25 perkara awak tak tahu tapi patut tahu tentang Hahazirah.

Salam & Hello.

Hari ni jom kita jawab tag dari Lala. Act, aku tak minat tag² ni tapi kita jadikan tag ni sebagai bahan untuk entri aku kali ni. Sebelum tu terima kasih untuk Lala kerana mengtagged aku. Ni nak korek rahsia aku lah ni tag aku. Hehe, takde lah just kidding, jgn ambil hati peace. (>_<)


Syarat tag:
  1. Reka atau cipta title yang gila, gempak, gegar. kata lala, cun². hehe~
  2. Tulis 25 perkara yang orang lain tak tau tapi kena tau tentang diri kita kot.
  3. Tag 25 org yang bertuah..( kalo tak sampai 25 org pun tak pe)

25 perkara awak tak tahu tapi patut tahu tentang Hahazirah.
  1. Nama sebenar Hahazirah ni ialah Nurhazirah A.Sabri tapi kadang-kadang tulis Zirah Sabri.
  2. Aku suka kalau orang panggil aku Z berbanding Zira.
  3. Aku nak orang kenal aku sebagai Hahazirah tapi aku tak suka orang panggil aku Hahazirah dan aku harap nama Hahazirah is one and only dan nama itu adalah nama aku, Hahazirah.
  4. Aku paling tak suka copycat tapi sebenarnya aku pun copycat jugak dan kau pun, jadi apa hak aku nak maki² copycat sedangkan aku pun buat benda yang sama. I'm just dont wanna be hypocrisy.
  5. Aku pun tak suka penipu apa lagi orang tipu aku, perbodohkan aku padahal dia sedang memperbodohkan diri sendiri sebab aku dah tau dia berbohong cuma buat donno je, aku malas je nak malukan orang yang suka tipu² tu kan. Come on lah, kalau tak menipu pun still boleh hiduplah, walaupun aku pun pernah berbuat perkara yang sama malah lebih hebat lagi dari apa yang Liar buat. Haha~ xD Not proud of it. ("-_-)
  6. My english suck. I mean my english is not good. Why English is the world language and it is so impoartant? Ahh, i dont like english but i love to learn it with Lughatul Arabiah. :)
  7. Walaupun aku benci facebook, benci produk yahudi kononnya, tapi kenapa aku masih menggunakannya? Am i Munafiq?
  8. Aku berharap dapat jadi blogger hebat walaupun aku tak layak. Sebenarnya aku takde bakat penulisan, jujur dan terus-terang katanya. Tapi aku tak nak undur diri dalam blogging sebab blogging is so fun. :)
  9. Dalam diam aku bercita-cita nak jadi penulis novel/cerpen atau mengarah sebuah filem yang skripnya ditulis 100% oleh aku sendiri. Tapi apakan daya, aku tiada bakat penulisan. 
  10. Aku suka seni? Choii, agaknya aku terikut-ikut trend 'everyone love art' tapi sebenarnya aku memang betul suka seni. Dan aku lebih suka seni yang dihasilkan melalui hati daripada melalui bakat, maksudnya yang dihasilkan secara semula jadi bukan dihasilkan untuk menunjuk-nunjuk bakat yang ada. ;) *berlagak bunyinya.
  11. Aku pun suka melukis jugak tapi sayang lagi sekali aku pun takde bakat melukis jadi aku tak melukis lah dah. Melukis hanya untuk suka-suka. 
  12. Sejak aku jadi 'budak myspace', tumpuan aku lebih kepada seni dan fotografi. Why? Ikut trend kah? Haha, memang! Tapi lama-lama minat tu terpupuk sendiri. Asal dia memang ikut trend. Ahh, bencilah orang sekarang suka trend. ;(
  13. Aku pernah tulis dalam myspace dulu, I've 'extremely evil mouth'.
  14. Short and skinny. Totally hodoh, ugly duckling. But aku redha dan bersyukur di atas semua ni. :)
  15. Dalam minda aku beribu-ribu 'kisah' yang aku hasilkan menerusi fikiran fantasi dan ilmu pengetahuan aku tapi aku tak tau nak menyampaikannya menerusi apa selain penulisan dan penceritaan?
  16. Aku tak reti bersosial kot. But at least, aku try to be friendly. Haha, what the hypocrite!
  17. Pun tak reti bercerita. Kuasa bercerita aku lemah kot?!
  18. Diam-diam ubi berisi - sesuai kot dengan diri aku. Nampak je lemah dan nothing tapi dalam diam aku boleh 'hancurkan' seseorang dalam sekelip mata. Macam pernah aku buat dulu tapi aku taubat tak nak buat lagi. Berdosa sangat rasanya.
  19. Kalau aku tengok sesuatu cerita kat tv, aku tak suka watak utama tapi lebih suka watak sampingan ataupun bukan watak utama lah. Tapi kadang² je, ada jugak cerita aku suka watak utama macam BOF, aku suka Gu junpyo, watak utama lah tu. Kebanyakannya mesti aku sukakan watak yang tak berapa nak penting dalam cerita tu. Entahlah kenapa, mungkin sebab aku suka sesuatu yang tak bape penting kot macam diri aku. :P
  20. Yang aku perasan aku ni tak lah bodoh tapi malas. Kalau aku usaha lebih insya-Allah aku berjaya kan. Doa-doakan. :)
  21. Aku suka tengok cerita kat tv yang ada lelaki hengseng, walaupun cerita tu tak best aku still tengok jugak semata-mata nak tengok handsome guy tadi. Tapi tak semua lah cerita lelaki hengsem aku tengok, ada jugak cerita lelaki tak hengseng berlakon aku tengok jugak janji cerita tu best dan boleh buat aku memikirkan tentang cerita tu berhari-hari macam cerita Titanic, Ayat-ayat Cinta, Sepi, Narnia, Spiderman 3 dan ada lah lagi.
  22. Aku tak suka dengar lagu tapi tak bermakna aku langsung tak dengar lagu. Aku tak suka dengar lagu kat handset atau kat TV tapi aku suka dengar lagu kat radio dalam kereta je. Kalau dengar secara kebetulan dekat kedai ke, ada orang pasang ke pun boleh terima.
  23. Seriously, honestly, aku tak suka berSMS. Tak suka message, selain dari buang duit dan tenaga serta masa, aku paling tak suka menaip msg. Letih jari aku. Kalau msg benda penting takpe lah tapi kalau msg setakat nak hilangkan boring baik pergi cari orang lain yang hobinya bermesej. Aku lebih suka bertelepon, lebih cepat, pantas, mudah walaupun agak buang duit tapi berbaloi lah kan dapat cakap direct dengan orang tu, tak payah taip panjang², tak pasal² kena pergi buat rawatan mengurut jari tangan.
  24. Aku tak suka guna duit orang, tak suka berhutang (duit parent tu lain citer lah kan). Lebih suka cari duit sendiri menggunakan kaedah yang halal. 
  25. Kali ni suka pulak. Aku suka makan sardin, keropok ikan yang rangup, telur goreng dan minuman sejak umur 3 tahun, Milo, kekal hingga sekarang. :)

Tag at least 25 orang

Diantara aku tak tag sesiapa atau aku tag semua orang. Siapa agaknya semua orang tu? Kau lah, yang tengah baca ni. Dah kena tag dengan aku. Hihi~


Ok lah, sekian dulu. :)

4 comments:

  1. baru tau pasal hazirah

    http://ainanadiahamid.blogspot.com/2010/11/gud-luck-spm-candidates.html

    ReplyDelete
  2. hahaha..nk jdi pengarah? bagus2..biar aku jd pelakon..:)

    ReplyDelete
  3. @Lala Halim - wahh, ko nk jd pelakon bakal citer ak? bleh je.. hahaxD

    ReplyDelete