Kek Cekelat (Chocolate Cake) versi CT dan saya. :)

Salam & Hello.

Heee~ Hari ni update blog petang-petang sikit, masa ibu takde, kalau tak nanti ibu nak guna tak dapat main, ok takpe. Ingat hari semalam nak buat entri He's gone. Cerita pasal berita kematian Park Yong Ha sambil² tu cerita ending On Air dgn The Partner sebab cerita ni tamat hari semalam kat 8tv. Tapi, tak sempat pulak jadi malas la buat.

Park Yong Ha (August 12, 1977 – June 30, 2010)

Alang-alang tu aku nak kenang lah sikit pasal Pengarah Lee atau Park Yong Ha ni (tak habis² cerita pasal PARK YONG HA. huhuhu~). Semalam time tengok ending On Air, sedih pulak rasa, lagi² dia pasang lagu yang meruntun jiwa sambil tunjuk gambar Pengarah Lee. Aku mula la nak tersentuh hati, sedih la rasanya sebab konon²nya tengok cerita semalam nak ingat² balik antara drama yang pernah dilakonkannya.

muka ala-ala jay chou kekasih hati. c(:

Aku walaupun tak kenal orang tu atau takde sebarang hubungan pun dengan sesesorang tu atau tak rapat ke, tapi bila dia pergi je mesti rasa sedih walaupun sedikit. Mungkin sebab aku susah nak terima kematian dan perpisahan/perpindahan kot. Hmmm~ Eh, tapi ending The Partner pun best jugak, last sekali Peguam Tae Jo dengan Peguam Kang pegang tangan. Ohh, sweetnya diorang. I like! Tapi ada gak part sedih yang ada teman wantia abang tae jo tu dia terpaksa pergi sorang² kat luar negara sebab abang tae jo tu kena tangkap dengan polis. Dah la pompuan tu pregnant. Sedih toi koi tengok. :(

***


Ok dah berhenti cerita pasal drama korea dan tv. Sekarang kita bukak cerita pasal pagi tadi. Haa, best gila pagi tadi wei. Aku merancang nak suruh Ct Syahirah ajar aku buat kek coklat versi dia. Aku ajak syaima sekali tapi sayng yang teramat sayang sangat syaima kita tu tak dapat datang. Rugi sangat kau syaima tak datang, dah tak dapat belajar sekali. Kata nak belajar buat kek coklat tapi bila dah dapat peluang ko tak dapat dtg pulak. Rugiii betul la.



Aku pulak yang terasa kerugiannya. Bukan apa, aku ingat kalau syaima join kitorang syiokk sikit kan. Boleh dia timba pengalaman belajar wat kek coklat. Bukan selalu ni tau. Eksklusif punya kelas belajar membuat kek. Hehe~ Kiranya macam yang ni dah dapat tiket Double Triple VVVIP (triple very). Woahh, bunyinya macam hebat betul ek. Haha!

Takde lah. Tapi siryes wa cakap lu memang hari ni aku have fun betul. Part menghias kek tu paling best. Buat gambar muka orang senyum la, pastu ada pulak sesi fotografi kek. Ehh, kek pon nak jadi model gak tau!, bukan ko sorang jek. Haha~



Ok lah, itu saja lah yang aku nak sampaikan hari ni. Oh ye, kalau nak resepi kek yang doublelicious ni kena mintak kat tuan empunya resepi la. Aku tak berani nak share resepi kek coklat ni kat sini. Karang bocor la rahsia keenakan kek coklat ni. Hehe~ Lagi satu, (aku nak promote sikit) kalau ada sesiapa nak buat tempahan kek ni, boleh la contact ct kat facebook (click!) dia. Cewahh, nak mengpromote pulak dah. Aku berani jamin tak menyesal punya ko beli kek coklat ni sodapp lu tau. Harga pulak boleh runding. So nak ke? Tak terliur ke tengok gambar² kek coklat ni semua? Hahaha~



Psssttt: Click sini nak tengok berita kematian Park Yong Ha. Link 1 dan Link 2.

Psstt: Kepada sesiapa yang berpuasa jangan terbatal pulak puasa tu sebab terliur tengok kek ni. Hehe~ Just kidding ok! ;)

Ok, bye. :D

2 comments: