He's owned.

Salam & Hello.


(Baru lepas tengok fb dia.....)

Yeah, he's owned. I don't care and disappointed.

HaziraHaz** was past and silly funny.

Goodbye! Wishing you a happy ever after. (>_<)

Prince Caspian ♥

Salam & Hello.


Semalam saya tengok Prince Caspian kat tv3. Best sangat. Dah lama saya nak tengok citer ni baru sekarang dapat tengok (teringin jugak tengok Prince of Persia, hari tu masa motivasi sma@semuji, kuantan dapat tengok sesuku je citer tu). hihi~ Saya ajak Ayma dan Lala sekali tengok cerita ni sempena berakhirnya trial SMA jumaat semalam. Kitorang tengok movie kat rumah masing², best sekali. *thumbs up.

Suka tengok Prince Caspian dan King Peter. Yaa, kegemeran saya dahulu kala. AHAH~ Lama-lama tengok Prince Caspian tu macam muka Ezani K.A.M.I pon ada. Betul, tak caya tengok bawah ni, saya samakan dia dua orang. HEHE!



Comelkan??? HIHIHI. :D

Rajin pulak

Salam & Hello.


Dua entri tajuk MALAS, aikk, tetiba puloks hari ni entri tajuk Rajin pulak. HEHEHE~ Takde la sebenarnya entri ni kata rajin sebab tadi dengan semangatnya aku mengdesign sikit² blog ni. Aku buat name tag sebelah  kiri, buat background ala-ala muslimah berdialog sebelah kanan. Haa, yang background tu aku buat, gambar cute muslimah tu cilok Google Images je. Then ada sampai aku tersalah eja word WHAT jadi WAHT. Whatdaa?! HAHA! Tapi takpe lah. Aku pun malas nak fix, jadi satu kerja pulak.

Lagi-lagi aku buat button cute profile yang macam cute button social networking tu. Tiga button je gua taruk; Facebook, Twitter & FlickR (walaupun acc flickr tu masih mati lagi). Button tu jangan tanya gua ambik mana sebab aku nak cakap la ni. Yang fb dan twitter tu aku ambik dari blog Soulz D'Hole and yang flickr tu pulak aku rembat kat Google Images laa apalagi. HEHEHE~

Suka tak rupa blog suckay aku? HEHE~ Jijik gua mendengarnya. Blog buruk hangus euww euww. STOP! Stop kutuk blog sendiri. ngeh³~ Ohh, btw kalau nak best view boleh guna Google Chrome atau Mozilla Firefox size 1280 x 800 dan ke atas ok. Perhatian: Kalau boleh jangan Restore blog ini ok tak cantik jadinya. Maximize selalu. :) Kalau guna IE tu tak tau la macam mana rupa deme sebab aku tak try lagi, lagipun lama dah tak guna IE. Sekarang setia dengan Google Chrome okay. HIHI~ (^_<)

Hmm, tadi check email, baru perasaan ada beberapa orang tanya aku pasal macam mana nak buat menu bar macam aku. Dan apalagi diorang tanya, banyak la jugak kot, tak ingat. huhu~ Aku mintak maaf sangat² sebab sekarang aku memang tak sempat nak balas pertanyaan korang dari Formlog aku tu sebab skang aku busy. Tau-tau je lah kan, SMA dah dekat seihh (berapa kali aku mention). Insya-Allah lepas habis SMA nanti (selepas 27 Oktober 2010) aku buat tutorial pasal tu dan banyak lagi. Sabar yea kawan. (^_^)

Ok lah, aku dah takde benda nak taip/bagitau ni. Aku berhenti sampai sini dulu. Kalau aku rajin dan ada masa aku buat short update bersiri (tak mula lagi). Minggu depan, isnin ni (20 sept) aku trial SMA so korang yang baca ni wish me all the best ok. Aku nak start ngape pulun untuk big exam ni. Daa and Aassalamualaikum. Peace! :)

Malas 2

Salam & Hello.


Hah, baca betul² quote kat atas tu.. Itulah aku yang betul² punya. ngehngeh~
Ok², bukan itu cerita sebenar. Lagi sekali aku malas. Aku sudah decide untuk biarkan semua ni (blog) dan kembali pedulikannya lepas aku habis SMA. Lantakkanlah awwak blog buruk tak berbaju badan hitam putih tak kemas macam ni. Hahazirah peduli apa hah?! HAHA.

Entah apa sebenar aku buang masa ni. Penting sangat ke blog ni sampai aku tak boleh lupa pikir pasal dia haa?? Lagipun, so far blog ni tak buat duit lagi untuk aku jadi tak pentinglah sesuatu yang tak masyukk, tak gitu. huhu~

Lepas ni seriously wa cakap lu wa takde masa pikir pasal benda tak penting macam ni. Wa ingat wa akan buat short update bersiri je lepas ni. Alaa.. maksudnya tulis tak beria, tulis sejengkal, tulis tak panjang berjela-jela, tulis pendek, ringkas tapi padat. Itu dia short update. Nantikannya dalam masa terdekat ni. Chiouu~

psstt: sponsored image above from here and here.

Malas

Salam & Hello.

HAHA. Aku decide tukar rupa blog lagi. *bodoh,sengal. Update malas, edit² rajin tapi sekarang kemalasan melanda, nak 'design' yang sebenar malas. Nak buat name tag la, lukis cartoon girl la, edit header la - semuanya menggunakan photoshop, dan saya sekarang malas bukak photoshop. Kenapa? Sebab dia slow nak mampus, lembap macam kura-kura, benci aku.

Sudah² pemalas, jangan dengar cakap dia. Menyampass ai tauh. huh! Tolong nasihat gua sekarang, kau cakap macam ni,

HAZIRAH, tolong, tolong, tolonglah sedar. Wake up! Wake up!. Sampai bila kau nak macam ni? Tolong berubah please, demi kebaikan kau, demi masa depan kau dan so on (blabla). Dan, tolonglah stop dreaming, wasting time, watching tv, unread book but facebook-ing, think about fantasy future (blabla). Macam mana nak ada masa depan yang baik, kerjaya yang baik kalau sekarang malas macam HAZIRAH? Hahh?? Hahh?

(-__-")

Raya Mari!

Salam & Hello.


Duti raya + kad raya untuk korang. :)

Riangnya rasa raya dah dekat tapi tahun ni raya macam tak gempak loh, cuti pun tak gempak. sebab bukak² sekolah terus trial. agagaga~ kiranya cuti ni takde enjoy la. duduk mengadap buku menghafal, menghafal, menghafal. Ataupun duduk mengadap komputer microsoft word menaip, menaip, menaip untuk siapkan kerja kursus akaun yang susah gila. arghhh! cikgu seh sendiri mengaku yang kerja akaun tingkatan 4 ni kerja kursus yang paling susah, lebih susah dari form 6? biaq betul! haha~

Ohh, sebelum lupa, khas untuk korang, followers blog ni atau reader blog ni ke atau mereka yang datang melawat blog ni ke, ringan-ringankan lah tulang jari untuk mengambil duit RM5 + kad raya dari aku yang tulus ikhlas ni. *cehceh~ Tahun ni takde kad raya la macam tahun lepas punya kad raya siap ada gambar aku sekali memang eksklusif gila la. special e-kad raya from me. haha! Tahun ni aku bagi duit raya RM5 ekspress campur tulisan Selamat Hari Raya untuk kauorang. Tak sempat nak design kad raya cun-melecun. Ngeh3~ :P

Dalam pada kita nak beraya ni kan, bila tengok tv, isu ganyang malaysia oleh indonesia pun buat gua rasa macam poyo la mereka (susah untuk aku mendescribe feeling ni tapi rasa macam marah la jugak.). Kononnya rela berperang dengan Malaysia?? Whatdaa?! Aku tak tau la apa masalah sebenar sesetengah mereka apasal diorang so-so hate Malaysia. Yang aku tau pasal isu malaysia kononnya copycat lah, pastu isu tarian kontot (actually tarian pendek. hehe~), pastu apalagi yang pasal malaysia tahan beberapa warga mereka. then, apa lagi? Sorry aku kurang mengikuti perkembangan cerita ni okay.

Siap si upin & ipin pun jadi mangsa lagi. tiba je ada terselit gambar upin & ipin kat banner diorang. adoii~


Haa yang ni sape punya kerja pulak? adoyaii.
Credit gambar: Rindok.com. Baca lagi disini: Canangsari.net.

Then, baru-baru ni masa aku tengah mencari satu tutorial blog, lepas tu terjumpa pulak tutorial tersebut di blog seoang warga indonesia. Aku pelik jugak asal ada gambar bendera malaysia kat bawah blog dia rupa-rupanya ciss dia blogger anti-malaysia meih. Siap ambik semua tuto dia aku terus blah. ahhh, geram betui (eleh eleh. :P). Tapi kan, aku sarankan kat ibuk² bapak² yang anti malaysia tu kan, better diorang anti-israel. why? sebab israel lagi kejam durjana dari malaysia. sekurang-kurangnya malaysia tak menindas saudara sesama islam di palestin sana tu. Malah rela kalau diri ni terkoraban di jalan Allah semata-mata dapat memberi bantuan kat semua rakyat Palestin.

Kita ni pulak (indon & malay), dah lah saudara sesama islam, lepastu nak cetuskan peperangan pulak. Sial! Cuba wake up and tengok dunia sekeliling hang yang tengah berpusing ni, tau tak belambak bapak banyaknya bencana alam yang sedang berlaku di seluruh dunia tau! Macam kat Pakistan, banjir besar berlaku. Kat China pulak, banjir lumpur sampai menelan kerugian yang besa r kat negera mereka. Lepastu apalagi yang berlaku dekat Rusia, Australia, malah di Malaysia sendiri gempa bumi lemah berlaku di sabah baru-baru ni. Dan paling terbaru negara New Zealand pulak yang terjadi gempa bumi. Sila search di google atau tengok berita di tv atau paling kurang baca akhbar ya kawan-kawan untuk mengetahui kesahihan semua berita ni. Ingat aku cakap kosong ke bhai? huhu~


Ok dah, lepas tu yang bikin darah gua menggelegak punya la hot ni beb pasal Burn Koran Day (dalam bahasa omputihnya). Ni manusia sakai mane pulak punya kerja nih?! Kononnya sempena nak meperingati peristiwa 11 September. Hot tak deme punya 11 september. Ini la orang hipokrit tak sedar ke diri. Dia tak ingat kot masa dia dengan riang ria hatinya mengebom negara Iraq dan pelbagai negara Islam lagi dengan geng Israel (yahudi) dia, takde pon rakyat negara yang menjadi mangsa tu buat hari membakar kitab suci diorang pulak. kalau boleh, hari-hari mereka buat tau. Tapi apasal mereka tak buat, sebab kita tak hina agama orang okay. sekurang-kurangnya takde lah sampai mempersendakan agama lain depan penganutnya.

Sampai hati mereka yang sanggup bakar kitab suci Al-quran. Memang dasar tak sedar diri, tak kadar ke diri. Dah lah duduk hidup menumpang di bumi Allah. Lepastu sanggup nak bakar kalam Allah. Astaghfirullah. Memang tegar sungguh mereka. Moga-moga Allah menghalang perbuatan mereka. Menangis aku bila mengenang mereka yang sampai hati nak bakar Al-quran, panduan hidup kita di dunia ni. Kenapa la mereka tak boleh berfikir ke? Sengkek sangat ke pemikiran mereka. Astaghfirullah.

Itu lah realiti kehidupan sebenar kita dalam kita sedar tak sedar. Agaknya kita ni terlebih hiburan sampai isu semasa pun kurang tau (macam aku la tu). Apa-apa pun aku harap semoga Allah bukakkan pintu hati kita semua dan mereka agar kita kembali bertaubat kepadaNya. Kepada some rakyat indonesia ecspecially yang anti-Malaysia tu rasanya hari raya ni la hari terbaik agar kita saling bermaafan dan mengikat semual tali silaturrahim kita yang hampir-hampir terputus.

Kita bermaaf-maafan sesama kita dan diharapnya semua kesalahan, ketelanjuran kita di masa yang lalu dilupakan, dimaafkan. Untuk pembuang baby di malaysia ni puloks, engkorang tolonglah JANGAN bukan kurang buang anak hang sendiri. Alangkah mak si tanggang tak buang anaknya masa kecil malah di didiknya sehingga menjadi insan berguna tapi si tanggang yang tak sedar ke diri akhirnya menjadi mangsa sumpahan oleh ibunya sendir akibat durhaka kepada ibunya. So, apa mora cerita ni? macam takde kena mengena je. haha~ lu pikir la sendiri yop. ;)

Chopp, tak lupa yop kepada semua orang yang beragama Islam, kepada follower(s) blog gue, reader blog gue, visitor blog gue ke, member-member gue, family gue, kaum kerabat gue, guru-guru gue dan kau la yang sedang membaca ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kali yang ke 1431. Alhamdullilah, insya-Allah kita masih sempat beraya untuk tahun ni. Syukur sangat², jangan tak bersyukur plak. Aku mintak maaf banyak-banyak seluruh tubuh badan aku, seluruh diri aku kalau aku ni banyak buat siapa-siapa terasa dengan diri aku. Aku tau aku ni tak lepas dari melakukan kesilapan, kesalahan. Kalau boleh hari-hari aku buat salah tapi aku try la elakkan dari buat salah je. *Sengal. Ok, lagi sekali, selamat hari raya maaf zahir batin. Exam jangan lupa yea. Peace! (^_^)

psst: sorry kalau bahasa gua kasar sikit untuk entri ini. Maaf zahir batin okies. ;)

Tugasan Projek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4.

Salam & Hello.

Sedikit maklumat, panduan, dokumen dan sebagainya yang berkaitan dengan tugasan projek prinsip perakaunan tingkatan 4 2010 (kertas 3). Sila download file di bawah. :)


Selesai download, bukak file winrar yang telah didownload, klik kanan pada file tersebut dan klik Extract Here. Sila lihat contoh dibawah. :)


Sekarang boleh buka file tersebut dan boleh guna buat rujukan. Jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan, guru-guru dan beberapa blog/website yang menyediakan sedikit maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian. (^_^)