Raya Mari!

Salam & Hello.


Duti raya + kad raya untuk korang. :)

Riangnya rasa raya dah dekat tapi tahun ni raya macam tak gempak loh, cuti pun tak gempak. sebab bukak² sekolah terus trial. agagaga~ kiranya cuti ni takde enjoy la. duduk mengadap buku menghafal, menghafal, menghafal. Ataupun duduk mengadap komputer microsoft word menaip, menaip, menaip untuk siapkan kerja kursus akaun yang susah gila. arghhh! cikgu seh sendiri mengaku yang kerja akaun tingkatan 4 ni kerja kursus yang paling susah, lebih susah dari form 6? biaq betul! haha~

Ohh, sebelum lupa, khas untuk korang, followers blog ni atau reader blog ni ke atau mereka yang datang melawat blog ni ke, ringan-ringankan lah tulang jari untuk mengambil duit RM5 + kad raya dari aku yang tulus ikhlas ni. *cehceh~ Tahun ni takde kad raya la macam tahun lepas punya kad raya siap ada gambar aku sekali memang eksklusif gila la. special e-kad raya from me. haha! Tahun ni aku bagi duit raya RM5 ekspress campur tulisan Selamat Hari Raya untuk kauorang. Tak sempat nak design kad raya cun-melecun. Ngeh3~ :P

Dalam pada kita nak beraya ni kan, bila tengok tv, isu ganyang malaysia oleh indonesia pun buat gua rasa macam poyo la mereka (susah untuk aku mendescribe feeling ni tapi rasa macam marah la jugak.). Kononnya rela berperang dengan Malaysia?? Whatdaa?! Aku tak tau la apa masalah sebenar sesetengah mereka apasal diorang so-so hate Malaysia. Yang aku tau pasal isu malaysia kononnya copycat lah, pastu isu tarian kontot (actually tarian pendek. hehe~), pastu apalagi yang pasal malaysia tahan beberapa warga mereka. then, apa lagi? Sorry aku kurang mengikuti perkembangan cerita ni okay.

Siap si upin & ipin pun jadi mangsa lagi. tiba je ada terselit gambar upin & ipin kat banner diorang. adoii~


Haa yang ni sape punya kerja pulak? adoyaii.
Credit gambar: Rindok.com. Baca lagi disini: Canangsari.net.

Then, baru-baru ni masa aku tengah mencari satu tutorial blog, lepas tu terjumpa pulak tutorial tersebut di blog seoang warga indonesia. Aku pelik jugak asal ada gambar bendera malaysia kat bawah blog dia rupa-rupanya ciss dia blogger anti-malaysia meih. Siap ambik semua tuto dia aku terus blah. ahhh, geram betui (eleh eleh. :P). Tapi kan, aku sarankan kat ibuk² bapak² yang anti malaysia tu kan, better diorang anti-israel. why? sebab israel lagi kejam durjana dari malaysia. sekurang-kurangnya malaysia tak menindas saudara sesama islam di palestin sana tu. Malah rela kalau diri ni terkoraban di jalan Allah semata-mata dapat memberi bantuan kat semua rakyat Palestin.

Kita ni pulak (indon & malay), dah lah saudara sesama islam, lepastu nak cetuskan peperangan pulak. Sial! Cuba wake up and tengok dunia sekeliling hang yang tengah berpusing ni, tau tak belambak bapak banyaknya bencana alam yang sedang berlaku di seluruh dunia tau! Macam kat Pakistan, banjir besar berlaku. Kat China pulak, banjir lumpur sampai menelan kerugian yang besa r kat negera mereka. Lepastu apalagi yang berlaku dekat Rusia, Australia, malah di Malaysia sendiri gempa bumi lemah berlaku di sabah baru-baru ni. Dan paling terbaru negara New Zealand pulak yang terjadi gempa bumi. Sila search di google atau tengok berita di tv atau paling kurang baca akhbar ya kawan-kawan untuk mengetahui kesahihan semua berita ni. Ingat aku cakap kosong ke bhai? huhu~


Ok dah, lepas tu yang bikin darah gua menggelegak punya la hot ni beb pasal Burn Koran Day (dalam bahasa omputihnya). Ni manusia sakai mane pulak punya kerja nih?! Kononnya sempena nak meperingati peristiwa 11 September. Hot tak deme punya 11 september. Ini la orang hipokrit tak sedar ke diri. Dia tak ingat kot masa dia dengan riang ria hatinya mengebom negara Iraq dan pelbagai negara Islam lagi dengan geng Israel (yahudi) dia, takde pon rakyat negara yang menjadi mangsa tu buat hari membakar kitab suci diorang pulak. kalau boleh, hari-hari mereka buat tau. Tapi apasal mereka tak buat, sebab kita tak hina agama orang okay. sekurang-kurangnya takde lah sampai mempersendakan agama lain depan penganutnya.

Sampai hati mereka yang sanggup bakar kitab suci Al-quran. Memang dasar tak sedar diri, tak kadar ke diri. Dah lah duduk hidup menumpang di bumi Allah. Lepastu sanggup nak bakar kalam Allah. Astaghfirullah. Memang tegar sungguh mereka. Moga-moga Allah menghalang perbuatan mereka. Menangis aku bila mengenang mereka yang sampai hati nak bakar Al-quran, panduan hidup kita di dunia ni. Kenapa la mereka tak boleh berfikir ke? Sengkek sangat ke pemikiran mereka. Astaghfirullah.

Itu lah realiti kehidupan sebenar kita dalam kita sedar tak sedar. Agaknya kita ni terlebih hiburan sampai isu semasa pun kurang tau (macam aku la tu). Apa-apa pun aku harap semoga Allah bukakkan pintu hati kita semua dan mereka agar kita kembali bertaubat kepadaNya. Kepada some rakyat indonesia ecspecially yang anti-Malaysia tu rasanya hari raya ni la hari terbaik agar kita saling bermaafan dan mengikat semual tali silaturrahim kita yang hampir-hampir terputus.

Kita bermaaf-maafan sesama kita dan diharapnya semua kesalahan, ketelanjuran kita di masa yang lalu dilupakan, dimaafkan. Untuk pembuang baby di malaysia ni puloks, engkorang tolonglah JANGAN bukan kurang buang anak hang sendiri. Alangkah mak si tanggang tak buang anaknya masa kecil malah di didiknya sehingga menjadi insan berguna tapi si tanggang yang tak sedar ke diri akhirnya menjadi mangsa sumpahan oleh ibunya sendir akibat durhaka kepada ibunya. So, apa mora cerita ni? macam takde kena mengena je. haha~ lu pikir la sendiri yop. ;)

Chopp, tak lupa yop kepada semua orang yang beragama Islam, kepada follower(s) blog gue, reader blog gue, visitor blog gue ke, member-member gue, family gue, kaum kerabat gue, guru-guru gue dan kau la yang sedang membaca ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kali yang ke 1431. Alhamdullilah, insya-Allah kita masih sempat beraya untuk tahun ni. Syukur sangat², jangan tak bersyukur plak. Aku mintak maaf banyak-banyak seluruh tubuh badan aku, seluruh diri aku kalau aku ni banyak buat siapa-siapa terasa dengan diri aku. Aku tau aku ni tak lepas dari melakukan kesilapan, kesalahan. Kalau boleh hari-hari aku buat salah tapi aku try la elakkan dari buat salah je. *Sengal. Ok, lagi sekali, selamat hari raya maaf zahir batin. Exam jangan lupa yea. Peace! (^_^)

psst: sorry kalau bahasa gua kasar sikit untuk entri ini. Maaf zahir batin okies. ;)

2 comments:

  1. harinie masih bekerja..huhuhu sedihnya tgk org len blik kg...

    ReplyDelete
  2. oo..sabar yea. nti insya-allah kalo ade peluang dpt jgk blk kg. :)

    ReplyDelete