Sharing is Caring =)


Resepi Air Bandung Laici Soda

Salam & Hello.


Hai semua. :) Hari ni kita bersua lagi dalam rancangan blablabla. Nampaknya sudah lama aku tak buat entri resepi dan dikesempatan ini ditambah pulak dengan bulan puasa ni, aku nak share satu resepi air yang delicious micious. hehe~

Air ni boleh la buat untuk berbuka nanti membasahkan tekak yang kering atau simpan je untuk sahur keesokan harinya ke kan. Ok lah, tak nak buang masa, di bawah ini ialah resepi cara-cara membuat Air Bandung Laici Soda.

Bahan-Bahan:

Secawan gula
Setengah tin susu pekat manis
Sekeping cincau (RM 2.00)
Setin laici
Setengah liter/botol ais krim soda
Satu sudu besar sirap cap ros
Ais batu secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Bancuh gula dengan satu liter air.
2. Masukkan sirap dan susu pekat manis. Kacau sebati. (macam buat air bandung tu.)
3. Masukkan pula cincau dan ais krim soda. Kacau lagi.
4. Akhir sekali, masukkan buah laici dan ais batu. Sedia untuk diminum.

Kering pulak tekak tengah-tengah menaip ni. Kepada semua jangan segan silu untuk mencuba ya. Selamat Mencuba. :)

2 comments: