On Air, The Partner, Style.

Salam & Hello. :)

Sebenarnya skang aku malas nak menulis tapi layan je la kepala otak yang tengah pikir pasal citer korea ni. Aku rasa semalam satu hari aku bantai tengok 3 cerita korea. Boleh tahan tu. 2 cerita aku dah pernah tengok, 1 cerita baru aku nak berjinak-jinak tengok sebab tertarik dengan jalan cerita dia yang agak macam best.

Sama la jugak dengan sinetron lagi la 4 terus aku selimut pastu sapu tengok. HAHA! Tengahari Alisa, lepastu sambung terus Cahaya, pukul 5:30, Cinta dan Anugerah (yang ni tengok jarang² sebab cerita ni dah makin boring.), lepas tu terus sambung Cinta Kirana. Yang ni i dont like gak semuanya sebab galang yang tak comel tu. Tapi baim (Kiky Farel) dan raka i like nyiaaa. Ahaks~



Balik ke cerita korea tadi, sebenarnya aku tengok takde la ikut time sangat. Asal aku tertekan remote control@708 tu aku tengok la. Mula-mula pukul 3 On Air. Oh ya, salah seorang hero On Air yang dikenali sebagai Pengarah Lee atau nama sebenarnya Park Yong Ha ni dah meninggal bulan 6 baru² ni. Terkezut jugak aku dengar news ni (baru dengar), dah la muka dia macam Jay Chou kesayangan aku tu. Part mata paling pheww. :P Yang ni aku pernah tengok dulu kat *tv jugak tahun lepas. Masa ni aku minat Ketua Zhang a.k.a Haziq budak kelas aku (3t) tahun lepas. gahahaha~



Ok pastu pukul 5, The Partner, dah pernah tengok dah dulu kat  KBS World. Memang minat la citer ni sebab suka tengok Peguam Tae Jo (Lee Dong-Wook) dengan Penguam Kang berdua, macam sweet jer diorang. Hehe~ Walaupun Peguam Kang tu ibu tunggal, Tae jo tetap macam suka kat dia. Sama macam On Air tadi, Penulis Seo pun ibu tunggal jugak, tapi Pengarah Lee tetap jatu hati dekat dia. Ehh, sama jugak macam Mahabbah De Laila, apasal lelaki muda (Waad) tu kawen denagn orang lagi tua dari dia haa? Inilah dinamakan cintan tak mengenal usia youu. Hahaks~ Lagi satu pasal citer ni kan, aku rasa muka si Tae Jo persis Aqso atau Satria (Dude Harlino) dalam Cahaya. Lepastu, muka diorang plak sama dengan someone yang agak aku menyampas (shhh, rahsia ni, kalo aku rajin aku citer suatu hari nnti).


Dari kiri: Chef, Park Ki Ja, Editor, lelaki muda.. arghh, aku tak ingat nama diorang.

Pada waktu malam pulak, Best of the East, pukul 8:30 PM kat 8tv jugak (sume citer ai tengok dekat 8tv nyiahh), Style. Mula² aku tengok, hmmphh tak best langsung heroin tak comel hero pun tak hengseng. Tapi bilasup2; layang aku suka pulak tengok kisah percintaan ape nama laki tu tah tak ingat dengan ada pompuan yang muda tu. Lelaki muda tu suka dekat Park Ki Ja, Park Ki Ja pulak mcm minat dekat Chef. Chef suka pompuan muda tu tapi macam suka jugak dekat Ki Ja. Si lelaki muda ni pun bengang la, semua pompuan Chef nak sapu, lemak la kau Chef. Dia pun konon2 nak suka la dekat pompuan muda tu, sengal. HAHA~. Yang ni pun macam si lelaki muda suka dekat wanita berusia.

Apasal lelaki sekarang suka pompuan lebih tua dari dia? Tapi tak semua la kan, memang la tak semua tapi kenapa nyiah? Tak paham la i nyiah. Mungkin dia seorang lelaki yang matang yang mahukan perempuan yang matang. Actually, aku rasa pasangan lelaki muda dan pompuan matang (cover line tua, haha) ni sweet jugak. suka je aku tengok, maknanya aku suka la kan. gagahaha~ :D

Tak lupa lagi satu, tak habis2 zureen inform aku jgn lupa tengok citer apa tah nama dia _______ scandal, ada Micky DBSK. Auww, suka. Tapi aku tengok citer tu tak paham satu hape pun. Ni takde mood nak tengok ni walaupun ada kekasih hati yoochun. hehehe~ Tapi apa-apa pun layan nye nyiahh.

Jom tengok TV semua. 
(Lupa nak cakap Kempen Life Without TV aku FAILED.) HAHAHA! xD 

4 comments:

  1. the partner tuh pernah ak tgk kt kbsworld..citer tuh best~ tp xabis tgk..=_=

    ReplyDelete
  2. @Lala Halim - haha, best la citer tu sbb ada si hengseng lee dong-wook.

    ReplyDelete