Photographer Bisexual

Salam & Hello.


Sejak aku tengok cerita Style, aku memang terpikat dekat sorang guy yang boleh dikatakan supergh hengseng. Actually, tak nak la beria suka dia kan nanti kecewa la pulak, so aku suka je lah lakonan dia dalam Style ni. (^_^) Kim Min Joo atau nama sebenarnya Lee Young Woo (Lee muda Woo) dalam cerita ni seorang teman lelaki kepada Park Ki Ja, ketua editor majalah Style. Tak pasti masih atau bekas teman lelaki tapi dalam citer ni Min Joo memang betul-betul suka dekat senior Ki Ja.


Lepastu, entah la macam mana dia terjumpa Seo Jung, editor bagi majalah Style. Dia ajak Seo Jung tinggal bersamanya di rumahnya. Seo Jung terima and diorang pun tinggal together tanpa sebarang ikatan. Min Joo ajak Seo Jung tinggal bersamanya semata-mata nak bagi Ki Ja jealous tapi lama-lama nampak macam Min Joo dah sangkut dengan Seo Jung. Dia just caring kot tapi nampak sweet la kalau Min Joo and Seo Jung together. I like! (>_<)


Selain tu kan, Min Joo sebenarnya adalah seorang photographer bebas yang kadang² bekerja untuk majalah Style. Dan dia juga seorang yang........ BISEXUAL! Ahaha, tau tak bisexual tu apa? Dia seoarang yang straight tapi dalam masa yang sama dia juga seorang GAY. Kiranya dia konpius la nak pilih diantara laki ke pompuan. Dah poning sangat ia pun minat la dua-dua jantina. HAHA~ Just kidding ok! :P


Tapi dia memang seoarng bi pun dalam citer ni. Dia mungkin nampak macam minat jugak kat Chef Woo Jin atau penerbit baru bagi Majalah Style. Dalam cerita ni dia pegang semua watak yang hampir berkaitan dengan dirinya sendiri kecuali bi (yang tu lah yang lain aku tak tau. xD), Photographer, Dancer, Model. Woww, ni dah starting like him dah ni. c(:


Ok lah, aku memang minat dia pun dalam cerita ni. Watak dia, muka dia, bakat dia... woww, memang mengkagumkan ok. Sangat adorable!, macam Jay Chou kesayanganku. :P Walaupun dalam cerita ni dia seoang bi tapi tak nampak sangat watak bi tu dalam diri dia kecuali time dia bagitau Seo Jung dia bukan macam lelaki lain dengan nada serius and time dia peluk Woo Jin dekat restoran About Sam kepunyaan Woo Jin.


Mula tu aku ingat dia gay, tapi tak kan lah gay minat pompuan kan. Lepastu barulah ku tahu dia seorang bi. Photographer Bisexual, that is him as Kim Min Joo in Style. :) ahaha~ Anyway, cerita Style ni memang best cuma banyak cerita pasal kerja diorang. Aku kalau boleh nak tengok part Min Joo dengan Seo Jung je. HEHE~ :P


Terjumpa pic cute Lee Young Woo kerjaya dia sebagai model. Memang cute woo! Meremang bulu roma. HAHA xD

Psstt: Aku delete entri sebelum ni yg bertajuk Aku perlu.. sebab aku rasa entri tu tak logik kot? gagag~

4 comments:

  1. hensem gak.. hahaha..gila lah.. bi tue menda ? Style nie tgk lam CD ke tv? haha

    ReplyDelete
  2. @Amir Izzat - haha, bg sy dia hensem. :) alaamak, bi tu mcm dia suka dua2 jantina. lbih krg mcm tu la. tgk kat tv je. mne de duit nk bli cd. xD

    ReplyDelete
  3. huhuhu..same la...suke tgk citer nih...

    ReplyDelete
  4. @fyna - yeaa, ada geng suke tgk citer style. :D

    ReplyDelete