It is my birthday

Salam & Hello.


Selamat Hari Jadi
Happy Birthday
عيد ميلاد سعيد
생일 축하.
Joyeux Anniversaire




Cewahh sume bahasa aku sapu ek, kononnya nak wish birthday aku ni. HAHA~ Anyway, thanks to Google Translate for translating all the language. You are totally useful. (>_^)


Bersamaan dengan hari jadi aku, hari ni jugak merupakan ulang tahun pertama blog Hahazirah ni tercipta. Tapi ini bukanlah blog pertama aku. Sebelum ni ada blog nama Chiczira, kemudian diubah kepada Zirahazirah, akhir sekali barulah diubah lagi menjadi Hahazirah. Harap nama ni kekal sampai bila-bila insya-Allah.


Dalam entri pertama blog ni cerita tentang pasal birthday aku dan entri pertama yang aku tulis untuk blog Hahazirah ni. Dalam entri tu jugak aku ada cerita pasal aku mungkin nak buat 'Rainbow Cake' untuk hari jadi aku yang ke-16. Sebelum ni ada berlatih buat rainbow cake ni dan hasilnya not bad, cuma perlu mempelbagaikan sikit warna biar dia betul-betul nampak rainbow.

Tahu tak, umur 16 tahun adalah umur yang paling ditunggu-tunggu oleh semua manusia. Orang kata umur 16 ni sweet, Sweet Sixteen. Ada jugak kata umur 16 tahun ni umur yang paling HOT kalau kat Amerika. Tak tau lah kan betul ke tak kan, tapi dengan berumur 16 tahun menjadikan kita lebih tua dan boleh lebih bersikap matang dan tandanya kita dah besar. :)


Bday Wishes from Jojo, Lala & Abah via hp.

Bday wishes from friends at Facebook. :D



Untuk harijadi aku yang ke-16 ni, aku takde sambut apa-apa pun sebab dalam exam mood untuk SMA so just biarkan 14 Oktober 2010 tu berlalu macam biasa sambil² tu dapat bday wish dari kawan² sekolah, keluarga dan kawan² fb walaupun kitorang tak saling kenal. Ohh tak lupa jugak, aku dapat hadiah dari abah. Hadiah beg yang abah beli kat Universal Studio di Singapore. Gembira tak terkata dan tau tak lagi satu, tahun depan aku tak payah beli beg baru sebab aku dah ada beg untuk dipakai pergi sekolah tahun depan. Selain tu, ibu bagi aku hp SE Cybershot K770i kepunyaan ibu sebab ibu guna tepon lain dah. Mulanya aku nak amik lepas SMA tapi tengok² dapat beberapa hari sebelum SMA habis. It's okayy la, janji dapat 'hp baru'. :D Yihuu, trimas semua orang yang sudah bikin My 16's Birthday begitu perfect sekali. you all from my true heart. :D

Surprise present from Singapore by Abah. ^^ Thanks-a-lot!




Present after SMA and also for my 16th birthday special from Ibu. =D Thanksie²~


And CT also gave me birthday cake to me yang CT buat sendiri tau. Sweet sangat! Tengkiu so much CT. ♥ ><



Sekian. (^_^)

Jadual SMA

Salam & Hello.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Jadual Peperiksaan SMA

18 Okt - Insyak
19 Okt - Tafsir
20 Okt - Feqah
21 Okt - Tauhid
22 Okt - Hadis
26 Okt - Nahu
27 Okt - Adab
28 Okt - Mantiq
29 Okt - Balaghah

Jadual pekse SMA yang sebenar dah dapat. Ini bermakna SMA dah DEKAAAT! Bagi aku SMA sangat penting sebab inilah tujuan aku (not at all) berada di SMAA-KT. Lagipun aku nak bayar balik hutang PMR aku dekat ibu, abah dan cikgu² semua. SMA bukan setakat exam biasa, ia sijil! Bukan Percubaan (trial), Ujian or Penilaian, ia lebih dari itu (bagi aku lah). Insya-Allah aku akan buat yang terbaik, harap² dapat target aku iaitu 6A keatas, Pangkat 1, Agreget 6-12. :) *kalau tak berusaha dengan teliti, anak panah akan tersasar dari sasaran.

Aku rasa terbaek la exam ni. Satu hari satu mata pelajaran. SPM macam ni tak agaknya? korang jawab. Anyway, doakan aku berjaya dalam exam ni. Kenapa orang kata exam is killer? I don't think so. Exam is just exam. Not more than that. Take that friends. :) Don't be afraid too much sampai bunuh diri. whatdaa!

Wish me All The Best! 

Tunggu!

Salam & Hello.

:)

Bagi senyuman besar punyaa kat korang!

Ya, saya tau blog saya sedang 'mati' tapi nak buat macam mana saya busy gilerr takde masa nak online, update dan meng'hidup'kan kembali suasana meriah kat blog saya ni. Anggap saya sedang berpindah di Jakarta, US la. *haa..tiba je!

Ok la, ok la. Macam biasa yang saya cakap la, lepas habis  exam SMA saya akan mempedulikan balik blog ni. Sebelum tu, tunggu la ada 2 entri untuk saya publish dalam masa terdekat ni atau mungkin selepas habis exam iaitu entri My Hero, Spiderman dan Bulan Oktober.

Itu je la.. Byess~

Psst: Bulan oktober bulan yang hebat, tunggu untuk 14 Oktober, My Birthday! *big smile

Bulan Oktober

Salam & Hello.


Fewitt~~ bunyi wisel sikit bulan Oktober dah sampai. HAHA~ Bulan oktober dah sampai maksudnya masa untuk usiaku bertambah pun dah dekat, ada la lagi dalam 14 hari dari sekarang. Hehe, suka sangat dia. c(: Of course la kan, bulan oktober kan merupkan bulan kegemaran aku lagipun dalam bulan ni ada birthday aku. Tak tau kenapa orang suka sangat bila birthday dia tiba, mungkin dia rasa sangat bersyukur sebab pada hari jadi dia tu lah, dia dilahirkan dan masih hidup sehingga hari jadi dia yang seterusnya tiba lagi. Macam aku lah contohnya. Padahal time birthday takde buat apa² yang meriah pun just sambut ala kadar, tapi bila dah nama birthday senyum tetap akan terukir menandakan betapa gumbiranya hati hari jadi masih datang lagi. Hehehe~

Bulan oktober tahun ni tak best sangat kot sebab bulan ni 100% aku pekse SMA dari 18-29 Oktober. Tapi takpe, lepas tu boleh enjoy kejap. Hehe~ Anyway, I Like October. :)