Hello SPM 2010 !

Salam dan hello.


Dan hello juga kepada Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal mendarat di lapangan terbang berdekatan sekolah masing² kurang sebulan dari sekarang. Ucapakan selamat datang, welcome, ahlan wasahlan kepada Encik/Puan/Cik/Saudara/Saudari SPM kita. Macam gum-bi-ra jea ya spm dah dekat, nyelah nyiah, aku bukan ambik spm tahun ni. Aku punya turn next year. muahahaha~

Lagipun² aku kan baru lepas exam SMA, bagi la aku chill yilex² dulu sebelum training utk spm ni. Cuma aku nak wish sikit la dekat ALL SPM CANDIDATES 2010, Happy SPM and celebrate SPM day specially dekat kakak aku, cik anum cherry hunns or whatever, jawab spm tu leklok, jangan asyik berchintan je. HAHA. Ayat sama je aku bgtau kat dia.

Jadual Waktu SPM 2010 punya~ (Click gambar untuk besarkan wookei.)

Dupdap jugak yea bila dengar word SPM. Macam ada maut je dengan word tu padahal it's just exam besar/sijil yang sangat penting untuk kita menentukan masa depan kita yang cerah bercahaya gemilang berbilang-bilang. Tak masuk dalam list akhirat yop jadi tak usah la kalau nak bunuh diri semata-mata tension-depressed-stress dengan SPM.


Ada satu benda jugak aku tak puas hati dengan spm ni. Bukan nak berlagak ke apa kan, tapi aku agak² tak puehh hati la dengan memaksimumkan 10/11 subjek yang boleh diambil. Kenapa dia tak bagi ambik lebih-lebih ek? (Siapa dia tu??) Tak paham la aku. Katanya takut budak tensyen la study banyak sangat subjek sampai mati bunuh diri terjun bangunan, makan kertas soalan sampai tercekik (ehh, tak. yang ni aku auta je.). :P

adore sangat dengan nik madiha selepas baca buku pasal dia. :)

Lepas ni hilang atau tiadalah lagi pelajar cemerlang spm yang dpt 20+A. Nyealah, lepas ni paling cemerlang pun sekurang²nya 11A+ right. Takde lah manusia memecah rekod kejayaan Nur Amalina, Mohd Azali atau Nik Madiha. Youuu, sedih la puloks. Cara aku cakap macam la aku nak ambik 20+ subjek dan berjaya dengan cemerlangnya. HAHA~ Karut la kalau aku ambik subjek sebanyak tu, memang tak boleh dipercayai langsung. Paling kurang aku nak ambik pun mungkin 10 atau sebelas. Ini pon tak kompem lagi, sekolah aku tahun depan entah kemana, cakap pasal result pulak. Ahh, tak daya! :P

Sudah bersediakah anda untuk berhadapan dengan situasi begini??

Ok lah, sampai sini je aku taip meluahkan rasa ketidakpuasanhatiku terhadap spm dan pengewishan untuk semua calon-calon SPM. Nanti tahun depan aku pulak kena SPM. Doakan aku sekali untuk spm tahun hadapan. hee~ (>_<)

No comments:

Post a Comment