4B dan Fb.

Salam & Hello.

Siapa kata budak kelas 4 Bukhori skema and nerdy?. Tak tepat dan tak betul langsung. Aku rasa 4B tahun ni best apa, gempak la jugak walaupun sikit. Tapi part yang paling best, hampir semua budak kelas 4B ada facebook tau. Yang takde aku rasa cuma sesuku je kot.

Mari aku kenalkan budak² kelas aku secara random. Kalau nak detail tu korang berkenalan lah sendiri dengan tuan empunya badan. Hehee~

4b2010
Atas dari kiri: Matun, Nadiah, Tiqah, Nik, Zureen, Nofa, Kamalia, Hidayah, Farah, Hajar Azhari, Liyana, Aina, Syuhada, Nurul, Rakha.
Tengah dua dari kiri: Jannah, Syakirin, Amin, Amir Arsyad, Aiman, Kholil, Izzat, Ariff, Haikal, Hikmah, Saeirah, Yasmin.
Duduk dari kiri: Badiuzaman, Khair, Akim, Muhaimin, Ustazah Zaleha, Syida, Atin, Hajar Azam, Ainaa.
Tiada dalam gambar: Sharifah, Ayu, Harman.

Muhaimin sebagai Ketua Kelas
Syida sebagai Penolong Ketua Kelas (PA Muhaimin. Hehee~)
Ainaa sebagai Bendahari
Jannah dan Hahazirah sebagai AJK Keceriaan
Hikmah satu-satunya Pengawas Pusat Sumber
Ada 6 orang KP (Kepimpinan Pelajar/Pengawas) dalam kelas.
Yang lain tu penyeri 4 Bukhori. :D

Dan budak kelas 4B yang ada facebook pulak ialah... Hehehe~ Boleh click nama diorang untuk ke fb diorang. ^^

4B Lelaki yang ada Facebook

1. Aiman
2. Akim
3. Khair
4. Ariff
5. Muhaimin
6. Amin
7. Amir
8. Kholil
9. Wan
10. Haikal

4B Perempuan yang ada Facebook

11. Ainaa
12. Nik
13. Zureen
14. Ayu
15. Syuhada
16. Hikmah
17. Nofa
18. Liyana
19. Hajar Azam
20. Syakirin
21. Hahazirah
22. Yasmin
23. Kamalia
24. Syida
25. Hidayah Manis
26. Tiqah
27. Nurul
28. Jannah
29. Hajar Azhari

4B yang masih tiada Facebook atau bakal ada

30. Harman
31. Badiuzaman
32. Nadiah
33. Matun
34. Rakha
35. Saeirah
36. Aina
37. Sharifah
38. Atin
39. Farah

Sekarang boleh nampak kan, 29/39 orang yang ada fb. Maknanya, tinggal lagi 10 orang yang tak buat fb lagi. Tapi dengar cerita diorang macam nak buat tapi tak tau lah bila. Nanti kalau diorang buat insya-Allah aku akan masukkan nama dan fb diorang kat sini. :)

Oppp tak lupa jugak 4B ada buat group khas 4 Bukhori Batch 2010 kat fb. Semangat betul... tapi layan je lah diorang. Hehee~ Boleh click link bawah ni kalau nak pergi ke group tersebut.


Hemmm, nak aku ceritakan 'keperibadian' diorang sorang² tak? Malas la pulak, lagipun aku bukan kenal sangat semua dak kelas aku tu. Tau tak satu fact tentang aku kat dalam kls 4B ni, aku tak pernah cakap dgn sorang pun lelaki kat dalam kls aku. Hahaha~ Tak caye? Tak caye sudah tapi inilah kenyataannya.

Kat bawah ni pulak coordinate kelas 4B.


Ok lah cukup sampai sini dulu post aku pasal 4 Bukhori ni. Tahun ni dalam sejarah tak buat jamuan pun. Geramm laa, tak pernah miss buat jamuan kelas tapi tahun ni tak cukup masa. Yelaa, busy dgn SMA katakan. Apa-apa pun, All the best result SMA kat semua budak kelas 4 Bukhori. Hope result kita semua gempak yea. Majulah 4 Bukhori. Huahaha~ :D

Tutorial Facebook Live Stream Shoutbox.

Salam & Hello. :)

Tengah memalam buta ni aku nak buat lagi satu tutorial. Tetiba je pagi tadi hati aku terdetik nak tukar Shoutbox Shoutmix aku kepada Facebook Live Stream sebagai penggati shoutbox shoutmix tu. Hee~ Sebelum ni aku dah tau dah pasal fb live stream ni cuma tak terpikir pulak nak menggunakannya. Since dah ramai blogger guna live stream ni, aku pun tak terkecuali la kan. Lagipun, bagi aku guna fb live stream ni lebih mudah berbanding shoutbox. Takde spam (padahal aku mana pernah kena spam!), senang bagi pengguna facebook dtg melawat blog aku. Lepas ni korang, sambil² facebook-ing tu boleh la jugak blogwalking blog aku kan. Hihii~ :D

Ok lah, kalau ada sesiapa teringin jugak nak pasang tapi tak tau nak pasang fb live stream ni, meh sini aku tunjuk caranya. Padahal aku takde la reti mana. Main click² je sampai dapat. :)

1. Mula² korang kenalah log in facebook korang dulu kan. :)

2. Then korang pergi kat link bawah ni:


dan korang akan dapati page seperti gambar rajah di bawah.


3. Korang biar dulu kat atas ni sebabnya korang perlu isi App ID. Mana nak cari App ID? Korang kenalah pergi dekat link dibawah:



dan korang perlu create satu Application untuk Fb Live Stream korang.
Tulis lah apa² nama 'Application Name' yang korang suka. Tekan Agree dan Create Application.

4. Kemudian korang akan pergi ke page seperti di bawah ni pulak.


Kat sini korang kena tekan Web Site. Lepastu korang copy number dari Application ID seperti yang tertera di gambar rajah diatas.

5. Korang pergi balik ke link ni:



dan paste kan number Application ID yang korang copy tadi kat kotak App ID.
Set kan Width dan Height mengikut kesesuaian.

6. Click Get Code dan copy code iframe. Macam biasa boleh paste kat mana² macam yang korang buat kat shoutbox. Selesai :)


Siaplah sudah cara² meletakkan Facebook Live Stream sebagai Shoutbox kat blog kita. Selamatlah mencuba bagi sesiapa yang nak cuba. Sekian dulu. Opss, kalau ada yang tertinggal step atau tak faham boleh 'buzz' kat kotak komen. :)

Blogger Tutorial: Adding Numbered Page Navigation

Salam & Hello.

Hai hari ni aku nak buat tutorial macam mana nak letak Numbered Page Navigation yang telah lama ditangguhkan. Hehe~ Jadi sekarang lah aku buat. Huhu~


1. Mula² copy code di bawah ni:

<script style='text/javascript'>var pageCount=5;var displayPageNum=4;var upPageWord="Prev";var downPageWord="Next";</script><script style='text/javascript' src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/blogger-page-nav-v2.js'></script>

Tukar apa yang perlu:
Red - Ubah nombor kepada berapa post yang dipaparkan di blog anda
Green - Ubah nombor berapa banyak yang anda ingin paparkan
Blue - Ubah tulisan Prev kepada apa yang anda mahu.
Purple - Ubah tulisan Next kepada apa yang anda mahu juga.

2. Paste dekat Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript. Save dan seretkan gadget tu di bawah post.

3. Kemudian copy pulak code di bawah ni:

.showpageArea a {
text-decoration:underline;
}
.showpageNum a {
border:1px solid #CCCCCC;
margin:0 3px;
padding:3px 7px;
text-decoration:none;
}
.showpageNum a:hover {
background-color:#CCCCCC;
border:1px solid #CCCCCC;
}
.showpagePoint {
-moz-background-clip:border;
-moz-background-inline-policy:continuous;
-moz-background-origin:padding;
background:#CCCCCC none repeat scroll 0 0;
border:1px solid #CCCCCC;
color:#333333;
margin:0 3px;
padding:3px 7px;
text-decoration:none;
}
.showpageOf {
margin:0 3px 0 0;
padding:3px 7px;
text-decoration:none;
}
.showpage a {
border:1px solid #CCCCCC;
padding:3px 7px;
text-decoration:none;
}
.showpage a:hover {
text-decoration:none;
}
.showpageNum a:link, .showpage a:link {
color:#333333;
text-decoration:none;
}

Dekat sini boleh lah ubah apa yang perlu contohnya macam warna ke border ke dan sebagainya. Ikut kesesuaian blog dan kekreatifan anda. ^^

4. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML. Paste selepas ]]></b:skin> sebelum </head>.

5. Preview dan save kalau takde error. Siap!

Selamat mencuba kepada sesiapa yang nak cuba. :D

Sources: Google 100%

25 perkara awak tak tahu tapi patut tahu tentang Hahazirah.

Salam & Hello.

Hari ni jom kita jawab tag dari Lala. Act, aku tak minat tag² ni tapi kita jadikan tag ni sebagai bahan untuk entri aku kali ni. Sebelum tu terima kasih untuk Lala kerana mengtagged aku. Ni nak korek rahsia aku lah ni tag aku. Hehe, takde lah just kidding, jgn ambil hati peace. (>_<)


Syarat tag:
  1. Reka atau cipta title yang gila, gempak, gegar. kata lala, cun². hehe~
  2. Tulis 25 perkara yang orang lain tak tau tapi kena tau tentang diri kita kot.
  3. Tag 25 org yang bertuah..( kalo tak sampai 25 org pun tak pe)

25 perkara awak tak tahu tapi patut tahu tentang Hahazirah.
  1. Nama sebenar Hahazirah ni ialah Nurhazirah A.Sabri tapi kadang-kadang tulis Zirah Sabri.
  2. Aku suka kalau orang panggil aku Z berbanding Zira.
  3. Aku nak orang kenal aku sebagai Hahazirah tapi aku tak suka orang panggil aku Hahazirah dan aku harap nama Hahazirah is one and only dan nama itu adalah nama aku, Hahazirah.
  4. Aku paling tak suka copycat tapi sebenarnya aku pun copycat jugak dan kau pun, jadi apa hak aku nak maki² copycat sedangkan aku pun buat benda yang sama. I'm just dont wanna be hypocrisy.
  5. Aku pun tak suka penipu apa lagi orang tipu aku, perbodohkan aku padahal dia sedang memperbodohkan diri sendiri sebab aku dah tau dia berbohong cuma buat donno je, aku malas je nak malukan orang yang suka tipu² tu kan. Come on lah, kalau tak menipu pun still boleh hiduplah, walaupun aku pun pernah berbuat perkara yang sama malah lebih hebat lagi dari apa yang Liar buat. Haha~ xD Not proud of it. ("-_-)
  6. My english suck. I mean my english is not good. Why English is the world language and it is so impoartant? Ahh, i dont like english but i love to learn it with Lughatul Arabiah. :)
  7. Walaupun aku benci facebook, benci produk yahudi kononnya, tapi kenapa aku masih menggunakannya? Am i Munafiq?
  8. Aku berharap dapat jadi blogger hebat walaupun aku tak layak. Sebenarnya aku takde bakat penulisan, jujur dan terus-terang katanya. Tapi aku tak nak undur diri dalam blogging sebab blogging is so fun. :)
  9. Dalam diam aku bercita-cita nak jadi penulis novel/cerpen atau mengarah sebuah filem yang skripnya ditulis 100% oleh aku sendiri. Tapi apakan daya, aku tiada bakat penulisan. 
  10. Aku suka seni? Choii, agaknya aku terikut-ikut trend 'everyone love art' tapi sebenarnya aku memang betul suka seni. Dan aku lebih suka seni yang dihasilkan melalui hati daripada melalui bakat, maksudnya yang dihasilkan secara semula jadi bukan dihasilkan untuk menunjuk-nunjuk bakat yang ada. ;) *berlagak bunyinya.
  11. Aku pun suka melukis jugak tapi sayang lagi sekali aku pun takde bakat melukis jadi aku tak melukis lah dah. Melukis hanya untuk suka-suka. 
  12. Sejak aku jadi 'budak myspace', tumpuan aku lebih kepada seni dan fotografi. Why? Ikut trend kah? Haha, memang! Tapi lama-lama minat tu terpupuk sendiri. Asal dia memang ikut trend. Ahh, bencilah orang sekarang suka trend. ;(
  13. Aku pernah tulis dalam myspace dulu, I've 'extremely evil mouth'.
  14. Short and skinny. Totally hodoh, ugly duckling. But aku redha dan bersyukur di atas semua ni. :)
  15. Dalam minda aku beribu-ribu 'kisah' yang aku hasilkan menerusi fikiran fantasi dan ilmu pengetahuan aku tapi aku tak tau nak menyampaikannya menerusi apa selain penulisan dan penceritaan?
  16. Aku tak reti bersosial kot. But at least, aku try to be friendly. Haha, what the hypocrite!
  17. Pun tak reti bercerita. Kuasa bercerita aku lemah kot?!
  18. Diam-diam ubi berisi - sesuai kot dengan diri aku. Nampak je lemah dan nothing tapi dalam diam aku boleh 'hancurkan' seseorang dalam sekelip mata. Macam pernah aku buat dulu tapi aku taubat tak nak buat lagi. Berdosa sangat rasanya.
  19. Kalau aku tengok sesuatu cerita kat tv, aku tak suka watak utama tapi lebih suka watak sampingan ataupun bukan watak utama lah. Tapi kadang² je, ada jugak cerita aku suka watak utama macam BOF, aku suka Gu junpyo, watak utama lah tu. Kebanyakannya mesti aku sukakan watak yang tak berapa nak penting dalam cerita tu. Entahlah kenapa, mungkin sebab aku suka sesuatu yang tak bape penting kot macam diri aku. :P
  20. Yang aku perasan aku ni tak lah bodoh tapi malas. Kalau aku usaha lebih insya-Allah aku berjaya kan. Doa-doakan. :)
  21. Aku suka tengok cerita kat tv yang ada lelaki hengseng, walaupun cerita tu tak best aku still tengok jugak semata-mata nak tengok handsome guy tadi. Tapi tak semua lah cerita lelaki hengsem aku tengok, ada jugak cerita lelaki tak hengseng berlakon aku tengok jugak janji cerita tu best dan boleh buat aku memikirkan tentang cerita tu berhari-hari macam cerita Titanic, Ayat-ayat Cinta, Sepi, Narnia, Spiderman 3 dan ada lah lagi.
  22. Aku tak suka dengar lagu tapi tak bermakna aku langsung tak dengar lagu. Aku tak suka dengar lagu kat handset atau kat TV tapi aku suka dengar lagu kat radio dalam kereta je. Kalau dengar secara kebetulan dekat kedai ke, ada orang pasang ke pun boleh terima.
  23. Seriously, honestly, aku tak suka berSMS. Tak suka message, selain dari buang duit dan tenaga serta masa, aku paling tak suka menaip msg. Letih jari aku. Kalau msg benda penting takpe lah tapi kalau msg setakat nak hilangkan boring baik pergi cari orang lain yang hobinya bermesej. Aku lebih suka bertelepon, lebih cepat, pantas, mudah walaupun agak buang duit tapi berbaloi lah kan dapat cakap direct dengan orang tu, tak payah taip panjang², tak pasal² kena pergi buat rawatan mengurut jari tangan.
  24. Aku tak suka guna duit orang, tak suka berhutang (duit parent tu lain citer lah kan). Lebih suka cari duit sendiri menggunakan kaedah yang halal. 
  25. Kali ni suka pulak. Aku suka makan sardin, keropok ikan yang rangup, telur goreng dan minuman sejak umur 3 tahun, Milo, kekal hingga sekarang. :)

Tag at least 25 orang

Diantara aku tak tag sesiapa atau aku tag semua orang. Siapa agaknya semua orang tu? Kau lah, yang tengah baca ni. Dah kena tag dengan aku. Hihi~


Ok lah, sekian dulu. :)

Lembap!

Salam & Hello.


Internet sangat lembap di kawasan saya jadi automatik tak dapat online beria. Nak tunggu line pulih? Tahun depan lah jawabnya tunggu budak² masuk sekolah semula.Terima kasih kepada pengguna internet yang semakin bertambah menyebabkan line internet jadi busy sekaligus melembapkan sekali line internet orang!

Maybe Yesterday was My Last Day at KIS.

Salam & Hello.

Firstly, aku bersyukur yang amat sangat sebab dah habis taip assg ibu sebanyak 44 m/s. Fuhh, banyak tu, malas jugak nak buat tapi tak kan lah kan. Kena lah tolong. Hidup bermasyarakat kena salang tolong-monolong. *tiba je. :P Lepas ni tak tau lah ada lagi ke tak kerja kena buat tapi buat sementara ni memang dah habis semua. Aku rasa ada kebaikan jugak bila menolong orang menaip sebab boleh membantu skill menaip pantas di komputer ni. Hehe~

By the way, sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431. Woow, aku rasa raya tahun ni memang banyak perngorbanan kot tapi aku still nak menikmati raya ni. :) Sayang kan siapa kata raya tak macam raya. Who care?! Raya datang setahun sekali tak kiralah raya apa pun (mungkin kadang² raya 2 kali setahun) sangat rugi siapa yang tak menghargainya. (>_-)

Hari semalam, mungkin adalah hari terakhir aku kat sekolah aku (SMAKT@KIS). Tau sebab apa.. Hemm, aku (mungkin) dah buat keputusan untuk stay atau tidak di current school aku. Kebetulan semalam, alhamdulillah syukur sangat aku dapat sedikit petunjuk untuk membuat keputusan berkaitan future aku. Dan sekarang hanya tunggu untuk aku mengconfirmkan aje keputusan aku tu. Korang doa-doakan lah aku supaya aku dapat buat keputusan yang terbaikk punya. :)

Sayang lah nak tinggalkan school. 4 tahun aku duduk situ, banyak kenangan manis dan pahit kat sana. Tapi, nak wat camane. Kita tak boleh stay lama² kat satu tempat, tak syok la. Tak dapat lah kumpul macam-macam lagi pengalaman kan. Ehehek~ Semalam aku ada jugak ambik result akhir tahun dgn trial SMA. Lama gila tunggu sampai cikgu habis mensyuarat. Huuhh~

Ok lah, sekian dulu. :)

Rounded Border

Salam & Hello.

Pernah tak tengok border yang macam melengkung sikit, bukan yang jenis petak semacam tu je. Kalau nak buat border jadi melengkung sikit kenalah tau sikit² kan basic border-radius-rounded corner ni. Kali ni aku bukan nak buat tutorial tapi boleh jugak kot kalau nak panggil tutorial. Cuma nak terang²kan sikit macam mana nak buat rounded border. Bagi aku rounded border ni lebih menarik daripada border biasa. Kalau korang plak? Huhu~


Mula-mula korang kena fahami code² kat bawah ni:

Work in IE9, Google Chrome

-webkit-border-radius: 10px;

-webkit-border-top-left-radius: 10px;
-webkit-border-top-right-radius: 10px;
-webkit-border-bottom-left-radius: 10px;
-webkit-border-bottom-right-radius: 10px;

Work only in Firefox

-moz-border-radius: 10px;

-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-topright: 10px;
-moz-border-radius-bottomleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;

Work in IE9, Chrome

border-radius: 10px;

border-top-left-radius: 10px;
border-top-left-radius: 10px;
border-top-right-radius: 10px;
border-bottom-left-radius: 10px;
border-bottom-right-radius: 10px;

Untuk samakan setiap radius gunakan code single kat atas dan ubah no kelengkungan dia. Semakin besar no, semakin lengkung lah rounded border ko. Bagi aku no rounded border yang ideal ialah 10-50px.

Lepas tu korang boleh tambah sekali nak buat kaler ape atau nak tambah shadow ke opacity ke ikut suka hati korang lah kan, korang punya kreativiti. Yang penting sekarang korang dah tau macam mana nak buat border yang melengkung. Asyik petak je border korang boring lah jugak kan. So, sekarang masing-masing kita rounded-border kan border kita. Hehihu~ :)

Psstt: Nah site untuk korang, css3.info/rounded-border dan zenelemants yang mahu ketahui lebih tentang rounded border ni.

Photographer Bisexual

Salam & Hello.


Sejak aku tengok cerita Style, aku memang terpikat dekat sorang guy yang boleh dikatakan supergh hengseng. Actually, tak nak la beria suka dia kan nanti kecewa la pulak, so aku suka je lah lakonan dia dalam Style ni. (^_^) Kim Min Joo atau nama sebenarnya Lee Young Woo (Lee muda Woo) dalam cerita ni seorang teman lelaki kepada Park Ki Ja, ketua editor majalah Style. Tak pasti masih atau bekas teman lelaki tapi dalam citer ni Min Joo memang betul-betul suka dekat senior Ki Ja.


Lepastu, entah la macam mana dia terjumpa Seo Jung, editor bagi majalah Style. Dia ajak Seo Jung tinggal bersamanya di rumahnya. Seo Jung terima and diorang pun tinggal together tanpa sebarang ikatan. Min Joo ajak Seo Jung tinggal bersamanya semata-mata nak bagi Ki Ja jealous tapi lama-lama nampak macam Min Joo dah sangkut dengan Seo Jung. Dia just caring kot tapi nampak sweet la kalau Min Joo and Seo Jung together. I like! (>_<)


Selain tu kan, Min Joo sebenarnya adalah seorang photographer bebas yang kadang² bekerja untuk majalah Style. Dan dia juga seorang yang........ BISEXUAL! Ahaha, tau tak bisexual tu apa? Dia seoarang yang straight tapi dalam masa yang sama dia juga seorang GAY. Kiranya dia konpius la nak pilih diantara laki ke pompuan. Dah poning sangat ia pun minat la dua-dua jantina. HAHA~ Just kidding ok! :P


Tapi dia memang seoarng bi pun dalam citer ni. Dia mungkin nampak macam minat jugak kat Chef Woo Jin atau penerbit baru bagi Majalah Style. Dalam cerita ni dia pegang semua watak yang hampir berkaitan dengan dirinya sendiri kecuali bi (yang tu lah yang lain aku tak tau. xD), Photographer, Dancer, Model. Woww, ni dah starting like him dah ni. c(:


Ok lah, aku memang minat dia pun dalam cerita ni. Watak dia, muka dia, bakat dia... woww, memang mengkagumkan ok. Sangat adorable!, macam Jay Chou kesayanganku. :P Walaupun dalam cerita ni dia seoang bi tapi tak nampak sangat watak bi tu dalam diri dia kecuali time dia bagitau Seo Jung dia bukan macam lelaki lain dengan nada serius and time dia peluk Woo Jin dekat restoran About Sam kepunyaan Woo Jin.


Mula tu aku ingat dia gay, tapi tak kan lah gay minat pompuan kan. Lepastu barulah ku tahu dia seorang bi. Photographer Bisexual, that is him as Kim Min Joo in Style. :) ahaha~ Anyway, cerita Style ni memang best cuma banyak cerita pasal kerja diorang. Aku kalau boleh nak tengok part Min Joo dengan Seo Jung je. HEHE~ :P


Terjumpa pic cute Lee Young Woo kerjaya dia sebagai model. Memang cute woo! Meremang bulu roma. HAHA xD

Psstt: Aku delete entri sebelum ni yg bertajuk Aku perlu.. sebab aku rasa entri tu tak logik kot? gagag~

Followers ke-200.

Salam & Hello.


Oct 09-Nov 10 - 200th Followers. :')

Tak sangka aku check jugak bilangan follower aku walaupun malas nak kisah pasal ni. Tapi takpe lah. Di kesempatan ini aku nak ucap terima kasih dekat getmovie124 sebab sudi pollow blog aku dan menjadi followers blog aku yang ke-200. Nanti kalau aku nak download movie aku pegi site kau ok. And tak lupa jugak kat blogger² lain yang follow blog aku. Aku sangat² menghargainya. Sudi gak korang follow blog aku yang ibarat nothing di mata dunia ni. HEHE~ Thanks! :D

Tutorial: Menu Bar Header.

Salam dan Hello.

Setelah berkurun tak bukak fromlog yang sekarang dalam proses peng-delete-an, aku jumpa la beberapa blogger yang tanya camana nak buat menu bar macam kat blog aku ni. Sorry sangat kat orang yang tanya tu, dah lama dah kot korang tanya tapi baru aku nak jawab soalan korang sekarang dengan buat tutorial khas utk korang. hehehe~


Kepada sesiapa yang bertanya tu, aku tak ingat nama-namanya, ini dia cara buatnya. Nama 'benda' ni Menu Bar tau, atau Navigation Header ke atau yang sewaktu dengannya lah.



Mula-mula aku nak bagitau, aku jumpa tutorial ni dekat blog maribinablog. Lepastu aku edit² balik code dia sebab aku nak yang ada double list la kononnya. Ini aku nak credit lah kat tuan empunya tuto ni. Terima kasih yaa! Aku just terangkan balik camana aku buat Menu Bar versi aku, Hahazirah. ;)

1. Macam biasa first back up lah template blog kao. Kang tak jadi naya blog kao tau. Pegi dekat Design > Edit HTML > Tick/Tandakan kotak Expand Widget Templates.

2. Lepastu copy code bawah ni dan paste di Design > Edit HTML > Tick/Tandakan kotak Expand Widget Templates sebelum ]]></b:skin>

#nav {
  height: 35px;
  width: 800px;
  background: #111 url(http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/TBJ9sMqebeI/AAAAAAAABGI/9LYh5N58KYw/s320/gradient.png) repeat-x 0 -110px;
  padding: 3px 6px 2px;
  margin:0;
  font: 12px Arial;
  clear:both;
  margin-left: px;
  padding-bottom: 0px; }

#nav ul {
  background: url(http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/TBJ9sMqebeI/AAAAAAAABGI/9LYh5N58KYw/s320/gradient.png) repeat-x 0 -110px;
  padding:0;
  margin:0;
  list-style:none;
  line-height:1; }

#nav a {
  display:block;
  width: 105px;
  margin:0;
  line-height: 20px ;
  padding: 5px;
  color: #fff;
  font-weight: bold; }

#nav a:hover{
  text-decoration:none;
  background: #dddcd8 url(http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/TBJ9sMqebeI/AAAAAAAABGI/9LYh5N58KYw/s320/gradient.png) repeat-x 0 0;
  background-color: #666;
  color: #000; }

#nav ul div {
  float:left;
  width: ;
  background: transparent;
  overflow:hidden;
  border-radius: 0em; }

#nav ul div ul li {
  border-top:0; }

#nav ul div ul li ul li {
  border-top:0; }

#nav ul div.firstchild a {
  background-color: #fff;
  color: #000; }

#nav ul div.firstchild ul {
  border-top:0; }

#nav ul div ul {
  background: #32312e;
  position: absolute;
  margin:1px 0 0 px;
  width: ;
  left:-999em; }

#nav ul div ul ul {
  background: #32312e;
  margin:-30px 0 0 115px; }

#nav ul div:hover ul ul,
#nav ul div.sfhover ul ul {
  left:-999em; }

#nav ul div:hover ul,
#nav ul div li:hover ul,
#nav ul div.sfhover ul,
#nav ul div li.sfhover ul {
  left:auto;
  }

Mari tengok sini nak edit² warna, tukar background ke atau nak tukar width ke, tengok bawah ni ok:
Tulisan biru - Untuk height menu bar, contoh: 35px
Tulisan hijau - Untuk width menu bar, sesuaikan ikut width blog anda (tengok width dekat outer-wrapper/content wrapper).
Tulisan Merah - Tukar warna background menu bar, contohnya: black/#000000 dan boleh jugak tukar background image kalau mahu. tukarkan url image.
Tulisan Oren - Tukar saiz font, jenis font dan apa² yang berkaitan dgn font.

dan tukarlah apa yang patu kat tempat lain tu ok.

3. Akhir sekali copy pulak code bawah ni dan paste selepas <div id='content-wrapper'>.

Atau boleh jugak paste di Layout > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript dan drag/seret kan di bawah gadget header anda.

<center><!-- start nav --> <div id='nav' style='text-align:center'>

<ul>
<div class='firstchild' style='background-color: ;'><a href='#'>Home</a>
<ul>
<li><a href='#'>Link</a></li>
</ul></div>

<div style='background-color: ;'><a href='#'>About</a></div>

<div style='background-color: ;'><a href='#'>Link</a>
<ul>
<li><a href='#'>Link 1</a></li>
<li><a href='#'>Link 2</a></li>
<li><a href='#'>Link 3</a></li>
<li><a href='#'>Link 4</a>
<ul>
<li><a href='#'>Link 5</a></li>
<li><a href='#'>Link 6</a></li>

</ul></li></ul></div>

<div style='background-color: ;'><a href='#'>Link</a></div>

<div style='background-color: ;'><a href='#'>Contact</a>
<ul>
<li><a href='#'>Contact 1</a>
<ul>
<li>Put Anything You Want Here</li>
</ul></li>

<li><a href='#'>Contact 2</a>
<ul>Just Put Anything You Want Here

</ul></li></ul></div>

<!-- end nav --></ul></div></center>

Tukar la apa yang patut, contoh:
# = link engkorang, contohnya: http://hahazirah.blogspot.com
Tulisan Bold = Nama link korang tu, contohnya: HOME

4. Ok, dah siap! Sesuaikanlah width dgn height dia ikut blog kao yea. Sorry again sebab lambat buat tuto. Peace, and Good Luck! :D

Ailyl Mystery GiveAway!

Salam & Hello! :D

Heyy, ini adalah post tentang Give Away dari Cik Ailyl Rozanna sempena birthdaynya akan datang 2 Disember ni (Wahh, birthdaynya sehari sebelum birthday my truly friend, Mira Ezam, 3 Dec. ^^).

Saja nak try masuk give away ni lagipun sebelum ni mana pernah masuk apa-apa giveaway pun. Kiranya macam ini first try la. hee~ :)


Ok, di atas ni adalah gambar doodle yang telah diedit, dimake-upkan dan dicomel-comelkan oleh saya. (^_^). Saya pilih warna baju pink sebab saya tau cik ailyl addicted dengan warna pink kan. Lagipun warna pink memang sesuai dengan cik ailyl yang cute-mute ni.

Seluar pulak kaler pink cair atau rose, konon-konon nak matchkan dengan baju yang kaler dark pink tu la. kasut pulak warna biru cair lepastu tali kasut tu buat ala-ala warna pink (tapi saya rasa tali kasut tu macam tak jadi la. "--).

Untuk warna kulit muka doodle ailyl, saya tak tau nak pilih kaler ape jadi saya buat je la kaler brown tu sesuai dengan warna kulit cik ailyl yang putih. Saya letak eyeshadow kaler pink jugak and sedikit blusher yang tak berapa nak jadi. hehe~ Lipstick pulak takde la sebab nak nampak natural look. ;)

Warna rambut doodle ailyl pulak saya buat hitam pekat. Mula-mula nak buat warna rambut ailyl yang sekarang ni, coklat perang tapi try mix tak jadi. Buat terus la kaler hitam lagipun comel ape kan kalau rambut ailyl kaler hitam. (^_^)

Ok dah siap describe dah why saya warnakan doodle ailyl macam tu. hee~ Anyway, saya join give away ni pun just for fun lagipun boleh jugak saya bermain dengan photoshop setelah berkurun tak sentuh ps ni. hehe~ :)

Kek Cekelat (Chocolate Cake) versi CT dan saya. :)

Salam & Hello.

Heee~ Hari ni update blog petang-petang sikit, masa ibu takde, kalau tak nanti ibu nak guna tak dapat main, ok takpe. Ingat hari semalam nak buat entri He's gone. Cerita pasal berita kematian Park Yong Ha sambil² tu cerita ending On Air dgn The Partner sebab cerita ni tamat hari semalam kat 8tv. Tapi, tak sempat pulak jadi malas la buat.

Park Yong Ha (August 12, 1977 – June 30, 2010)

Alang-alang tu aku nak kenang lah sikit pasal Pengarah Lee atau Park Yong Ha ni (tak habis² cerita pasal PARK YONG HA. huhuhu~). Semalam time tengok ending On Air, sedih pulak rasa, lagi² dia pasang lagu yang meruntun jiwa sambil tunjuk gambar Pengarah Lee. Aku mula la nak tersentuh hati, sedih la rasanya sebab konon²nya tengok cerita semalam nak ingat² balik antara drama yang pernah dilakonkannya.

muka ala-ala jay chou kekasih hati. c(:

Aku walaupun tak kenal orang tu atau takde sebarang hubungan pun dengan sesesorang tu atau tak rapat ke, tapi bila dia pergi je mesti rasa sedih walaupun sedikit. Mungkin sebab aku susah nak terima kematian dan perpisahan/perpindahan kot. Hmmm~ Eh, tapi ending The Partner pun best jugak, last sekali Peguam Tae Jo dengan Peguam Kang pegang tangan. Ohh, sweetnya diorang. I like! Tapi ada gak part sedih yang ada teman wantia abang tae jo tu dia terpaksa pergi sorang² kat luar negara sebab abang tae jo tu kena tangkap dengan polis. Dah la pompuan tu pregnant. Sedih toi koi tengok. :(

***


Ok dah berhenti cerita pasal drama korea dan tv. Sekarang kita bukak cerita pasal pagi tadi. Haa, best gila pagi tadi wei. Aku merancang nak suruh Ct Syahirah ajar aku buat kek coklat versi dia. Aku ajak syaima sekali tapi sayng yang teramat sayang sangat syaima kita tu tak dapat datang. Rugi sangat kau syaima tak datang, dah tak dapat belajar sekali. Kata nak belajar buat kek coklat tapi bila dah dapat peluang ko tak dapat dtg pulak. Rugiii betul la.



Aku pulak yang terasa kerugiannya. Bukan apa, aku ingat kalau syaima join kitorang syiokk sikit kan. Boleh dia timba pengalaman belajar wat kek coklat. Bukan selalu ni tau. Eksklusif punya kelas belajar membuat kek. Hehe~ Kiranya macam yang ni dah dapat tiket Double Triple VVVIP (triple very). Woahh, bunyinya macam hebat betul ek. Haha!

Takde lah. Tapi siryes wa cakap lu memang hari ni aku have fun betul. Part menghias kek tu paling best. Buat gambar muka orang senyum la, pastu ada pulak sesi fotografi kek. Ehh, kek pon nak jadi model gak tau!, bukan ko sorang jek. Haha~



Ok lah, itu saja lah yang aku nak sampaikan hari ni. Oh ye, kalau nak resepi kek yang doublelicious ni kena mintak kat tuan empunya resepi la. Aku tak berani nak share resepi kek coklat ni kat sini. Karang bocor la rahsia keenakan kek coklat ni. Hehe~ Lagi satu, (aku nak promote sikit) kalau ada sesiapa nak buat tempahan kek ni, boleh la contact ct kat facebook (click!) dia. Cewahh, nak mengpromote pulak dah. Aku berani jamin tak menyesal punya ko beli kek coklat ni sodapp lu tau. Harga pulak boleh runding. So nak ke? Tak terliur ke tengok gambar² kek coklat ni semua? Hahaha~



Psssttt: Click sini nak tengok berita kematian Park Yong Ha. Link 1 dan Link 2.

Psstt: Kepada sesiapa yang berpuasa jangan terbatal pulak puasa tu sebab terliur tengok kek ni. Hehe~ Just kidding ok! ;)

Ok, bye. :D

On Air, The Partner, Style.

Salam & Hello. :)

Sebenarnya skang aku malas nak menulis tapi layan je la kepala otak yang tengah pikir pasal citer korea ni. Aku rasa semalam satu hari aku bantai tengok 3 cerita korea. Boleh tahan tu. 2 cerita aku dah pernah tengok, 1 cerita baru aku nak berjinak-jinak tengok sebab tertarik dengan jalan cerita dia yang agak macam best.

Sama la jugak dengan sinetron lagi la 4 terus aku selimut pastu sapu tengok. HAHA! Tengahari Alisa, lepastu sambung terus Cahaya, pukul 5:30, Cinta dan Anugerah (yang ni tengok jarang² sebab cerita ni dah makin boring.), lepas tu terus sambung Cinta Kirana. Yang ni i dont like gak semuanya sebab galang yang tak comel tu. Tapi baim (Kiky Farel) dan raka i like nyiaaa. Ahaks~



Balik ke cerita korea tadi, sebenarnya aku tengok takde la ikut time sangat. Asal aku tertekan remote control@708 tu aku tengok la. Mula-mula pukul 3 On Air. Oh ya, salah seorang hero On Air yang dikenali sebagai Pengarah Lee atau nama sebenarnya Park Yong Ha ni dah meninggal bulan 6 baru² ni. Terkezut jugak aku dengar news ni (baru dengar), dah la muka dia macam Jay Chou kesayangan aku tu. Part mata paling pheww. :P Yang ni aku pernah tengok dulu kat *tv jugak tahun lepas. Masa ni aku minat Ketua Zhang a.k.a Haziq budak kelas aku (3t) tahun lepas. gahahaha~



Ok pastu pukul 5, The Partner, dah pernah tengok dah dulu kat  KBS World. Memang minat la citer ni sebab suka tengok Peguam Tae Jo (Lee Dong-Wook) dengan Penguam Kang berdua, macam sweet jer diorang. Hehe~ Walaupun Peguam Kang tu ibu tunggal, Tae jo tetap macam suka kat dia. Sama macam On Air tadi, Penulis Seo pun ibu tunggal jugak, tapi Pengarah Lee tetap jatu hati dekat dia. Ehh, sama jugak macam Mahabbah De Laila, apasal lelaki muda (Waad) tu kawen denagn orang lagi tua dari dia haa? Inilah dinamakan cintan tak mengenal usia youu. Hahaks~ Lagi satu pasal citer ni kan, aku rasa muka si Tae Jo persis Aqso atau Satria (Dude Harlino) dalam Cahaya. Lepastu, muka diorang plak sama dengan someone yang agak aku menyampas (shhh, rahsia ni, kalo aku rajin aku citer suatu hari nnti).


Dari kiri: Chef, Park Ki Ja, Editor, lelaki muda.. arghh, aku tak ingat nama diorang.

Pada waktu malam pulak, Best of the East, pukul 8:30 PM kat 8tv jugak (sume citer ai tengok dekat 8tv nyiahh), Style. Mula² aku tengok, hmmphh tak best langsung heroin tak comel hero pun tak hengseng. Tapi bilasup2; layang aku suka pulak tengok kisah percintaan ape nama laki tu tah tak ingat dengan ada pompuan yang muda tu. Lelaki muda tu suka dekat Park Ki Ja, Park Ki Ja pulak mcm minat dekat Chef. Chef suka pompuan muda tu tapi macam suka jugak dekat Ki Ja. Si lelaki muda ni pun bengang la, semua pompuan Chef nak sapu, lemak la kau Chef. Dia pun konon2 nak suka la dekat pompuan muda tu, sengal. HAHA~. Yang ni pun macam si lelaki muda suka dekat wanita berusia.

Apasal lelaki sekarang suka pompuan lebih tua dari dia? Tapi tak semua la kan, memang la tak semua tapi kenapa nyiah? Tak paham la i nyiah. Mungkin dia seorang lelaki yang matang yang mahukan perempuan yang matang. Actually, aku rasa pasangan lelaki muda dan pompuan matang (cover line tua, haha) ni sweet jugak. suka je aku tengok, maknanya aku suka la kan. gagahaha~ :D

Tak lupa lagi satu, tak habis2 zureen inform aku jgn lupa tengok citer apa tah nama dia _______ scandal, ada Micky DBSK. Auww, suka. Tapi aku tengok citer tu tak paham satu hape pun. Ni takde mood nak tengok ni walaupun ada kekasih hati yoochun. hehehe~ Tapi apa-apa pun layan nye nyiahh.

Jom tengok TV semua. 
(Lupa nak cakap Kempen Life Without TV aku FAILED.) HAHAHA! xD 

Hello SPM 2010 !

Salam dan hello.


Dan hello juga kepada Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal mendarat di lapangan terbang berdekatan sekolah masing² kurang sebulan dari sekarang. Ucapakan selamat datang, welcome, ahlan wasahlan kepada Encik/Puan/Cik/Saudara/Saudari SPM kita. Macam gum-bi-ra jea ya spm dah dekat, nyelah nyiah, aku bukan ambik spm tahun ni. Aku punya turn next year. muahahaha~

Lagipun² aku kan baru lepas exam SMA, bagi la aku chill yilex² dulu sebelum training utk spm ni. Cuma aku nak wish sikit la dekat ALL SPM CANDIDATES 2010, Happy SPM and celebrate SPM day specially dekat kakak aku, cik anum cherry hunns or whatever, jawab spm tu leklok, jangan asyik berchintan je. HAHA. Ayat sama je aku bgtau kat dia.

Jadual Waktu SPM 2010 punya~ (Click gambar untuk besarkan wookei.)

Dupdap jugak yea bila dengar word SPM. Macam ada maut je dengan word tu padahal it's just exam besar/sijil yang sangat penting untuk kita menentukan masa depan kita yang cerah bercahaya gemilang berbilang-bilang. Tak masuk dalam list akhirat yop jadi tak usah la kalau nak bunuh diri semata-mata tension-depressed-stress dengan SPM.


Ada satu benda jugak aku tak puas hati dengan spm ni. Bukan nak berlagak ke apa kan, tapi aku agak² tak puehh hati la dengan memaksimumkan 10/11 subjek yang boleh diambil. Kenapa dia tak bagi ambik lebih-lebih ek? (Siapa dia tu??) Tak paham la aku. Katanya takut budak tensyen la study banyak sangat subjek sampai mati bunuh diri terjun bangunan, makan kertas soalan sampai tercekik (ehh, tak. yang ni aku auta je.). :P

adore sangat dengan nik madiha selepas baca buku pasal dia. :)

Lepas ni hilang atau tiadalah lagi pelajar cemerlang spm yang dpt 20+A. Nyealah, lepas ni paling cemerlang pun sekurang²nya 11A+ right. Takde lah manusia memecah rekod kejayaan Nur Amalina, Mohd Azali atau Nik Madiha. Youuu, sedih la puloks. Cara aku cakap macam la aku nak ambik 20+ subjek dan berjaya dengan cemerlangnya. HAHA~ Karut la kalau aku ambik subjek sebanyak tu, memang tak boleh dipercayai langsung. Paling kurang aku nak ambik pun mungkin 10 atau sebelas. Ini pon tak kompem lagi, sekolah aku tahun depan entah kemana, cakap pasal result pulak. Ahh, tak daya! :P

Sudah bersediakah anda untuk berhadapan dengan situasi begini??

Ok lah, sampai sini je aku taip meluahkan rasa ketidakpuasanhatiku terhadap spm dan pengewishan untuk semua calon-calon SPM. Nanti tahun depan aku pulak kena SPM. Doakan aku sekali untuk spm tahun hadapan. hee~ (>_<)