ;D Aku suka semua artwork dia. Simple but nice. So-so adorable. Cewahh!

Nak tengok banner blog aku yang Lala buat? Haa, ni dia, kat bawah ni:



Lepas ni boleh la kita (para blogger semua) exchange banner pulak kan. Sebabnya aku dah tak letak dah exchanghe link dekat bahagian sidebar tu, nak bagi blog ringan sikit dan nampak kemas.

Kepada Lala, thanks a lot yeah! kao twice dari ko aku. hehee~ ;) .

Sekian dulu, salam. :D

You're Lucky Blogger!

Assalamualaikum & Hello.


Di pagi yang ceria ni aku nak umumkan pemenang Lucky Blogger Contest. Tengah malam semalam dah pilih dah, tapi takut nak bukak 3 kertas nama blogger tu. Agak-agak siapakah 3 orang lucky blogger tu yea? Aku pun berdebar jugak la nak pilih pemenang semalam. Tapi sebelum nak umumkan pemenang tu aku nak bagi speech tak rasmi sikit. Hehee~

Fistly, aku nak ucapkan milionan terima kasih tak terhingga kat korang yang sudi support dan join contest pertama aku ni. Walaupun dalam kesibukan nak kembali ke sekolah sempat jugak ek aku bercontest bagai. Haha~ Tapi takpe, ni semua boleh jadi salah satu dari experience blogging. :D Korang patut buat satu tau, it's fun. Cuma kadang-kadang tu agak penat sikit la nak listkan peserta yang join, nasib baik contest aku tak beribu yang join kalau tak pengsan aku nak list sorang². ;)

Statistik untuk Lucky Blogger Contest (1st contest by Hahazirah kononnya) ni ialah:

  • Contest dijalankan selama 7 hari tepat iaitu start 24 disember - 30 disember 2010.
  • Selama seminggu contest ni berjalan, seramai 104 orang peserta yang telah join contest ni.
  • Pemenang pula diumumkan sehari selepas contest ditutup iaitu hari ni, 31 disember 2010.
  • Hanya 3 orang lucky blogger sahaja dipilih.

Kepada 3 orang lucky blogger yang terpilih tu aku ucapkan syabas banyak² kat korang. Memang 'luck' korang untuk contest kali ni. :) Dan kepada sesiapa yang tak terpilih tu, korang jangan sedih² dan keciwa, mungkin bukan rezeki korang kan untuk Lucky Blogger Contest ni.

Insya-Allah mungkin contest kedua dari aku akan menyusul kemudian hari., tapi bukan dalam masa terdekat ni lah. Aku nak spm tahun 2011 ni, jadi lepas aku free dari spm, mungkin aku akan pikirkan satu lagi contest mudah tak susah untuk korang join. Insya-Allah. :)

Eh, aku ni banyak cakap plak, pemenangnya tak umum²kan lagi. Hee~ [^_^'] Ok lah, sekarang aku mahu bukak kertas pemenang. Dup dap, dup dap... Bismillahirrahmanirrahim, pemenang untuk Lucky Blogger Contest jatuh kepada:


Haa, sape² rasa nama URL blog dia ada kat atas ni, korang adalah pemenang Lucky Blogger Contest! Tahniah diucapkan. Alhamdulillah syukur korang menang ek. :D So, kepada nanamrul-contest, l0vec0ntestgiveaway dan flyarsyadfly, sila emailkan nama url blog korang dan no talipon korang segera ke email saya: akuzirah[at]yahoo[dot]com. Emel cepat² tau, kalau emel lambat, lambatlah jugak hadiahnya.

Aku harap korang semua berpuas hati dengan contest aku ni, dan takde protes². hehee~ Takde lah, gurau je. Oh sebelum tu, aku nak listkan semua senarai blogger yang join Lucky Blogger Contest ni. :)

  1. storyof-1996
  2. heavenofmylife
  3. chocolatevanillaa
  4. saiadakskool
  5. lisaafhacontest
  6. nonsensewordfromshahira
  7. iloveyousomunchies
  8. l0vec0ntestgiveaway
  9. epilogkisahku
  10. lyssadollixiouse
  11. saiabudakrockzz
  12. mieraluve
  13. syu90contest
  14. woahhhpelangi
  15. thegreenaddicted
  16. tiefazatie
  17. idasayangkamu
  18. al-kal
  19. chentakucherita
  20. smilesweety
  21. syedgraphix
  22. budaxkeseorangan
  23. nanamrul-contest
  24. kontestaje
  25. aidaazryn.com
  26. nizbudakart
  27. mamiuyuncontest
  28. iladelarossa
  29. rabiatul-adawiyahcute
  30. journeyofmysucklife
  31. kumikochanpunyer
  32. kampung-kameq.blogspot
  33. letsgetcraziee
  34. azuinn
  35. sapeeweyhhh
  36. contestcontestcontest
  37. smskey
  38. taerrahiro
  39. kiddiebloggie
  40. strawberryfieqa
  41. yunieayunie
  42. norazzatulakmarisha
  43. hidayamansor
  44. izyandomocun
  45. nurulariena
  46. imanoii
  47. storymerymeh
  48. teiyatuncit
  49. mylifewaystory
  50. solehahgurlz97
  51. diniglassgurl
  52. swiftforme
  53. contengcorner
  54. mottymotpublicdiary
  55. pinxbombyxmori
  56. bibbidibabbadiboo
  57. pinka-pinky
  58. diyadiba
  59. cikatinstory
  60. creamlovebunny
  61. cometsarecute
  62. nanakimie
  63. ceriterafantasidanrealitisyaada
  64. rosrusli-contest
  65. thesummitsyazwinahalim
  66. wwwtyrabungeks
  67. krafaina
  68. farhanahedrah
  69. just-for-contest
  70. xxpressiku
  71. azhunk97
  72. bulancantek10
  73. ewanazimfc
  74. yunykhoo
  75. buih-bubbles
  76. blog-mommy-daddy
  77. keyna-orange-pie-contest-ga
  78. mamaizzul
  79. hezrinacontestngiveaway
  80. mamaaerishtwo
  81. sasyirah02
  82. measyouknowme
  83. kuntumz
  84. belogakid
  85. photographer-cilik
  86. namasayaaieen
  87. shana1995
  88. shootmesahaja
  89. flyarsyadfly
  90. ukhwah-hati
  91. princesskyuhyun
  92. lifeofladynurul
  93. loverholicrawk91
  94. izyanlavender
  95. e-naf
  96. azrularm17
  97. zakwanafifnajmi
  98. cieraonly
  99. nurhamizahraihan
  100. nayaakeren
  101. 0uhbucuk
  102. nabilahsuhailah
  103. syeqarieysaieffa
  104. eryn-bewhoiam17

Maybe you are not the lucky blogger at this time, but insya-Allah, next time you will be the one of lucky blogger. Good Luck! :D

Sekian dulu dari saya. Sekian, terima kasih. Salam. [^_^]

MP3 Ipod Shuffle, kini bukan milikku.

Salam & Hello.


Sibuk betul aku beberapa hari ni. Nak uruskan contest, persiapan ke 'sekolah baru', tunggu result SMA dan macam-macam maa. Sampaikan aku tak sempat nak tunjukkan pic mp3 yang aku nak jualkan kat Lala. Rasanya dah lama aku janji dengan dia nak tunjukkan sikit pic mp3 tu tapi aku tak tangkap² gambarnya sampai lah hari semalam baru tangkap n pagi ni baru edit. Huhh~



Sekali satu set, USB dan earphone. Charge guna komputer.

So Lala, ini dia rupa mp3 yang aku nak jual tu. Rasanya ko dah tau kan, sebab aku pernah bawak masa kita pergi rombongan cikgu ke PWTC (pameran buku) tahun 2009 dulu (masih ingat waktu tu :']). hee~

Actually, aku sayang nak jual mp3 ni, mak dengan akak aku pun tak bagi jual. Katanya, simpan buat kenangan walaupun tak guna. Tapi, aku rasa macam membazir lah, aku tak guna lagi mp3 tu (mentang² skang ada hp baru. :P), dan aku tak nak la simpan dia macam tu je. Jadi, baik aku jual, dapat duit dan mp3 tu takde lah bersepah kat mana-mana kan. Hmmm~

Kepada MP3 Apple Ipod Shuffle kini bukan milikku lagi, aku nak ucapakan selamat tinggal kat kamu. Mintak maaf aku tak dapat nak jaga kamu sampai kamu rosak. Aku harap kamu dapat berkhidmat dan jangan buat hal (rosak) dengan tuan baru kamu. Heheheee~

Ok lah, sampai sini dulu. Sekian. :D

you a lot, MP3 Apple iPod Shuffle -ed.

25122010

Salam & Hello.

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan trimas banyak-banyak-banyak kat blogger yang sudi join contest aku. Memandangkan ni first contest aku buat dan penyertaan mendapat sambutan yang baik so aku agak terharu disitu. Terima kasih banyak-banyak kat korang ek! Sayang, sayang. ♥

Semalam x'mas kan, semalam jugak merupakan birthday kawan aku yang aku panggil Jojo. Aku nak wish bday dia tapi aku dah hilangkan no dia. Facebook dia pulak aku cari tak jumpa, mungkin dia dah deactivekan kot. Hmm, aku mintak maaf banyak sangat kat Jojo sebab tak dapat wish bday ko direct. Aku betul² tak tau nak contact ko macam mana. Aku just post status kat fb aku. Macam mana la ko nak tau ek. Since aku kenal dia, Jojo mesti akan wish aku bila tiba bday aku. Tapi aku, bila tiba bday dia aku lupa then sekarang bila aku dah ingat sangat² ,no dia pulak hilang. Hmmm~ *sigh [-_-"]


Oh, dan semalam jugak famili aku pergi kl. Tujuannya untuk jemput wan aku tapi sempat lah jugak melencong ke tempat lain. Mula² tu plan nak pergi PWTC, katanya ada Pameran Buku kat sana. Tapi at last, tak jadi sebab sesak sangat. Adik aku yang ipah tu je dapat pergi sana sebab dia ikut Cikdin aku. Yang famili aku pulak pergi Mid valley, tengok² hot gadget kat situ. Alahh, tak suka lah pegi semalam sebab orang sangat-sangatlah ramai, sebab x'mas kot.


Tapii kan, yang agak besh bila aku dgn akak aku beli novel baru punya. Walaupun takde less pun takpe lah janji dapat novel yang aku nak sangat baca, Versus by Hlovate dan satu lagi novel yang macam best, Prince Charming. Ngeehh~ Eh, tau tak, aku dah terpikat lah dekat ehem² nih, kacak sangat sampai aku jatuh hati dan berniat untuk memilikanya. [♥_♥]


Acer Aspire One Happy Purple - RM1299. Comel kan dia. Geram aku tengok. Sekarang nih aku rasa nak start collect duit beli cute netbook ni. Lagi satu yang jadikan aku 'gila bayang', Sony Nex. Bapaklah terlalu sangat smart cool. Supergghh. Aku rasa Snoy Nex lah kamera kualiti slr yang paling handsome. [>_^]


Aku nak Sony E-mount Camera NEX-3 lah, murah sikit - RM1999. hehee~ :P Tunggu lepas aku habis spm baru dapat cool stuff ni sume agaknya. Takpe² benda ni boleh jadi barang idaman aku memandangkan aku dah lama takde barang idaman hati. ;)

Aku taktau lah nak buat title apa untuk entri ni so aku letak tarikh je lah eh. Eh, btw, sape yang join lucky blogger contest tuh, korang tolong check nama korang kat bahagian Lucky Blogger, tekan Blogger ok. Nama korang mengikut URL blog korang.

Sekian, trimas. :)

Lucky Blogger Contest (1st Contest by Hahazirah)

Salam & Hello.

"Ini ialah sticky post sehingga contest berakhir, 31 Dec 2010. Sila scroll ke bawah untuk update terbaru." ;)

Teruja la aku nak buat contest aku yang pertama. :P Yela, tengok orang lain berduyun-duyun buat contest, aku pun nak jugak! *sibuk tiru orang lain. HAHA~ Puas aku pikir nak buat contest ape akhirnya i get one idea. Contest ni aku buat sempena kedatangan tahun baru 2011 dan atas kemurahan hati aku tiba² nak bagi something sikit kat para blogger bertuah. Sangat simple okay contest nih. Semua blogger dijemput join contest ni. :D



3 Cara mudah untuk sertai contest ini:

  1. Follow blog Hahazirah Through Heart. No excuse, haha!
  2. Buat satu entri kat blog korang bertajuk 'Lucky Blogger Contest by Hahazirah'. Letak banner contest nih di entri tu then tag blogger lain untuk join contest ini at least 3 orang, lebih takpe. 
  3. Tinggalkan link url entri korang kat bahagian komen entri ni jugak.

Hadiah yang ditawarkan ialah topup RM5 untuk 3 orang pemenang. Walaupun tak seberapa tapi berbaloilah jugak kan. Save RM5 duit topup korang, betul tak. HIHI~

Senang je kan cara²nya. Simple as ABC and 123, alaa, lebih kurang macam contest lain je kan cuma contest aku ni ideanya 100% original by me. ;) Pemenang akan dipilih secara random/rawak. Jangan risau, pemilihan winner sangat adil sebab aku akan pilih berdasarkan cabutan undi. 3 orang 'lucky blogger' akan dipilih sebagai pemenang contest nih. So, that's mean sesiapa pun ada peluang untuk menang. Best kan?! *gedik plak rase. :P

Jom lah kawan² blogger join contest pertama saya nih, bagi support sikit. Contest ni hanya untuk blogger sahaja (orang yang ada blog), bagi sesiapa yang takde blog tu sorry lah tak dapat ikut skali contest ni. Contest ini akan berlangsung selama seminggu dari tarikh contest ini dibuka iaitu 24 Disember 2010, mungkin tarikh tutup akan berubah mengikut keadaan. Pemenang akan diumumkan sehari selepas tarikh contest ini ditutup.

Sesiapa yang masih tak jelas cara untuk join contest ni, bleh tanya aku direct di bahagian komen. Aku sangat berbesar hati kalau ada yang sudi join contest tak seberapa nih. Aku nak tengok berapa sambutan untuk contest nih, kalau bagus boleh buat lagi and hadiahnya pun boleh upgrade sikit. :)

Contest ditutup.

Sekian, terima kasih. (^_^)

Psstt: Don't copy my contest. Use your own brain and creativity. Thank yous!

Updatee (27dec): Kepada sesesipa yang dah submit link boleh check nama anda di senarai peserta lucky blogger contest di bahagian sidebar lucky blogger dan tekan Blogger. Nama korang mengikut URL blog korang. Kalau nama takde, bagitau okeh! ;D

Update (30dec): Contest ditutup pada hari ni, siapa yang nak join, cepat submit link. Dan kepada sesiapa yang dah submit link, sila check nama url blog korang di bahagian sidebar Stuff dan tekan Blogger. Kalau nama takde, bagitau nama url blog korang, akan letak a.s.a.p ok.

Hari-hari Best!

Salam & Hello.

Wee~ Best hari Isnin (21 Dec 2010) baru ni pergi Genting Highlands. Ngeh3~ (Jakun! :P) Jangan jealosy² yea, aku pun pergi cuti-cuti malaysia jugak walaupun tak lame. Post kali ni aku nak 'triple update' untuk satu hari yang best tahun 2010 nih. Sebab aku tak update sebelum ni so aku combine je lah dengan post ni. ;D

Genting Highlands (Dec 2010)

First cerita pasal genting dulu. Sebab yang ni terbaru, masih fresh jadi yang ni mula-mula okay. :) Act, time pegi genting ni aku taktau apa² so tak plan beria. Pegi ikut family je, layan je la~ Kat sana takde banyak main pun. Just tengok cinema 3D citer Tron Legacy & pergi Snow World, tu jeh.


Masa mula² sampai. Parking jauh gila, tapi takpelah. Aku tukang snap sebab tu aku takde.
Dari kiri: Ibu, Iyad, Anum, Ipah, Aleh.

Tron Legacy


Ahh, tak kira nak jugak posing depan poster Tron & Narnia walaupun hapat. :P

Apa yang best dengan Tron ni eh. Aku sebenarnya tak terhingin langsung nak tengok Tron lepas baca review dari ARCX13 ni. Jadi aku prefer nak tengok Narnia. Tapi sebab adik aku yang kechik sekali tu (Iyad) gedik sangat nak tengok Tron jadi terpaksa lah tengok jugak. Kata ikut family kan, duit ticket pun family yang bayar, so tak bleh protes! Hakhak.


Bagi aku Tron best sebab:
- Sam Flynn hengsem walaupun agak tua (ada sedikit kedutan diwajahnya).
- Ada Dr. 13 House (Olivia Wilde). Ohh, aku suka!
- Effect dia best, apalagi tengok 3D, memang superb wallawehh!
- Suka tengok kaler² dia, biru & oren. Tapi aku rasa kalo kalerful lagi cun.
- Daddy Sam pun hensgem jugak bagi aku (tak habes² dengan hensemnye. xP)

Tron tak best pulak sebab:
- Hemm, jalan cerita dia biasa sangat. Aku nak lebih kalau boleh. :P
- Cekci ar pakaian dia, malu nak tengok (cehceh) apatah lagi bersama keluarga.
- Aksi dia bagi aku tak bape banyak, dia macam banyak membebel je.
- Tak suka background music dia, macam annoying jeh.
- Takdek subtittle. Bukan lah aku tak paham langsung tapi lebih afdhal kalo ada sub kan. Hehheh!


Haha, fake u.s.a plus Pizza Hut & KFC.

Habis tengok Tron, keliling ar satu first world tuh cari Snow World. Tapi sebelum tu tandas mesti pergi, nak terkenceing duduk dalam tu bapak sejuk nak mamtis. Haha~ Nak masuk Snow World tu bapaklah cekcesnye, manusia ramai sangat. Terpasksa tunggu setengah jam baru dapat masuk. Apapapun, best loh kat dalam tuh. Time kat 'pintu gerbang' snowworld tu siap jumpa pelakon indonesia, Rico Tampatty (google balik nama dia). Mula-mula tak cam pastu aku pikir² sapo lah tu, baru aku ingat rupa-rupanya ayah Mutia dgn Tiara dalam sinteron Mutiara (aku peminat citer nih dulu.). Hau³~


Inilah orangnya, Rico Tampatty yang aku jumpa kat genting tuh. ngeh²~ :D


Snow World.


Aku pun tak terlepas posing. weksss, geli gedik! xP

Kitorang balik lepas siap solat Zohor. Patutnya terus balik tapi taktau lah macam mana boleh tersasul pi ke KL plak. Apalagi singgah ar Giant kat Batu Caves, makan² kat sana dulu, perut lapar sebab dari sampai genting tak makan lagi. Kat giant tu tak sempat nak 'soping' pun sebab habis makan terus pulang. Sampai rumah dalam pukul 8 lebih, sempat lagi tuh tengok He's Beautiful kat 8TV. Hahaks~ :D


Hangout Together ( Nov 2010)

Maybe ni first time kot untuk tahun ni (2010) dapat hangout together. Memang gempaque habis, satu geng (walaupun tak bape cukup orang- UNIQUE COMMUNITY) join hangout nih. Lagi satu, hangout nih jugak sempena nak celebrate birthday Mira Ezam (3 Dec) yang mungkin tak dapat celebarate lain kali (dah lah tahun lepas aku terlepas bday dia. [-_-"]). Serious wa cakap satu hari ni memang enjoy habis, harap nanti dapat hangout together macam ni lagi okaeiss kawan. ;D


Handmade chocolate cake by Hahazirah & Shyma.


DoraeME! @Bubbleshop.


Cikyam, mira, ayma, and Mr.bean a.k.a Hahazirah at Bubbleshop. Snap by Lala.


Menunggu ketibaan '2 ketul pizza' dan Raja.
Dari kiri: Lala, Ayma, Mira, Cikyam. :)


Mira posing with her bday present (ring) from kitorang (Hahazirah, Ayma, Lala)


Raja Mastura & Raja Munirah. *sorry raja bout ur pic. hehe~


1st pizza we eat.


Pizza with sardine, erkk but a bit delicious. hehhee!


Happy birthday Mira, Lala, Shyma, Zira, Cikyam & Raja. We're sixteen now! :P


Perghh² memang mahal doe pizza. Takpe setahun sekali. Haha~ :D

Sikit coretan aku tulis pasal hangout nih.

Setelah sekian lama duduk memeram kat rumah, kobosanan, keboringan. Akhirnya dengan secara tak sengaja tiba-tiba je kawan² aku plan nak hangout. Patutnya hari sabtu, tapi Lala & Mira ada hal. Tunda la hari ahad.

Ok, seriously enjoy gila hari ahad ni tau. Btw, aku, lala dgn ayma plan nak celebrate bday Mira sekali. Ini idea aku yang disimpan sebelum SMA lagi. Lepas sma hari tu baru bgtau plan ni kat diorang. Kitorang cadang nak buat kek. Of course la handmade cake yang dibuat oleh aku dan ayma. Guna resepi CT. Thanks ct, cuma part topping tak jadi, terpaksalah buat 2 kali. Huuu~

Ehem², lepastu aku, ayma dgn lala kongsi duit 2 ringgit sorang bagi hadiah kat Mira. Hadiah ape? Haha, semestinya cincin kegemaran mira. Tak plan pun tau hadiah ni cuma kebetulan ada barang lebih jadi bagilah sekali. :)

Eee..seronoknya lah hari tu. Susah nak kumpul ramai² macam ni hangout together. Jarang² dapat buat memandangkan mira duk jauh kat bentong sana. Nanti kalau berkesempatan buat lagi macam ni yea.

Hari tu kitorang pergi makan Pizza Hut. Taknak pegi KFC, dah boring dah.. Asal keluar je mesti kfc jadi pergilah pulak pizza habiskan duit makan pizza. Habis lesap rm80  (rm15 sorang) macam tu je. Bese lah tu, nama pun pizza. Tapi tak rasa sangat kot duit tu sebab bila dapat tgk encik² pizza yg hengsem. Pelik lah asal pekerja pizza hensem eak? Rasa mcm nak kerja pizza jgk lah habis spm nanti, dpt kwn (kawan/kawen??) dgn encik pizza yg hemsomee. :P

Habis mkn pizza, pergi lah the store (dah banyak skip dah ni). Macam bese tgk CD, Teddy Bear, snap² gambar. Best! Pastu adik raja merajuk plak, puas pujuk. Terpaksa seperate jap pujuk adik raja cari belon. Siap tu kitorang kumpul semula dekat Guardian. Asal guardian ek? Haha, sebab situ sejuk ada ai-cond, boleh sejuk²kan badan, cuaca dah lah panas.

Time nak keluar guardian tu, mira terpaksa balik. Aduuhh, sedih la.. xoxo dgn mira, lepastu cikyam pulak. Tinggal lah aku, ayma, lala dgn raja. Pergi 7eleven beli air slurpee sambil usha² komik. Rehat jap dalam tu lepastu semuanya nak balik. Pergi kat pizza hut balik tunggu kat depan tu. Habis sudah hari menghangout together bersama rakan² baik yang dah lama tak jumpa.

Aku orang paling last sekali balik. Sedih kena tunggu sorang² tapi apakan daya. Sebelum balik abah singgah jap kat Easy RHB. Ohh ohh, sekali lagi, hemsomee nyee pekerja easy rhb tu. Dah lah pakai pink kemeja pulak tu. Haha~ Sempat lagi aku. Tapi apa-apa pun yang paling penting, aku enjoy gila hari ni. Muahahaha~ :D


School Trip after SMA - Kuala Gandah & Deerland ( Nov 2010)

SMA dah habis, apalagi enjoy la! Sekolah ada buat 'rombongan' pergi Kuala Gandah sempena 'kehabisan SMA', aku pun join lah. Rugi da tak join, bayar RM10 tapi dapat pergi tempat yang memang tak syak wasangka lagi, memang beshh!


Welcome to Kuala Gandah yeah. Tengok gajah, best!


Introducing the gajah's name and then feed them. ;)


Pas selepas ditukar. Patutnya kaler merah. ohh, tolong abaikan background buku teks prinsip perakaunan ting.4 tu yea.


Souvenir at Kuala Gandah. Tak beli papepun kat sini, hee~


Lepas tengok 'wayang gajah', snap pulak gambar 'rangka gajah' ni.


Sungai Kuala Gandah. Terbaik, cantik sekali. Snap by Ayma.



Rusa comel! :D


Sesi bagi makan rusa. Seram sejuk, haha!


Bulu ayam ni macam bulu kucing. Unik sangat. Gebugebugebu~ :D


Sesi bergambar bersama euuww lar.


Sir Hazrin & Cikgu Zainal Abidin bergambar bersama euuww lar. :)


Cute tikushh. Snap by Ayma


Sesi bagi makan beruang. Best!


Sesi bergambar bersama beruang


Coklat 1 Malaysia. Satu Ringgit Malaysia sahaja. Sedap pulaks tu.

Baca sikit aku membebel pasal K.gandah nih. :P

Aku rasa hari ni best sangat. Hari ni cikgu ada buat lawatan/rombongan ke kuala gandah bagi budak lepasan SMA. Yang join rombongan untuk 8 November ni budak kelas 4B dgn 4T, tapi aku tgk ada jugak budak kelas lain pergi.. tapi biarlah.

Mula-mula time pagi aku dapat khabar buruk dari Lala, dia kata dia tak jadi pergi katanya mak dia risaukan dia. Aku frust jugak mula² tapi aku hormati keputusan dia dan tak nak paksa² dia. Aku faham perasaan tu, lepas tu aku terus contact Shyma tanya dia jadi ke tak pergi. Nasib baik la ayma jadi pergi kalau tak keseorangan lah aku jawabnya dengan raja. hehh~ :P

Sebelum naik bas tu sempat lagi aku mennyettlekan (settle) barang² katalog semua. Aku rasa aku lah orang terakhir (murid) yang naik bas. Haha~ Bangga budus disitu. :P Masa perjalanan dalam bas tu aku duduk dgn Shyma, Raja pulak duduk kat tempat yg ada satu kerusi tuh. Kitorang borak²lah macam² sampai lah sampai ke Kuala Gandah tu. Tak tidur langsung wei jadi rasa agak letih lah. Yang aku bengang sikitnya aku plan nak bawak henset tapi at last aku pulak yang tertinggal henset. Padahal aku lah orang paling beria nak bawak henset tapi takpelah aku pinjam je lah henset ayma snap macam² gambar kat situ. Nanti aku bluetooth semua gambar and upload kat sini wookei. :)

Sampai kat Kuala Gandah cikgu suruh kitorang makan dulu. Makan nasi lemak tapi aku dgn ayam kongsi je nasi sebab takut tak habis, tapi memang tak habis pun. Aku makan dua suap je nasi, punya lah tak habisnya, nasib baik ambik satu bungkus je kongsi 2 orang. Hehe~ Yang best kat lawatan ni kan, kitorang dapat 2 orang cikgu pengiring yang gila sporting, Cikgu Za'ba dan Sir Hazrin. Selamba je tunjuk henset depan cikgu walaupun tau henset memang tak boleh bawak sebenarnya, kamera  boleh la.

Lama kitorang tunggu nak masuk pegi tengok gajah. Mula² masuk tu kitorang dapat kad merah, kalau kad merah tak boleh tunggang gajah tapi sir dengan baik hatinya menukarkan kad aku and ada beberapa kawan lain dgn kad hijau. Masa kitorang pergi tu kan, ada jugak rombongan dari sekolah SMKT budak form 3. Ingatkan ada si patin sepupu aku, ceh rupanya tengok² cari² takde. Biar je la..

Aktiviti pertama buat kat situ, bagi makan gajah. Mula² orang tu kenalkan nama² gajah then barulah dia ajar bagi makan gajah. Puas aku hulur kat gajah tu tebu tapi gajah tu tak ambik². Lama-lama hulur baru lah gajah tu ambik tebu tu guna belalainya.

Lepas tu pulak ada aktiviti tunggang gajah. Sekolah aku punya tak semua budak boleh tunggang. Cuma orang yang ada kad hijau (aku lah tu) yang boleh tunggang. Tu pun aku mintak kat cikgu saat-saat akhir. Nasib baik dapat tunggang jugak. Best tau dapat pengalaman naik atas gajah tu sendiri. Terasa ketajaman bulu-bulu gajah tu and time naik tu pun rasa nak jatuh je. Tapi best laa..Aku naik tiga orang dengan ayma and raja sekali. Aku duk belakang, ayam depan sekali dah kena pegang orang yang bawak gajah tu, raja plak duduk tengah².

Habis je tunggang gajah, kitorang tengok 2 ekor anak gajah (tak ingat dah nama anak gajah tu.). Tengok, tangkap gambar, pegang², dah siap kitorang pegi tandas kejap (kejap ke? aku rasa aku, ayma and raja orang paling last). HAHA~ Masa tu kitorang kena masuk satu bilik ni tengok tayangan pasal gajah. Emm, boring la jugak tapi best kot. Ngeh³~ Selesai tengok 'wayang gajah', pegi jap tengok rangka gajah, tak tau la rangka betul ke tak, tangkap je gambar. :D

Masa kat luar tu, cikgu tanya nak balik ke nak pergi Deerland. Of course la nak pegi deerland kan tapi cikgu kata tak masuk sekali pakej. Tapi, lepas cikgu call siapa entah, cikgu suruh kitorang naik bas nak pergi deerland lah ni. Sukee! :)

Sampai kat deerland, mula-mula kitorang pergi tengok rusa (kata deerland kan mesti lah tgk rusa). Bagi makan rusa tapi aku tak tau lah, rasa takut sangat nak bagi makan rusa tu. Nampak macam ganas je. Huhu~ Lepastu kitorang melawat lah pelbagai jenis haiwan. Ada tu sampai kat tempat ular kitorang kena bergambar dengan ular sawa. Euwww, memang geli gila lah kena pegang ular tu tapi aku tak pegang. Sorry mintak ampun sampai bila² pun aku tak kan pegang ular okayy. huh! tapi nak gak bergambar. haha~ ^^

Last destination kitorang ialah dekat tempat beruang. Part ni best sebab dapat kasi bagi beruang jilat my tangan dengan lidahnya yang agak euuww tu. Haha~ Takut la jugak rasa kan dengan big 'teddy bear' tu tapi nasib baik la time tu dia tak mengganas. Sebelum balik kitorang singgah jap kedai sebelah tempat beruang tu. Kat kedai tu aku beli air soya and coklat Satu Malaysia. Haha~ Sedap tau coklat tu walaupun dia 'satu' and harga dia pun just seringgit jer. :)

Wuuu, dah sampai sekolah time balik kena balik naik bas lagi. Eee.. tak suka tapi layan je. Anggap ini pengalaman yang best and tak boleh lupa la. Best! :D

Setiap 'satu hari' ni adalah hari yang ter-best untuk tahun 2010 nih. Mungkin aku banyak skip citer kat atas tapi apa-apa pun segala kenangan, memori bagai ni sentiasa kekal dalam hati dan ingatan aku selama-lamanya, insya-Allah.

Update Twitter Status via SMS Phone (Celcom User)

Salam & Hello.


Rasanya ada sesiapa perasan tak sekarang aku rajin tweeting, hehehee~ Kononnya sekarang ni aku 'Kaki Tweet' lah, sentiasa mengupdate status twitter walau di mana jua aku berada. muahahaa~ Tapi, takde lah sampai macam tu sekali kan, kalau aku rajin, aku tweetlah. :D

Itupun semua gara-gara lepas aku tau macam mana cara nak update status twitter guna SMS je. Walaupun menggunakan handphone tanpa internet pun still boleh tweet jugak dan kosnya pun berbaloi-baloi. Sebelum ni memang aku tercari-cari cara nak bukak twitter via handset. Siap download Opera Mini and cari application Twitter untuk hp kat internet. Tapi sumenye hampeh, selain tak dapat bukak, duit aku pun melayang. Ada kot nak dekat RM2.00+ kredit aku kena tarik sebab nak bukak twitter guna Opera Mini & App Twitter tuh.

Pastu, aku dapat tau bleh update twitter status guna Gladlycast. Aku try jugak yang ni, tapi tak tau kenapa message macam tak sampai je. Mungkin sebab aku guna Celcom kot. Nombor Gladlycast ni untuk Maxis je. Sengal~ Sekali lagi duit aku diragut hampir 20$ lebih. Ngeh²~

Tapi aku tak putus asa. Aku google sampai nak tercabut jari (nyelatuu :P), akhirnya aku jumpa caranya kat blog Merpati Biru. Dari blog Merpati Biru ni dia bagi link macam mana nak update twitter untuk pengguna celcom. Rupa-rupanya kan, link tu ke blog sis Rara. Dah lama sangat sis Rara post pasal twitter ni semua, sekitar bulan 2 tu, aku je yang tak tau. Hehehee~

Apa lagi aku try la. Alhamdulillah akhirnya dapat lah jugak aku nak bertwitter guna tepon je. Tak payah lah susah-payah bukak web twitter untuk update status kita, sebab cara ni lebih memudahkan dan menjimatkan. Cuma RM1 seminggu kita boleh tweet tanpa had.

Update Twitter Status via SMS Phone for Celcom Users.

1. Pergi link ni. Ikut arahannya step by step.



2. Ambik henset korang, bukak mesej pastu taip T dan hantar ke 29800.


3. Kemudian pergi ke link ni http://www.channelx.com.my/mdp/twitter_promo.jsp semula dan click 'Click here to link your account now'. Ikut semua step yang dia bagi sampai habis. Lepastu korang boleh lah start tweeting tanpa had.


Cas yang dikenakan hanyalah RM1.00/seminggu. Berbaloi lah tu kan boleh tweet ikut suka, bayar just seringgit untuk seminggu atau RM4 untuk sebulan.

Nanti dia akan bagilah mesej Twitter Tips yang boleh kita guna contoh macam nak follow orang ke, nak tengok status terbaru ke, nak tweet pic ke dan macam-macam lagi.

Dan sedikit tips untuk korang, kalau boleh korang save la no 29800 tu sebagai contact kat phone korang. Nanti bila² masa korang nak tweet, korang boleh terus hantar kat no dalam contact korang tu. Haa, kan senang macam tu, tak payah lah hafal² 'no twitter' tu. Hehee~ ;D

Big Credits:
Merpati Biru - http://faizmutalib.wordpress.com/2010/04/23/celcom-twitter-via-sms/
Raracandyfloss - http://www.raracandyfloss.com/2010/02/tweet-via-sms-anytime-anywhere.html

Psstt: Sori sebab terpaksa baca aku membebel-bebel dulu sebelum aku bagi cara update twitter tu. :P